CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 8-2-2017 01:38 AM | Show all posts
KISAH PENGHIKMATAN (EXORCISM) ROLAND DOE AKA ROBBIE MANHEIM



Rumah keluarga Roland Doe di Missouri


Keratan akhbar yg berkaitan dgn kes Roland Doe

Pada penghujung 1940an, seorg budak lelaki yg sgt bersedih atas kematian ibu saudaranya, cuba menghubungi roh wanita itu dgn menggunakan papan Ouija. Percubaannya itu telah membangkitkan kuasa2 gelap dan jahat. Tidak lama kemudian, seluruh keluarga budak tersebut diganggu oleh fenomena2 aneh. Oleh kerana buntu, ibu bapa membawanya menemui paderi2 Katolik, yg kemudiannya menjalankan beberapa penghikmatan (exorcism) yg menjerihkan dan kadangkala, ganas.

Inilah kisah benar yg menginspirasikan novel tulisan William Peter Blatty pd thn 1971, The Exorcist – seterusnya diadaptasikan utk filem dgn tajuk yg sama.




Identiti mangsa dlm kes rasukan ini tidak pernah didedahkan utk melindungi privasi keluarganya, maka dia dipanggil sbg ‘Roland Doe’ atau ‘Robbie Mannheim’. Dikatakan Roland pd waktu kejadian berusia 14tahun.



Contoh, dan cara bermain papan Ouija

Menurut org2 terdekat, Roland sgt rapat dgn Makcik Harriet nya, seorg spiritualist iaitu percaya dgn alam roh dan hantu. Dia jugalah mengajar Roland cara menggunakan papan Ouija. Selepas kematian Harriet, si anak saudara itu pun cuba menghubungi rohnya dgn menggunakan papan tersebut, dan tidak lama kemudian banyak kejadian pelik mula berlaku. Keluarga Roland terdengar bunyi tapak kasut sedang berkawad, brg2 di dlm rumah terapung atau dilemparkan, perabot2 diterbalikkan dan gambar berkaitan dgn agama yg digantung pd dinding bergegar2.



Terdapat juga saksi2 menceritakan perkara aneh turut mengikuti Roland hingga ke sekolah – Meja tulis budak lelaki itu dikatakan menggelongsor dgn sendirinya di hadapan rakan2 sekelas.

Setelah puas mencuba pelbagai cara dgn menemui doktor dan pakar psikologi, ibu bapa Roland akhirnya mendapatkan pertolongan seorg paderi Lutheran, yakni mazhab pegangan mereka. Paderi itu menjemput Roland utk bermalam di rumahnya utk pemerhatian. Pada malam itu, paderi tersebut terdengar bunyi cakaran datang dari dlm dinding dan melihat sendiri kerusi sandarnya yg berat, terbalik secara tiba2. Keesokan paginya, dia menasihati ibu bapa Roland utk menghubungi seorg paderi Katolik.

Berikutnya, berlakulah beberapa penghikmatan (exorcism) ke atas Roland Doe. Edward Hughes, seorg paderi Katolik, menjalankan penghikmatan yg pertama di Hospital Universiti Georgetown. Namun ia berakhir dgn penuh bencana – budak lelaki itu berjaya melepaskan dirinya drpd ikatan, lantas mengoyakkan dan menarik keluar gegelung tilam, terus mengelar lengan paderi itu.


Father Edward Hughes

Kemudian, keluarga Roland Doe pergi ke St. Louis, di mana Father William S. Bowdern, juga seorg pensyarah di College Church, diberikan kebenaran oleh Ketua Biskop utk mengadakan penghikmatan tambahan. Ketua Biskop bersetuju setelah Bowden dan seorg lagi paderi yg melawat rumah keluarga Roland mendapati katil budak itu bergoyang2 dan barang2 bergerak pindah dgn sendirinya. Malahan Roland bercakap dgn suara yg sgt garau, jauh beza drpd  suara sebenarnya dan menunjukkan ketakutan apb berhampiran dgn objek2 suci.



Father William S. Bowdern




Father Walter Halloran

Dalam salah satu penghikmatan yg dilakukan oleh sekurang2nya tiga org paderi, termasuk Walter Halloran, melaporkan kesan2 luka yg muncul pd tubuh Roland – ada di antaranya menyerupai beberapa perkataan dan wajah syaitan. Roland turut menyerang Halloran dgn ganas hingga mematahkan batang hidung paderi itu.





Lakonan semula


Salah satu babak paling terkenal dlm filem 'The Exorcist'



Selain itu, budak lelaki itu juga mampu bertutur dlm bahasa Latin dgn fasih sekali, sedangkan dia tidak pernah seumur hidupnya mempelajari bahasa tersebut. Menurut beberapa sumber, sekurang2nya salah satu penghikmatan ini telah disaksikan oleh 48 org org, 9 drpdnya adalah paderi Jesuits.

Apapun, Roland Doe akhirnya berjaya mengharungi sesi2 penghikmatan tersebut. Tidak banyak yg diketahui mengenai kehidupannya selepas itu, tp ramai pihak yg terlibat dlm kes itu memberitahu, Roland hidup spt biasa – mempunyai kerjaya, berkahwin, beranak pinak dan bercucu, dan dia tidak mempunyai sebarang ingatan dgn apa yg berlaku pd dirinya ketika masih dirasuk dulu.

Namun, kebanyakan para pengkaji kes ini merumuskan apa yg berlaku adalah satu penipuan. Mereka menekankan aspek logikal dan fakta2 yg tidak konsisten dlm versi rasmi kes Roland Doe. Menurut para2 pengkaji spt Thomas B. Allen dan Mark Opsasnick yg juga menulis buku mengenai kes tersebut, Roland sebenarnya mengalami gangguan jiwa dan tiada yg supernatural mengenai dirinya spt yg digembar gemburkan. Setelah menemui bekas jiran dan rakan zaman kanak2, mereka diberitahu bahawa Roland Doe adalah seorg budak yg nakal dan sgt bijak – Dia selalu bergurau senda dgn menakut2kan ibunya dan budak2 lain di kejiranan.

Mungkin kita tidak akan tahu sampai bila2 akan kebenaran rasukan dan penghikmatan Roland Doe, tetapi dgn kejayaan buku dan filem ‘The Exorcist’, kes ini telah meninggalkan kesan mendalam ke atas imaginasi kita, dan juga menyingkap bagaimana rupa rasukan dan penghikmatan yg sebenar.


WIKIPEDIA

Source: 1/2/3



P/S: Ai pernah tengok rancangan di TV, seorg pengkaji yg berminat psl kes ni menemui salah seorg paderi yg terlibat. Dalam rancangan tu, paderi tersebut dah berumur sgt2, dan sedang nazak menghidap kanser. Dia cerita semula apa yg dia org lalui masa tu, yg takkan dia lupakan cemana si Roland tu tiba2 terapung dari katil. Bila difikirkan balik, takkan paderi tu nak kekalkan pembohongan... sampai ke akhir hayat pulak tu. satu lg hebat giler la budak tu dpt trick semua org dgn mengapungkan diri utk beberapa lama. Magician pon kalah

Yg nih gambar sebenar mangsa... setelah diCSI oleh para peminat kes, dia org akhirnya dpt kesan identiti sebenar.

namanya Ronald Edwin Hunkeler.




Duduk paling kanan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 11:16 AM | Show all posts
dani-rox replied at 8-2-2017 01:38 AM
KISAH PENGHIKMATAN (EXORCISM) ROLAND DOE AKA ROBBIE MANHEIM

kes ni sama lah dengan roseemely... whick is.. ujung2 dorang kata minah tu ada masalah jiwa.. wal hal nak ikut logik macam ko cakap la.. power betul la dia kalau betul blh tukar2 karektor masa kena rasuk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 01:38 PM | Show all posts
Oh jadi, The Exorcism of Emily Rose tu based on kisah ni la ya..
Sebab filem tu dikatakan berdasarkan kisah benar

Rasukan ni bukan boleh dibuat2
gila apa nak toreh2 badan sendiri kalau dibuat2
macam citer The Omen, budak tu pun dikatakan ada masalah tekanan
sedangkan Damien tu yang dirasuki roh jahat..
scene paderi terjatuh dan terpacak kat pagar tu..ngeri sungguh




Dalam kes Roland ni, dia sendiri yang panggil roh/hantu guna Ouija method
sampai macam2 roh yg datang..


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 04:08 PM | Show all posts
rasanya bukan dibuat2, klu dah seru2 syaitan nih...dtgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
good job tt. i siap rempit 1 thread arini smpai takut nk tdo sorang2 mlm ni.

btw, i tgu kes jon benet yg rmai porumer sbut2 tu. bunyi cm menarik. pls update yer tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 07:28 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 8-2-2017 07:31 PM
Ipo replied at 8-2-2017 01:38 PM
Oh jadi, The Exorcism of Emily Rose tu based on kisah ni la ya..
Sebab filem tu dikatakan berdasark ...

Filem the Exorcism of Emily Rose tu berdasarkan kes pompuan Jerman, Anneliese Michel.
cc @hest



pernah dibawak jumpa doktor, siap brain scan lg... dia org cakap takda apa2. kesian dia, memang dahsyat jua keadaan mendiang anneliese masa tu.
tp zaman sekarang nih (mcm kes roland doe) pakar cakap anneliese barangkali ada penyakit mental yg kronik -- dissociative personality disorder, skitzo, dan sawan, kematiannya pula disebabkan oleh kurang nutrisi.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
hijaucactus replied at 8-2-2017 07:19 PM
good job tt. i siap rempit 1 thread arini smpai takut nk tdo sorang2 mlm ni.

btw, i tgu kes jo ...

Kes jonbenet,polis x dapat cari pembunuh..u bleh tgk kat channel 732..kalau xde,youtube ada kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zizadin replied at 8-2-2017 07:35 PM
Kes jonbenet,polis x dapat cari pembunuh..u bleh tgk kat channel 732..kalau xde,youtube ada kot

i xberani chuols tgk video. ngeri. takut nmpk imej yg i xptt tgk. pic2 yg kat dlm ni pon i skrol laju2 but i mmg enjoy bc kronologi kes2 mcm ni. so yg tu ade kaitan dgn katy perry kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 11:40 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 8-2-2017 11:49 PM
dani-rox replied at 8-2-2017 07:28 PM
Filem the Exorcism of Emily Rose tu berdasarkan kes pompuan Jerman, Anneliese Michel.
cc @hest
...

Oh i see...pity Anneliese..Bila pendapat saintifik melebihi  spiritual..
Pesakit jadi bahan kajian segala tapi masih dalam keadaan unexplained answer.
Last, conclusionnya, pesakit alami penyakit mental..Thank you dani


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa dia buat2, cuma benda2 spirit ni tak dapat explain physically.

Tak pernah tengok the exorcist, tapi pernah tengok the exorcism of emily rose lama dah sekitar tahun 2006 tengok bertiga dengan roomate kat rumah dia. Sorang dah tutup2 muka dengan bantal masa tengok. Memang cerita tu cerita paling dasyat yg aku takkan ulang tengok balik utk kali kedua, boleh teringat2 woo esp part emily kena tekan masuk dalam kat katil tu kang duduk hostel atau tidur sorang2 teringat
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw baru tahu translation exorcism penghikmatan

Thanks dani for the story
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 8-2-2017 07:28 PM
Filem the Exorcism of Emily Rose tu berdasarkan kes pompuan Jerman, Anneliese Michel.
cc @hest
...

Tenung gambar ni belah kanan tu pun iols tak sanggup sesuatu yah  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
The exorcism of emily rose tu mmg seram gila lah.. aku rasa ada mnda2 tu,xkn roland tu nk buat2..tp biasalah mnda xlogik dr sudut sains..diaorg xprcaya la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:34 AM | Show all posts
thread best


cite emily rose tu bagi aku menakutkan bab dalam barn tu. siap leh tukau2 sore ikut demon dlm badan die. ade 7 ekor xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 03:37 PM | Show all posts
Cita exorcist dkt muvi channel salu ada tayang..byk jenis..konon2 aku rekod nk tgk..skali anak aku duk tgk pulak..mak aku plak bisg2 ang tgk cita apa ni..sudahnya smpai ke sudah xpenah tgk habis..yg emily rose ja salu tgk. Lain2 muvi x dan tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:05 PM | Show all posts
dani-rox replied at 8-2-2017 07:28 PM
Filem the Exorcism of Emily Rose tu berdasarkan kes pompuan Jerman, Anneliese Michel.
cc @hest
...

aku tunggu gk ni ko up pasal sorang popuan cina (student) yg mati dalam tangki air hotel. nama aku lupa. kes agak baru tahun 201X something gak.. yg last org tgk dia kat cctv mcm cuba menyorok dari nampak oleh seseorang.. then mcm bercakap dgn seseorang didepan lift. tp tak de orang. kesnya pelik sebab macam mana dia boleh mati dalam tangki air sedangkan tangki air tu sgt mustahil utk org masuk..kalau tak silap aku la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 09:45 AM | Show all posts
hest replied at 13-2-2017 03:05 PM
aku tunggu gk ni ko up pasal sorang popuan cina (student) yg mati dalam tangki air hotel. nama aku ...

hotel cecil - elisa lam


komen utubers

Facts:1. Elisa Lam suffered from bipolar disorder.2. She ended up in a water tank on the roof of Cecil Hotel - the water tank was behind two doors with alarms that required access pass/code/key.3. Hotel guests complained about dark colored water that smelled and tasted funny (this was due to Elisa's body that had laid in the water tanks for 14 days).4. The movie "Dark Water" which is about a girl named Cecilia (close to the hotel name Cecil), moves into an apartment where the water starts to become black due to a body in the water tank, and in the end you see an elevator malfunctions like in the clip of Elisa Lam. The movie was made 8 years BEFORE Elisa Lams death.6. Things like murder and suicide had happened before on the Cecil Hotel.7. To get into the water you would have to climb up to the water tanks, lift the top off, climb down and close it. Almost if not completely impossible by yourself.8. Autopsy reviled no drugs where involved.I'm legit freaked out




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:58 AM | Show all posts
bellaa replied at 14-2-2017 09:45 AM
hotel cecil - elisa lam

yup elisa lam. aku tak rasa ada disoder apa2 kat dia. sebab kawan2 dan fmly dia cakap dia tak de pape masalah kesihatan pun kan// kalau tgk dalam cctv tu, memang dia nampak nak menyorok dari sesuatu/ nak mengelak dari sesuatu.. kesian rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:06 AM | Show all posts
hest replied at 14-2-2017 09:58 AM
yup elisa lam. aku tak rasa ada disoder apa2 kat dia. sebab kawan2 dan fmly dia cakap dia tak de p ...

ada sis..

sheol amik obat anti-depress. obat tido.
x tahu stress pasai pa.


gpon kawan2 dia cakap, mcm bipolar. suka halusinasi.

btw, knp pintu lif x tutup2 dlm tempoh yg agak lama? sesuatuu sgt..
1. lif tu dah rosak
2. lif under maintenance
3. ada org press button kat luar




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:09 AM | Show all posts
kaka dani.. nak request citer pasai black dahlia.

sama jugak, last  check-in.. kat hotel cecil.
sama mcm si elisa lam nih..

angker nya hotel. semua unsolved misteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.197565 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list