Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
76342
View
748
Reply

[UNSOLVED MYSTERIES] Kisah Aneh Bot 'SARAH JOE' dan Lima Krewnya #741 - 22/5/17

[Copy link]

Author: dani-rox       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-9-2016 02:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dani-rox at 22-5-2017 12:12 AM

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI HINTERKAIFECK, JERMAN






Semuanya bermula dengan beberapa kejadian misteri; tapak kasut di dalam salji yang datang dari kawasan hutan ke pintu belakang rumah, bunyi mengeriut di loteng, surat khabar yang tidak pernah dilihat dan dilanggan. Kemudian kehilangan kunci rumah, dan seseorang yang cuba memecah masuk ke dalam bangsal.

Andreas Gruber, 63, seorang petani yang tinggal 60 batu di utara Munich, Jerman sendiri pun tertanya-tanya dengan insiden tersebut pada tahun 1922.

Dia pernah menyatakan rasa peliknya itu dengan jiran dan rakan-rakannya, namun tidak lama kemudian akhirnya mereka dikejutkan dengan khabar pembunuhan kejam seluruh keluarga Andreas C termasuk isterinya Cazilia, 72, anak perempuan mereka Viktoria, 35, cucu Cazilia, 7 (nama sama dengan neneknya) dan Josef, 2, serta pembantu rumah mereka Maria Baumgartner,44. Kesemuanya dibunuh dengan menggunakan cangkul burung atau pickaxe di rumah mereka, di ladang Hinterkaifeck.




Pembunuhan tersebut sesungguhnya amat menggemparkan orang awam C Bukan saja kerana kekejamannya tetapi juga kejadian-kejadian pelik yang menyelubungi kes itu.

Polis beranggapan bahawa pada hari Jumaat itu, 31 Mac - Andreas, Cazilia, Viktoria dan Cazilia kecil telah diumpan melalui cara yang hanya pembunuh saja yang tahu, untuk masuk ke bangsal haiwan ternakan sebelum dibunuh satu persatu. Yang menghairankan; tiada tanda-tanda pergelutan atau cubaan melarikan diri. Seolah-olah Andreas, isteri, anak dan cucunya menerima saja pengakhiran nasib mereka di dalam bangsal tersebut. Seterusnya, pembunuh masuk ke dalam rumah dan membelasah Josef yang sedang tidur di dalam bilik ibu bapanya, hingga mati. Kemudian dia menuju ke bilik Maria dan menamatkan riwayatnya juga.


Mayat mereka ditemui pada hari Selasa 4 April apabila Cazalia kecil tidak hadir ke sekolah. Pada mulanya pihak polis mengesyaki rompakan sebagai motif, tetapi menukar fikiran setelah menemui wang dan barang berharga masih berada di rumah keluarga Gruber. Beberapa soal siasat menemui jalan buntu. Sementara itu, autopsi menunjukkan walaupun cedera parah Cazilia kecil masih hidup ketika baru diserang. Semasa berbaring bersebelahan mayat-mayat ahli keluarganya, dia dikatakan menarik beberapa gumpal rambutnya sendiri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Perkara yang menggerunkan? Pembunuh itu tidak terus melarikan diri, malah tinggal buat sementara waktu di rumah tersebut. Polis menemui baki makanan di dapur, ternakan diberi makan secukupnya. Jiran juga memberitahu mereka melihat asap keluar dari cerobong (chimney) rumah Gruber sepanjang hujung minggu itu. Anjing keluarga itu juga dilepaskan keluar. Sesiapa yang membunuh penduduk ladang Hinterkaifeck itu jelas sekali tinggal di situ untuk beberapa hari dan menguruskan tempat itu sebelum melarikan diri.

Lebih daripada 100 orang suspek telah disoal siasat mengenai pembunuhan keluarga Gruber dan pembantu rumah mereka C yang terakhir dilakukan pada tahun 1986. Pada 2007, pelatih Akademi Polis Frstenfeldbruck berpendapat bahawa kes misteri di Hinterkaifeck tidak akan diselesaikan buat selama-lamanya.


Fakta menarik:


  • Maria Baumgartner dibunuh pada hari pertama dia baru bekerja untuk keluarga Gruber. Pembantu rumah sebelumnya berhenti kerja enam bulan sebelum kejadian C Dengan alasan rumah itu tetiba menyeramkan dan seperti berhantu. Dia mengatakan selalu mendengar bunyi tapak kaki di loteng pada waktu malam dan suara orang berbisik sewaktu bersendirian.
  • Suami Viktoria, Karl Gabriel, dilaporkan mati semasa perang dunia Pertama dan dikatakan mayatnya tidak pernah ditemui. Namun, rakan-rakan seperjuangannya melaporkan bahawa mereka melihat dengan mata sendiri kematian Karl dan polis mempercayai pernyataan ini.
  • Viktoria hamilkan Josef selepas beberapa tahun suaminya mati di medan perang. Hal ini jadi buah mulut di kalangan penduduk, Josef adalah anaknya dengan salah seorang jiran terdekat atau hasil hubungan incest Viktoria dengan ayahnya sendiri.
  • Tengkorak kesemua mangsa dihantar ke Munich untuk dikaji dengan lebih lanjut. Malangnya, tengkorak-tengkorak hilang dalam huru hara perang dunia ke2.



Gambar2 keluarga Gruber








Gambar crime scene










hasil CSI dan lost in translation~ oleh saya


Senarai Kisah2 dan Kes Misteri Setakat Ini

  • KES MISTERI PEMBUNUHAN DI HINTERKAIFECK, JERMAN - post #1
  • KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA - #22
  • KES 'PONTIANAK ATLAS' (The Atlas Vampire) - #40
  • KES TOPENG LEAD (The Lead Masks Case) - #60
  • JOACHIM KROLL - #64
  • ANDREI CHIKATILO - #65
  • KES THE FROG BOYS - #79
  • KES PEMBUNUHAN EMPAT SEKELUARGA DI SETAGAYA, JEPUN - #101
  • KES ANAK-ANAK SODDER (Sodder Children Disappearance) - #130
  • KES PEMBUNUHAN TERESITA BASA - #140
  • SATU PEMBUNUHAN YANG MUSTAHIL (An Impossible Murder) - #162
  • KES GLICO-MORINAGA  - #196
  • KES PEMBUNUHAN VANESSA JOHNSON SOSIN - #200
  • SHANTI DEVI DAN KISAH KELAHIRAN SEMULANYA - #213
  • KES YOGTZE (YOGTZE-FALL) YANG MEMBINGUNGKAN SELURUH JERMAN - #237
  • PEMBUNUHAN DAN RAHSIA HITAM PELAKON TV BOB CRANE YANG MENGGEMPARKAN - #258
  • KES SURAT2 MISTERI YANG 'MENGGANAS' DI SEBUAH BANDAR KECIL OHIO - #270
  • PEMBUNUHAN BERSIRI HWASEONG - #284
  • SIAPA TEMBAK KEN McELROY? - #311
  • TRAGEDI KELUARGA LAWSON DI HARI KRISMAS - #334
  • KISAH PEMBUNUHAN PELACUR JEPUN & SUSPEK DARI NEPAL - #365
  • PEMBUNUHAN BERKEMBAR 157 TAHUN - #377
  • KISAH DORIS BITHER DAN TIGA ENTITI JAHAT - #395
  • KISAH PEMBUNUHAN DALAM BILIK BERKUNCI - #403
  • TRAGEDI TAHUN BARU UNTUK DR BOGLE & PUAN CHANDLER - #420
  • KEAJAIBAN ATAU PENIPUAN? (The Watseka Wonder) - #435
  • KISAH PEMBUNUHAN ADIK BERADIK TAN DI GEYLANG BAHRU, SINGAPURA - #449
  • KISAH HANTU GREENBRIER YANG MENYELESAIKAN KES PEMBUNUHANNYA SENDIRI - #479
  • KISAH PENGHIKMATAN (EXORCISM) ROLAND DOE AKA ROBBIE MANNHEIM - #506
  • ELIZABETH SHORT AKA BLACK DAHLIA - #544 & #545
  • INSIDEN DYATLOV PASS - #584
  • KEMBAR GIBBONS YANG HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI - #611
  • SIAPA SEBENARNYA WANITA ISDAL (Isdalskvinnen)? - #625
  • KES JOAN RISCH SI SURI RUMAH PEMINAT NOVEL MISTERI - #653
  • SIAPA BUNUH DOROTHY JANE SCOTT? - #683
  • KES PEMBUNUHAN ISTERI PENERBIT 'SURVIVOR' - #697
  • MISTERI 'SARAH JOE' DAN LIMA ORG KREWNYA - #741

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job TT
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-9-2016 02:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 09:41 AM | Show all posts
wooowwww....hantu bekas suami dia ke...uhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 09:58 AM | Show all posts
takut nyaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:23 AM | Show all posts
seram tgk pic2 itteww
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 12:25 PM | Show all posts
sampai ke sudah tak tau sapa yg bunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 12:43 PM | Show all posts
good info..

tt bukak la pulak kisah pasal pembunuhan misteri 2 orang penyanyi rap long time ago..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 04:49 PM | Show all posts
.....up
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 05:06 PM | Show all posts
fuhh...ngeri
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-9-2016 06:42 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 9-9-2016 12:43 PM
good info..

tt bukak la pulak kisah pasal pembunuhan misteri 2 orang penyanyi rap long time ago.. ...

Kisah Tupac Shakur vs Notorious BIG ke, Jaja? Tu pon masih misteri dan kontroversi jugak kan. Thanks for the suggestion, I'll see what I can do.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 07:05 PM | Show all posts
dani-rox replied at 9-9-2016 06:42 PM
Kisah Tupac Shakur vs Notorious BIG ke, Jaja? Tu pon masih misteri dan kontroversi jugak kan. Than ...

yess.. that one.

bole gak jadikan thread ni koleksi pembunuhan2 misteri..

kalau rajin lah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-9-2016 07:24 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 9-9-2016 07:05 PM
yess.. that one.

bole gak jadikan thread ni koleksi pembunuhan2 misteri..

Ha'ah kan... drpd buka thread banyak2. siapa2 yg tau kisah misteri esp. yg rare and obscure bole la share sama
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembang bulu roma meols baca; tapi gambo tu mmg seram TT.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seram aku tgk pic ni mlm2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 08:54 AM | Show all posts


misteri yg tak terungkai
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT. Menggerunkan. Iols salu tgk cold case file kat C&I channel. Bertahun2 baru resolve dengan bantuan new tech. Tp masih byk lg unresolved case.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar2 crimw scenes tu seram
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 9-9-2016 02:48 AM
Thanks beb

Woow best nye cite camni, nak lagi tt
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-9-2016 10:51 PM | Show all posts
oak.balustrade replied at 10-9-2016 09:24 AM
Thanks TT. Menggerunkan. Iols salu tgk cold case file kat C&I channel. Bertahun2 baru resolve dengan ...

Sama2

Ai pon suka tengok rancangan cold case file... Bersemangat betul polis2 di US nak selesaikan kes w/pon dah berpuluh2 tahun. suka tengok cara dia org preserve bahan2 bukti utk rujukan masa akan datang katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-9-2016 10:53 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 10-9-2016 07:02 PM
Woow best nye cite camni, nak lagi tt

ok. ai akan cari dan share kes2 misteri yg lain... tungguuuu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-9-2016 08:06 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 12-9-2016 09:09 PM

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA



Kes berlaku pada musim panas tahun 1912 di sebuah bandar kecil bernama Villisca di Iowa, Amerika Syarikat. Pembunuhan ini sangat menggemparkan sehingga berjaya menyingkirkan berita Titanic yang tenggelam dua bulan sebelum itu, daripada muka depan akhbar-akhbar utama.





Pada pagi Isnin 10 Jun, Mary Peckham jiran kepada keluarga Moore menyedari keadaan rumah mereka yang tiba-tiba senyap dan sunyi, tidak seperti hari-hari yang lain. Dengan anak-anak seramai empat orang semestinya rumah dua tingkat tersebut penuh hiruk pikuk dan gelak ketawa. Namun pagi itu sungguh berbeza sekali. Setelah ketukan pintu dan panggilan tidak bersahut, Mary lantas menghubungi Ross Moore iaitu abang kepada ketua keluarga itu, Josiah Moore.




Setibanya di rumah tersebut, Ross membuka pintu dengan salinan kunci yang diberikan oleh adiknya. Namun entah kenapa tiba-tiba berasa kecut perut untuk memeriksa seluruh rumah tersebut, dia meminta Marshall Henry Horton pula untuk datang. Apa yang pegawai polis itu temui adalah sangat-sangat mengerikan dan menyayat hati - Josiah, 43, isteri Sarah, 39, keempat-empat anak mereka Herman Montgomery,11, Mary Katherine,10, Arthur Boyd, 7, dan Paul Vernon, 5, serta dua orang kawan Mary Katherine, yang juga adik beradik, Ina Mae, 8, dan Lena Gertrude Stillinger,12, mati dibunuh dengan kejam di atas katil masing-masing.

Hasil siasatan polis dan koroner telah membuat gambaran bahawa pada petang Ahad 9 Jun pembunuh bersembunyi di loteng semasa keluarga Moore menghadiri program Hari kanak-kanak di Gereja Presbyterian. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa puntung rokok di loteng tersebut. Kehadiran Ina Mae dan Lena pada waktu itu adalah kerana ajakan Mary, untuk bermain dan bermalam bersama-sama. Di sini pihak polis meletakkan jangka masa pembunuhan berlaku antara pukul 12 malam hingga 5 pagi.

Apabila keluarga Moore dan tetamu kecil mereka nyenyak tidur, berbekalkan kapak kepunyaan keluarga Moore dan cahaya pelita si pembunuh mula-mula masuk ke bilik pasangan suami isteri. Dia menetak Josiah berkali-kali, dan hayunan kapak begitu tinggi hingga meninggalkan calar pada siling bilik itu. Kecederaan yang dialami ketua keluarga itu sangat teruk berbanding mangsa-mangsa lain. Dikatakan wajahnya hancur dan kedua belah matanya hilang. Sarah yang mungkin tidak sedar akan hal yang berlaku ke atas suaminya turut maut menerima tetakan yang bertalu-talu.

Seterusnya, si pembunuh menuju ke bilik anak-anak Moore dan menetak kesemuanya di bahagian kepala hingga mati. Polis berpendapat pembunuh kemudian kembali semula ke bilik utama dan menghancurkan kedua-dua mayat suami isteri tersebut. Darah melimpah dengan banyak hingga memenuhi sebelah kasut di tepi katil mereka. Setelah puas, pembunuh turun ke tingkat bawah dan membunuh adik beradik Stillinger. Polis mempercayai Lena satu-satunya mangsa yang sedar dan terbangun sewaktu kejadian itu berlaku C Ada tanda pergelutan dengan kecederaan mempertahankan diri pada lengannya. Kemungkinan besar juga ada percubaan mencabul ke atas kanak-kanak itu, Lena ditemui dengan gaun tidurnya terselak hingga ke paras pinggang dan seluar dalamnya hilang.


Lakon semula pembunuhan oleh pihak polis


Beberapa orang suspek telah disoalsiasat dan pelbagai teori serta khabar angin oleh penduduk bandar di situ dikemukakan C termasuk motif cemburu, curang dan pedofilia. Salah seorang berjaya dihadapkan ke mahkamah, bukan sekali tetapi DUA kali namun akhirnya dia dilepaskan kerana kekurangan bukti kukuh dan dakwaan keganasan polis. Seratus empat tahun kemudian, kes pembunuhan Villisca masih kekal misteri dan yang pasti si pembunuh hidup bebas dan membawa rahsia gelapnya itu ke kubur.




Fakta menarik:

  • Selain menyelubung kepala mangsa-mangsanya dengan selimut, pembunuh juga menutup semua cermin di rumah dan kaca pintu dengan kain. Ini dikaitkan dengan adat kematian zaman Victorian iaitu sekiranya ada mayat di rumah, setiap cermin hendaklah ditutup. Mungkin juga pembunuh rasa bersalah C enggan melihat pantulan imej mayat mangsa bunuhnya.



  • Polis menemui daging bacon beku seberat 4 pound disandarkan pada dinding bersebelahan kapak yang digunakan untuk membunuh. Ada sisa makanan di atas meja dapur dan mangkuk berisi air basuhan darah.
  • Kegagalan siasatan mungkin ada kaitan dengan cara pihak polis dan koroner mengawasi tempat kejadian. Menurut seorang saksi walaupun telah diberikan amaran oleh polis untuk tidak masuk ke rumah tersebut, berpuluh-puluh orang jiran dan penduduk bandar berpusu-pusu melihat keadaan mayat keluarga itu dan adik beradik Stillinger. Cap jari bercampur aduk, malah ada yang mengambil serpihan tengkorak Josiah Moore sebagai tanda kenang-kenangan.
  • Gambar-gambar crime scene penting hilang buat selama-lamanya setelah jurugambar yang diupah polis menjual kedai gambarnya termasuk negatif gambar itu sekali. Setelah beberapa kali bertukar tangan, akhirnya seluruh kedai itu terbakar.
  • Rumah keluarga Moore masih wujud hingga kini, dipulihara oleh pasangan suami isteri Darwin dan Martha Linn bermula pada tahun 1994 serta dimasukkan ke dalam US  National Register of Historic Places pada 1998. Rumah itu juga dinamakan sebagai salah satu tempat paling berhantu di Amerika Syarikat dengan para penyiasat paranormal dikatakan berjaya mengesan penampakan roh kanak-kanak dan juga pembunuh misteri itu.





Loteng rumah tersebut


Kubur keluarga Moore


Kubur adik beradik Stillinger



sumber
sumber
sumber
sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 09:29 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-9-2016 07:06 PM
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

fuh...mengerikan...
mcm citer The Conjuring, Micheal Mayers..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 09:29 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-9-2016 07:06 PM
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

double post.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2.. Memang seram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098522s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list