CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1783|Reply: 0

10 wanita pakai burkini ditahan di Cannes guna baju renang islam burkini

[Copy link]
Post time 19-8-2016 03:12 AM | Show all posts |Read mode
BAJU renang Islam burkini. - Foto AFP



RABU, 17 OGOS 2016 @ 9:36 PM 10 wanita pakai burkini ditahan di Cannes BAJU renang Islam burkini. - Foto AFP PARIS: Sepuluh wanita Islam yang memakai burkini di pantai ditahan polis di bandar selatan Perancis di Cannes dalam tempoh tiga minggu selepas ia melaksanakan larangan sementara ke atas pakaian renang penuh itu, kata pihak berkuasa tempatan.

Mempertikaikan pemakaian burkini melanggar undang-undang sekularisme Perancis, Cannes adalah satu daripada tiga bandar di negara itu melarang pemakaian baju renang penuh di tengah-tengah ketegangan terhadap masyarakat Islam susulan serangan militan di Nice, mengorbankan 85 orang pada Hari Bastille, 14 Julai lalu.

Tindakan itu mencetuskan perdebatan hangat orang awam, dengan kumpulan Muslim menggelarnya tidak mematuhi perlembagaan, memecah belahkan dan mencetuskan Islamofobia. Conseil d'Etat, mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis, akan memutuskan kesahihan larangan burkini dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam satu temubual dengan akhbar harian La Provence, Perdana Menteri Manuel Valls menyokong larangan perbandaran itu namun berkata, tiada keperluan untuk peraturan di seluruh negara. Malah, menteri hak asasi wanita negara itu turut menyokong larangan terbabit. Burkini - kombinasi antara burqa dan bikini - direka untuk wanita Muslim yang mahu menutup aurat kecuali wajah, tangan dan kaki, ketika berada di pantai.

Seorang jurucakap dewan bandar raya Cannes berkata hari ini, sejak larangan burkini dikuatkuasakan 28 Julai lalu, 10 wanita memakai burkini ditahan polis. Enam daripadanya meninggalkan kawasan pantai manakala empat lagi didenda 38 euro (RM171.78). -Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184167


apasal tak dok dalam mesjid saja dan berzikir 24/7 utk elohim?  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.068423 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list