CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 22-1-2020 11:40 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:51 AM
Pembunuhan Paranormal Charles Walton

Charles Walton berasal daripada sebuah perkampungan kecil Lo ...

Jap, kiranya Charles Walton dan Ann Tennant tu pernah wujud masa tahun 1875?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 07:14 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:50 AM
Amelia Dyer Si "emakan Bayi"

Kalau ikut kes ni, Amelia (kemain cantik namanya, perangai hazabedah) ni macam pembunuh psiko. Tak nampak apa apa motif pun. Dah la bunuh baby
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-1-2020 11:40 PM
Jap, kiranya Charles Walton dan Ann Tennant tu pernah wujud masa tahun 1875?

eh tak.charles tu mati lain tahun.cuma pasal dia ni dah diramal dalam buku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 23-1-2020 07:14 AM
Kalau ikut kes ni, Amelia (kemain cantik namanya, perangai hazabedah) ni macam pembunuh psiko. Tak ...

haha.ipo puas saya godek2 dalam tenet tak jumpa motif dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 22-1-2020 01:25 PM
tq Mr Kill..asikkk membacanya..hulurlah..lagii

sama2 baya.ada kelapangan saya share lagi insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 23-1-2020 02:09 PM

dani cerita2 tu saya taip sekali jalan je dari pembacaan saya.kalau ada typo tu sorry lah ya.memang saya tak check pun.pandai2 lah korang teka perkataan dia.haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2020 12:27 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 23-1-2020 02:07 PM
dani cerita2 tu saya taip sekali jalan je dari pembacaan saya.kalau ada typo tu sorry lah ya.memang  ...

no worries. ai paham jah isi cerita   KILL sumbangkan 4 cerita pun ai dah happy sgt.
typo tu biasa. ai pun sama, kekadang tersilap taip nama, tersilap translate hahaha. yg penting mesej cerita sampai kat pembaca


anyways thanks again. lain kali kalau ada masa share lah lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sempena CNY ni saya sponsor 2 cerita lagi dalam thread masyhur ni .

Matthew Chase


Seorang pemuda yang mengeluarkan beratus-ratus dolar dengan kad ATMnya, kemudian dia hilang secara tiba-tiba.

Matthew Chase


Pada 8 Jun 1988, di Los Angeles, Matthew Chase, 22 tahun pulang daripada makan malam bersama rakan sebiliknya, Teresa Dahl. Malam itu, Chase teringat bahawa dia perlu mendepositkan cek gajinya. Teresa memberikan kebenaran kepada Matt untuk menggunakan kereta dan meminta Matt membelikannya beberapa pek makanan kucing ketika kembali nanti.

" Sepatutnya Matt hanya mengambil masa kira-kira 10 ke 15 minit untuk selesaikan hal di bank. Bank itu tidak jauh daripada kediaman kami kira-kira dua blok dari sini. Dan sebelum ni Matt hanya berjalan kaki untuk ke sana. Dan petang itu Matt memandu kereta saya, saya rasa 15 minit sudah mencukupi untuk itu ", kata Teresa.

Namun pada keesokan harinya, Matt masih belum jua pulang ke rumah. Teresa dan rakan sebilik mereka yang lain, Steve, telah membuat satu panggilan di bank tersebut. Mereka menyamar sebagai Matt. Mereka ingin mengetahui adakah Matt menggunakan kad banknya malam tadi. Bank memberitau Matt telah mengeluarkan wangnya beberapa kali. Teresa dan Steve tidak sedap hati lalu mereka membuat laporan polis. Scott Burkhart dari Jabatan Polis Los Angeles adalah penyiasat utama mengenai kes itu :

" Kes ini memerlukan siasatan yang mendalam. Dan ia mungkin juga tidak berakhir dengan satu berita baik seperti yang diharapkan. Apabila kami menyemak rekod bank, ia menunjukkan Matt berjaya mendepositkan cek gajinya dan mengeluarkan wang tunai, selepas itu kembali ke cawangan yang sama kira-kira 30 minit kemudian, dan cuba mengeluarkan 280 dolar -- dia sendiri tahu amaun itu besar dari jumlah wang tunai yang diterima setiap hari. Jadi kami merumuskan satu teori dalam kes ini, samada Matt dipaksa untuk mengeluarkan sejumlah wang di ATM atau sebagai isyarat kepada bank ke komputer sebagai meminta pertolongan ", jelas Scott.

Adakah Matt dipaksa untuk membuat pengeluaran wang?


Rakaman CCTV Bank


Pada malam yang sama, dua lagi cubaan dibuat untuk mengeluarkan sejumlah wang tunai. Yang pertama ialah 200 dolar. Urusan itu ditolak kerana baki yang tidak mencukupi. Seminit kemudian, 100 dolar pula diminta. Oleh kerana cek gaji Matt belum diproses sepenuhnya ke akaun, urusan ini juga ditolak. Hanya sebelas minit kemudian, kad itu digunakan di cawangan lain di kawasan kejiranan yang berbeza. Sekali lagi, pengeluaran itu tidak berjaya. Pun begitu menurut Burkhart, kali ini CCTV menunjukkan seorang lelaki pelik berdiri di bahu kanan Matt :

"Dari penelitian imej CCTV, individu yang berdiri di sebelah Matt agak pendek, kurus dan secara keseluruhannya, dia tidak sepatutnya berdiri sebegitu hampir dengan Matt. Tiada siapa yang akan membiarkan seseorang berdiri dekat dengannya semasa mereka menggunakan mesin ATM di mana mereka dapat melihat nombor PIN ", ujar Scott.

Lakaran pertama wajah suspek


" Kami mengesyaki bahawa Matt mungkin telah diculik oleh lelaki tersebut, semasa dia melakukan transaksi yang pertama. Penjenayah tersebut mungkin berlakon mengatakan Matt tersalah tekan butang amaun dengan harapan dapat menarik perhatian Matt. Selepas itu, sepanjang sehari setengah terdapat 5 percubaan transaksi. Ketika itu semua gaji Matt telah habis dikeluarkan, dengan pengeluaran sebanyak 400 dolar. Akhirnya kad itu dirampas mesin. Kad tersebut kami ambil dan buat siasatan malangnya tiada apa-apa penemuan atau kesan cap jari yang dijumpai. Kami percaya kad itu dibersihkan selepas digunakan atau penjenayah itu menggunakan sarung tangan ", jelas Scott.

Lakaran kedua wajah suspek


Adakah bandana ini milik penculik Matt?


Apabila mendengar kehilangan anaknya, ibu dan ayah Matt meninggalkan Oregon untuk mencari anak lelaki mereka dan kereta yang dipandunya ke bank pada malam itu. Menurut bapa Matt, Frank Chase, mereka pada mulanya berharap :

" Pada mulanya kami fikir, kami berjaya menemukan tempat di mana Matt disorok, malangnya selepas 3 malam pencarian, kami menemui jalan buntu, kami menjadi sangat kecewa ", ujar Frank.

Polis tidak menemui apa-apa setakat ini. Mungkin ketika ini Matt dicederakan atau diseksa mungkin lebih buruk lagi, dibunuh !!! Tidak terkecuali, rakan sebilik Matt, Steve Dahl, mula mengedarkan gambarnya kepada penduduk tempatan atas misi menyelamat :

" Saya bertanyakan beberapa orang di sana, dan beberapa orang sukarelawan yang bekerja di tengah malam. Mereka memberi respon bahawa mereka pernah melihat Matt beberapa kali makan di sini. Mereka menggambarkan rupa dan bentuk fizikal Matt dengan tepat. Dan ini sesuatu yang positif buat kami, kami fikir pencarian kami semakin dekat dengan Matt ketika itu ", jelas Steve.

Pada 27 Jun, hampir tiga minggu selepas kehilangan Matt, kereta yang dipandunya akhirnya ditemui. Menurut Scott Burkhart, kereta tersebut dijumpai berada berdekatan dengan tempat Matt hilang :

"Apabila kami menemukan kereta tersebut, kami terus membuat pengecaman nombor plat .... Ya ini adalah kereta milik Teresa. Lalu kami membuat pemeriksaan tinggalan cap jari di seluruh bahagian kereta itu. Namun tiada penemuan cap jari direkodkan ", jelas Scott.

Pun begitu, polis hanya mendapat satu petunjuk di dalam kereta iaitu sehelai bandana biru. Bandana itu bukan milik Matt atau Teresa. Penyiasat percaya bahawa bandana biru mungkin milik si penculik.

Tiga bulan selepas kehilangannya, mayat Matt Chase ditemui di sebuah jurang berdekatan Pasadena. Terdapat beberapa kedan tembakan pada tubuh Matt. Pada 2018, LAPD menutup kes Matthew. Seorang ahli keluarga Matt memberikan kenyataan bahawa, mereka sangat yakin pembunuh Matthew adalah David "Bear" Meza, yang meninggal dunia sejurus mayat Matthew ditemukan. Walaupun masih terdapat kemungkinan bahawa jenayah ini bukan hanya Meza sahaja yang terlibat, namun keluarga itu akur tentang penutupan kes Matt oleh pihak berkuasa.

Korang boleh layan gambar kes Matt ni kat sini :



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes Okamoto Yang Memeningkan


Pada 1 Mei 2006, lima mayat ditemui oleh ibu kepada Yamauchi di sebuah pangsapuri satu bilik di Hiratsuka, kawasan Kanagawa. Mayat pertama yang ditemui ialah Minehiro Yamauchi yang berusia 35 tahun. Yamauchi didapati tergantung daripada bukaan loteng dan mayat kedua, kakak sepupunya, Rikako Okamoto, ditemui terbaring di atas futon (tilam toto). Dua mayat bayi dan seorang anak kecil dibalut dengan plastik hitam serta diletakkan di dalam dua buah kotak kadbod secara berasingan . Ketika itu polis tidak mengetahui siapakah identiti tiga anak tersebut, mereka berpendapat bahawa Yamauchi terlebih dahulu membunuh Okamoto lantas membunuh diri. Bagaimanapun, ibu kepada Okamoto, Chizuko, juga disyaki dan ditahan dua hari selepas mayat-mayat itu dijumpai.

Dari bilik forensik, polis mendapati Rikako, 19 tahun, telah dibunuh pada 12 Oktober 2005 iaitu sejam selepas dia mengadu tentang hubungan dingin dia dan ibunya di blognya sendiri. " Semuanya tak kena pada tahun ni, adaaaaa je salah, aku bosanlahh !!! ", tulisnya. Sebelum ini Rikako menulis di blognya tentang ibunya yang "bersikap pelik". Di bilik soal siasat pula, Chizuko mendakwa bahawa Yamauchi membunuh Rikako dan ketiga anak itu, kemudian mengantung dirinya sendiri.

Pun begitu, akhirnya Chizuko mengaku telah mencekik Rikako sendiri namun dia berkeras tidak mengetahui apa-apa tentang kematian Yamauchi dan ketiga-tiga anak itu. Polis mengesyaki anak lelaki itu mungkin anak lelaki Chizuko iaitu Toshihide yang dilaporkan hilang pada 1984 dan ketika peristiwa tersebut dia baru menjangkau usia enam tahun. Sejak itu, Toshihide tidak pernah dijumpai manakala Chizuko menegaskan bahawa anaknya itu diculik oleh agen rahsia Korea Utara dan pihak berkuasa tidak membantu dalam pencarian anaknya dahulu.

Chizuko memberitahu juga pihak polis bahawa dia ingin membunuh diri sejurus membunuh anaknya. Sebelum itu, pada akhir 1990 an (selepas kehilangan Toshihide), Chizuko mula meminjam wang tunai daripada rakan-rakan kononnya ingin menyelesaikan sewa rumahnya yang tertunggak selama dua tahun dan kemudian dia berpindah ke hiratsuka bersama Rikako.

Pada 23 Disember 2007, Chizuko dihukum penjara selama 12 tahun untuk pembunuhan Rikako. Polis tidak cukup bukti untuk menyabitkan kesalahan membunuh Yamauchi dan ketiga-tiga anak itu ke atas Chizuko Okamoto. Yamauchi dipercayai mati pada Mac 2006. Sehingga kini ketiga-tiga anak tersebut masih belum dikenalpasti identitinya.

Jadi persoalannya di sini ....

Macam mana Yamauchi dan Chizuko boleh tinggal dalam rumah yang ada mayat selama 4 bulan? Tak busuk ke? Kejiranan tak bau ke? Betul ke statement Chizuko kat polis tu? Macam tak boleh pakai je .... Mayat Rikako Okamoto atas futon kot, tanpa ditutup apa2 pun .... Anak kau pernah kena culik dengan ejen korea utara???? Ke kau yang bunuh dia sebab kau sakit mental, sorok mayat anak kau pehtu kau create cerita untuk kau hebahkan pada jiran sambil membawang polis tak membantu dalam pencarian anak kau. Dua bayi tu siapa punya pulak? Pening peninggg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 25-9-2016 01:12 AM
Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga di Setagaya, Jepun



dani, kenapa pembunuhan miyazawa family tu tak leh settle hingga dinihari?sebab kat jepun dan korea selatan diorang nak lupus orang pakai khidmat hitman dari puak joseonjok.diorang ni etnik korea yang bermastautin kat China.small groups of south and north korea.diorang ni ramai jadi balaci2 kkangpae dan yakuza, lagi pun nak upah diorang ni tak mahal.saya dapat info ni dari filem Yellow Sea.cerita ni based on true story kat korea selatan.diorang cerita secara detail pasal puak ni, jenis bangsa hybrid yang kasar, lasak, hati kering dan boleh menyeberangi yellow sea (laut yang memisahkan korea utara, selatan dan tanah besar china) dengan hanya berenang je.gila tak gila lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 10:28 PM | Show all posts
to sis dani.. tqvm .. saya dua hari khatam stories sis..best sgt bace sbb maybe dari cara u tulis n u olah..saya langsung tak skip setiap ayat..diselangi dengan gambar so saya dapat imagine the case..dari pemerhatian saya, sis hadam betul2 setiap story case bukan translate gitu je,,


semoga sis dani dimurahkan rezeki n sihat supaya dapat citekan lagi kes2 misteri ni..very informative!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2020 05:03 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 25-1-2020 02:51 AM
dani, kenapa pembunuhan miyazawa family tu tak leh settle hingga dinihari?sebab kat jepun dan kore ...

ohh mcm gangster upahan PATI kat sini la konsepnya. pas bunuh org senang2 lari ikut jln tikus ke negara asal.
oleh kerana takda rekod kemasukan dan dna utk dibandingkan, maka pembunuh keluarga Miyazawa terlepas begitu saja.

btw, terima kasih top up cerita lagi




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2020 05:09 AM | Show all posts
snowpurple replied at 26-1-2020 10:28 PM
to sis dani.. tqvm .. saya dua hari khatam stories sis..best sgt bace sbb maybe dari cara u tulis n  ...

Terima kasih sis Snow. Really appreciate your kind words.
ai try my best kongsi lebih byk kes misteri.



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dani. Ada baca buku, pasal mrs.maybrick.pastu mr.maybrick yang dia bunuh tu, orang kata suspek jack the ripper. Baru tau ni.ramai gak suspek selain tok moyang kuin E


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2020 12:32 PM | Show all posts
aleX-S replied at 31-1-2020 11:19 PM
Ni dani. Ada baca buku, pasal mrs.maybrick.pastu mr.maybrick yang dia bunuh tu, orang kata suspek ja ...

thanks you for sharing apa tajuk bukunya sis? ai nak cari lah.
entah kenapa ai suka baca keratan2 akhbar dahulu kala, selangkah ke sejarah gitu


ai terbaca nama James Maybrick sbg salah sorg suspek Jack the Ripper dlm buku ni:



polis syak Maybrick ada kaitan sbb dia selalu berulang alik ke Whitechapel - pompuan simpanan dan anak2 mereka dok kat situ. Bagi ai, Florence Maybrick tak bersalah, laki dia mati sbb overdose dan keracunan akibat byk sgt ambik arsenic and cyanide based drugs. Florence didapati bersalah sbb dia pompuan yg curang di zaman Victorian. Itu jah. Padahal James pun 2x5. Malah lebih teruk lg dia tak ambik peduli psl bininya yg jauh drpd family di US. Sedih jugak kisah si Florence, dia hidup bersorangan hingga ke akhir hayat, lepas anak2 dia diambik oleh family's doctor.
Bagi ai jugak, James bukan JtR. dia takda medical atau butcher background. pembunuhan terakhir yg berhenti secara tiba2 pd thn 1888 tp JM mati pd 1889. tambahan pula diari tu pun org masih persoalkan kesahihannya.

ramai gak suspek selain tok moyang kuin E


ha'ah atok sedara QE2, Prince Albert aka Eddy. tp ada ura2 mengatakan dia sebenarnya gay, dan suka melanggan pelacur lelaki. Apapun, dia dikatakan jd JtR sbb nak balas dendam dgn pelacur pompuan - kerana merekalah dia dpt sakit siflis.

satu lg teori JtR adalah sorg tukang masak berbangsa Melayu yg juga disyaki pembunuh bersiri "Servant Girl Annihilator" di Austin Texas pd 1884-85. Menurut satu laporan, lelaki yg memperkenalkan dirinya sbg 'Maurice' lari dari US ke England menaiki kapal dan dok di Whitechapel. Pada lewat 1888, reporter US belayar ke UK nak cari si Maurice nih tp dia dah cabut sekali lg entah ke mana. Dalam masa yg sama (mungkin kebetulan), pembunuhan JtR pun berhenti.

Personally, ai rasa suspek paling kuat adalah Charles Lechmere.

- dia org pertama yg menjumpai mayat Mary Nichols, juga mangsa pertama JtR. saksi kedua yg datang selang bbrp minit kemudian. kedua2nya dlm perjalanan ke tpt kerja, tak jumpa sesiapa atau dengar apa2 yg pelik. tempat kejadian di lorong sunyi dan kejadian berlaku pd awal pagi, masih gelap. masa tu ada 3 org polis meronda di kwsn berhampiran, mereka tak terserempak dgn sesiapa pun. teorinya, CL baru saja bunuh Mary tp terdengar saksi kedua tadi makin hampir maka dia terpaksa berlakon - konon2 terkejut terjumpa mayat.
- stetmen yg bercanggah: CL kata, dia berdiri agak jauh drpd mayat Mary tp saksi kedua pulak bg tahu dia nampak CL berdiri betul2 dekat dgn mayat.
- CL bg nama kat polis sbg "Charles Cross" padahal dia lebih byk menggunakan nama "Charles Lechmere"
- Dia bekerja sbg penghantar daging dgn menggunakan kereta sorong. So dia ada pengetahuan psl penyembelihan dan juga pakaian dia semestinya sentiasa dikotori dgn darah. Bayangkan lepas bunuh org, pakaian hanyir dan berdarah takkan menimbulkan syak wasangka. Hello... dia penghantar daging kot
- CL adalah penduduk local Whitechapel, maknya tinggal di kawasan berdekatan. Lima pembunuhan adalah dlm route penghantaran, satu lg laluan ke rumah emaknya. Dia bole berulang alik tanpa masalah. Background penghantar daging pd awal2 pagi memberikan dia peluang utk memerhati kawasan sekeliling dan aktiviti kejiranan. Salah satu tempat kejadian JtR, mangsa ditemui di belakang rumah seseorg dgn pintu gate yg terbuka. Maksudnya JtR bunuh dgn mengambil risiko bila2 masa penghuni akan keluar rumah dan org awam yg lalu lalang. Konfiden kan? sbb dia tahu line clear pd jam tersebut.


Charles Lechmere pada usia tua. masa pembunuhan JtR tgh berlangsung, dia berusia lewat 30an.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-2-2020 04:32 AM
thanks you for sharing  apa tajuk bukunya sis? ai nak cari lah.
entah kenapa ai suka bac ...

Buku ni



Ni menarik. Kuin mesti banyak simpan rahsia sorang2. Harap kuin tulis biografi, konfem akan beli





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2020 08:19 AM | Show all posts

oh yesss... tocey tocey
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 05:49 PM | Show all posts
TQ... for the update
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-2-2020 12:32 PM
thanks you for sharing  apa tajuk bukunya sis? ai nak cari lah.
entah kenapa ai suka bac ...

Suami dia ada siflis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2020 10:26 AM | Show all posts

James Maybrick? Dikatakan menghidap malaria, so dia ambik ubat mengandungi arsenik hingga ketagih. Tapi ada yg syak dia sebenarnya sakit STDS, dan mungkin menjangkitkan siflis dgn Florence.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.686260 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list