CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8925|Reply: 30

Isu gangguan seksual di maahad kelolaan ustaz selebriti #luahanhatiseorangibu

[Copy link]
Post time 25-8-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kepada Kak Wardina,

(Insiden Maahad Tahfiz Neraka - Perkembangan Terkini. Astagfirullah.

Seriousnya baik tangkap ustaz ni. Lagi menghina Islam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada ibu dan kanak2 terlibat - Saya amat benci dgn orang yang berlindung disebalik nama, kemasyuran, jubah dan agama- INI SEHARUSNYA DIHENTIKAN!)

selepas berbincang dengan keluarga & penjaga semua mangsa, kami akhirnya membuat keputusan untuk membuat laporan polis rasmi. Saya telah menulis semua kejadian dan pelajar-pelajar terlibat di dalam aktiviti buli seksual ini dan menyerahkan kepada pihak polis. Selepas serahan, saya dimaklumkan kes ini adalah tertakluk kepada jenayah sivil dan mereka mencadangkan ianya dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran dan Pejabat Agama Negeri untuk tindakan susulan. Laporan kes buli seksual tersebut dihantar ke D11. Saya agak terkejut apabila Inspektor di cawangan D11 menyatakan mereka sememangnya tengah menunggu laporan tersebut sejak dimaklumkan oleh HQ Bukit aman tidak berapa lama dahulu.

Hari berikutnya, kami pergi ke cawangan D11 untuk berjumpa Inspektor In-charge utk merekodkan pernyataan kami. Saya sebagai seorang reporter masuk terlebih dahulu bersama2 dengan anak saya untuk mengesahkan insiden tersebut. Pernyataan diambil selama 3jam. Kami juga berbincang mengenai keperluan pemeriksaan oleh doktor dan telah menandatangani borang kebenaran sampel calitan rektum ke atas anak saya tetapi inspektor menyatakan tiada keperluan untuk itu kerana tiada kemasukan kedalam rektum seperti yang diceritakan oleh anak saya.

Kemudiaany adalah giliran anak saya untuk ditemubual dan inspektor menanyakan soalan yang sama dan dia mengesahkan semuanya yang dia tau. Apabila Inspektor bertanyakan adakah dia marah dan sekiranya ya, dengan siapakah dia marah? Anak saya menyebut nama pengetuanya. Bila ditanyakan menagapa? Kerana kami menghormati dia sebagai Tuan Guru dan anaknya sendiri salah seorang yang melakukan salahlaku tersebut dan setiap kali anaknya ereksi, dia akan mencari pelajar junior utk melepaskan nafsunya. Pada ketika itu, air mata saya bergenangan.

Tuan Inspektor bertanyakan samada ada lagi yang hendak diceritakan. Anak saya menyatakan ya. Terdapat satu kejadian dimana mereka bermain papan permainan dan papan permainan tersebut telah rosak dan semua orang menyalahkan dia. Pemilik papan permainan tersebut seorang pelajar senior memintanya untuk membayar RM20 sebagai gantirugi ataupun dia perlu membuat seks oral secara 69 ataupun dia akan dipukul. Dia menyatakan dia tidak mempunyai duit sebanyak itu pada masa tersebut dan dia merasa amat takut.Dia tidak mempunyai pilihan lain selain dari membuat seks oral. Pada masa itu, saya tidak lagi mampu menahan sedih dan menangis dihadapan Tuan Inspektor.

Keesokan harinya saya dimaklumkan yang pihak polis telah pergi Pusat Tahfiz tersebut dan menemubual beberapa orang pelajar, mengambil pernyataan daripada mereka serta bercakap dengan pengurusan. Mereka juga akan mengesan semula pelajar yang telah meninggalkan pusat tahfiz untuk mendapatkan pernyataan mereka. Setelah semua laporan dan sebagainya dikumpulkan, barulah mereka akan membuat keputusan Akta  mana yang akan digunapakai untuk pendakwaan kelak.

Saya telah pergi ke Jab Agama Islam untuk memberikan salinan laporan. Ketua Penolong Pengarag Bhg Pendidikan menyatakan mereka telahpun menerima email daripada Jabatan Kebajikan dan sekumpulan superintendan sekolah telah pergi ke pusat tahfiz sebelum laporan polis dibuat dan pengurusan tahfiz pada awalnya keberatan untuk memberikan kerjasama untuk memberi kebenaran menemubual pelajar.Selepas bercakap dengan ustaz selebriti dan memohon kebenaran beliau, barulah ianya dibenarkan. Saya dinasihatkan oleh pihak polis untuk memberikan perhatian khusus kepada anak saya. Walaupun dia nampak normal dan tenang tetapi dia mungkin memendam kemarahan dan tidak tahu bila ianya akan meletus. Sebarang insiden yang hampir sama dengan yang pernah berlaku akan mencetuskan gangguan emosi. Sebagai seorang ibu mangsa gangguan seksual, saya didalam dilema untuk buatkan dia melupakan apa yang telah berlaku dan pada masa sama saya mahukan ianya diselesaikan termasuk memerlukan dia membuat pengecaman suspek, terpaksa pergi semula ke lokasi kejadian di pusat tahfiz, kerana semua ini akan membuatkan dia dalam trauma. Tidak termasuk gangguan daripada selebriti itu sendiri.Kami berdua harus tabah. Dan kami berdua sepakat untuk teruskan sehingga titik noktah. Kami memerlukan sokongan penuh daripada keluarga dan rakan-rakan, Akhirnya, walaupun kami gagal, kami tau kami berjuang untuk menegakkan kebenaran. Apapun, saya berbangga kerana dia berani untuk menyuarakan sesuatu yang rakan-rakannya lain tidak mampu lakukan. Kami bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya undang-undang tidak berpihak kepada kami. Sebagai seorang ibu, saya berharap dia membuka pintu hatinya dan membuat pengakuan sekarang dan menunjukkan sisi buruknya lebih awal. Jika tidak, mereka akan mengabaikan semua keperitan ini dan menganggap ianya sebagai sesuatu yang NORMAL. Tidak, ianya tidak normal dan perlu dihentikan.

Memandangkan ramai yang telah meninggalkan pusat tahfiz tersebut, pihak pengurusan telah membuka pengambilan pelajar baru. Adalah satu igauan ngeri memikirkan pusat tahfiz yang dilengkapi CCTV telah menafikan semuanya yang berlaku, dan membuat keputusan untuk mendapatkan mangsa baru. Satu ketakutan yang amat sangat. Ianya bukan sekadar menjadi pusat pemulihan bagi anak terbuang dan terlalu dimanjakan, malahan menjadi pusat persediaan bagi pedofilia dan homoseksual. Mangsa akan menjadi pemangsa. Tak dapat dibayangkan tetapi inilah yang sedang terjadi.

Kami akan mengumumkan nama tahfiz tersebut sebaik sahaja polis membuat keputusan dan meneruskan dengan pendakwaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 02:01 PM | Show all posts
takutnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:13 PM | Show all posts
macam dh ade je topik nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:17 PM | Show all posts
kat CI dah ada..cukuplah kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:18 PM | Show all posts
seram nya, kenapalah banyak orang gila  dalam dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:28 PM | Show all posts
teringin nk tahu secepat mungkin angkara semua ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak seram yer
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sick. : pedophiliac berjemaah :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 02:40 PM | Show all posts
ye lah.. dah ada topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:46 PM | Show all posts
ko dh kenapa dik..thread dh ada dik
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:00 PM | Show all posts
elok la bukak kat sini. kat CI tu duk bergasak. org nak baca isu pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 25-8-2016 03:00 PM
elok la bukak kat sini. kat CI tu duk bergasak. org nak baca isu pun susah.

Lagipun retis masuk tv  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:03 PM | Show all posts
sedih!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:15 PM | Show all posts
retis kaaa????
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:26 PM | Show all posts
Ostad ajar buat oral 69 ka uols kat maahad tu? advanced sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ustaz tu..habaq lekaih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 04:06 PM | Show all posts
Moga duke tabah dlm menempuhi fitnah

&ujian ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 04:14 PM | Show all posts
pandai ke budak 10 taun buat fitnah cerita org nak toron dia bagai. kesian budak tu. mak dia cukup tabah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 04:15 PM | Show all posts
i xrasa bnda ni fitnah nk jatuhkan DUKE... bdk tu ckp ank usta pon terlibat!!bnda xberlaku kat fmly sdri,nauzubillah..moga si pelaku di tangkap n dihukum.i hate pedo!!! maaf teremo
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
iols dah baca report polis tu. Oh myyyy..seram lak baca
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.106021 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list