Lelaki berusia 61 tahun dari Sabah yang disahkan pesakit pertama kes jangkitan virus Zika tempatan di Malaysia, meninggal dunia petang tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia di HQE2 kira-kira jam 5.30 petang akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.
Petang tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya di Likasi.
Kementerian juga sedang menyiasat sejarah perjalanan pesakit itu dengan besar kemungkinan berpunca daripada jangkitan tempatan, ini memandangkan warga tua itu tidak pernah ke luar negara dalam tempoh terdekat kebelakangan ini.- CARI