CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

DEAR DIARY: THREAD LUAHAN HATI

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2016 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu perasaan yang sangat best pabila...

-sampai jer ke meja makan si anak berkata "waaaawww..pagetiii!!'. Dengan teruja dan semangat tiga pinggan licin sekali jeling walaupun bersarapan di pagi hari si babah pun kemain lebar senyum..

- dapat hantar insan insan kerdil tu ke pintu kereta untuk ke sekolah sambil melambai tangan dan berkata "thanks mama..see you again.."
Ahhhh bahagianya rasa! Begini agaknya perasaan suri rumah sepenuh masa. Aku yg half nasa ni pun dah rasa satu kepuasan tak trhingga...syukur apa yg ad..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dear deri.

Seriously, rasa exhausted kerja macam ni. Setiap hari meronta nak kerja lain. Emosi tak pernah stable. Ada boss, beri arahan sesuka hati baik siang atau malam. Tak pandai hormati privasi orang.

Ada time rasa penat sangat sampai menangis, menyumpah seranah. Walaupun i believe ni ujian. And betapa susahnya nak keluar dari cengkaman boss ni mungkin sebab balasan tuhan atas dosa dosa yang disedari mahupun tak.
Dah masuk 21 hari kerha tanpa cuti. Letih woii! And kenapa ada boss suka berlagak dan merendahkan staff?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:08 AM | Show all posts
Ada org tanya, macam mana kau boleh jatuh hati dengan seseorang yang tidak kenal siapa pun kau bahkan tidak tahu langsung kewujudan kau?

Aku hanya mampu menjawab, soal hati hanya empunya diri sahaja yang tahu. Sukar untuk dibahaskan dengan kata-kata.

Apa khabar kau di Beijing? Aku harap segala-galanya baik-baik sahaja.

Aku kurang pasti kursus apa yang kau pelajari di University of Peking secara spesifik. Tapi, apa yang aku pasti kursus itu berkaitan dengan Politik Antarabangsa.

Jujur aku katakan, aku tidak rasa kau cukup tanjak untuk menceburkan diri dalam bidang politik suatu hari nanti. You're too soft for that industry. Aku rasa kau lebih sesuai menjadi seorang diplomat.

Ah, senyuman itu. Senyuman yang cukup menenangkan bagi sesiapa sahaja yg melihat. Senyuman yang sungguh mendamaikan sehingga mampu membuat sejuta manusia melupakan segenap masalah yang hadir di muka bumi ini.

Aku harap kau berjaya memperoleh sarjanamu di Beijing. Apa pun terjadi, aku doakan yang  baik-baik sahaja buatmu.

Walaupun aku pernah berharap suatu hari nanti kita akan bertemu, namun, aku harus padam niat tersebut semahu-mahunya. Antara kita terdapat banyak jurang yang memisahkan. Tapi itu tidak pernah menghapuskan perasaan aku ke kamu.

Bagi aku selagi aku merasa cinta, itu sudah cukup membuatkan aku bersyukur tanpa perlu bertemu atau bersua muka. Biarlah doa menjadi ubat!

-WS-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu..tatkala aku keseorangan di bumi nan asing,seringkali ku lantunkan kata kata ini...

"Selaut sekalipun airmata yang tumpah, segunung besarnya beban yang dipikul, apa pun yang terjadi,berjalanlah tanpa henti...kerana Dia sentiasa ada untukku..."


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:07 PM | Show all posts
bila gaji nak masuk ni ohoiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 02:52 PM | Show all posts
Banyaknye keje nak settle....

Ok takpe..slow slow..one by one...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2016 03:10 PM | Show all posts
Adik aku ngadu, dia letih sangat dok hadap keja rumah yang tak pernah pernah nak habis. Yelah dah ko pun duduk rumah kan..so segala mala mak nenek kerja yang ada kat rumah, itulah work task ko kan..?

Aku cakaplah, jadi surirumah tangga gitulah seadanya. Betul tak nafi duduk rumah lagi banyak keje nak buat, boleh dikatakan 24 jam ada jer bende nak dicapai.

Tapi aku kabo ke dia...cuba amek contoh akak ko ni haa..bukan bermakna bila dah kerja opis makanya kerja rumah tak payah buat. No, oke. Aku masih bangun pukul 4 pagi untuk masak siapkan sarapan dan bekal awe dan kakak...aku masih perlu kemas dapur, aku masih perlu masak untuk dinner..aku masih perlu basuh baju..masih perlu lipat dan susun kain baju (yg most of the time memang aku berangan kalaula ada mesin lipat baju macam mesin basuh, memang aku sauk barang seketul dua ), aku masih perlu kemas rumah, sapu laman, sapu sawang, mop lantai, urus budak budak ni kalau babahnya tak dapat nak buat..dan banyak lagi lah kejenya yang aku hanya mampu tulis 'yada yada yada yada di sini'

Baru dia..ooo..betui jugak kan.. Pastu dia kata, kuatnya ko kak..sambil gelak evil.

Aku kata..haa yelaa.kene la kuat..dah namanya target lagi 5-10 tahun nak naik jusa

Dia tanya balik..errr...jusa tu mende?
Aku like...urrmmm..jusa tu mcm rusa jela lebih kurang...



Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 04:26 PM | Show all posts
My hero sorang ni dgn mamanya sama je la......pinggan 1 tu pun susah nak basuh... aleh2 papanya gak yg basuh......adeh......cawan pun camtu gak.....baju pun sama masa sikit tu lipat je la....gosok baju & basuh kasut & stokin my hero....tak pe la...seminggu sekali kan.......kita tengok berselerak rimas lak......keje umah kene settle kan je daily.....jgn la simpan2 nanti dah byk lagi malas.....coz  weekend nak relax kan & jln2 nanti. Apa2 program need to plan la kan.....ni nak school holiday tak plan lagi.......last minute ni yg bosan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
BT10 replied at 26-10-2016 04:26 PM
My hero sorang ni dgn mamanya sama je la......pinggan 1 tu pun susah nak basuh... aleh2 papanya gak  ...

Sebab hero dan mamanya tahu papanya rajin..hik hik...

Tapi i memang pantang betul part lepas makan or minum biar jer pinggan mangkuk slebek atas meja or sinki. Dan dan tu saka naga ai bangkit!  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 04:34 PM | Show all posts
dear deri,

aku tak tahu kenapa dengan dia malam tadi..
jeles much? after aku tukar dp aku dengan gambar lelaki lain?

then merapu2 tanya aku macam2...
and as usual, jawapan aku memang dia tak kan caya la kan..
pd dia la..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 04:53 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 26-10-2016 04:33 PM
Sebab hero dan mamanya tahu papanya rajin..hik hik...  

Tapi i memang pantang betul part lepa ...

tu la pasal........hehehehe.....my hero tu ada je alasan penat la...kenyang sangat la.....mamanya coz i dah bg dia special project to teach my hero.....

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 08:39 PM | Show all posts
                                   
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 01:27 AM | Show all posts
Aku percaya pada firasat hati. Firasat yang sentiasa membuatkan aku tahu kau baik-baik sahaja di sana.

Ada satu malam aku bermimpi kau sudah pandai memasak. Kau tersenyum dan teruja sambil berkata, 'biar I yang masak kali ini, I dah cekap bab-bab memasak'. Aku hanya mampu tersenyum bangga. Tak sabar untuk merasa masakan yang kau sediakan. Tapi sayang, hakikatnya, itu semua sekadar mimpi. Mimpi yang aku harapkan menjadi realiti.

Nasib baik tiada perbezaan waktu antara Malaysia dan Beijing. Itu membuatkan aku sungguh bersyukur kerana jauh di sudut hati kecilku berharap kita bisa menatap rembulan dan bintang pada waktu yang sama.

-WS-
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 04:55 PM | Show all posts
deri..
semalam aku eksiden terbabas kat hiway lpt.. ngantuk punya paal, dah langgar guard rail penghadang jalan tgh2 tu.. teruk jugak.. smpai jer kat exit temerloh, terus aku call husband inform dia.. dia punya risau terus start motor n kitorg terserempak kat tgh jalan, then dia sruh balik uman.. smpai umah dia tgk keta n tya psal aku jgklaa.. pastu dia call kawan2 dia sana sini tya cemana nak settle dgn insurans sbb 1st time eksiden ni nak claim2 isnurans ni.. dah dpt information apa yg patut tu, kitorg keluar amik anak2 kat taska, pi bengkel panel tya apa yg patut then buat report..

lepas je settle semua hal tu, kitorg balik umah.. aku tgk kain baju menimbun, aku rasa cepat2 nak settle.. memasak mmg taklaa sbb bdn aku dah totally exhausted.. dengan semangat yg hilangnya.. tp tgk kain baju menimbun, mata aku sakit, so nak basuhlaa igtnya.. sekali air takder..

aku pujuk ati, esoklaa basuh.. tp.. lepas je selesai makan malam, aku teringat balik kain baju tu..
ahh, tak boleh jadi ni.. aku pon cari baldi.. satu rendam kain baju, satu lg letak air utk bilas.. satu lagi aku rendam kain2 kecik2.. basuh manual laa jwbnya.. Ya Allah hai, rasa nak patah pinggang nak bilas smpai 3x tu.. hahaha.. dahlaa bdn dh sedia penat.. menambah penat lagi.. utk yg kecik2 aku asingkan siap, rendam dlm baldi lain sbb yg tu kene sental2 sikit.. baju anak kecik tulaa, ada kesan2 makanan dia, kesan bubur dan biskut.. dia dah start makan.. hihi..

siap basuh lega rasa.. aku on switch mesin basuh, spin ajerlaa kain2 tu.. yg kecik2 tu aku igt nak tgguh tggu subuh pg ni masuk mesin tggl je.. tapi, siap je spin, tgk2 air dah ada.. aku pon apa lagi, teruslaa amik kain baju yg kecik2 tu campak mesin lepas sental apa yg ptut.. x kuasa dah aku nak duduk dalam bilik air tu basuh n bilas 3x lg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dear diary, kalau hati kita hitam suka cakap kasar2 mmg terserlah ke dekat muka kita?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 08:50 AM | Show all posts
oooo..... diary ke? luahan hati yg semua org boleh baca ye...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2016 02:25 AM | Show all posts
Aku hadir lagi ke ruangan ini. Hadir tatkala jiwa aku merindukan si Beijing.

Merindukan si Beijing yang tidak pernah tahu akan kewujudanku. Yang tidak pernah tahu dalam diam namanya selalu hadir dalam setiap titipan doa-doaku.

Aku yakin Tuhan selalu melindungimu si Beijing kerna mana mungkin Tuhan menolak sebuah doa yang baik-baik inti patinya.

Kau akan memperoleh sarjanamu kelak dan pada masa itu aku tahu kau akan terus mengorak langkah untuk menjadi seseorang yang lebih dikenali di mata dunia.

Dan aku, aku tidak tahu sama ada aku bersedia untuk melihat perkara itu berlaku. Aku tidak tahu adakah aku cukup kuat untuk menerima keadaan itu saat tibanya nanti.

Jujur, aku tidak tahu.

Tapi apa yang aku tahu kau pasti akan baik-baik sahaja. Titipan doa-doaku pasti akan tetap terus mengiringi kamu. Selalu!

Selamat malam si Beijing. Kau tidak memerlukan mimpi yang indah kau hanya memerlukan mimpi yang bermakna. Itu sahaja!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 07:07 PM | Show all posts
nampak  akak kat FD
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 1-11-2016 07:07 PM
nampak  akak kat FD

Fd port akak jadik langsuir..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:35 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 1-11-2016 08:11 PM
Fd port akak jadik langsuir..hahah

hahahaha..
hisap darah sekor2 baru padan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.118459 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list