CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3757|Reply: 6

Tips Bagaimana Cek Tarikh Luput Kosmetik

[Copy link]
Post time 2-9-2016 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Wanita dan solekan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, wanita sering mengabaikan cara pembersihan dan tarikh luput yang terdapat pada produk mekap.




Akhirnya, ia boleh memberi kesan buruk seperti alahan atau iritasi pada kulit. Tahukah anda, majoriti wanita sering menggunakan produk komestik secara lama dan tidak sedar sebenarnya barang mekap ini mempunyai tarikh luput.

Jadi, segeralah cek item mekap anda!




1) Maskara

Tarikh luput maskara sekitar tiga hingga enam bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Anda boleh ketahui ia tamat tempoh apabila maskara mula mengering dan keras apabila diaplikasikan pada mata. Jika masih menggunakannya, mata anda boleh dijangkiti kuman dan gatal.

2) Eyeliner (Penggaris Mata)

Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar tiga hingga empat bulan sahaja. Bagi penggaris mata jenis batang, ia mampu bertahan hingga enam bulan.

3) Bedak asas jenis cecair

Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan rapi agar tidak masuk angin. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan hingga satu tahun. Namun, jika anda lihat bedak asas bertukar warna ataupun berbau, elakkan daripada menggunakannya. Ia boleh menyebabkan alahan kulit kerana bedak tersebut telah dijangkiti bakteria.




4) Pembayang mata dan pemerah pipi

Pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk-produk solekan jenis serbuk boleh bertahan dua hingga tiga tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.

5) Gincu bibir

Jangan sesekali meninggalkan gincu anda di tempat yang panas seperti di dalam kereta. Ia membuatkan gincu anda menjadi berminyak, cair dan bertukar warna. Pastikan gincu sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Jika dijaga dengan rapi, gincu mampu bertahan sehingga dua tahun.

6) Berus solekan

Ramai yang kurang peka mengenai penjagaan berus solekan. Berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika anda menggunakan berus setiap hari, bersihkannya setiap minggu. Berus yang dijaga rapi boleh bertahan sehingga dua tahun.
Tip:Rendamkan berus-berus solekan di dalam bekas yang mengandungi cecair sabun selama beberapa minit. Kemudian gosok perlahan bulu berus agar semua sisa solekan keluar. Bilas dengan air bersih. Akhir sekali, lap dan keringkan dengan menggunakan kain yang bersih.

Penting untuk anda ketahui tarikh luput kosmetik kerana jika tidak dijaga dengan baik, ia merupakan salah satu faktor kulit anda rosak.

Sumber : Jelita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 04:54 PM | Show all posts
Rasanya berus solekan yang paling penting kena dijaga selain tarikh luput alat make up.  Berus tu kalau dah lama tak dibersihkah mudah mengundang jerawat.  Kalau muka berjerawat lagi le lebih kerap kena dibersihkan supaya berus tu tak membantu menyebarkan jerawat tu ketempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lg goole jer "product code expiry database". then masukkn no code product dan jenama. rata 2 produk boleh tahan 12 months shj slps dibukak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 07:30 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 01:47 PM | Show all posts
nice sharing
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nice info..slalu brg mekap lame nk abes gune..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay thanks for sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058367 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list