CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 7

Pokemon Go Sudah Ada Versi Klon, Apa Pun Tak Boleh!

[Copy link]
Post time 18-8-2016 07:00 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA

Apa yang anda dapat bila meniru sesuatu yang telah pun menjadi fenomena? Tiada langsung atau mungkin mendapat sesuatu hasil yang lebih baik daripada yang 'original'.


Di kala syarikat permainan lain mengatakan tidak akan meniru Pokemon Go yang menjadi fenomena seluruh dunia pada masa ini, lain pula yang berlaku di China.


Menghasilkan aplikasi permainan yang mirip dengan Pokemon Go bukan sesuatu yang pelik atau buat orang terkejut di sana. Malah, sudah wujud pun pada masa ini klon kepada permainan tersebut.


Lihat sahaja pada screenshot ini, nampaknya syarikat permainan tersebut tidak malu-malu malah secara terang lagi menampakkan persamaan permainannya dengan Pokemon Go.




Foto: ubergizmo





Namun fungsinya agak berbeza, iaitu hanya mengajar pengguna untuk menggunakan bola Pokeballs dengan cara tepat dan nampaknya tidak secomel watak Pokemon sebenar.


Malah, syarikat terbabit telah mengemaskini aplikasi tersebut untuk memberikan hasil lebih baik kepada permainannya.


Untuk rekod, memang menjadi 'tradisi' kepada mana-mana syarikat permainan mobile untuk meniru permainan daripada syarikat lain. Meskipun ia bukan secara 'official' atau pun rasmi, namun budaya meniru itu memang dijadikan amalan pemain industri.


Namun, untuk kes Pokemon Go ini dikatakan jika mana-mana syarikat ingin menirunya dengan sebaik mungkin, memerlukan masa yang sangat panjang. Tambahan pula pesaing lain tidak mempunyai pakar dalam bidang GPS, seperti Pokemon Go yang mempunyai CEO yang pakar dalam pembangunan Google Earth.


Foto: Pokedexnews





Kesimpulannya, meniru sesuatu yang baik mahu pun sebaliknya, bergantung juga jika iamemberi manfaat dan keuntungan, mungkin tiada salahnya. Malah, jika ditambah baik merupakan nilai yang lebih boleh mereka berikan kepada pengguna nanti.


Seperti Pokemon Go ini misalnya, para pemain industri memberi idea agar ia lebih mengujakan, "ermainan ini harusnya bersifat lebih sosial, di mana ada boleh menetapkan matlamat team anda dan berbuat (chat) ketika masing-masing sedang memburu Pokemon."


Bagaimana, adakah anda seorang yang sanggup menerima cabaran mencipta sesuatu yang lebih baik daripada produk yang original? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 08:34 PM | Show all posts
china.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak layan pokemon go
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hodoh pikachu dia...no wonder la sbb ciplak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 10:31 AM | Show all posts
emang sdh muncul versi klonnya ya wah sekarang apa aja bisa diklon ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:07 PM | Show all posts
knp lain mcm sgt??? tak pe.. asal kan ade.. aku dah give up main sebab asyik dpt pokemon same je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2016 12:11 PM | Show all posts
Dah tahu klon gi install buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Punyala hodoh pikachu ciplak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.156031 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list