CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 13-4-2017 11:00 AM | Show all posts
farihada replied at 12-4-2017 11:14 AM
wahhh.. best kan CI? dah lama nak masukkan channel nie kat rumah. finally br call astro masukkan c ...

Tp aii baru je terminate chanel ni last 3 mnths sbb tk tgk sgt. Asik2 ulang tu je nk tunggu next season lama sgt. Tukar CI ganti gn BOO & Boly one . Husband suruh pilih tk bole amik tiga2 katenye..paling syahdu program MONSTER MOM tk silap tajuknye. Asik nangis je tgk prog tu sbb tk terbyg2 mcm mana perasaan bdk2 tu di ambang kematian bila mak sendiri yg spptnye belai dia, protect dia tp bertindak sblknye. I cannot hadam!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2017 11:02 AM | Show all posts
Edited by Queenmastani at 13-4-2017 11:05 AM
dani-rox replied at 12-4-2017 12:50 AM
Kes kehilangan Joan Risch buat ai terfikir, memandangkan kita ni peminat2 true crime dan misteri...  ...

Minta dijauhkn perkara2 cmtu tt. Takut plakk aii.
Psl Joan tu rasanye ada penyakit mental kot tetibe bole hilang ingatan then tinggal ank dia cmtu je. Hanya mak yg 'kurang waras' slalu akn bertindak cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Misteri n sian sungguh. Kalau hidup lg xde khabar berita. Kalau mati x jmpa mayat@kuburnya. Keluarga yg tinggal dok tertanya2. Jatuh dlm lubang ke, ada tempat terlepas pandang ke..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 12:28 PM | Show all posts
farihada replied at 12-4-2017 11:14 AM
wahhh.. best kan CI? dah lama nak masukkan channel nie kat rumah. finally br call astro masukkan c ...

channel CI channel berapa?

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 04:30 PM | Show all posts
Queenmastani replied at 9-4-2017 02:38 AM
Aii ingatkn ai tk normal sbb suka tgk chanel CI tu ghupenya ramai kwn2 CI ai dlm ni.
Paling tk bole ...

CI tajuk apa cerita ni? i pon peminat channel CI dng EVE kat umah mmg channel tu jek selalu bukak skang ni gila tgk cite my crazy ex plak dulu i tgk my husband yg bising skang ni dia plak yg melebih2 tgk

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Queenmastani replied at 13-4-2017 11:00 AM
Tp aii baru je terminate chanel ni last 3 mnths sbb tk tgk sgt. Asik2 ulang tu je nk tunggu next s ...

Best tak channel boo tu? Dia bnyk citer antu dr asia ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2017 01:08 AM | Show all posts
kancilku_biru replied at 14-4-2017 05:17 PM
Best tak channel boo tu? Dia bnyk citer antu dr asia ke?

Best mg best. Kiranya dr 10 movies dia tayang 7 drnye bole la layan tp one thing i notice byk movies dr boo ni amik dr website movie online mcm 123movie. Bole katakan semua movie kt boo ada kt 123movie. Tipah tertipah jap iolss.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetfasha replied at 14-4-2017 12:28 PM
channel CI channel berapa?

Astro channel 732
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 01:33 PM | Show all posts
misteri sungguh kehilangan Joan Risch ni. ada possibility dia sendiri pilih untuk hilangkan diri, despite the "happy" life yg org sekeliling nampak, maybe ada something yg push dia utk lari. but kesian dkt husband dia sanggup tunggu smpi mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 11:35 AM | Show all posts
misteri giler maybe split personallity.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 26-4-2017 09:20 PM

Sewaktu menunggu perkembangan berita arwah adik thaqif, keluar kisah Madeleine Mccann. Nampaknya keluarganya masih tidak berputus asa sehingga kini.

Misteri juga kehilangan Madeleine ni. walhal jarak restoran dengan rumah tumpangan agak dekat, dan ibu serta bapanya bergilir-gilir pergi menjenguk rumah tersebut. Madeleine hilang semasa sedang tidur. Masa hilang umurnya baru 3 tahun. Kalau masih hidup, umur Madeleine dah mencecah 15 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 04:58 PM | Show all posts
tt takde cite br ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 12:16 PM | Show all posts
Mana ceritanya.. lama tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 12:22 PM | Show all posts
TT mane?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 02:01 PM | Show all posts
TT takde cite baru ke? anyway, thanks TT sbb bukak benang ni. my fav thread dlm MPS ni. xsabar nak tunggu cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada cerita baru lagi ke TT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aah menunggu jgk cite baru dari tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2017 12:41 AM | Show all posts
SIAPA BUNUH DOROTHY JANE SCOTT?





Dorothy Jane Scott adalah seorg ibu tunggal yg bekerja sbg setiausaha utk kedai Swingers Psych and Head di Anaheim, California – hanya berada di seberang jalan dari Disneyland. Dia dikatakan  seorg wanita yg pendiam. “Membosankan spt buku panduan telefon,” menurut salah seorg kawannya. Wanita itu juga kuat pegangan agamanya, kurang minat keluar bertemujanji, tidak minum arak dan mengambil dadah, dan jarang sekali meninggalkan rumah kecuali ke tempat kerja. Dorothy, bg keluarga dan kawan2nya, seorg yg rajin, baik hati dan penyayang.

Selama beberapa bulan pd thn 1980, Dorothy telah diganggu oleh seorg penghendap. Ada saja panggilan misteri yg diterimanya di kedai. Apapun, wanita tersebut merasakan seolah2 dia mengenali suara di sebalik panggilan2 itu, tp gagal memastikan di mana dia pernah mendengarnya. Kadangkala pemanggil itu kedengaran spt baik dan mesra, tetapi ada masanya lelaki itu dlm keadaan marah dan berdendam. Pemanggil itu juga memberitahu yg dia mengekori Dorothy serta mendedahkan setiap gerak geri dan rutin harian wanita itu bg membuktikan kata2nya. Pernah sekali dia mendapat sekuntum bunga ros merah yg dilekatkan pada cermin keretanya. Panggilan itu juga menjadi semakin menakutkan – Si penghendap mengugut Dorothy yg dia akan membunuh dan mengerat2 mayatnya kpd bahagian2 kecil agar tiada siapa dpt menjumpainya.

Gerun dgn kewujudan dan ugutan lelaki yg tidak dikenali sedang memerhatikannya secara diam2, Dorothy mula mempelajari karate dan menghadiri kelas2 mempertahankan diri, malah mempertimbangkan utk membeli sepucuk pistol.

Pada satu petang 28 Mei, 1980, Dorothy menghantar anaknya, Shawn, 4 thn ke rumah ibu bapanya, Jacob dan Vera Scott,  dan kemudian menuju ke tempat kerjanya utk menghadiri mesyuarat. Sewaktu bermesyuarat, rakan sekerjanya Conrad Bostron kelihatan tidak sihat dan mempunyai ruam yg semakin lama semakin teruk. Dorothy yg bimbang dgn keadaan rakannya itu, menawarkan utk membawa Conrad ke hospital. Seorg lagi rakan sekerja, Pam Head turut menemani mereka.

Di Hospital UC Irvine,  Conrad didapati sebenarnya telah digigit labah2 black widow. Namun dia disahkan sihat oleh doktor dan dibenarkan pulang, maka Pam bersama Conrad ketika lelaki itu mengisi beberapa borang dan mendapatkan ubat. Dorothy pula keluar utk mendapatkan keretanya. Dia tidak kelihatan lagi selepas itu.



Pam dan Conrad mula gusar apabila rakan mereka tidak munculkan diri, lama selepas mereka selesai mengisi borang. Akhirnya, mereka melihat kereta Toyota station wagon 1973 kepunyaan Dorothy menuju ke arah mereka, tp apa yg mengejutkan kedua2nya kereta itu dipandu dgn sgt laju, seterusnya membelok tajam keluar dari lot meletak kereta hospital. Pam dan Conrad berlari2 mengikut kereta itu sambil melambaikan tangan – memikirkan barangkali Dorothy terlepas pandang. Lampu kereta ditutup, dan kenderaan itu terus hilang dlm kegelapan malam. Dua sekawan tersebut sekali lg beranggapan, mungkin wanita itu terpaksa bergegas kerana ada kecemasan di rumah. Mereka memutuskan utk menunggu kedatangan Dorothy 2 jam lagi. Kemudian Pam menghubungi ibu bapa wanita tersebut; Jacob dan Vera – pasangan itu memberitahu mereka juga tidak berjumpa Dorothy lg sejak menghantar Shawn ke rumah mereka petang itu. Mereka pun membuat panggilan polis. Beberapa jam kemudian, kereta Dorothy ditemui terbakar 10 batu dari hospital, ditinggalkan begitu saja. Tiada tanda2 bahawa Dorothy berada di dalamnya.


Pihak polis menyoal siasat bekas suami wanita tersebut, dan dia disahkan sedang berada di Missouri ketika penculikan itu berlaku. Mereka juga menyiasat kedai Swingers Psych and Head dan pekerja2nya sebanyak dua kali. Polis mendapati pejabat tempat Dorothy bekerja adalah tersembunyi jauh di belakang kedai, amat mustahil bg org luar utk melihat pergerakannya. Maka pihak polis menolak teori si penculik adalah pelanggan yg selalu ke kedai itu.

Kes itu menjadi semakin pelik.

Satu minggu kemudian, Vera menerima panggilan telefon di rumahnya. “Adakah kamu mempunyai pertalian dgn Dorothy Scott?” Suara seorg lelaki. Apabila Vera mengiyakan pertanyaan itu, lelaki tersebut berkata, “Aku yang menculiknya” dan terus meletakkan telefon. Pihak polis mengarahkan pasangan Scott utk tidak bercakap dgn media mengenai kes itu, namun setelah seminggu tanpa sebarang perkembangan, Jacob mula hilang sabar dan bersetuju utk ditemubual oleh Santa Ana Register, salah satu akhbar tempatan. Pada hari yg sama kisah itu diterbitkan, editor Pat Riley mendpt satu panggilan: “Aku yg bunuh dia. Aku bunuh Dorothy Scott. Dia adalah buah hatiku. Aku dpt tahu dia curang bersama lelaki lain. Dia tak mengaku. Jadi aku bunuh.”  Si Pemanggil menyatakan maklumat berkenaan pakaian Dorothy termasuk skarf merahnya, dan dia tahu mengenai gigitan labah2 pd lengan Conrad, (kedua2 maklumat ini tidak pernah didedahkan kpd media) utk mengesahkan dirinya. Dia juga menambah bahawa Dorothy yg menelefonnya dari hospital, tetapi Pam menegaskan Dorothy tidak pernah hilang dari pandangannya ketika di Hospital UC Irvine hinggalah saat kawannya itu menuju ke tempat meletak kereta.

Ibu bapa Dorothy menerima panggilan telefon hampir setiap hari Rabu selama 4 thn. Pemanggil misteri itu sama ada akan bertanyakan jika Dorothy berada di rumah, atau mengaku membunuhnya atau sekadar,”Aku yg menculiknya.” Panggilan2 ini selalunya muncul pd waktu siang, ketika Vera bersendirian di rumah. Pihak polis turut memasang pepijat pd telefon pasangan Scott dlm percubaan utk mengesan kedudukan dan identiti pemanggil, namun pemanggil itu lebih bijak dan berhati2 – semua panggilan dlm tempoh yg pendek saja. Akhirnya panggilan2 telefon tersebut terhenti pd April 1984, selepas panggilan satu malam dijawab oleh Jacob, yg pd mulanya menganggap si pemanggil tersilap rumah.

Pada Ogos 1984, di satu kawasan hutan di utara Anaheim, seorg pekerja binaan menjumpai satu set tulang. Setelah diperiksa dgn teliti, ia adalah tulang2 anjing. Walau bagaimanapun, di bawah satu lapisan tanah yg nipis, banyak lg tulang temulang yg ditemui – kali ini kepunyaan manusia. Vera mengenali cincin batu firus (turquoise) dan jam tangan yg dikambus bersama tulang2 tersebut adalah milik Dorothy. Jarum jam itu terhenti pd pkl 12.30am, 29hb Mei 1980; satu jam selepas Pam dan Conrad melihatnya buat kali terakhir.  Beberapa hari kemudian sisa mayat tersebut telah dikenalpasti secara sah sbg Dorothy Jane Scott.


Selepas penemuan tulang2 Dorothy dihebahkan kpd umum, keluarga Scott menerima dua lg panggilan telefon, kedua2nya bertanyakan,”Adakah Dorothy di rumah?”

Ramai yg masih mengingati kes ini tertanya2; Siapakah yg membunuh Dorothy? Pelanggan di kedai tempatnya bekerja, atau rakan sekerja yg dlm diam2 meminatinya?

Si pembunuh hingga ke hari ini masih misteri dan terlepas bebas.









Wikipedia
Sumber 1/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2017 12:54 AM | Show all posts
awanearisu replied at 26-4-2017 09:19 PM
Sewaktu menunggu perkembangan berita arwah adik thaqif, keluar kisah Madeleine Mccann. Nampaknya kel ...

Kes Madeleine McCann nih paling mahal dlm sejarah siasatan jenayah kehilangan kanak2, dekat 11 juta pound katanya. btw ada yg suspek makpak madeleine tahu apa yg sebenanrnya terjadi kat anak dia org. ada yg kata diculik ummah gipsi... sebab dia org paling gemar bebudak rambut blonde mata biru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
yeay..ada cite baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.914811 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list