CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 10-9-2016 10:53 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 10-9-2016 07:02 PM
Woow best nye cite camni, nak lagi tt

ok. ai akan cari dan share kes2 misteri yg lain... tungguuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2016 08:06 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 12-9-2016 09:09 PM

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA



Kes berlaku pada musim panas tahun 1912 di sebuah bandar kecil bernama Villisca di Iowa, Amerika Syarikat. Pembunuhan ini sangat menggemparkan sehingga berjaya menyingkirkan berita Titanic yang tenggelam dua bulan sebelum itu, daripada muka depan akhbar-akhbar utama.





Pada pagi Isnin 10 Jun, Mary Peckham jiran kepada keluarga Moore menyedari keadaan rumah mereka yang tiba-tiba senyap dan sunyi, tidak seperti hari-hari yang lain. Dengan anak-anak seramai empat orang semestinya rumah dua tingkat tersebut penuh hiruk pikuk dan gelak ketawa. Namun pagi itu sungguh berbeza sekali. Setelah ketukan pintu dan panggilan tidak bersahut, Mary lantas menghubungi Ross Moore iaitu abang kepada ketua keluarga itu, Josiah Moore.




Setibanya di rumah tersebut, Ross membuka pintu dengan salinan kunci yang diberikan oleh adiknya. Namun entah kenapa tiba-tiba berasa kecut perut untuk memeriksa seluruh rumah tersebut, dia meminta Marshall Henry Horton pula untuk datang. Apa yang pegawai polis itu temui adalah sangat-sangat mengerikan dan menyayat hati - Josiah, 43, isteri Sarah, 39, keempat-empat anak mereka Herman Montgomery,11, Mary Katherine,10, Arthur Boyd, 7, dan Paul Vernon, 5, serta dua orang kawan Mary Katherine, yang juga adik beradik, Ina Mae, 8, dan Lena Gertrude Stillinger,12, mati dibunuh dengan kejam di atas katil masing-masing.

Hasil siasatan polis dan koroner telah membuat gambaran bahawa pada petang Ahad 9 Jun pembunuh bersembunyi di loteng semasa keluarga Moore menghadiri program Hari kanak-kanak di Gereja Presbyterian. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa puntung rokok di loteng tersebut. Kehadiran Ina Mae dan Lena pada waktu itu adalah kerana ajakan Mary, untuk bermain dan bermalam bersama-sama. Di sini pihak polis meletakkan jangka masa pembunuhan berlaku antara pukul 12 malam hingga 5 pagi.

Apabila keluarga Moore dan tetamu kecil mereka nyenyak tidur, berbekalkan kapak kepunyaan keluarga Moore dan cahaya pelita si pembunuh mula-mula masuk ke bilik pasangan suami isteri. Dia menetak Josiah berkali-kali, dan hayunan kapak begitu tinggi hingga meninggalkan calar pada siling bilik itu. Kecederaan yang dialami ketua keluarga itu sangat teruk berbanding mangsa-mangsa lain. Dikatakan wajahnya hancur dan kedua belah matanya hilang. Sarah yang mungkin tidak sedar akan hal yang berlaku ke atas suaminya turut maut menerima tetakan yang bertalu-talu.

Seterusnya, si pembunuh menuju ke bilik anak-anak Moore dan menetak kesemuanya di bahagian kepala hingga mati. Polis berpendapat pembunuh kemudian kembali semula ke bilik utama dan menghancurkan kedua-dua mayat suami isteri tersebut. Darah melimpah dengan banyak hingga memenuhi sebelah kasut di tepi katil mereka. Setelah puas, pembunuh turun ke tingkat bawah dan membunuh adik beradik Stillinger. Polis mempercayai Lena satu-satunya mangsa yang sedar dan terbangun sewaktu kejadian itu berlaku – Ada tanda pergelutan dengan kecederaan mempertahankan diri pada lengannya. Kemungkinan besar juga ada percubaan mencabul ke atas kanak-kanak itu, Lena ditemui dengan gaun tidurnya terselak hingga ke paras pinggang dan seluar dalamnya hilang.


Lakon semula pembunuhan oleh pihak polis


Beberapa orang suspek telah disoalsiasat dan pelbagai teori serta khabar angin oleh penduduk bandar di situ dikemukakan – termasuk motif cemburu, curang dan pedofilia. Salah seorang berjaya dihadapkan ke mahkamah, bukan sekali tetapi DUA kali namun akhirnya dia dilepaskan kerana kekurangan bukti kukuh dan dakwaan keganasan polis. Seratus empat tahun kemudian, kes pembunuhan Villisca masih kekal misteri dan yang pasti si pembunuh hidup bebas dan membawa rahsia gelapnya itu ke kubur.




Fakta menarik:

  • Selain menyelubung kepala mangsa-mangsanya dengan selimut, pembunuh juga menutup semua cermin di rumah dan kaca pintu dengan kain. Ini dikaitkan dengan adat kematian zaman Victorian iaitu sekiranya ada mayat di rumah, setiap cermin hendaklah ditutup. Mungkin juga pembunuh rasa bersalah – enggan melihat pantulan imej mayat mangsa bunuhnya.



  • Polis menemui daging bacon beku seberat 4 pound disandarkan pada dinding bersebelahan kapak yang digunakan untuk membunuh. Ada sisa makanan di atas meja dapur dan mangkuk berisi air basuhan darah.
  • Kegagalan siasatan mungkin ada kaitan dengan cara pihak polis dan koroner mengawasi tempat kejadian. Menurut seorang saksi walaupun telah diberikan amaran oleh polis untuk tidak masuk ke rumah tersebut, berpuluh-puluh orang jiran dan penduduk bandar berpusu-pusu melihat keadaan mayat keluarga itu dan adik beradik Stillinger. Cap jari bercampur aduk, malah ada yang mengambil serpihan tengkorak Josiah Moore sebagai tanda kenang-kenangan.
  • Gambar-gambar crime scene penting hilang buat selama-lamanya setelah jurugambar yang diupah polis menjual kedai gambarnya termasuk negatif gambar itu sekali. Setelah beberapa kali bertukar tangan, akhirnya seluruh kedai itu terbakar.
  • Rumah keluarga Moore masih wujud hingga kini, dipulihara oleh pasangan suami isteri Darwin dan Martha Linn bermula pada tahun 1994 serta dimasukkan ke dalam US  National Register of Historic Places pada 1998. Rumah itu juga dinamakan sebagai salah satu tempat paling berhantu di Amerika Syarikat dengan para penyiasat paranormal dikatakan berjaya mengesan penampakan roh kanak-kanak dan juga pembunuh misteri itu.





Loteng rumah tersebut


Kubur keluarga Moore


Kubur adik beradik Stillinger



sumber
sumber
sumber
sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 09:29 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-9-2016 07:06 PM
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

fuh...mengerikan...
mcm citer The Conjuring, Micheal Mayers..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 09:29 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-9-2016 07:06 PM
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

double post.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2.. Memang seram
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
...dikatakan wajahnya hancur dan
kedua belah matanya hilang...



ya Tuhan, kenot imejin

lagi tt, nak lagiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Menariknya TT. Harap post lebih banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 02:20 PM | Show all posts
Mohon cik TT rajin-rajin hapdate ek... Sapo-sapo yang ada artikel berkaitan or komen yang memberangsangkan.. bolehla boh jugak lam neh.. Tacang Cap Ngan Nyin pasti tidak dilupakan..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2016 03:52 PM | Show all posts
  1. menutup semua cermin di rumah dan kaca pintu dengan kain. Ini dikaitkan dengan adat kematian zaman Victorian iaitu sekiranya ada mayat di rumah, setiap cermin hendaklah ditutup.
Copy the Code


dekat Malaysia pun masih ada lagi orang amalkan macam tu..
aku pernah pergi melawat rumah orang mati, tuan rumah tu pun tutup semua cermin dengan kain,
bila aku tanya kenapa tutup cermin, dia cakap memang kalu ada mayat dalam rumah, semua cermin kena tutup, memang dari dulu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 04:37 PM | Show all posts
scary nya.. esp yg family of 8 tu.. x dpt byg macam mana seksa diorg masa kena kapak tu.. ngeriii
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 05:04 PM | Show all posts
TT update lah lagi. Ngeri betul cerita dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 05:40 PM | Show all posts
seraaaammmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 05:51 PM | Show all posts
Terbaik TT .
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 05:58 PM | Show all posts
seram gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cfa replied at 13-9-2016 03:52 PM
dekat Malaysia pun masih ada lagi orang amalkan macam tu..
aku pernah pergi melawat rumah orang ...

Bukan takat cermin,tv,microwave,oven wegala yabg ada skrin pun ada yg tutup hingga ke hari 40, reason till now they said unknown,just ikut je
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai suke noks baca Misteri2 ni.

Plish updated. Sampai muntoh ijo aiols nk baca.

Meremang bulu tiaks seremmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2016 07:09 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 13-9-2016 02:20 PM
Mohon cik TT rajin-rajin hapdate ek... Sapo-sapo yang ada artikel berkaitan or komen yang memberangs ...

Thanks Mod

Yup, kalo sesiapa yg tau citer misteri terutamanya jarang2 kita dengar/baca bole la tepek sama.

Sebenarnya banyak jumpa kes2 misteri nih dlm internet dan ada yg melalui buku... tu pon ingat2 lupa. Satu lg, masalah nak translate sesetengah perkataan tuh, maklumlah BM nih bahasa kedua ai So ambik masa sket nak post citer baru.

btw terima kasih kpd poremer2 lain yg sudi membaca dan bg komen. I'll do my best. Gituhh

Comments

Sesamer... Opocot.. ko terjemah sendiri ke dani? wahh.. extra tacang la gitu.. bagus.. bagus.. :D  Post time 14-9-2016 01:13 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2016 07:11 PM | Show all posts
Keyyra replied at 13-9-2016 07:07 PM
Ai suke noks baca Misteri2 ni.

Plish updated. Sampai muntoh ijo aiols nk baca.

Tengah diusahakan. Lepas nih bukan saja bulu tiak, harap2 bulu kaki dan bulu hidung pun terangkat sama hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 13-9-2016 11:11 AM
Tengah diusahakan. Lepas nih bukan saja bulu tiak, harap2 bulu kaki dan bulu hidung pun terangkat  ...

Esok iols terus trimming
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2016 03:21 AM | Show all posts
Kes 'Pontianak Atlas' (the Atlas Vampire)



Lilly Lindstrom, 32 tahun, seorang pelacur tinggal berseorangan di sebuah apartmen dalam kawasan bernama Atlas di Stockholm, Sweden – dikenali oleh jiran-jirannya dengan panggilan ‘the call girl'. Ini bukan kerana pekerjaannya yang menawarkan perkhidmatan seks itu, tetapi Lilly adalah satu-satunya penduduk apartmen itu yang mempunyai telefon waktu itu.

Namun tidak lama kemudian, dia akan menjadi terkenal untuk peristiwa yang jauh lebih dahsyat.

Pada 4 Mei 1932, mayat Lilly ditemui tersembam di atas katilnya; dalam keadaan telanjang dan juga tubuhnya ‘kering’ kerana kehabisan darah. Pihak berkuasa yang menemuinya telah dipanggil oleh kawan dan juga teman sepelacuran Lilly, Minnie Jansson. Dia tinggal di tingkat bawah, dan menyedari yang dia sudah beberapa hari tidak melihat kelibat wanita malang tersebut. Ketika pihak berkuasa masuk ke unit apartmen Lilly, mereka turut menjumpai pakaiannya yang dilipat dengan kemas dan diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengan katil.

Walaupun kematian Lilly dinyatakan berpunca oleh hentakan objek tumpul pada kepala, tetapi keadaan mayatnya yang kekeringan darah sangat mengesankan pihak polis – lantas menamakan kejadian itu sebagai kes Pontianak Atlas.

Bukti-bukti di tempat kejadian menunjukkan Lilly sebelum mati telah melakukan hubungan seks, berkemungkinan besar dengan pembunuhnya. Polis menemui air liur pada leher dan badan Lilly, dan kondom terpakai yang masih berada di dalam duburnya. Mungkin kesan air liur boleh dijelaskan sebagai hasil daripada aktiviti seksualnya tetapi apa pula penjelasan ke atas kehilangan darah Lilly yang begitu banyak? Polis berpendapat senduk kuah yang mempunyai kesan darah dijumpai dalam apartmen itu, digunakan oleh si pembunuh untuk menghirup darah Lilly.

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai ‘Pontianak Atlas’, tambahan pula tiada lagi serangan/pembunuhan serupa yang dilaporkan selepas itu. Barangkali bukti DNA pasti banyak ditemui di tempat kejadian tetapi pada tahun 1932, sains forensik masih lagi mundur dan ketinggalan. Pihak polis memeriksa seluruh kawasan kejiranan dan menyoalsiasat beberapa orang bekas pelanggan Lilly, tetapi tiada tangkapan yang dibuat. Secara rasminya kes itu tidak dapat diselesaikan.

Beberapa bahan bukti kes Pontianak Atlas telah dikumpul termasuk pembalut kondom, dan dipamerkan di Muzium Polis Stockholm, beserta gambar pelan apartmen Lilly.




Beberapa tahun sejak pembunuhan itu, khabar angin bertiup mengenai pembunuhnya yang dikatakan seorang pegawai polis, yang memang tahu bagaimana untuk menutup dan menghilangkan bukti serta jejaknya. Namun teori hanya tinggal teori, lagipun pihak polis mengakui mereka langsung tiada suspek utama.

Siapa dan apa identitinya, si Pontianak Atlas dipercayai sudah lama mati selepas 80 tahun lebih berlalu. Melainkan dia benar-benar mahkluk supernatural yang laparkan darah, seperti yang digembar gemburkan oleh sebahagian penduduk Stockholm.





Sumber wiki & blog

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.589124 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list