Edited by kakasotong at 28-8-2016 04:26 PM
Drama Terbaru Lara Aishah akan ditayangkan pada 29/08/2016, pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada pukul jam 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Drama 100 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela terkenal Mexico, La Loba pada tahun 2010.
Pengarah: Riza BaharudinTerbitan: Global Station
Barisan Pelakon
Fasha Sandha sebagai ‘Aishah’
Nazim Othman sebagai ‘Iskandar’
Dayana Roza sebagai ‘Wani’
Shah Jaszle sebagai ‘Zack’
Mia Nasir sebagai ‘Anita’
Jasmin Hamid sebagai ‘Zurin’
Lizza Abdullah
Ainul Aishah
Zamarul Hisham
Wati Elite
Maria Farida
Shah Reza
Aedy Ashraf
Sinopsis Mengenai Drama Lara Aishah
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.
Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup , lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut. Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dyang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan.



|