CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7538|Reply: 47

~ Serabut pasal masa depan adik bongsu ~

[Copy link]
Post time 2-9-2016 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum  para forumers sekalian…

Diketika ini aku sangat serabut memikirkan masa depan adik bongsu aku yang sedang belajar di Kolej Vokasional.
Semalam cikgu call ayah aku bagitahu dah 8 hari dia tak pergi sekolah, ayah aku pun pergi tanya cikgu, cikgu cakap adik aku dah tak boleh pergi lagi sebab akademik dia semua fail…

So cikgu cakap adik aku terpaksa berhenti Kolej sedangkan dia ada masa setahun lagi nak habiskan diploma dia…
Aku tengah serabut kemana lagi dia boleh pergi dengan tak ada sijil SPM…

Mohon cadangan kalian..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 03:19 PM | Show all posts
adik sist ambik course ape kat kolej vokasional tu ?..
cuba tanye dia baik2...ape sebenarnya yg dia minat...takut course yg diambik tu tak sesuai/bukan ape yg dia suka...
bincang balik dgn dia...atau mungkin dia ada masalah lain kena buli or whatever...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 03:25 PM | Show all posts
sian cik sitiku..
adik ct ni dari dulu lg byk buat masalah...emmm taktau nk kata apa dah
biaq pii la dia sitiku...asalkan dia tak pi merompak menyamun dah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 05:29 PM | Show all posts
Wasalam.

Minta dia beralih kepada jurusan yang dia minat. Tapi sekiranya memang dia itu bermasalah, tiada komen.

Tapi mana tahu, dia berbakat dalam bidang perniagaan. Terdapat pelbagai cara mencari rezeki.

Adik saya ( bongsu ) sekejap kerja, lepas tu berhenti berulang2 kali. Sakit hati menumpang dirumah saya. Ikutkan hati biarkan sahaja merempat bawah jambatan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 05:37 PM | Show all posts
giatmara bole sis

giatmara so far ok sbb kalau sume ok nnt dia provide sources utk buat bisnes

dulu adik iols amik course baking kt giatmara so giatmara offer utk bekai kedai kek sume giatmara sponser tapi dlm kwsn tmpt dia belajar tu la..masa tu dia belajar kt johor kt batu pahat jd nye giatmara nk offer buka kt situ je

dh lama dh ni dlm 5-6 thn lps

cuba uolss search pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Amik jurusan lain kat tempat lain la. Setahu aku dia ada sijil kan ganti sijil Spm tu.

Mcm yg @idakamaruddin ckp, GiatMara pun boleh. Pun kolej2 kemahiran lain bleh sambung jugak. Gudluck.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
So adik u kat mna skg? Rumah? Ke hilang xtau kemana? Cuba cek balik, parents u ni suka membela adik bongsu u ni ke?  Pernah tak tanya dia minat apa? Oi byk nya soalan. Pokoknya, cari punca knpa dia lari. Baru cari jln pnyelesaian. Klu mls pikir, sumbat je dia ke sek men biasa. Amik spm dlu. Wlu failed.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 08:46 AM | Show all posts
orkid_lestari replied at 2-9-2016 03:19 PM
adik sist ambik course ape kat kolej vokasional tu ?..
cuba tanye dia baik2...ape sebenarnya yg dia ...

Dia ambik course teknologi pembinaan, adik saya yang laki seorang lagi (baca: abang kepada dia) ada bertanyakan cikgu pasal result dia..result akademik dia sangat teruk..BM pun fail sedangkan syarat penting untuk dapat diploma atau sijil adalah lulus BM..

Ikutkan kami sekeluarga tak pernah setuju dia masuk KV dulu sebab tahu dia ikut kawan..berbakul-bakul nasihat bagi ke dia..alih-alih dia pergi interview KV senyap-senyap and masuk..bila dah dapat baru dia inform family...

Saya tak rasa dia kena buli, kalau dia yang membuli mungkin saya percaya..ayah saya pun tak larat nak ke sekolah asyik kena panggil dengan cikgu bila dia buat perangai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2016 08:47 AM | Show all posts
zulka replied at 2-9-2016 03:25 PM
sian cik sitiku..
adik ct ni dari dulu lg byk buat masalah...emmm taktau nk kata apa dah
biaq pii  ...

Mintak dijauhkanlah dan lah dia jauh dengan family sekarang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 08:48 AM | Show all posts
Emperor95 replied at 2-9-2016 05:29 PM
Wasalam.

Minta dia beralih kepada jurusan yang dia minat. Tapi sekiranya memang dia itu bermasala ...

Jurusan tu dia yang pilih sendiri and dia yang pergi interview senyap-senyap..bakat lain saya tak pasti..tapi saya nampak apa yang dia buat dia ikut kawan...huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 08:50 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-9-2016 05:37 PM
giatmara bole sis

giatmara so far ok sbb kalau sume ok nnt dia provide sources utk buat bisnes

Cadangan yang bagus...saya pun tengah survey..haraplah mara ada bagi bantuan macam tu lagi....terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 08:55 AM | Show all posts
Princess_Na replied at 2-9-2016 09:52 PM
Amik jurusan lain kat tempat lain la. Setahu aku dia ada sijil kan ganti sijil Spm tu.

Mcm yg @id ...

Semalam ada tanya cikgu KV, kalau lulus akademik dengan kemahiran akan dapat diploma...kalau pointer tak ok dapat sijil skmm tapi dengan syarat BM lulus...sekarang BM dia pun fail...cuma ada satu jalan kena repeat paper BM..repeat tu sekali ke boleh..kalau tak lulus juga memang sia sia aje dia masuk KV..masalahnya aku risau dia tak perform sebab tengok dia macam tak ambil kisah...

Sekarang ni kalau dia keluar KV sah sah tak ada SPM, PMR pun  tak ada sebab tahun diorang kan PT3..Just ada UPSR je...sekarang ni kebanyakan kemahiran nak SPM tu yang buat aku buntu...Cuma tinggal giat mara je lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 09:04 AM | Show all posts
Edited by CikSiti07 at 3-9-2016 09:06 AM
mujer_in_espejo replied at 2-9-2016 11:04 PM
So adik u kat mna skg? Rumah? Ke hilang xtau kemana? Cuba cek balik, parents u ni suka membela adik  ...

Dia tak lari pun awak...dia belajar KV dekat bandar G..Dulu kami sekeluarga duduk dekat bandar G...tengah tahun hari tu ayah saya pencen and pindah ke bandar K...Jarak bandar G ke bandar K lebih kurang dua jam...

Adik saya ni dekat rumah ok je..rajin menolong, tak banyak buat hal cuma dia suka keluar jumpa kawan, keluar melepak dan tak lekat dekat rumah...

Yang boleh jadi kesnya dua minggu lepas dia ada balik kampung, lepastu dia cakap minggu depannya nak balik lagi tapi minggu tu dia tak balik...

minggu seterusnya dia balik, saya perasan badan and kaki dia luka-luka macam kesan eksiden..saya tanya and dia mengaku minggu sebelumnya dia tak balik sebab eksiden and doc bagi MC seminggu...

Kemarin cikgu call ayah saya cakap yang dia dah seminggu tak datang sekolah..jadi ayah saya dengan adik saya pergi sana cari dia and jumpa cikgu dan ternyata dia ponteng sekolah...

Dia tak boleh masuk sekolah biasa dah sebab masa masuk KV tu ada tertulis yang kalau berhenti KV memang tak boleh masuk sekolah biasa plus umur dia dah 17 tahun sekarang..lagi setahun je nak habiskan KV tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
CikSiti07 replied at 3-9-2016 08:55 AM
Semalam ada tanya cikgu KV, kalau lulus akademik dengan kemahiran akan dapat diploma...kalau point ...

Kau tarbiah skit adik kau tu. Klau mak bapak kakak abang mati. Kat siapa nak berharap nnt.

Jgn ikut malas dan kepala sendiri je. Suruh dia ulang dan pantau dia smpai habis ulangan exam. Bebudak skrg tahu nk senang je, kemudian hari menyesal.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 09:13 AM | Show all posts
Princess_Na replied at 3-9-2016 09:04 AM
Kau tarbiah skit adik kau tu. Klau mak bapak kakak abang mati. Kat siapa nak berharap nnt.

Jgn  ...

Tu lah cadangnya cuti raya haji ni dah semua adik beradik balik, kami ingat nak sembang heart to heart dengan dia..nak tanya apa dia nak sebenarnya...Pasal mati tu mak aku pun selalu cakap tapi dia pesyen tak makan saman...

Baru bulan lepas ayah mak aku kena panggil ke sekolah jumpa cikgu kaunseling...masa tu cikgu selidik pasal latar belakang keluarga semua...kiranya keluarga kami semua ok..dia sorang je macam lain sikit perangai...aku memang confirm dia jenis ikut kawan..masa jumpa cikgu tu mak aku teriak semahu-mahu nya..dia pun teriak jugak..ingatkan dah sedar..rupanya macam itu jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
CikSiti07 replied at 3-9-2016 09:13 AM
Tu lah cadangnya cuti raya haji ni dah semua adik beradik balik, kami ingat nak sembang heart to h ...

Insaf kejap je. Elok msuk kem motivasi jenis perangai camni, biar semangat skit nak halatujukan hidup

Aku pun ada adik msuk skolah jenis ni sbnrnya. Sama situasi jugak. Kena buang skolah. Penat ulang alik, baru dpt msuk blik skolah. Skrg tgh ulang exam. Yg penting family kena byk push dan bg support. Tp nak tekan sgt pun takbleh, nnt memberontak. Kena guna cara halus laa.. Gudluck, sis. Awal lagi adik kau tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2016 09:47 AM | Show all posts
Princess_Na replied at 3-9-2016 09:21 AM
Insaf kejap je. Elok msuk kem motivasi jenis perangai camni, biar semangat skit nak halatujukan hi ...

Adik kau umur berapa sekarang? dia ambik persendirian eh? tapi macam adik aku ni macam tak leh pergi dah akademik...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 09:58 AM | Show all posts
Mmg pg giatmara je la siti. Amik kursus kemahiran. Mekanik ke elektrik ke. Keluar2 boleh la buat wiring ada la jugak faedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 10:05 AM | Show all posts
nuryakmal replied at 3-9-2016 09:58 AM
Mmg pg giatmara je la siti. Amik kursus kemahiran. Mekanik ke elektrik ke. Keluar2 boleh la buat wir ...

Memang giat mara aje yang saya nampak...tadi menggugel nampak lagi satu peluang..institut otomotif malaysia..ajar repair kereta..tak payah spm...gov tanggung semua...lepastu boleh kerja and ada epf socso semua...tapi saya email admin dia nak dapatkan pencerahan..moga ada berita baik....semalaman tak tidur memikir sebab saya ni anak sulung..ayah dengan mak mungkin tak tahu sangat bab2 study ni...hurmmm...moga ada jalan...amin
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
CikSiti07 replied at 3-9-2016 09:47 AM
Adik kau umur berapa sekarang? dia ambik persendirian eh? tapi macam adik aku ni macam tak leh per ...

Adik aku 19. Sijil dah lepas, dip yg tak lepas sbb byk fail, rekod sekolah pun teruk.

Klau takbleh jugak. Msuk la giatmara ke apa. Janji ada sijil Kemahiran. Dr takde sijil apa2. Kelam masa depan nnt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.083954 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list