View: 4285|Reply: 10
|
Lalat Terlampau Banyak Di Dapur? Halau Segera Dengan 5 Petua Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto - sinarharian.com.my
Kehadiran banyak lalat di dirumah sudah pastinya menimbulkan rasa kurang senang kerana lalat merupakan sejenis serangga yang gemarkan sampah dan tempat kotor.
Bayangkan lalat yang kotor itu menghurung pula makanan anda ketika anda hendak makan, sudah pasti kekotoran dan kuman bawaan lalat akan masuk dalam makanan anda. Akibatnya kesihatan anda sekeluarga akan terganggu.
Tapi jangan risau kerana terdapat beberapa petua terbaik untuk menghalau lalat-lalat dari bebas berleluasa di dapur anda. Boleh cuba 5 petua dibawah :
Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya. Pasti lalat-lalat didapur anda akan mula berkurangan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Geli pulak aku dkt gambar 1st tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan 6:sembur dengan racun serangga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beli shieldtox letak kat tempat lalat selalu hinggap . Boleh sembur terus bila nampak. Setakat halau saja tak cukup berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah guna daun kari kira not bad utk halau lalat |
|
|
|
|
|
|
|
time kenduri biasa beli perangkap lalat yang kertas ade pelekat tu,kesian makcik2 rewang terpijak |
|
|
|
|
|
|
|
kat rumah aku, ada raket dah separuh bengkok tepi dekat area dapur-meja makan
asal aku nampak je lalat terbang, cepat2 aku smash |
|
|
|
|
|
|
| |
|