CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 18-5-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-5-2017 06:21 PM
Kan beb... msia ni banyak kes yg bukan misteri sgt; incompetent dan kuasa pengaruh. nuff said, cak ...

Khen? Let's rest the case kang bertemu di tirai besi pulak weols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 12:22 AM | Show all posts
dani-rox replied at 18-5-2017 06:16 PM
ai pulak selalu dlm dilemma nak tengok channel CI ka, tengok great british bake off ka, project ru ...

EVE tu pn best jgk kan..ishh ni yg buat ai ghairah ni nk tambah chanel ke nk buang boly one..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 07:58 AM | Show all posts
dani-rox replied at 18-5-2017 06:24 PM
satu kepuasan kot dia dpt bunuh semua sekali isi dlm rumah. bunuh dgn kejam satu hal, paling sedih ...

ye lah,dah beratus tahun..kekal misteri kan..teknologi DNA belum ujud,pas tu yg org2 kampung pun baghal..pi masuk sesuka hati tmpt kejadian..siap yg ada tu amik sepihan otak sibapa..buat souvinier...pehalll ko..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 06:42 PM | Show all posts
fuhhhh...finally abis gak rempit benang ni...mmg mencabar la.. terbaikla tt 👍👍🏻👍🏻
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 12:04 AM | Show all posts
MISTERI 'SARAH JOE' DAN NASIB 5 ORANG KREWNYA





• Scott Moorman, 27
• Benjamin Kalama, 38
• Peter Hanchett, 31
• Patrick Woessner, 26
• Ralph Malaiakini, 27




Lima org lelaki berkawan baik pergi memancing pd satu hari yg indah di Hawaii, namun mereka tidak akan kembali lg ke pangkuan keluarga dan org2 tersayang. Dan salah seorg akan ‘muncul’ semula di sebuah pulau batu karang yg terpencil di Lautan Pasifik, yg hanya mengusutkan lagi kes tersebut.


Misteri Sarah Joe bermula pd 11 Feb 1979 apabila 5 sekawan menaiki bot jenis Boston Whaler yg diberi nama Sarah Joe. Bot bersaiz sederhana ini sepanjang 17 kaki dan mempunyai enjin 85 kuasa kuda. Kurang kelengkapan, ia tidak sesuai utk mana2 pelayaran jauh. Sewaktu bot itu berlepas dr bandar Hana, Maui, keadaan dan cuaca sgt baik. Namun dlm tempoh 2 jam, menghampiri tengah hari, cuaca bertukar menjadi buruk. Tiada seorg pun yg memeriksa keadaan laut tempatan mahupun laporan kaji cuaca, mereka memilih utk memerhatikan garisan ufuk saja.
Ini adalah tindakan tipikal bg mana2 pelayar amatur yg suka merancang dlm jangka masa pendek.


Sekiranya salah seorg lebih teliti dlm perancangan, mereka mungkin menyedari waktu itu sistem tekanan udara rendah sedang meghampiri pulau2 Hawaii. Jika ribut taufan melanda bandar, bayangkan apa pula yg bakal berlaku di lautan pd waktu yg sama? Sudah pastinya jauh lebih teruk dan menakutkan, nelayan dan pelayar berpengalaman pun belum tentu dpt menanganinya. Angin yg sgt kuat dan hujan lebat akan menghempas dan mengguling bot sekecil Sarah Joe spt alat mainan. Beberapa kapal nelayan yg berjaya kembali ke pelabuhan, telah melaporkan ombak mencapai ketinggian 40 kaki. Penduduk tempatan dan sanak saudara krew bot yg hilang itu hanya mampu berdoa dan berharap mereka akan balik dgn selamat. Namun dlm cuaca yg tidak menentu itu, pencarian di kawasan pesisir telah diadakan – meskipun jarak penglihatan amat terbatas. Akhirnya kumpulan tersebut berpendapat utk menangguhkan pencarian sehingga ribut itu reda.


Pada keesokan harinya, Pengawal Pantai Amerika (Coast Guard) mengambil alih misi pencarian. Tidak lama kemudian, ia berkembang kpd satu flotilla yg terdiri drpd kapal, bot dan pesawat. Selama 5 hari, pencarian tersebut merangkumi 70ribu batu persegi lautan, malangnya mereka gagal mengesan lima lelaki itu dan bot mereka. Masalah utama bg pihak penyiasat adalah tiada siapa yg tahu arah tujuan Sarah Joe dan krew2nya, dan di mana bot itu sepatutnya berada. Arus kuat Selat Alenuihaha juga tidak banyak membantu. Pasukan pencari turut membawa burung merpati terlatih dlm mencari mangsa2 di lautan. Seminggu selepas ribut taufan, para pakar beranggapan Sarah Joe tenggelam bersama2 isi botnya sekali.


Walau bagaimanapun, keluarga dan rakan2 lelaki yg hilang itu tidak berputus asa. Mereka mengumpul wang dan apa saja sumber yg ada utk membiaya pencarian bg tiga minggu lg. Fokus mereka adalah beberapa buah pulau terpencil, mungkin bot malang tersebut terdampar di situ. Sekali lg, tiada tanda2 kehadiran mereka, atau pun Sarah Joe. Upacara memorial diadakan utk krew2 yg hilang, yg seterusnya menjadi satu acara tahunan.






Dengan pencarian ditamatkan, mungkin kisah Sarah Joe berakhir begitu saja. Org ramai pun mula melupakan kes misteri itu – satu lg tragedi dlm senarai panjang mangsa kehilangan di laut. Namun satu dekad kemudian, beberapa anggota asal pasukan pencarian sedang mengikuti misi hidupan liar ke sebuah pulau tanpa penghuni di bahagian barat Pasifik utk jabatan perikanan kebangsaan. Kepulauan Marshall dan pulau batu karang (atoll) Taongi (juga dikenali sbg Bokak atoll) berada lebih kurang 2200 batu barat daya dari Hawaii.


Pd 10 Sept, 1988, ahli biologi bernama John Naughton terjebak semula dlm misteri ini buat kali kedua. Ketika bertugas di pulau Taongi, dia menemui sebuah bot fibreglass yg lama ditinggalkan di pesisiran pantai. Lelaki itu cuma dpt mengesan sebahagian nombor pendaftaran bot tersebut, tetapi cukup utk mengesahkan ia berasal dr kepulauan Hawaii. Hasil siasatan yg lebih lanjut mengiktiraf Naughton telah berjaya menyelesaikan misteri apa yg sebenarnya terjadi pd Sarah Joe.




Keadaan Sarah Joe ketika ditemui oleh John Naughton



Apapun, ia hanya menambahkan lg persoalan. Mereka tidak menemui apa2 di dlm atau di sekeliling bot itu. Tiada tanda2 sesiapa, nota ataupun sebarang peralatan sbg petunjuk. Naughton dan pasukannya berbincang seketika bg memikirkan langkah seterusnya, dan mereka merancang utk melihat2 kawasan sekeliling. Dalam sekelip mata, pasukan itu terjumpa sesuatu dlm jarak 100 ela dari bot tersebut. Satu salib diperbuat drpd kayu2 hanyut dicacak di atas kubur yg cetek. Mereka juga menemui tulang rahang yg terkeluar drpd gugusan batu2 karang dan batu kecil yg seolah2 telah disusun.






Tulang rahang yg dipercayai kepunyaan Scott Moorman



Apabila mereka memerhatikan kubur dgn lebih dekat, Naughton dan rakan2nya terlihat beberapa helai kertas kosong yg diletakkan di atas tulang rangka itu. Kesemuanya disusun dgn agak longgar tetapi dilekatkan spt manuskrip atau buku. Di setiap celah kertas tersebut, Naughton menemui kepingan timah (tin foil). Tiada seorg pun antara ahli2 biologi itu yg tahu fungsi kertas2 aneh tersebut. Keempat2 mereka memutuskan utk menghentikan penggalian lebih dalam, kerana ia spt tidak menghormati tempat persemadian manusia yg lain. Maka tiada lg sebarang kajian dan siasatan dilakukan di kubur tersebut.


Para penyiasat seterusnya menghantar tulang rahang itu utk diuji makmal forensik. Hasil keputusan menunjukkan sisa mayat adalah kepunyaan Scott Moorman. Beberapa serpihan tulang yg bertaburan di kubur itu juga adalah milik lelaki tersebut. Mereka tidak menemui sebarang sisa mayat krew lain di pulau kecil itu. Enjin sangkut (outboard motor) Sarah Joe juga hilang entah ke mana. Kemungkinan besar Moorman dan bot itu hanyut ke kawasan tersebut kerana nasib, bukannya dikemudi. Bagaimana pula dgn nasib krew2 yg lain? Ini membawa kpd persoalan yg paling besar – Siapa yg mengkebumikan mayat Scott Moorman? Menurut penyiasat, kubur itu kelihatan baru berbanding dgn kehilangan Moorman dan rakan2nya yg satu dekad lamanya.


Salah satu teori yg diterima ramai, pengebumian itu adalah berdasarkan tradisi Timur. Adat kaum Cina akan meletakkan beberapa helai kertas/joss paper atau wang kertas org mati di dalam keranda, dipisah2kan dgn kepingan timah atau emas. Barangan yg disimpan bersama mayat ini adalah sbg harta utk dunia selepas mati. Ia sepadan dgn spt yg dilihat pd kubur di pulau Taongi. Tidak mustahil ia datang drpd krew sebuah kapal nelayan asing, mungkin mereka terserempak dgn Moorman yg sedang nazak ataupun sudah meninggal dunia. Dikatakan ada satu khabar angin bahawa sebuah kapal nelayan dari Taiwan yg menceroboh perairan kepulauan Marshall pada tempoh yg sama dgn kehilangan Sarah Joe.



CONTOH joss paper


Seandainya mereka menangkap ikan secara haram, maka krew kapal itu telah menjalankan satu pengebumian mengikut adat tradisi mereka tanpa melaporkannya kpd siapa2. Jadi sekarang, apa yg berlaku kpd empat org lagi krew Sarah Joe? Para penyiasat tidak menolak kesemuanya mati dlm ribut taufan. Barangkali hanya Scott Moorman saja yg tinggal berseorangan di tengah2 Lautan Pasifik tanpa bekalan dan tiada harapan utk diselamatkan.


Masih banyak lg persoalan pd misteri Sarah Joe ini selain drpd kehilangan dan ‘kemunculan semula’ salah seorg krewnya. Bot itu bukanlah jenis paling lasak dan kuat, hanya utk digunakan di pesisiran sahaja. Bagaimana bot itu berjaya mengharungi salah satu ribut taufan paling dahsyat dlm sejarah dan berakhir di sebuah pulau batu karang terpencil beribu batu jauhnya adalah satu perkara yg mengkagumkan. Pakar2 maritim menganggarkan tempoh hanyut antara Hawaii dan Kepulauan Marshall adalah dlm tiga bulan. Itu juga menimbulkan lg kebingungan. Empat thn sebelum kedatangan pasukan Naughton, satu pasukan pengkaji tiba di pulau itu dan tidak menemui apa2 yg pelik pd pulau Taongi. Mungkin bot lama yg terdampar tidak begitu penting utk direkodkan dlm laporan, tetapi kubur manusia?



Laluan Sarah Joe mula berlayar dan akhirnya ditemui


Oleh itu, di mana sebenarnya bot itu berada sejak berlepas dari pantai Hawaii pd 11 Feb 1979, hingga 1984 ketika pasukan pertama (sebelum Naughton) mendarat di Kepulauan Marshall?


Misteri bot Sarah Joe kekal sehingga kini, 38 tahun kemudian.



Sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 16-5-2017 03:27 PM
adik Jazlin tu memang kita geram dgn pembunuh dia..nak tau sgt sapa..tapi dah jumpa walaupun mayat ...

Kannn..sedih ja bila ingat balik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2017 10:18 AM | Show all posts
puteribaya replied at 17-5-2017 03:24 PM
banyak benar kes ceggini kan..lahaiii somi pun kalu x suka x yah lah bunuh2 bagai..dan istri pun k ...

kan....begitula klu teda iman di dada..benda remeh temeh pun blh buat org hilang kewarasan..

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 10:24 AM | Show all posts
dani-rox replied at 18-5-2017 06:16 PM
ai pulak selalu dlm dilemma nak tengok channel CI ka, tengok great british bake off ka, project ru ...

o....channel eve pun ada tayang juga ka....tapi tak dptla nak tgk klu memalam ni bz tidokan anak sekali dgn maknya tetido
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 10:31 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-5-2017 12:04 AM
MISTERI 'SARAH JOE' DAN NASIB 5 ORANG KREWNYA

ala,bayangkan lah kita hanyut mcm gitu..kalu pulau yg ada pokok kelapa ke pisang ke..ok la..kalu yg gersang..mkn batu la
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:20 AM | Show all posts
Tengok Who KIlled Jonbenet kat channel 732 smlm sgt menyentuh hati. Sampai taktau sape penbunuh die. Speku parents dorang. Entahlah. Budak kecik 6 tahun ape la die tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:04 PM | Show all posts
akhirnya habis jugak merempit

good job tt
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 03:33 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-4-2017 12:50 AM
Kes kehilangan Joan Risch buat ai terfikir, memandangkan kita ni peminat2 true crime dan misteri...  ...

cerita ni TT dah letak sebelum ni dah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 03:49 PM | Show all posts
thanks TT @dani-rox
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarah joe. Anggap kuburnya di lautan jelah yg lain tu. Mungkin yg jumpa tu terdampar dengan bot. Lain2 karam tengah laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 08:53 AM | Show all posts
dani-rox replied at 12-9-2016 08:06 PM
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

yg ni sedih gila, kesian dorg
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tt...nk request crta 12million robbery 31/8/1994 kt subang....smpai skrg xda jejak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 05:11 PM | Show all posts
best tt
tengah tunggu cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skerinye cite budak twins tu, ewww
Update cite dan, pls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 2.056192 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list