Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
93760
View
887
Reply

[UNSOLVED MYSTERIES] Kes Dua Pembunuhan Yang Disensasikan Oleh Media India #827 & #828 - 8/8/17

[Copy link]

Author: dani-rox    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 14-9-2016 09:33 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 14-9-2016 10:46 AM
Tuan tanah, thread yang sangat menarik
Teruskan usahamu menterjemah cerita misteri ke dala ...

Terima kasih atas kata2 dorongan kalian semua.   hihihiii
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-9-2016 09:41 PM | Show all posts
evlinne replied at 14-9-2016 02:19 PM
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pem ...

Tak terkira rasanya kes2 pembunuhan kejam kat US. Mungkin sbb dia org awal maju drpd kita jd pemikiran pon advance nak bunuh manusia yg lain dlm cara yg sadis. Ha'ah... kita org sefamily suka tengok Ghost Adv. Rumah Villisca tu pon pernah disiasat oleh Zak Bagan and the gang. Dia org siap rekod lg suara EVP pembunuh yg mengaku bunuh 6 org budak katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-9-2016 09:59 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 14-9-2016 05:55 PM
thanks you tt sbb bersusah payah carik artical dan siap terjemah sekali tu, mmg seronok iollss baca  ...

You're welcome
Banyak kali dah baca, jd tak susah sgt nak ulang semula dlm ayat sendirik Ch. 732 channel fave ai tuh... Morbid fascination kot, bukan sebab enjoy atas nasib malang mangsa tp perasaan ingin tahu kenapa pembunuh tu membunuh? Apa yg terlintas dlm fikiran masa ambik nyawa org? Mcm mana sesetengah kes yg akhirnya jd 'unsolved'? etc Sejak zaman sekolah, ai suka baca apa saja psl jenayah... sampai pernah pinjam buku crime di UK yg dikeluarkan thn 1959
lagi satu ai berminat dgn serial killers... Jack the Ripper, Zodiac Killer, Ted Bundy, Aileen Wournos... you name it


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:41 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2016 09:59 PM
You're welcome
Banyak kali dah baca, jd tak susah sgt nak ulang semula dlm ayat sendirik  Ch ...

wah ada geng lah mcm ni, i dulu perasan channel metro tu sbb tgk channel lifetime lah, astro selalu kuarkan iklan cite killer kid langsung i beli channel tu, skang dh xlayan channel lain dh

betul cakap u kadang2 xfaham apa motif diaorang buat jenayah tu, sometime sampai xterfikir kenapalah US halalkan senjata mcm pistol tu. mmg xpelik lah kat oversea lagi banyak hantu dari malaysia sbb sana lagi banyak case pembunuhan c0mpare sini. dulu ada cite medical detactive kat 732skang dh xde dh. kita tunggu jek season baru kuar.

hope u leh upload more kisah misteri, xsabar nk tunggu ni



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. Anything about black dahlia and the zodiac killer? Sampai sekarang tak tahu siapa zodiac killer tu kan?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2016 07:41 PM | Show all posts
aimie11 replied at 15-9-2016 07:24 PM
Tt.. Anything about black dahlia and the zodiac killer? Sampai sekarang tak tahu siapa zodiac killer ...

bole gak masuk dlm list... coming soon Zodiac killer ada suspek, cuma hearsay jah dan tak cukup bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-9-2016 07:41 PM
bole gak masuk dlm list... coming soon  Zodiac killer ada suspek, cuma hearsay jah dan tak cukup ...

Pernah tengok video buzzfeedblue unsolved case rasanya pasal zodiac killer n black dahlia. Pasal rapper kena bunuh tu pon da... Tt bole la tengok kalau nak buat next idea
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2016 09:24 PM | Show all posts
aimie11 replied at 15-9-2016 08:06 PM
Pernah tengok video buzzfeedblue unsolved case rasanya pasal zodiac killer n black dahlia. Pasal r ...

Ok. Thanks aimie
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
menariknya TT! iols suka tengok buzzfeed unsolved mysteries

paling seram bg iols kes somerton man dgn episod man in black
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2016 11:48 PM | Show all posts
KES TOPENG LEAD (The Lead Masks Case)








Dua kematian dalam satu kejadian ganjil telah berlaku di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1966. Sehingga kini kematian mereka dianggap sebagai unik dan tiada siapa yang boleh memberikan penjelasan yang tepat dan logik mengenainya.

Pada 17 Ogos 1966, dua pekerja membaiki elektronik dari Campos dos Goytacazes menaiki bas ke bandar, memberitahu keluarga bahawa mereka ingin pergi membeli barangan untuk kerja dan juga membeli kereta terpakai. Lelaki-lelaki itu - Miguel Jose Viana and Manoel Pereira da Cruz, kemudiannya singgah di sebuah bar untuk membeli sebotol air. Penjaga bar yang menceritakan semula kepada pihak polis, perasan akan Miguel yang kelihatan terburu-buru dan gelisah sambil melihat jam tangannya. Itulah kali terakhir dua sekawan itu dilihat masih hidup.

Tiga hari kemudian, seorang pemuda Jorge Costa Alves sedang bermain laying-layang di Bukit Vintm (Morro do Vintm) apabila dia menemui mayat kedua-dua lelaki itu, dan dia lantas menghubungi pihak berkuasa. Polis dapat mengesan tempat terakhir Miguel dan Manoel dilihat dan menemui pelbagai barang pada tubuh dan sekeliling mayat mereka. Kedua-duanya berpakaian kemas C iaitu suits dan kot kalis air. Selain itu, mereka memakai topeng diperbuat dari lead (plumbum) tanpa lubang mata, seolah-olah dipakai bagi mengelak daripada pancaran radiasi.




Di tempat kejadian itu juga, terdapat sebotol air, satu paket plastik mengandungi dua tuala basah dan buku nota. Buku nota itu menambahkan lagi kekeliruan bagi para penyiasat. Dengan tatabahasa yang tunggang langgang, di dalamnya tertulis; "16:30 estar no local determinado. 18:30 ingerir cpsulas, aps efeito proteger metais aguardar sinal mascara" (16:30 berada di lokasi spesifik yang telah diberitahu. 18:30 telan kapsul, selepas efek lindung topeng metal tunggu isyarat). Wang untuk pembelian kereta pula tidak ditemui.





Beberapa autopsi telah dilakukan beberapa hari selepasnya, namun ini juga tidak memberikan jawapan yang dicari oleh pihak polis. Tiada kecederaan dan tiada apa yang ditemui  pada mayat-mayat mangsa yang boleh diklasifikasikan sebagai penyebab kematian mereka. Kemungkinan besar kapsul yang ditelan memainkan peranan. Dikatakan dalam hal-hal sebegini ujian toksikologi adalah normal, tetapi tidak dijalankan pula dalam kes ini. Kenapa? Menurut polis, jabatan koroner sangat sibuk sehingga organ-organ mangsa dibiarkan mereput begitu saja C Seterusnya menghilangkan apa saja sisa-sisa racun atau bahan asing yang tinggal.

Akhirnya para penyiasat dan orang ramai yang berminat mengenai kes ini mengemukakan beberapa teori C Miguel dan Manoel bertemu dengan seseorang berkaitan dengan bahan radioaktif, mereka sedang melakukan eksperimen, juga mungkin mereka ditipu dan dibunuh kemudian dibuang di bukit tersebut. Mangsa-mangsa juga dikatakan mungkin sedang menunggu untuk menaiki sebuah kapal angkasa.


Fakta menarik:

  • Seorang rakan kepada kedua-dua lelaki itu menyatakan bahawa Miguel dan Manoel adalah ahli satu kumpulan scientific spiritualists C Mereka percaya penggunaan dadah membolehkan mereka menghubungi makhluk asing atau roh. Topeng itu pula bagi melindungi mata mereka daripada cahaya yang sangat terang benderang ketika mencari makhluk-makhluk tersebut.
  • Penulis yang mengkaji kes ini, Jacques Vallee mendapati walaupun beberapa tahun selepas kejadian itu berlalu, rumput tidak tumbuh lagi di tempat mayat-mayat itu berada.
  • Bukit Vintm pernah jadi tumpuan kerana dikenali sebagai hotspot untuk UFO. Penduduk-penduduk di situ mendakwa selalu melihat kapal-kapal angkasa yang pelik terbang dan mengelilingi bukit tersebut.




Sumber wiki, website 1 & website 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2016 11:53 PM | Show all posts
planetplutop replied at 15-9-2016 11:22 PM
menariknya TT! iols suka tengok buzzfeed unsolved mysteries

paling seram bg iols kes somerton  ...

ha'ah... somerton man aka tamam shud case. kalo tak silap, ramai yg syak dia seorang spy.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya thread ni..kita suka

dedolu slalu baca kes bunuh bunuh
cm.yang amityville tu..jack the ripper..black dahlia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by allhaillll at 16-9-2016 05:45 PM

meh nak tumpang share. tp copy paste je. takpe ke?
Joachim Kroll, Lahir Pada 1933

Kroll adalah seorang pembunuh bersiri Jerman dan seorang kanibal. Beliau dikenali sebagai Ruhr kanibal, dan Duisburg Man-Eater. Beliau telah disabitkan atas lapan pembunuhan tetapi membuat pengakuan telah membunuh seramai 13 orang.

Pada 3 Julai 1976, Kroll telah ditangkap keran menculik dan membunuh seorang gadis berusia empat tahun bernama Marion Ketter. Ketika pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dengan menyoal dari rumah ke rumah, salah seorang dari mereka mengadu bahawa sistem paip di dalam bangunan apartmennya telah tersumbat, dan telah bertanya kepada jirannya, Kroll, samada dia tahu apa yang telah menyekat saluran paip tersebut, dan Kroll hanya menjawab "Keberanian." Apabila menerima laporan ini, polis terus menyerbu ke apartmen Kroll dan menemui tubuh Ketter yang telah dipotong: beberapa bahagian berada di dalam peti sejuk, tangan yang sedang dimasak di dalam periuk dan apa yang terperangkap di dalam saluran paip itu adalah usus kanak-kanak tersebut.

Kroll berkata beliau sering menghiris bahagian daging mangsa untuk dimasak dan memakannya, dan mendakwa untuk menjimatkan kos sara hidupnya. Pada bulan April 1982, selepas 151 hari perbicaraan, beliau telah disabitkan atas semua tuduhan dan telah dihukum penjara seumur hidup selama 9 kehidupan. Beliau mati pada tahun 1991 di penjara Rheinbach akibat serangan jantung.m Kroll, Lahir Pada 1933


sumber: http://redmafla.blogspot.my/2014 ... i-paling-kejam.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 05:51 PM | Show all posts
allhaillll replied at 16-9-2016 05:43 PM
meh nak tumpang share. tp copy paste je. takpe ke?
Joachim Kroll, Lahir Pada 1933
Kroll adalah seo ...

Andrei Chikatilo, Lahir Pada 1936

Andrei Chikatilo merupakan pembunuh bersiri dari Ukraine, dikenali dengan nama samaran 'Butcher of Rostov' dan 'The Red Ripper'. Beliau telah disabitkan dengan kesalahan membunuh 53 wanita dan kanak-kanak bermula pada 1978 sehingga 1990. Chikatilo berpindah ke Shakhty, sebuah lombong arang batu di bandar kevil berdekatan Rostov, di mana tempat pertama beliau membunuh. Pada bulan Disember, beliau telah memperdayakan seorang kanak-kanak berumur 9 tahun untuk pergi ke rumahnya dan cuba merogolnya. Apabila kanak-kanak tersebut melawan, Chikatilo telah menikamnya sehinga mati. Beliau telah mencapai kepuasan ejakulasi ketika menikam mangsa, dan telah menyedari bahawa beliau hanya akan mencapai kepuasan seks nya jika menikam dan memotong wanita tersebut hinga mati. Walaupun terdapat banyak bukti yang mengaitkannya dengan pembunuhan, seorang lelaki muda, Alexsandr Kravchenko, telah ditangkap dan dihukum atas semua kes pembunuhan tersebut.

Chikatilo memberhentikan kegiatan jenayahnya untuk seketika bagi meredakan keadaan ketika itu, terutamanya di bandar Rostov, sehingga pada tahun 1988 beliau melakukannya lagi di Krasny-Sulin, dan telah membunuh seramai 8 orang pada tahun itu, termasuk dua mangsa di Shakhty. Beliau berhenti lagi untuk sekian lama sebelum membunuh 7 budak lelaki dan 2 wanita sepanjang tahun 1990. Beliau yang sedang di dalam pemerhatian pihak polis telah ditangkap apabila mencuba untuk menculik seorang kanak-kanak. Chikatilo telah dibicarakan pada 14 April 1992. Sepanjang perbicaraan beliau telah dilindungi dengan sangkar di tengah-tengah ruang sidang, bagi perlindungan sebarang ancaman saudara-mara mangsa pembunuhan. Mereka menjerit dengan ancaman dan hinaan kepada Chikatilo, menuntut pihak berkuasa melepaskannya supaya mereka boleh melaksanakan hukuman mereka sendiri. Dia didapati bersalah atas 52 daripada 53 pembunuhan dan dijatuhkan hukuman mati bagi setiap kesalahan pada tahun 1994, ditembak di belakang kepala oleh skuad penembak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-9-2016 10:25 PM | Show all posts
allhaillll replied at 16-9-2016 05:51 PM
Andrei Chikatilo, Lahir Pada 1936
Andrei Chikatilo merupakan pembunuh bersiri dari Ukraine, diken ...

Ada satu fakta yg tertinggal; Andrei Chikatilo nih pengamal cannibalism tegar. Polis yg tangkap Chikatilo, perasan bau badan dia nih busuk sgt2. Baru dia org tersedar, tu la bau daging manusia mereput dlm sistem pencernaan Chikatilo. Setakat berpeluh pon mengalahkan bau bangkai hewan katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 16-9-2016 10:25 PM
Ada satu fakta yg tertinggal; Andrei Chikatilo nih pengamal cannibalism tegar. Polis yg tangkap Ch ...

ayakkkk bau bangkai binatang pun boleh pening kepala. ini pulak mayat mereput  
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 16-9-2016 10:25 PM
Ada satu fakta yg tertinggal; Andrei Chikatilo nih pengamal cannibalism tegar. Polis yg tangkap Ch ...

Daging mereput dlm sistem pncernaan tu cmana? Bkn ke perut kita ada asid nk utk digest apa yg ditelan? Daging manusia shud be mcm daging bahan organik yg lain la kan. Cth mkn daging lembu, dicerna elok. Xde plak bau lembu mereput. Xbrpa paham ayat tu..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-9-2016 01:27 PM | Show all posts
rioster replied at 17-9-2016 10:17 AM
Daging mereput dlm sistem pncernaan tu cmana? Bkn ke perut kita ada asid nk utk digest apa yg dite ...

Daging manusia nih ambik masa paling lama utk di digest katanya lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Creepy......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:57 AM | Show all posts
erkkkk....kalau kita makan kari pun, bila sendawa bau kari...contoh nasi kandaq....
inikan pulak kalau makan daging manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:30 AM | Show all posts
sambung lagi... menarik la
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 01:36 PM | Show all posts
kejam dan ngeri. Menarik... teruskan TT.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri yer,ngok gambau tu,x tau cam seram jek
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah keluarga Moore tu dari luau,cantik lak,gan atas loteng tu...tp nmpk cam sepi jek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 14-9-2016 02:19 PM
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pem ...

Btol tu...suka ngok rancangan Ghost Adventure tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.060823s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list