CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8048|Reply: 53

Kenapa rakyat Malaysia tidak mengata Chong Wei

[Copy link]
Post time 23-8-2016 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Tatkala Datuk Lee Chong Wei sebak, air matanya bergenang hampir tumpah ketika bercakap kepada media dari Riocentro di Rio De Jenairo Sabtu lalu, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal membawakan pingat emas pulang ke negara ini, apa yang kita rasa?
Turut sebak mungkin. Terharu dengan pengorbanannya. Tabik dengan semangat juangnya. Kecewa dengan kekalahannya di tangan Chen Long. Gembira dengan pingat yang disumbangkannya. Sedih kerana beliau, jaguh badminton negara dan nombor satu dunia, sedang bersedih.
Selepas kita tonton penuh debar pertandingan demi pertandingan yang menikam jiwa, dan aksi mengejutkan jantung yang dipamerkan Chong Wei, kita kongsi rasa beliau yang berbaur itu. Rasa berbaur dan membuak itu turut kita kongsi bersama dengan jutaan rakyat Malaysia.
Saya orang Melayu, Chong Wei orang Cina. Jutaan rakyat Malaysia berbilang bangsa, Melayu, Cina, India, Iban, Dayak, Kadazan, Bajau dan semua kaum di Sabah dan Sarawak tetap menyokong Chong Wei tanpa ambil kira bangsa Chong Wei. Sokong atas nama Malaysia, sokongan tak berbelah bagi atas sumpah pada Jalur Gemilang.
Demi Chong Wei, tidak sedikit pun terdetik di hati kita rakyat Malaysia, untuk membezakan kaum dan agama ketika kita bersorak ria, bersedih duka lara, mengapung rasa di media sosial meluahkan perasaan sempena Olimpik Rio 2016.
Jadi kenapa, semangat kekitaan tanpa tercuit rasa perkauman itu tidak boleh kekal di luar gelanggang sukan?
Kenapa susah sangat hendak kita kekalkan rasa yang elok itu ketika kita menjalani kehidupan seharian di tanah air ini?
Kenapa kita sayang pada Chong Wei, kagum dengannya tanpa kita kisah apa bangsa dia, apa agama dia? Kerana ada rasa hormat di situ. Enam huruf yang membentuk ‘hormat’ itu membawa konotasi damai, bersalaman dan bertukar senyum. Bukannya susah sangat pun nak buat.
Mudah kan? Tanam rasa hormat pada bangsa lain, untuk kita jemput perasaan hormat dia pada kita. Semudah itu saja. Jangan mengata agama dia, jangan anggap agama kita saja ada dalam dunia ini, hormat bangsa dia dan jangan caci bangsa dia, habis cerita. Kalau semua orang, semua bangsa boleh berfikir semudah ini, seikhlas ini, kan senang.
Janganlah bergaduh kerana kuil, kerana masjid, kerana laungan azan, kerana anjing dan entah kerana apa lagi pun. Benda kecil diperbesarkan hanya kerana kita berbeza agama dan bangsa. Lebih teruk ditambah perisa, diambil kesempatan oleh orang politik atau mereka yang ada kepentingan peribadi. Sudah 59 tahun kita merdeka, sampai bila hendak disimpan rasa perkauman itu.
Apa kata kita contohi Chong Wei. Jurulatihnya dulu ialah Datuk Misbun Sidek. Dia diambil menjadi anak didik Misbun sejak usianya 17 tahun. Dengan panduan yang diberikan Misbun, Chong Wei bertatih dalam dunia badminton hingga memenangi pelbagai gelaran dalam banyak kejohanan, daripada Terbuka Malaysia, Terbuka Denmark, Terbuka Singapura hingga ke kejohanan dunia.
Setiap kali usai berlawan, dia akan mendakap Misbun, sama ada menang atau kalah. Tiada jurang bezanya kaum dan agama di situ. Dua figura itu yang berbeza agama dan kaum, tapi boleh wujud ikatan persaudaraan yang utuh. Memang betul, badminton membentuk penyatuan itu. Apa kata, kita ambil iktibar daripada keakraban itu, diadaptasi dan diguna pakai dalam kehidupan rutin sehari-hari.
Ogos bulan kemerdekaan Malaysia. Kebetulan pula Olimpik Rio tamat ketika minggu 31 Ogos hampir menjelma. Mampu atau tidak momentum Chong Wei di Rio terus berputar sehingga dapat membuat rakyat meletakkan Malaysia di atas, lebih tinggi daripada rasa bangga dan terlalu ‘protective’ serta obsesi terhadap kaum dan bangsa sendiri.
Rakyat Malaysia, bukalah mata, buka hati dan minda. Bergaullah dan bersosial antara kita yang saling berbeza kaum dan agama supaya kita fahami satu sama lain. Didik anak kita untuk menghargai orang kaum lain, bukannya ajar mereka untuk mengutuk atau memandang geli individu yang tidak sama warna kulit.
Berbalik kepada Olimpik Rio, perlu diakui bukan saja Chong Wei, semua kontinjen Malaysia ke sana terutama yang berjaya membawa pulang pingat – Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Azizulhasni Awang, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying – amat membanggakan negara.
Berbeza kaum dan agama, misi mereka tetap satu – untuk membanggakan Malaysia. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, atlet Malaysia ialah ikon perpaduan negara.
Pedulikan kata-kata negatif sesetengah orang tentang atlet kita. Yang penting, majoriti rakyat Malaysia meraikan dan menghargai kemenangan ini. Mungkin bukan rezeki Malaysia hendak merasa emas Olimpik kali ini, harap 2020 nanti, dapatlah pingat emas dibawa pulang. Apa pun, terima kasih Rio.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 12:05 PM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 23-8-2016 12:07 PM

dapat emas olimpik sekalipun, rakyat tak kan memaafkan 2.6 bolion dolarman n 1mdb.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:07 PM | Show all posts
sini pun ada bau2an indon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 12:10 PM | Show all posts
noell replied at 23-8-2016 12:07 PM
sini pun ada bau2an indon

have you check your nose to the doctor yet?? ke hulu hilir bau indon dari celah mak ko ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:12 PM | Show all posts
relax la acik yg tulis karangan pjg lebar tu

pasal sukan org mmg tak pernah ada isu rasis pun

sapa je wakil negara semua org sokong
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sport Unite All The People
Hence
Extreme Racist Politics Destroy Them
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 12:32 PM | Show all posts
pulau replied at 23-8-2016 12:10 PM
have you check your nose to the doctor yet?? ke hulu hilir bau indon dari celah mak ko ke

.. ini lah bau indon nya....

dengki keponakan disayang punca amila dibunuh

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:37 PM | Show all posts
kita yang tengok pun sakit  jantung  dan sakit kepala apa ntah  DLCW yang main kat gelanggang tuh....aduyai...memang tak leh marah kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 12:53 PM | Show all posts
Bab bab jadi pelakon terbaik untuk watak muka sedih/ muka mintak dikasihani...memang Tak Ada athlete lain Yang boleh celen LCW....


Wakakakakakakakakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
I'm a Malay ...tp orang sukan yg paling I suka mmg LCW...yg lain boleh blah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:10 PM | Show all posts
pyropura replied at 23-8-2016 12:32 PM
.. ini lah bau indon nya....

dengki keponakan disayang punca amila dibunuh

keponakan tu menatang apa?...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampak ikhlas rasa bersalah n permohonan maafnya..nampak juga usaha sungguh2 kat situ. Athlete yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:17 PM | Show all posts
cfa replied at 23-8-2016 01:10 PM
keponakan tu menatang apa?...

.. nephew/niece
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:18 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 23-8-2016 01:19 PM

Dalam perancangan Allah, mungkin Malaysia takkan dapat
EMAS selagi Najib jadi PMnya. Nanti Najib MENDABIK DADA,
"Zaman saya je dapat OLEMPIK EMAS, perdana menteri lain
22 tahun memerintah, toksahkan emas, gangsa pun takda"...
Athlet yang berhempas pulas, tak disebut langsung......
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
X marah pun.kalau lcw x menang pingat pun x kisah..x marah.ingat senang ke apa??
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:24 PM | Show all posts

huk oloh... anak buah rupanya,
ingatkan sejenis binatang...hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 01:27 PM | Show all posts
cfa replied at 23-8-2016 01:24 PM
huk oloh... anak buah rupanya,
ingatkan sejenis binatang...hahaha..

burok benor bunyi nya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:40 PM | Show all posts
tak marah sebab cong wei dah pergi jauh pun.. sikit je lagi nak capai emas olimpik.. cuba ko main badminton sendiri.. mampu ke nak sampai olimpik pun .. sukan antara daerah pun belum tentu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:40 PM | Show all posts
pyropura replied at 23-8-2016 01:27 PM
burok benor bunyi nya kan?

tu lar caprut sangat bunyi nya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:49 PM | Show all posts



kita tak pun nak tergenang air mata atau nak kata

berdebar pun di game final tu pasal dah tahu cheng long

yg akan menang .   status pun kuda tua kan .


tapi apapun respek kat spore ..  dlm diam2 dapat gak emas .

tak payah pun terpekik terlolong macam sakai .

depa sini kalau dapat emas aku rasa mau

berlari bogel tepi jalan .





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066533 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list