CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3771|Reply: 13

Lelaki 40-an Lebih Cenderung Tidak Setia, Mengapa?

[Copy link]
Post time 25-8-2016 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Kecurangan biasa berlaku kepada suami yang mahukan kebebasan di luar. - Gambar hiasan



Kebanyakkan lelaki di usia 40-an rata-rata telah mempunyai banyak pengalaman hidup, kewangan yang stabil, pangkat dan kematangan.


Disaat umur seperti ini akan mula timbul banyak dugaan buat kaum lelaki contohnya godaan dari wanita kerana kebanyakkan wanita lebih mudah tertarik pada lelaki matang dan stabil dari segi kewangan. Kalau hati dan iman tidak kuat, sudah tentu nafsu menguasai diri dan akhirnya kesetiaan pada pasangan pasti teruji.


Menurut laporan Utusan Malaysia, Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga, Hushim Salleh, menyatakan bahawa ungkapan Life begins At 40, adalah bersangkutan dengan fitrah lelaki yang berkeinginan berkahwin lebih dari satu.






Namun sebab dikurniakan akal, golongan ini membataskan kemahuan dengan kemampuan mereka, dicampur rasa kasih dan simpati terhadap isteri juga anak-anak.


“Apabila berbicara mengenai lelaki yang berubah sikap selepas umur 40-an, banyak kes saya kendalikan. Bagaimana rumah tangga yang harmoni akhirnya berkecamuk disebabkan suami mula melupakan peranan sebagai bapa dan suami sebaik ada orang ketiga.


“Tetapi tidak ramai pun golongan seperti ini sebenarnya. Masih ramai lelaki yang setia dan menjadikan rumah tangga aman bahagia.


“Bagi golongan seperti ini, sepatutnya, apabila semakin berusia matang, mereka perlu membahagiakan keluarga dan isteri yang bersusah payah membangun kehidupan dari awal, tapi terjadi sebaliknya.


Apabila ditanya mengapa lelaki berusia 40-an dapat menambat dan daya tarikan gadis dan wanita, Hushim menegaskan, ketika berusia 40-an, lelaki dilihat lebih matang, berada di kemuncak kerjaya, stabil kedudukan, tidak mudah marah, emosi lebih stabil, gentlemen dan pengasih.


Biarpun begitu, katanya, tidak semua yang berjaya kerana masih ada yang bergelut membina kehidupan, malah masih bergantung kepada duit isteri kerana tidak cukup duit setiap bulan.


Jelasnya, lelaki 40-an pada kategori ini masih pada kesihatan yang optimum dan terserlah ciri kelelakian sejati.


“Ketika ini, ego golongan Adam terarah menjadi super ego iaitu satu keadaan di mana mereka mula sudah tidak mendengar kata, terasa bebas dan mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.


“Bagi mereka, apa yang mereka lakukan ketika ini bukan lagi untuk keluarga, tetapi untuk keseronokan diri sendiri, teman wanita (selalunya) dan rakan-rakan dan sanggup melupakan keluarga.


“Jika dilihat, lelaki pada kategori ini masih tidak cenderung ke arah akhirat kerana beranggapan kematian itu masih jauh dan berpendapat hanya akan beramal selepas usia tua nanti,” katanya.


Hushim memberitahu, dari segi penampilan, golongan ini dilihat lebih berketrampilan, berimej, cerdas dan berkarisme. Pun begitu dia sempat menasihati golongan wanita agar perlu berhati-hati dengan lelaki golongan ini apa lagi yang mempunyai duit berlebihan.


“Mereka merasakan kasih sayang boleh dibeli dengan duit. Pada waktu ini bukan kesetiaan yang mereka perlukan, tetapi belaian gadis-gadis manis yang dapat ‘ditatang’ dengan wang demi keseronokan. Jadi berhati-hati dengan jenis ini,” katanya.


Pakar Toksikologi, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr. Norazlanshah Hazali, turut bersetuju dengan pendapat ada kategori lelaki yang mengaitkan keseronokan kehidupan mereka ketika usia melewati 40-an.


“Apabila semuanya sudah ada dalam tangan, anak-anak pun sudah menginjak dewasa, masa lapang pun banyak, mulalah terfikir untuk mencari yang lain. Saya melihat sendiri rakan-rakan sekeliling dalam kategori lelaki jenis ini yang berani curang dan ligat mencari wanita di luar.


“ Kebanyakan hanya untuk berseronok apatah lagi dapat pula respons daripada gadis yang diidamkan.


“Apabila ditanya mengapa mereka boleh beralih arah, antara faktor kata mereka ialah kurangnya layanan isteri atau pun isteri sudah tidak lagi ‘berseri’ macam dulu,” katanya.


Walau bagaimanapun, janganlah bersangka buruk pada semua lelaki yang berusia 40-an kerana kes curang seperti dinyatakan mungkin kadang-kadang atau jarang-jarang sahaja berlaku. - CARI







Sumber - utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg br 30 an ni pun bergetar btg n badan

meleleh ayak liuk bila

berdepan dgn stok2 dahi licin ini kan lg masuk 40 an

adus dugaan2
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:49 AM | Show all posts
setuju
sbb kewangan dah stabil
dan anak2 dah besar dah bole tanggung diri sendiri dan dah kawin
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 12:28 PM | Show all posts
lah..byk cekadak la org laki..pnt la nk melyn pangai korang..nk yg muda ..nk yg seksi..dia xtau plak..sesetgh pompuan yg berusia pn gemarkan brg fresh
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 12:42 PM | Show all posts
boya je lebih..badan dahla gemok geleber muka berkapok ada hati nk sekendel kapel ..tuiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 02:46 PM | Show all posts
middle age syndrom..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2016 06:48 PM | Show all posts
klu da tgk bini asik layan jantan lain je..
laki hilang kasih syg..
nak wat camne
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 09:02 AM | Show all posts
kawinla 10 pun ade i kesah.. laki ni menyusahkan je.tahu buat anak je keje. resposibilities langsung x amek kesah.. nasib baik tuhan bagi rezeki kat org ppuan usaha cari duit sendri. cukurrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
...sbb tk sedar diri dan tak sedar dek untung..bila dah terlantar pakai pampers mkn bubur takdenya skandal muda kau tu nk basuh berak kencing kau. Bajet hot nk test market.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 26-8-2016 12:42 PM
boya je lebih..badan dahla gemok geleber muka berkapok ada hati nk sekendel kapel ..tuiii

Betul tu perut dah mcm mgandung 9 thn tk beranak2 ada hati nk berskandal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:02 PM | Show all posts
kasih sayang dibeli dengan duit.... kesian..

tak payah la berangan nak cari yg lain kalau bini pun kena kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:08 AM | Show all posts
"fitrah lelaki yang berkeinginan berkahwin lebih dari satu"??!!

fitrah lelaki yg sebenarnya bukan nak berkahwin lebih dari satu.. tetapi nak mengeseks lebih dari satu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 10:50 PM | Show all posts
antara sifat haiwan yg ada pada manusia adalah orang lelaki bersifat mcm kucing jantan

antara sifat kucing jantan adalah mengeseks dgn kucing2 betina sebanyak yg mungkin tapi yg jaga anak2 kucing adalah kucing betina yg dibuntingkan tu.. yg kucing jantan buat bodo je kat anak2 kucing2.. pastu yg kucing jantan tu pergi mengeseks dgn kucing betina yg lain plak..

so, sifat kebinatangan yg ada pada orang lelaki adalah sifat kucing jantan.. nak mengeseks lebih dari satu.. tapi taknak tanggungjawab..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 12:00 PM | Show all posts
hmmm, entahlah, minta jauh benda ni....
Cuma patutnya, ingat susah senang bersama, perempuan/laki lain yg muncul belakang2 itu bukanya ada time susah -susah dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059079 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list