CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 15-9-2016 11:53 PM | Show all posts
planetplutop replied at 15-9-2016 11:22 PM
menariknya TT! iols suka tengok buzzfeed unsolved mysteries

paling seram bg iols kes somerton  ...

ha'ah... somerton man aka tamam shud case. kalo tak silap, ramai yg syak dia seorang spy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya thread ni..kita suka

dedolu slalu baca kes bunuh bunuh
cm.yang amityville tu..jack the ripper..black dahlia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by allhaillll at 16-9-2016 05:45 PM

meh nak tumpang share. tp copy paste je. takpe ke?
Joachim Kroll, Lahir Pada 1933

Kroll adalah seorang pembunuh bersiri Jerman dan seorang kanibal. Beliau dikenali sebagai Ruhr kanibal, dan Duisburg Man-Eater. Beliau telah disabitkan atas lapan pembunuhan tetapi membuat pengakuan telah membunuh seramai 13 orang.

Pada 3 Julai 1976, Kroll telah ditangkap keran menculik dan membunuh seorang gadis berusia empat tahun bernama Marion Ketter. Ketika pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dengan menyoal dari rumah ke rumah, salah seorang dari mereka mengadu bahawa sistem paip di dalam bangunan apartmennya telah tersumbat, dan telah bertanya kepada jirannya, Kroll, samada dia tahu apa yang telah menyekat saluran paip tersebut, dan Kroll hanya menjawab "Keberanian." Apabila menerima laporan ini, polis terus menyerbu ke apartmen Kroll dan menemui tubuh Ketter yang telah dipotong: beberapa bahagian berada di dalam peti sejuk, tangan yang sedang dimasak di dalam periuk dan apa yang terperangkap di dalam saluran paip itu adalah usus kanak-kanak tersebut.

Kroll berkata beliau sering menghiris bahagian daging mangsa untuk dimasak dan memakannya, dan mendakwa untuk menjimatkan kos sara hidupnya. Pada bulan April 1982, selepas 151 hari perbicaraan, beliau telah disabitkan atas semua tuduhan dan telah dihukum penjara seumur hidup selama 9 kehidupan. Beliau mati pada tahun 1991 di penjara Rheinbach akibat serangan jantung.m Kroll, Lahir Pada 1933


sumber: http://redmafla.blogspot.my/2014 ... i-paling-kejam.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 05:51 PM | Show all posts
allhaillll replied at 16-9-2016 05:43 PM
meh nak tumpang share. tp copy paste je. takpe ke?
Joachim Kroll, Lahir Pada 1933
Kroll adalah seo ...

Andrei Chikatilo, Lahir Pada 1936

Andrei Chikatilo merupakan pembunuh bersiri dari Ukraine, dikenali dengan nama samaran 'Butcher of Rostov' dan 'The Red Ripper'. Beliau telah disabitkan dengan kesalahan membunuh 53 wanita dan kanak-kanak bermula pada 1978 sehingga 1990. Chikatilo berpindah ke Shakhty, sebuah lombong arang batu di bandar kevil berdekatan Rostov, di mana tempat pertama beliau membunuh. Pada bulan Disember, beliau telah memperdayakan seorang kanak-kanak berumur 9 tahun untuk pergi ke rumahnya dan cuba merogolnya. Apabila kanak-kanak tersebut melawan, Chikatilo telah menikamnya sehinga mati. Beliau telah mencapai kepuasan ejakulasi ketika menikam mangsa, dan telah menyedari bahawa beliau hanya akan mencapai kepuasan seks nya jika menikam dan memotong wanita tersebut hinga mati. Walaupun terdapat banyak bukti yang mengaitkannya dengan pembunuhan, seorang lelaki muda, Alexsandr Kravchenko, telah ditangkap dan dihukum atas semua kes pembunuhan tersebut.

Chikatilo memberhentikan kegiatan jenayahnya untuk seketika bagi meredakan keadaan ketika itu, terutamanya di bandar Rostov, sehingga pada tahun 1988 beliau melakukannya lagi di Krasny-Sulin, dan telah membunuh seramai 8 orang pada tahun itu, termasuk dua mangsa di Shakhty. Beliau berhenti lagi untuk sekian lama sebelum membunuh 7 budak lelaki dan 2 wanita sepanjang tahun 1990. Beliau yang sedang di dalam pemerhatian pihak polis telah ditangkap apabila mencuba untuk menculik seorang kanak-kanak. Chikatilo telah dibicarakan pada 14 April 1992. Sepanjang perbicaraan beliau telah dilindungi dengan sangkar di tengah-tengah ruang sidang, bagi perlindungan sebarang ancaman saudara-mara mangsa pembunuhan. Mereka menjerit dengan ancaman dan hinaan kepada Chikatilo, menuntut pihak berkuasa melepaskannya supaya mereka boleh melaksanakan hukuman mereka sendiri. Dia didapati bersalah atas 52 daripada 53 pembunuhan dan dijatuhkan hukuman mati bagi setiap kesalahan pada tahun 1994, ditembak di belakang kepala oleh skuad penembak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 10:25 PM | Show all posts
allhaillll replied at 16-9-2016 05:51 PM
Andrei Chikatilo, Lahir Pada 1936
Andrei Chikatilo merupakan pembunuh bersiri dari Ukraine, diken ...

Ada satu fakta yg tertinggal; Andrei Chikatilo nih pengamal cannibalism tegar. Polis yg tangkap Chikatilo, perasan bau badan dia nih busuk sgt2. Baru dia org tersedar, tu la bau daging manusia mereput dlm sistem pencernaan Chikatilo. Setakat berpeluh pon mengalahkan bau bangkai hewan katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 16-9-2016 10:25 PM
Ada satu fakta yg tertinggal; Andrei Chikatilo nih pengamal cannibalism tegar. Polis yg tangkap Ch ...

ayakkkk bau bangkai binatang pun boleh pening kepala. ini pulak mayat mereput  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 16-9-2016 10:25 PM
Ada satu fakta yg tertinggal; Andrei Chikatilo nih pengamal cannibalism tegar. Polis yg tangkap Ch ...

Daging mereput dlm sistem pncernaan tu cmana? Bkn ke perut kita ada asid nk utk digest apa yg ditelan? Daging manusia shud be mcm daging bahan organik yg lain la kan. Cth mkn daging lembu, dicerna elok. Xde plak bau lembu mereput. Xbrpa paham ayat tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 01:27 PM | Show all posts
rioster replied at 17-9-2016 10:17 AM
Daging mereput dlm sistem pncernaan tu cmana? Bkn ke perut kita ada asid nk utk digest apa yg dite ...

Daging manusia nih ambik masa paling lama utk di digest katanya lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Creepy......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:57 AM | Show all posts
erkkkk....kalau kita makan kari pun, bila sendawa bau kari...contoh nasi kandaq....
inikan pulak kalau makan daging manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:30 AM | Show all posts
sambung lagi... menarik la
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 01:36 PM | Show all posts
kejam dan ngeri. Menarik... teruskan TT.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri yer,ngok gambau tu,x tau cam seram jek
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah keluarga Moore tu dari luau,cantik lak,gan atas loteng tu...tp nmpk cam sepi jek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 14-9-2016 02:19 PM
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pem ...

Btol tu...suka ngok rancangan Ghost Adventure tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2016 09:41 PM
Tak terkira rasanya kes2 pembunuhan kejam kat US. Mungkin sbb dia org awal maju drpd kita jd pemik ...

Suka Zack tu gan hantu pun dia bole maki2...berani hihihi   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2016 02:27 AM | Show all posts
DeeHanania replied at 19-9-2016 02:21 PM
Suka Zack tu gan hantu pun dia bole maki2...berani hihihi

Mentang2 badan sado kan, mesti zak expect hantu pun patut takut dgn dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 02:51 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 20-9-2016 03:02 AM

Kes 'the Frog Boys'



Kejadian misteri ini dikatakan sebagai salah satu kes yang menggemparkan seluruh Korea Selatan.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1991 dan merupakan cuti sempena pilihan raya tempatan di Daegu. Lima orang budak lelaki - U Cheol-won, Jo Ho-yeon, Kim Yeong-gyu, Park Chan-in dan Kim Jong-sik (berumur di antara 9-13 tahun) bercadang untuk pergi ke Gunung Waryong bagi menangkap katak. Malangnya selepas itu mereka tidak akan kembali ke pangkuan keluarga mereka lagi buat selama-lamanya.





Kehilangan mereka menjadi berita utama dan Presiden Roh Tae-woo mengerahkan 300 ribu orang pegawai berkuasa untuk membantu pencarian budak-budak tersebut – pencarian ini turut ditayangkan di televisyen secara langsung. Sebanyak 8 juta risalah disebarkan dan ganjaran 42 juta won (USD35 ribu) kepada sesiapa yang membantu hingga terjumpanya pelajar-pelajar sekolah rendah itu. Beberapa orang ibu bapa mangsa juga sanggup berhenti kerja demi menemui anak mereka semula. Usaha pencarian kemudiannya diperkembangkan hingga ke seluruh negara, namun berakhir dengan kegagalan.





Rakan sekolah mengadakan kempen 'Frog Boys, Come Home'.


Orang ramai mula beranggapan budak-budak lelaki itu melarikan diri dan mengembara, ada yang menjangkakan mereka telah diculik dan ada juga yang berpendapat mereka diculik oleh makhluk asing. Tidak lama kemudian filem ‘Come Back, Frog Boys’ ditayangkan untuk memujuk mereka agar pulang ke rumah, walau bagaimanapun tetap tiada sebarang perkembangan hinggalah 11 tahun kemudian…


Pada 26 September 2002, seorang lelaki yang mengutip buah pokok oak (acorn) di lereng gunung menjumpai beberapa cebis pakaian dan tulang-tulang rangka – yang kemudiannya disahkan sebagai milik budak-budak malang itu. Anehnya pihak berkuasa telah pun beberapa kali memeriksa dan mencari di kawasan itu. Tulang mereka menunjukkan seolah-olah mereka semua dalam keadaan berhimpit-himpit sebelum meninggal dunia. Dikatakan pada malam kehilangan mereka, hujan turun dan suhu adalah sangat sejuk. Maka polis menyifatkan kematian mereka adalah disebabkan oleh hipotermia, tanpa mengambil kira hakikat jarak mayat dan rumah mereka hanya 2km sahaja dan budak-budak itu sangat arif dengan kawasan gunung tersebut.







Selain itu tengkorak salah seorang budak didapati berlubang dan beberapa kelongsong peluru bertaburan di sekeliling tulang rangka mereka. Maka keluarga-keluarga mangsa yang tidak berpuas hati, mengesa pihak polis untuk melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh.







Hasilnya; polis menggambarkan kelima-lima mangsa diikat, kepala dipukul dengan objek berat dan tumpul, salah seorang pula ditembak dan seterusnya mayat mereka dikuburkan secara tergesa-gesa. Apapun orang awam tetap berasa pelik -- betapa dekatnya jarak mayat-mayat mangsa dengan rumah mereka dan kawasan itu telah didatangi dan dicari sebanyak 500 kali oleh pegawai pihak berkuasa dan pakar.


Pada mulanya, had statut kes ini telah tamat pada 2006 – Jika polis berjaya menemui pembunuh budak-budak lelaki itu sekalipun, mereka tidak akan dapat mengheretnya ke muka pengadilan dan menjatuhkan hukuman. Namun memandangkan betapa besarnya kes ini dan cara kematian mangsa yang kejam, kerajaan Korea Selatan telah meminda statut itu pada Julai 2015. Sedikit sebanyak memberikan harapan untuk keluarga mangsa mendapatkan keadilan bagi anak-anak mereka.




Majlis pengebumian diadakan pada tahun 2004 dan tengkorak lima sekawan itu diderma oleh keluarga mereka kepada Universiti Gyeongbuk bagi kajian forensik. Selepas 25 tahun, kes ‘Frog Boys’ masih belum terungkai.


Fakta menarik:
  • Gunung Waryong terletak betul-betul di belakang sekolah mangsa-mangsa tersebut. Orang tempatan memanggilnya sebagai naga berbaring barangkali kerana rupa bentuknya.
  • Menurut rakan-rakan, bukan katak yang dicari tetapi telur salamander. Wartawan tidak menyukai nama 'Salamander Boys' terutamanya bila diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, lantas memilih 'Frog Boys'.
  • Spekulasi sesungguhnya bertebaran dengan hebat waktu itu - hinggakan ibu bapa mangsa turut dituduh, konon mereka yang sebenarnya membunuh dan menguburkan anak mereka di lereng gunung itu.



Sumber wiki dan website

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 08:53 AM | Show all posts

Kebetulan.. tengah baca kisah ni sambil dengar lagu Ruth B.. tragisnya





Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-9-2016 02:51 AM
Kes 'the Frog Boys'



Pernah tengok filem kisah ni..sedihhhhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.128566 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list