CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

[Lain-Lain] LAKSAMANA SUNAN (BAKAL MEYUSUL KE LAYAR PERAK)

[Copy link]
Post time 26-10-2017 08:43 PM | Show all posts

'Laksamana Sunan' bakal ke layar perak
Shafizan Johari, Astro Awani
Diterbitkan pada Oktober 22, 2017 17:38 MYT



Novel 'Bagaikan Puteri' mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Filem adaptasi “Bagaikan Puteri” tulisan Ramlee Awang Murshid akan diadaptasi ke layar perak tidak lama lagi.

Malah, penulis novel thriller terkemuka negara itu mendedahkan pihaknya sudah meneliti skrip filem itu dan sudah masuk draf ketiga.

Menurut Ramlee, pihaknya sedang mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak Laksamana Sunan dan pemilihan bakal melibatkan beberapa pelakon tempatan dan luar negara.

“Paling memeningkan saya sekarang ialah skrip dan individu yang paling layak untuk membawa watak Laksamana Sunan,” jelas Ramlee ketika ditemui di Astro AWANI baru-baru ini.

Bakal menyaksikan kerjasama antara syarikat milik Ramlee dan Astro Shaw, Ideate Media serta Grup Buku Karangkraf, ini merupakan kerjasama kedua dengan keempat-empat syarikat itu selepas kerjasama terjalin untuk filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”.

Setakat ini, 'Tombiruo: Penunggu Rimba'  berjaya mengutip RM4 juta selepas seminggu ia ditayangkan di pawagam

Novel “Bagaikan Puteri” mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 09:03 PM | Show all posts
Jap.. jap.. nak tanya pembaca novel sekelian.
Dani dan Sunan ni orang yang berbeza kan? Ke roh yang sama dari dua zaman ?
Jadi untuk Dani dan Sunan kena ada dua aktor lain lah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ell2026 replied at 16-10-2017 02:36 PM
sunan - aeril zafril

ratna/sang ratu -  fatiya

Tak sesuai aeril tu.. takde gaya pahlawan l
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarpuri replied at 24-10-2017 12:11 PM
best ke novel pasal laksamana sunan ni? x pernah terasa nk bace.. tapi novel2 RAM yg lain2 sume i fo ...

Best. Try beli satu dulu. Mcm tengok movie je rasa masa baca tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 26-10-2017 09:03 PM
Jap.. jap.. nak tanya pembaca novel sekelian.
Dani dan Sunan ni orang yang berbeza kan? Ke roh yang ...

Dani cucu cicit sunan tak silap. Lama dah tingggal novel tu.. ingat2 lupa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Beto mcm tak hensem je jd sunan. Yang penting putih tinggi sado penyabar tenang hensem ada gaya laksamana. Hm no one.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2017 01:56 PM | Show all posts
mawarpuri replied at 26-10-2017 03:38 PM
tp iolls x berapa minat novel cite lelama ni..hahaha

x sume part lama..cer ko baca sinopsis Bagaikan Puteri..
Haryani koma n dlm koma tu roh die 'pergi' ke zaman Saifuddin Jalis a.k.a Laksamana Sunan.
and buku ke brape ntah aku x ingt Sunan lak 'termasok' dlm abad ke 21 and brjumpe Haryani..nyaris nk nikah lg..
ha..seterusnye nk tau, baca lah..

Laksamana Sunan ni byk mnde2 positif and Islamic mcm cara2 nk melindung diri dr Syaitan, segala firman2 Allah byk dlm tu...membaca smbil tambah ilmu..serius bole buat org insaf.


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hafieza replied at 30-10-2017 01:56 PM
x sume part lama..cer ko baca sinopsis Bagaikan Puteri..
Haryani koma n dlm koma tu roh die 'perg ...

Im done bagaikan puteri..nk sambung cinta sang ratu plak..gigih cari novel tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
HangPC2 replied at 18-10-2017 10:09 AM
nak kena cari wajah seperti ini..

Hang... Muka sunan tu lembut and redup je...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 04:28 PM | Show all posts
hari tu jalan2 kat Ig baca mmg Aeril dapat watak Sunan. Mandatori kompem dia kan, dah start shooting?

Remy sahak punya kaler ngan feature cukup melayu dah untuk jadi Sunan. tapi tak tau boleh ke dia bawak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:17 PM | Show all posts
jangan la aeril.....aku nak Eman Manan...buat CGI la kasi muka dia muda sikit...mcm dalam filem Puteri (eman manan n ogy (1987) tu...masa tu mmg betul2 muka dia ada karisma Sunan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:49 PM | Show all posts
zara zya sesuai watak sang ratu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 10:35 AM | Show all posts
eman manan sepatutnya masih boleh pegang watak utama
si tuk harison ford tu lagi tua daripada dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 03:36 PM | Show all posts
citer sunan ni panjang..
start dari haryani koma, roh dia mengembara ke zaman kesultanan melayu melaka..jumpa sunan..
dia nyamar jadi puteri jawa (PGL)
then sambung siri dani kembara ke acheh ..pahtu berlaku tsunami 2004..
dani pulak hilang ingatan...jumpa dgn saliha (org acheh)
pasal Manggala, manusia serigala jadian yg berasal dari Tibet...
then bangsa Polip lagi..kisah Luna yg jatuh hati dgn Saifuddin Jalis...
then sambung lagi pasal kerajaan Pulau Utara
pahtu Mariam lagi yg berbangsa portugis..datang ke melaka masa penjajahan portugis..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 02:00 PM | Show all posts
harisbee replied at 26-10-2017 03:26 PM
best..ada 3 siri....citer ala2 lord of the ring versi melayu la

sunan ni da lebih dari 3 novel ...6 atau 7 rasanya skrg ni  ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 02:00 PM | Show all posts
limau_lemon replied at 8-11-2017 02:00 PM
sunan ni da lebih dari 3 novel ...6 atau 7 rasanya skrg ni  ..

ya ka...sekang ni dah tak daya  nak follow karya2 RAM...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2017 02:04 PM | Show all posts
harisbee replied at 8-11-2017 02:00 PM
ya ka...sekang ni dah tak daya  nak follow karya2 RAM...

aah..iols tak igt stop sampai berapa iols baca..yg ke 6 kot ...tapi 3 yang pertama iols baca je ..novel nya xde...rasa mcm nk cari..buat koleksi ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:22 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 16-3-2018 12:41 PM
limau_lemon replied at 8-11-2017 02:00 PM
sunan ni da lebih dari 3 novel ...6 atau 7 rasanya skrg ni  ..


semua sekali ada 8 (setakat ini). Dua trilogi, dan satu prequel duologi.

Trilogi pertama:
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta

Trilogi kedua:
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir

Prequel duology:
7. Sunan Nanggroe Sang Kembara
8. Sunan Cinta Nan Sakti


Kalau nak follow semua cerita, terlambau banyak. Saya lebih suka follow my two favourite lead characters: Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Turutan kronologi kisah percintaan Saifudin dan Ratna adalah seperti berikut:

7. Sunan Nanggroe Sang Kembara
8. Sunan Cinta Nan Sakti
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Peminat tengah kempen ni hah untuk sunan...nyah suker

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 12:13 AM | Show all posts
ninyahnoks replied at 16-3-2018 12:00 AM
Peminat tengah kempen ni hah untuk sunan...nyah suker

ni pasal poll yang RAM FC post kat instagram tu ke? Last I check 81% paling tinggi. Sekarang dah drop to 71%... tapi still nampak ramai yang setuju


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.084414 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list