CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 17-11-2016 09:14 AM | Show all posts
Edited by SepatUngu at 17-11-2016 01:21 AM

TT ada details tak story psl Murder of Lawson family on December 25, 1929?
yg tuh kira misteri jgk sbb tak pasti motip sbnr charlie bunuh anak bini dia kecuali anak lelaki dia je yg survive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 09:59 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-11-2016 04:06 AM
Tak scary sgt, tp kisahnya bole ambik jd pengajaran

SIAPA TEMBAK KEN McELROY?

tau gak takut ye sampai lari balik ke pikap...

bagus gak plot ni..sebuah plot yg boleh digunapakai semula.
dengan syarat semua orang kena bagi kerjasama...tetttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 02:01 PM | Show all posts
SepatUngu replied at 17-11-2016 09:14 AM
TT ada details tak story psl Murder of Lawson family on December 25, 1929?
yg tuh kira miste ...

kalo tak silap, family ni kot yg org cakap antara penampakan hantu paling femes di US. ke ai konpius dgn family lain banyak jugak kan kes kematian beramai2 dlm satu keluarga di sana. nanti ai gugel balik. thanks, SepatUngu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 02:04 PM | Show all posts
dani-rox replied at 17-11-2016 06:01 AM
kalo tak silap, family ni kot yg org cakap antara penampakan hantu paling femes di US. ke ai konpi ...

ur welcome nnt klu ada jgn luper share ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 02:06 PM | Show all posts
bottombikini replied at 17-11-2016 09:59 AM
tau gak takut ye sampai lari balik ke pikap...

bagus gak plot ni..sebuah plot yg boleh dig ...

ala2 plot novel thriller kan? org yg lemah dan sentiasa dibuli tiba2 bangkit jd pemangsa yg kejam... the human mind is a scary place.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 02:10 PM | Show all posts
SepatUngu replied at 17-11-2016 02:04 PM
ur welcome  nnt klu ada jgn luper share ya

okay
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka...tu jek
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya bace thread ni! Thanks tt kerana menyediakan cite yg best!! Kipidap! Dongibap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2016 02:01 AM | Show all posts
TRAGEDI KELUARGA LAWSON DI HARI KRISMAS



Pada hari Krismas 1929, beberapa tembakan bergema di bahagian perkampungan Germanton, North Carolina – Charlie Lawson, 43 thn, membunuh isteri dan enam org anaknya, sebelum mencabut nyawanya sendiri beberapa jam kemudian. Sehingga ke hari ini tiada siapa yg tahu kenapa si ketua keluarga melakukan perkara sedahsyat itu.

Charles Davis ‘Charlie’ Lawson telah berkahwin dgn Fannie Manring (37thn) selama 18 thn, dan dikurniakan lapan org anak, empat lelaki dan empat perempuan. Anak ketiga mereka, William meninggal dunia pd 1920 berusia 6thn, kerana sakit radang paru2. Tujuh yg lain pula sempat menikmati kehidupan mereka sehinggalah 25 Disember 1929. Namun pada petang hari yg sama, hanya Arthur, 16thn, saja yg masih hidup.

Keluarga Lawson adalah peladang tembakau secara berkongsi (sharecropper). Dua thn sebelum tragedi itu dgn wang simpanan akhirnya mereka mampu membeli ladang sendiri yg berdekatan dgn ladang abg2 Charlie. Ladang itu turut mempunyai sebuah rumah yg berusia lebih kurang 200 thn dan sebuah bangsal sesuai utk menyimpan hasil tembakau.


Rumah kabin keluarga Lawson


Bangsal menyimpan tembakau

Beberapa hari sebelum Krismas yg berdarah itu, seluruh ahli keluarga tersebut pergi ke bandar utk membeli pakaian baru kerana mereka akan mengambil gambar potret sekeluarga – yakni gambar terakhir ketika mereka masih hidup. Charlie membenarkan mereka memilih apa saja pakaian yg mereka suka, tak kira berapa harganya. Memandangkan pakaian serba baru dan mengambil gambar potret adalah sesuatu yg mewah utk keluarga kelas bawahan waktu itu, ia adalah seolah2 petanda drpd Charlie Lawson, barangkali dia ingin mengabadikan wajah isteri dan anak2nya sebelum dia menamatkan riwayat mereka buat selama2nya. Di hadapan jurugambar, dia menyatakan itu semua adalah sebahagian drpd ‘kejutan Krismas’.

Jenayah kejam itu bermula pd tengah hari Krismas, anak2 perempuan Lawson iaitu Carrie (12thn) dan Maybell (7thn) berjalan kaki meninggalkan rumah utk melawat ibu dan bapa saudara mereka. Charlie bersembunyi di bangsal, dan apabila gadis2 kecil itu semakin hampir dia terus menembak kedua2nya dgn senapang. Kemudian, dia membelasah mayat Carrie dan Maybell utk memastikan mereka benar2 sudah mati. Setelah puas, dia menyembunyikan mayat anak2nya itu di bangsal tersebut.

Seterusnya dia berjalan pulang, dan menembak isterinya yg sedang bersantai di hadapan rumah. Marie (17thn) yg berada di dapur ketika itu, tersedar akan apa yg sedang berlaku menjerit dan menyuruh adik2 lelakinya James (4thn) dan Raymond (2thn) lari menyembunyikan diri. Walau bagaimanapun Charlie melepaskan tembakan ke arah Marie yg tidak sempat lari melepasi dapur, mayat gadis itu terlentang bersebelahan dgn pendiang api. Lelaki itu kemudiannya berjaya menemui James dan Raymond, lantas menembak mereka seorg demi seorg. Apa yg berlaku selepas itu amat2 menyayat hati, Charlie membunuh anak perempuannya yg berusia 4 bulan, Mary Lou. Bayi itu dipukul hingga mati.


Kedaan di dlm kabin

Sebelum pembunuhan beramai2 ini berlaku, Charlie Lawson bercadang utk pergi berburu bersama anak lelakinya yg paling tua Arthur. Si ayah memberitahu anaknya bahawa mereka kekurangan peluru, lantas menyuruh Arthur ke bandar utk membelinya. Tujuan dia ‘melepaskan’ seorang saja anaknya itu masih menimbulkan tanda tanya hingga kini. Sama juga misterinya dgn alasan mengapa dia memilih utk membunuh enam org anaknya yg lain. Dikatakan Arthur masih berada di kedai, apabila dia menerima perkhabaran mengenai kejadian ngeri yg telah berlaku di rumahnya. Remaja itu dibawa menaiki kereta serta merta balik ke ladang Lawson.

Apabila semua ahli keluarganya mati, Charlie menyusun posisi mereka -- menyilang kedua2 tangan dan meletakkan batu di bawah kepala mereka spt bantal. Selepas itu, dia pun menghilangkan diri ke hutan berdekatan dan berada di situ utk beberapa jam sebelum membunuh diri dgn menembak kepalanya. Waktu itu beberapa org jiran termasuk abg Charlie, Elijah, telah pun berkumpul di ladangnya dan menemui mayat2 ahli keluarga yg malang itu. Elijah dan anak2 lelakinya dikatakan merancang utk pergi berburu, bercadang singgah ke rumah adiknya utk mengucapkan selamat hari Krismas. Masih bingung dan ketakutan, mereka semua terdengar tembakan terakhir, datang drpd hutan.

Elijah Lawson dan jiran2 menemui mayat Charlie, bersama sepucuk surat utk ibu bapanya. Mereka mendapati kesan tapak kasut di dlm salji yg mengelilingi sebatang pokok bersebelahan mayat lelaki itu. Kelihatan spt Charlie telah mundar mandir beberapa lama sebelum dia mengambil keputusan utk menamatkan nyawanya sendiri.




Hari pengebumian keluarga Lawson



Pada masa itu, tiada seorg pun tahu mengapa Charlie Lawson sanggup membunuh seluruh ahli keluarganya dan kemudian dirinya sendiri. Tiada motif yg ketara – walaupun keluarga Lawson kurang berkemampuan tetapi mereka tidak mempunyai masalah kewangan dan Charlie juga bukan seorg fanatik agama mahupun mempunyai perangai yg pelik2. Malahan dia seorg ahli masyarakat yg amat dihormati. Ada yg beranggapan bahawa kecederaan di kepalanya beberapa bulan sebelum itu adalah penyebabnya, namun hasil autopsi menemui tiada sebarang kerosakan pd otak lelaki tersebut. Selain itu, khabar angin menyatakan bahawa bukan Charlie yg bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai2 itu – kononnya dia adalah seorg saksi kpd jenayah yg dilakukan oleh gangster. Dia dan keluarganya dibunuh utk menghalang mereka drpd membuka mulut kpd polis.

Pada thn 1990, sebuah buku mengenai tragedi keluarga Lawson telah diterbitkan. Di antara individu yg ditemuramah utk buku tersebut adalah Stella Lawson, yg juga sepupu kpd anak2 Lawson. Stella memberitahu semasa pengebumian keluarga itu, dia pernah terdengar ibunya dan ahli keluarga terdekat bercerita mengenai Fannie yg mengesyaki hubungan sumbang mahram antara suaminya, Charlie dan anak gadis mereka, Marie.

Maklumat baru juga timbul, iaitu beberapa minggu sebelum Krismas, Marie telah berkongsi rahsia dgn kawan baiknya, Ella May. Dia mengakui kpd Ella May yg dia sedang hamil dan ayah kpd bayi dlm kandungannya adalah ayahnya sendiri, Charlie. Ella May turut menambah bahawa Charlie dan Fannie tahu mengenai kehamilan Marie itu. Adakah kerana malu dan tertekan dgn pandangan masyarakat akan rahsia kejinya itu mendorong Charlie utk membunuh isteri dan anak2? Namun teori tersebut hanya dianggap sbg gosip semata2 kerana tiada bukti kukuh yg dpt mengesahkannya.

Masih terdapat beberapa pertanyaan yg kekal misteri selepas beberapa tahun peristiwa menggemparkan itu berlaku. Apakah isi surat yg ditulis oleh Charlie kpd ibu bapanya? Mengapa Charlie menyusun posisi mayat isteri dan anak2nya sedemikian rupa? Mengapa dia membenarkan Arthur terlepas dan meneruskan hidup?

Dan tragedi bg mangsa Charlie tidak terhenti di situ. Mereka disemadikan dlm plot kubur yg sama bersama pembunuh mereka.





Fakta2 Menarik:

  • Oleh kerana begitu ramai pengunjung yg penuh dgn perasan ingin tahu datang ke rumah Lawson, salah seorg adik beradik Charlie bernama Marion menjadikan rumah tersebut sbg tarikan pelancong. Dia mengenakan bayaran kemasukan sebanyak 25 sen. Sepanjang lima tahun, beberapa ribu pengunjung telah melawat rumah itu termasuk penjenayah paling dikehendaki waktu itu (Public Enemy no. 1), John Dillinger.

  • Pada hari kejadian, Marie Lawson sedang membuat kek raisins sempena sambutan Krismas. Saat sebelum dia dibunuh oleh ayahnya, gadis itu sedang menunggu keknya itu sejuk dan bercadang utk menambah hiasan aising. Kek itu akhirnya dipamerkan di rumah Lawson dan juga karnival2 pekan. Disebabkan biji raisins itu makin berkurangan kerana di’curi’ oleh para pengunjung sbg tanda kenang2an, kek itu pun disimpan di dlm bekas kaca. Apabila demam perasan ingin tahu ke atas kes itu telah reda, salah seorg saudara Lawson akhirnya membawa kek itu pulang dan menanamnya.

  • Rumah Lawson dirobohkan beberapa tahun kemudian, dan kawasan itu menjadi tempat tarikan pemburu paranormal pula. Menurut penduduk tempatan, mereka pernah terlihat penampakan beberapa org kanak2 bermain2 di tapak rumah tersebut. Mereka juga memberitahu pernah terserempak dgn ‘hantu’ Charlie Lawson yg bergentayangan di jalan berhampiran ladangnya.

  • Salah sebuah kumpulan bluegrass terkenal, the Stanley Brothers telah mencipta dan mempersembahkan lagu berdasarkan pembunuhan beramai2 tersebut, ‘The Story/Ballad of the Lawson Family’ pd thn 1956. Lagu tersebut begitu popular sehingga didendangkan oleh ibu2 utk menidurkan anak2 mereka.




They say he killed his wife at first/While the little ones did cry/Please Papa won’t you spare our lives/It is so hard to die.


  • Anak Charlie yg terselamat, Arthur Lawson, meninggal dunia pd 1945 di usia 31 thn kerana kemalangan jalan raya. Dia meninggalkan isteri dan empat org anak yg masih kecil. Tidak lama kemudian balunya, Nina Bibey berpindah bersama anak2 mereka ke California, berkahwin semula dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ pd thn 1982.



Wikipedia

Sumber 1/2/3/4


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 02:05 AM | Show all posts
SepatUngu replied at 17-11-2016 09:14 AM
TT ada details tak story psl Murder of Lawson family on December 25, 1929?
yg tuh kira miste ...

sila check post #334
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 02:06 AM | Show all posts
sheqim replied at 18-11-2016 09:21 AM
Bestnya bace thread ni! Thanks tt kerana menyediakan cite yg best!! Kipidap! Dongibap!

Thanks sheqim
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:15 AM | Show all posts
Ipo replied at 3-11-2016 11:56 AM
ala..nak kena sign up plak..takleh tengok
saya ni..kalau dah sign up..pastu lupa apa username dan ...
Erkkk.. yeka.. kalo tgok kat channel 5 toggle.sg tak pasti lak ada ke tak.. itu tkyah register pun..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Isi surat tak didedahkan pulak,nak speku pun payah. Pembunuh psiko
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:06 AM | Show all posts
Edited by SepatUngu at 21-11-2016 03:15 AM

yayy tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:18 AM | Show all posts
sadisnya
tapi lebih nak tahu tgg isi surat
knp tidak didedahkan
siapa yg menyimpan surat tu
munkin ada dinyatakan sebab dia membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:24 PM | Show all posts
Motif pembunuhan keluarga Lawson tak mustahil kerana hubungan sumbang mahram tu. Walaupun hanya gosip, boleh jadi point penting Charlie bunuh semua ahli keluarganya. Apa la agaknya isi surat Charlie tu. Mungkin juga ada cerita motif kenapa dia membunuh.

Salah sebuah kumpulan bluegrass terkenal, the Stanley Brothers telah mencipta dan mempersembahkan lagu berdasarkan pembunuhan beramai2 tersebut, ‘The Story/Ballad of the Lawson Family’ pd thn 1956. Lagu tersebut begitu popular sehingga didendangkan oleh ibu2 utk menidurkan anak2 mereka.


Apa ke halnya ibu-ibu dodoikan anak guna lagu kisah pembunuhan? Tak ada lagu lain ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 01:01 PM | Show all posts
dani-rox replied at 20-11-2016 06:01 PM
TRAGEDI KELUARGA LAWSON DI HARI KRISMAS

many tq tt   creepynya bila tgok gambar last dorg sefamily tuh
dan lagu dodoi anak tu pulak lg seramm..klu dgr time mlm tak tau la kesurupannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 01:04 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 21-11-2016 04:24 AM
Motif pembunuhan keluarga Lawson tak mustahil kerana hubungan sumbang mahram tu. Walaupun hanya gosi ...

kann iols dah terbyg kesurupan mcm dlm filem seram time tgh dodoi anak guna background lagu tuh tiba2 lagu tu play non stop and redundant so many times   

over pulak imaginasi iols
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 21-11-2016 08:15 AM
Erkkk.. yeka.. kalo tgok kat channel 5 toggle.sg tak pasti lak ada ke tak.. itu tkyah register pun. ...

Ya ke?..mungkin salah tengok web.
Nanti try lagi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 21-11-2016 01:01 AM
TRAGEDI KELUARGA LAWSON DI HARI KRISMAS



Mungkin kes sumbang mahram tu yg buat Charlie buat kerja gila tu. Tak boleh bayang macam mana  budak kecik 4 bulan tu dipukul sampai mati

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.434552 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list