CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
 Author| Post time 9-10-2016 02:45 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 9-10-2016 02:55 AM

SATU PEMBUNUHAN YANG MUSTAHIL (AN IMPOSSIBLE MURDER)


Mangsa; Julia Wallace


Suspek; William Herbert Wallace


Julia Dennis Wallace adalah isteri kpd William Herbert Wallace.
William dilahirkan pd 29 Ogos 1878 di Millom, Cumberland dan menghabiskan usia mudanya berkerja dlm industri kain dan fabrik. Dia telah merantau hampir seluruh dunia utk menimba pengalaman, termasuk dua thn di India. Selepas bbrp lama di China. William kembali ke England pd thn 1907 kerana masalah kesihatan, dan terpaksa membuang buah pinggang kirinya. Antara 1907-1911, dia bekerja utk Liberal Party di Harrogate, England, dan bertemu dgn Julia ketika menetap di situ. Mereka berkahwin pd Mac 1914.

Selepas Perang Dunia Pertama, William terpaksa menganggur setelah dipecat dr jawatannya dlm Liberal Party. Akhirnya dia mendpt kerja baru bersama Sykt Prudential Assurance di Liverpool – Maka dia dan Julia berpindah ke alamat 29 Wolverton Street di daerah Anfield. Selama lima belas tahun di kediaman baru mereka, kehidupan pasangan itu dikatakan normal dan biasa2 saja. Tiap2 petang, kedua2nya akan menghabiskan masa dgn bermain muzik – Julia bermain piano manakala William akan menemani alunan muzik isterinya dgn menggesek biola. Lelaki itu juga suka mengisi masa lapang dgn aktiviti botani, permainan catur dan ilmu kimia.


Rumah pasangan Wallace

Namun pd 19 Januari, 1931, kehidupan pasangan Wallace yg senantiasa tenang itu akan berubah buat selama2nya.

Pada petang itu, William baru saja tiba di Kelab Catur Liverpool Central ketika kapten kelab tersebut menghulurkan sekeping nota pesanan -- dari satu panggilan telefon 25 minit sebelum kedatangannya. Nota itu menyatakan seorg pemanggil lelaki bernama ‘R.M Qualtrough’ meminta utk bertemu dgn William di alamat ’25 Menlove Gardens East.’ Pemanggil itu juga memberitahu yg dia tidak akan menelefon lg selepas itu kerana dia ‘terlalu sibuk dgn majlis harijadi anak perempuannya yg ke-21’. Walaupun berasa pelik, William memutuskan akan melawat alamat yg diberikan keesokan mlmnya.


Panggilan telefon misteri itu diterima di kafe kelab catur ini


Kelab Catur Liverpool

Pd hari berikutnya, sebelum keluar William berpesan kpd Julia utk tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa kehadirannya. Lelaki itu pun menaiki tramcar ke destinasinya dan tiba di Menlove Avenue lebih kurang pd pukul 7 petang. Setelah berkeringat mencari ‘Menlove Gardens East’ termasuk bertanya dgn pejabat suratkhabar tempatan dan seorg pegawai polis, William sedar bahawa tempat itu tidak wujud – di situ cuma ada Menlove Gardens North, South dan West, tetapi TIADA ‘East’. Akhirnya dia putus asa selepas menghabiskan masa 45 minit di situ dan pulang ke rumah.


Kereta tram (tram car) di Anfield




Dalam perjalanan pulang, William bertembung dgn jirannya pasangan Johnston di salah satu lorong. Dlm laporan polis, pasangan itu melihat sendiri lelaki tersebut terkial2 membuka pintu belakang rumahnya.


Pasangan John dan Florence Johnston pd thn 1940an


Apabila dia berjaya membuka pintu, William disambut dgn mayat isterinya yg terbujur kaku di lantai ruang tamu.





Wanita itu dibunuh dgn kejam -- dipukul di kepala hingga mati. Percikan darah begitu banyak sekali hingga ada yg terpalit pd siling setinggi 7 kaki. Apabila pihak polis tiba, mereka menyedari tiada tanda rumah itu dipecah masuk dan berpendapat Julia mengenali pembunuhnya hingga menjemputnya masuk ke rumah. Mereka gagal menemui senjata pembunuhan, sinki dan parit bersih drpd kesan2 darah – menandakan pembunuh melarikan diri dlm keadaan basah kuyup dgn darah mangsa. Menurut William, wang yg disimpannya sebanyak beberapa pound telah hilang. Polis menjangkakan waktu kematian Julia adalah pd pkl 8 mlm.

William dgn sukarela memberikan kenyataan sebanyak 2 kali kpd polis. Dia juga disoal siasat dan kemudiannya dilepaskan. Namun dua minggu kemudian, tanpa sebarang klu kecuali nota telefon Kelab Catur itu --  polis akhirnya menahan William atas pembunuhan isterinya. Penahanannya itu adalah berdasarkan buah mulut org sekeliling bahawa perkahwinan mereka tidak bahagia dgn William yg dibebani penyakit buah pinggang dan Julia pula adalah seorg wanita yg sukar utk digembirakan dan selalu buat perangai. Polis juga yakin dgn hasil bukti2 keadaan (circumstantial evidence) termasuk ‘bukti’ bahawa panggilan telefon misteri itu dibuat dari pondok telefon yg berada 400 ela dari kediaman pasangan Wallace.


Lakon semula oleh polis di pondok telefon yg berdekatan dgn rumah pasangan Wallace.

Bagi mengesahkan teori mereka, pihak polis melakonkan semula rentetan kejadian dgn mengarahkan seorg detektif muda belia beraksi sbg William. Ini sedikit mencemarkan ketelusan siasatan kerana William adalah seorg lelaki berusia 52thn yg mempunyai masalah kesihatan serius. Sudah tentu dgn tubuh badan yg sihat dan cergas, detektif muda itu berjaya membuktikan suspek tersebut mampu bergerak pantas dlm lingkungan masa yg diberikan serta mempunyai daya yg kuat utk menghayun senjata ke atas isterinya. Polis turut mengubah masa kematian, demi padanan teori itu, kpd pkl 6.30 ptg.

Walau bagaimanapun, semasa mula2 bercakap dgn William di tempat kejadian – pihak polis sepatutnya sudah maklum akan keadaan dan rupa lelaki itu pd waktu tersebut. Pembunuhan sedahsyat itu sudah pasti menghasilkan kesan darah yg banyak. Tambahan pula, siasatan yg lebih teliti mendapati memang tiada walau setitik darah pun pd pakaian William, sinki dan parit rumahnya. Akan tetapi ada satu lg penjelasan yg difikirkan oleh polis; dia berbogel dan hanya memakai kot hujan ketika melakukan pembunuhan. Ini dibuktikan dgn kot itu yg dijumpai di bwh mayat Julia.

Walaupun William bertegas bahawa dia tidak bersalah, lelaki itu didakwa atas pembunuhan Julia di mahkamah Liverpool Assizes. Secara luaran, perbicaraan itu kelihatan spt menyebelahi William, termasuk testimoni seorang budak penghantar susu yg mengakui telah melihat Julia beberapa minit sebelum kematiannya. Namun selepas sejam membuat pertimbangan. mahkamah mendapati William bersalah dan menjatuhkan hukuman mati. Dlm perkembangan yg mengejutkan, sabitan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah itu mendapati bukti2 yg ditunjukkan tidak cukup memuaskan, dgn itu William dilepaskan dan dibebaskan.


William meninggalkan mahkamah

Selepas perbicaraan dan pembunuhan yg penuh dgn skandal itu, William berusaha utk menjalani kehidupannya spt biasa. Setiap hari dia menerima surat penuh ugutan dan kebencian. Dan walaupun dia masih bekerja dgn Prudential, ramai pelanggannya enggan berurusan dgn nya lagi. Dua thn kemudian, William meninggal dunia kerana penyakit2 yg berpunca drpd komplikasi buah pinggangnya dulu.

Beberapa teori muncul berdekad2 sejak pembunuhan itu. Ada yg membuktikan William Herbert Wallace tidak bersalah dan ada juga yg menunjukkan sebaliknya. Apapun, terdapat satu teori yg menarik berkenaan seorg lelaki bernama Richard Gordon Parry, juga seorg pekerja bawahan Prudential Assurance Company.



Richard Gordon Parry

Pada waktu pembunuhan Julia, Parry berumur 22 thn. Dia memiliki sebuah kereta dan menjalani kehidupan yg huru hara. Sbg seorg rakan sekerja William, Parry tahu mengenai wang kutipan insuran harian lelaki itu yg disimpan dlm tabung khas di rumahnya. Parry juga mengenali Julia, dan ini tidak mustahil sekiranya wanita itu sudi menerima kehadirannya di rumah pasangan Wallace itu. Menurut teori yg satu ini; Parry lah yg telah membuat panggilan kpd Kelab Catur utk mengumpan William keluar pd petang keesokan harinya. Maka dgn ketiadaan William, Parry pun tiba di muka pintu dan Julia dgn ramahnya menjemput rakan sekerja suaminya itu masuk – kemudian Parry terus membunuhnya dan mencuri wang kutipan William.

Pada thn 1980, seorg editor berita radio bernama Roger Wilkes melawat semula tempat kejadian. Akhirnya siasatan itu cenderung ke arah Richard Gordon Parry sbg suspek utama – yg pernah disoalsiasat polis tetapi dilepaskan setelah memberi alibi yg meyakinkan. Namun Wilkes turut menemui bukti bahawa Parry pernah datang ke sebuah garaj dan bengkel tempatan. Dia meminta seorg pekerja di situ membersihkan keretanya dgn hos air berkuasa tinggi. Pekerja itu juga perasan akan sarung tangan Parry yg basah dgn darah. Pd saat Wilkes berjaya mengabungkan setiap fakta dan penemuan dlm kes itu, malangnya dia sudah terlambat. Richard Gordon Parry meninggal dunia beberapa bulan sebelum itu, iaitu pd 14 April 1980.


Garaj/bengkel tempat Parry membersihkan keretanya

Seandainya William Herbert Wallace yg benar2 bersalah, menggunakan kebijakannya sbg pemain catur dgn merancang pembunuhan yg sempurna -- ini adalah satu lg tragedi yg amat dahsyat bg mendiang Julia kerana dia disemadikan bersama pembunuhnya dlm satu kubur.

Secara rasminya, kes pembunuhan Julia Wallace dianggap akan kekal sbg misteri.






Fakta menarik:

  • Saksi2 berada di Menlove Avenue termasuk konduktor kereta tram mengatakan William kelihatan begitu beria2 mencari alamat yg tidak wujud itu dan berkali2 mengingatkan mereka yg dia tidak biasa dgn kawasan tersebut.


  • Sepanjang penglibatan William di Kelab Catur itu, panggilan R.M Qualtrough adalah pertama dan terakhir yg diterima utknya. Beliau sebenarnya tidak aktif, dan jarang muncul ke kelab itu.

  • Walaupun rumah itu berselerak dikerjakan pembunuh yg kononnya bermotifkan rompakan, beg tangan Julia yg terletak berdekatan mayatnya tidak terusik. Beg itu dikatakan mempunyai sejumlah wang dan barang kemas.

  • Sebelum kejadian, Richard Gordon Parry telah dipecat oleh Prudential setelah dia dilaporkan menyonglap wang syarikat itu beberapa kali. Dan siapa yg melaporkan perbuatannya itu kpd pihak atasan? William Herbert Wallace.

  • Menurut rakan2 Parry, dia seorg yg mahir mengubah2 suaranya. Parry suka bergurau membuat panggilan telefon ‘prank call’ menggunakan kemahirannya itu.

  • Selain William dan Parry, pasangan Johnston juga dianggap sbg suspek. Waktu itu, adalah menjadi kebiasaan jiran turut menyimpan kunci rumah sebelah. Pd 1960an di sebuah rumah org2 tua, John Johnston dikatakan pernah mengakui kpd salah seorg kawannya yg dialah pembunuh sebenar Julia Wallace. Pada mulanya John berniat utk merompak saja. Namun setelah disiasat dgn lebih lanjut, pengakuan itu tidak dpt diterima kerana John menghidap penyakit nyanyuk semasa ‘mengaku’ kpd kawannya itu.

  • Sydney Scholefield Allen, bekas peguambela William hadir di hospital pd saat2 akhir lelaki tua itu. Sydney memberitahu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, William sempat berkata, “Kita tetap menang, kan nak?”





Sumber wiki

Sumber 1

Sumber 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2016 09:37 AM | Show all posts
dani-rox replied at 9-10-2016 01:45 AM
SATU PEMBUNUHAN YANG MUSTAHIL (AN IMPOSSIBLE MURDER)

yang ni...pada aku, suspect was the one who wrote that note to William
macam mana polis buat teori yang William sendiri yang bunuh bini dia




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 01:12 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 7-10-2016 06:04 PM
eh sama lah i pon suka medical detactives, skang dh xde dh tunggu new series tp xde plak, skang ni ...

murder make me famous hari apa pukui berapa?
kdg asek ter miss je series yg best2 ni
mana yg best biasa nya i akan record hihi


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 10:43 PM | Show all posts
pintudapur replied at 9-10-2016 01:12 PM
murder make me famous hari apa pukui berapa?
kdg asek ter miss je series yg best2 ni[ ...

jangan risau, astro akan ulang berkali2......aku dah naik hafal tengok kisah Jodi Rias dlm murder make me famous ni.

Channe 733 pun best gak......mcm2 crimes....ni nak tunggu Evil stepmother pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2016 11:06 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 9-10-2016 11:08 PM
Ipo replied at 9-10-2016 09:37 AM
yang ni...pada aku, suspect was the one who wrote that note to William
macam mana polis buat teo ...

si Parry tu ke maksud Ipo? Dia lebih obvious lg motifnya nak bunuh Julia - dptkan duit dan balas dendam. alibi yg dia bg kat polis cuma girlfriend dia saja -- katanya mlm kejadian tuh dia dok diam2 jah kat rumah gf, tak pi mana2. tapi si GF tu bertahun2 kemudian cakap tak pasti pulak, sbb pd mlm tu dia keluar mengajar kelas piano. tak mustahil Parry ada keluar tanpa pengetahuannya.

kalau diikutkan polis tu suspicious dgn reaksi William... dlm website unredacted.com, dikatakan org tua tu selamba jah bg tahu jiran dan polis dia jumpa bini dia mati. takda perasaan langsung... tp kan bila difikirkan reaksi manusia dlm menghadapi kesedihan dan kejutan ni berbeza2 kot. tak semestinya dia tak tunjuk kesedihan, dia yg bunuh bininya tu. tang kedudukan pondok telefon panggilan misteri tu pulak, polis kononnya dpt pastikan drpd maklumat operator telefon. mana tahu Parry sebenarnya berada di kwsn rumah William, perhatikan setiap gerak gerinya. pastuh part yg William berlegar2 sekeliling Menslove Avenue, bertanyakan alamat yg tak wujud. ramai gak yg dia tanya - konduktor tram, polis, pekerja sykt newspaper, posmen etc seolah2 nak membina alibi kukuh gituh. Bila bertembung dgn jirannya pasangan Johnston, bole pulak dia tanya; ada dengar bunyi pelik2 tak dari rumahnya?


Jiran William, John Johnston pulak dijadikan suspek dlm satu buku true crime -- mungkin benar dia nyanyuk masa mengaku dgn kawannya kat rumah org tua. tapi dlm buku tuh; seorg jiran pasangan Johnston tu pulak teringat psl satu hari yg pelik selepas beberapa lama kes pembunuhan tu berlaku... masa tu si jiran berborak2 dgn isteri John, Florence di luar rumahnya psl kes tu. tiba2 John (mungkin terdengar perbualan bininya dan jiran) keluar dr rumah dgn muka masam, ditariknya lengan Florence dan paksa masuk ke dlm rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 09:17 AM | Show all posts
dani-rox replied at 9-10-2016 10:06 PM
si Parry tu ke maksud Ipo? Dia lebih obvious lg motifnya nak bunuh Julia - dptkan duit dan balas d ...

Ya si Parry..
motif (duit, sakit hati, dendam) dia banyak untuk dituduh sebagai suspect utama
yang polis syak William sendiri based on sikap William pada isteri dia, itu belum kukuh.
kadang2 pelik jugak penyiasatan polis ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2016 09:17 AM | Show all posts
dani-rox replied at 9-10-2016 10:06 PM
si Parry tu ke maksud Ipo? Dia lebih obvious lg motifnya nak bunuh Julia - dptkan duit dan balas d ...

Ya si Parry..
motif (duit, sakit hati, dendam) dia banyak untuk dituduh sebagai suspect utama
yang polis syak William sendiri based on sikap William pada isteri dia, itu belum kukuh.
kadang2 pelik jugak penyiasatan polis ni..


sorry..double post...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 03:51 PM | Show all posts
terbaik tt   

#kipidap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt..we want more!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:01 AM | Show all posts

kes ni sumpah misteri sbb dah banyak kali search area gunung tu but still tak jumpa..mcm mana boleh tak jumpa bila cari tu??????? uhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:23 AM | Show all posts
Polis tu jahatlah. Nak buat lakonan semula tapi guna detektif muda jadi William.
Sanggup tukar kenyataan waktu kematian semata-mata nak sabitkan William yang bersalah.
Pula tu...William lebih banyak alibi kan masa dia mencari alamat yang tak wujud tu.
Takkan polis tak soal siasat saksi tu semua.
Teori polis tu tak meyakinkan la

Saya lebih setuju kalau kata Parry yang bunuh sebab motifnya kuat dan alibinya ada sedikit goyang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:08 AM | Show all posts
dani-rox replied at 9-10-2016 02:45 AM
SATU PEMBUNUHAN YANG MUSTAHIL (AN IMPOSSIBLE MURDER)

samaada william berpakat dgn parry utk bunuh isteri dia atas sebab dia tak tahan dgn perangai isteri dan parry perlukan duitwilliam teror main catur tak mustahil dia teror juga merancang plot sebab dia sengaja tunjukkan diri depan orang ramai dgn tanya mana alamat yg tak wujud jadi alibi dia kukuh. parry pulak sebab gf kije malam jadi setakat nak tuduh tanpa bukti dia menyelinap keluar rumah tak diterima mahkamah kecuali ada saksi nampak atau cctv.

parry tak ambik barang dalam beg tangan julia sebab parry nak cash money ja, lebih senang, kalau barang kemas nak cari buyer atau gadai takut kantoi semula. lagipun selalunya orang merompak ni dia jarang tengok dalam beg tangan kecuali meragut, perompak akan selongkar rumah, cari duit terselit, barang kemas yang disorokkan (utk nak kuatkan motif merompak dan bunuh dlm kes ni).

atau memang william is innocent, semata hanya parry seorang. sebab musabab sama beza hanya dia single player. yang mana sangatlah berat utk aine terima sorang punya kije hahaha..........

bab jiran tu....mmmm pendapat aine setakat jiran kepochi tak nak masuk campur hal jiran sebelah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:11 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 11-10-2016 09:23 AM
Polis tu jahatlah. Nak buat lakonan semula tapi guna detektif muda jadi William.
Sanggup tukar keny ...

setuju...aine juga berpendapat parry yg bunuhtapi perancang dia william
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:24 AM | Show all posts
lagi lagi lagi...
best baca kisah misteri dolu-dolu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 05:53 PM | Show all posts
Wah besny byk cerita... tapi kes Julia tu sgt misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:10 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 9-10-2016 02:43 PM
jangan risau, astro akan ulang berkali2......aku dah naik hafal tengok kisah Jodi Rias dlm murder  ...

jodi rias tu yg bf dia penganut agama mormon tu ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 11-10-2016 09:32 PM
WeAiNe replied at 11-10-2016 10:11 AM
setuju...aine juga berpendapat parry yg bunuhtapi perancang dia william
hehehe


Sama jgak laa,stuju gan teori tu..buat TT dani-rox,nnti cuba carik psl kisah pembunuhan c Beer Man...dia katuk kpala mangsa&dletakkan botol bir kosong kat tepi mayat...penah tbca kisah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2016 09:53 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 11-10-2016 10:08 AM
samaada william berpakat dgn parry utk bunuh isteri dia atas sebab dia tak tahan dgn perangai iste ...

Teori William berpakat dgn Parry pon pernah dibincangkan oleh penyiasat waktu tu. seorg saksi, jurutaip ke secretary tak ingat, baru balik kerja masa mlm kejadian... ternampak William berdiri di simpang jln tak jauh dr rumahnya sedang berbual2 dgn seorg lelaki muda berwajah bentuk 'angular' spt Parry.
Dilihat dari sudut rumahtangga William dan Julia; ada yg mengatakan Julia sebenarnya lebih kurang 10thn lebih tua... mungkin William rasa tertipu, lg pun menafikan haknya utk memiliki anak. tapi takkan sebab tu sampai nak bunuh bini yg dgn nya berkongsi hidup berbelas2 thn ye tak? hmm... tp ada gak pembunuhan dilakukan atas alasan yg lebih ringan drpd tu. lg pun ketidakbahagiaan William-Julia sekadar buah mulut org jah... takda bukti kukuh pun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2016 10:01 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 11-10-2016 09:23 AM
Polis tu jahatlah. Nak buat lakonan semula tapi guna detektif muda jadi William.
Sanggup tukar keny ...

Ha'ah... polis tu memang tak efisyen pun, menghabiskan masa dan tenaga utk siasat William saja. Langsung tak pandang Parry yg ada kemampuan utk bunuh Julia. btw polis turut menolak teori rompakan oleh org yg tidak dikenali... padahal time tu ada rompakan bersiri di Anfield.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2016 10:04 PM | Show all posts
DeeHanania replied at 11-10-2016 09:31 PM
Sama jgak laa,stuju gan teori tu..buat TT dani-rox,nnti cuba carik psl kisah pembunuhan c Beer M ...

maigahd... baru terbaca kisah beer man ni minggu lepas. kes di mumbai kan? ada suspek, tp dilepaskan sbb tak cukup bukti. ok, ai masukkan dlm list gak.

kalo sesiapa tahu detail kes tu atau kes misteri yg lain2, share2lah di sini... sama2 kita baca dan tolong siasat hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.168962 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list