Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
82287
View
784
Reply

[UNSOLVED MYSTERIES] Lizzie Borden: Si Pembunuh Ibu Bapa Jadi Dendangan Kanak2 #759 - 14/6/17

[Copy link]

Author: dani-rox       Show all posts   Read mode

Post time 19-9-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri yer,ngok gambau tu,x tau cam seram jek
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah keluarga Moore tu dari luau,cantik lak,gan atas loteng tu...tp nmpk cam sepi jek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 14-9-2016 02:19 PM
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pem ...

Btol tu...suka ngok rancangan Ghost Adventure tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2016 09:41 PM
Tak terkira rasanya kes2 pembunuhan kejam kat US. Mungkin sbb dia org awal maju drpd kita jd pemik ...

Suka Zack tu gan hantu pun dia bole maki2...berani hihihi   
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 02:27 AM | Show all posts
DeeHanania replied at 19-9-2016 02:21 PM
Suka Zack tu gan hantu pun dia bole maki2...berani hihihi

Mentang2 badan sado kan, mesti zak expect hantu pun patut takut dgn dia
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 02:51 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 20-9-2016 03:02 AM

Kes 'the Frog Boys'



Kejadian misteri ini dikatakan sebagai salah satu kes yang menggemparkan seluruh Korea Selatan.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1991 dan merupakan cuti sempena pilihan raya tempatan di Daegu. Lima orang budak lelaki - U Cheol-won, Jo Ho-yeon, Kim Yeong-gyu, Park Chan-in dan Kim Jong-sik (berumur di antara 9-13 tahun) bercadang untuk pergi ke Gunung Waryong bagi menangkap katak. Malangnya selepas itu mereka tidak akan kembali ke pangkuan keluarga mereka lagi buat selama-lamanya.





Kehilangan mereka menjadi berita utama dan Presiden Roh Tae-woo mengerahkan 300 ribu orang pegawai berkuasa untuk membantu pencarian budak-budak tersebut C pencarian ini turut ditayangkan di televisyen secara langsung. Sebanyak 8 juta risalah disebarkan dan ganjaran 42 juta won (USD35 ribu) kepada sesiapa yang membantu hingga terjumpanya pelajar-pelajar sekolah rendah itu. Beberapa orang ibu bapa mangsa juga sanggup berhenti kerja demi menemui anak mereka semula. Usaha pencarian kemudiannya diperkembangkan hingga ke seluruh negara, namun berakhir dengan kegagalan.





Rakan sekolah mengadakan kempen 'Frog Boys, Come Home'.


Orang ramai mula beranggapan budak-budak lelaki itu melarikan diri dan mengembara, ada yang menjangkakan mereka telah diculik dan ada juga yang berpendapat mereka diculik oleh makhluk asing. Tidak lama kemudian filem Come Back, Frog Boys ditayangkan untuk memujuk mereka agar pulang ke rumah, walau bagaimanapun tetap tiada sebarang perkembangan hinggalah 11 tahun kemudian


Pada 26 September 2002, seorang lelaki yang mengutip buah pokok oak (acorn) di lereng gunung menjumpai beberapa cebis pakaian dan tulang-tulang rangka C yang kemudiannya disahkan sebagai milik budak-budak malang itu. Anehnya pihak berkuasa telah pun beberapa kali memeriksa dan mencari di kawasan itu. Tulang mereka menunjukkan seolah-olah mereka semua dalam keadaan berhimpit-himpit sebelum meninggal dunia. Dikatakan pada malam kehilangan mereka, hujan turun dan suhu adalah sangat sejuk. Maka polis menyifatkan kematian mereka adalah disebabkan oleh hipotermia, tanpa mengambil kira hakikat jarak mayat dan rumah mereka hanya 2km sahaja dan budak-budak itu sangat arif dengan kawasan gunung tersebut.







Selain itu tengkorak salah seorang budak didapati berlubang dan beberapa kelongsong peluru bertaburan di sekeliling tulang rangka mereka. Maka keluarga-keluarga mangsa yang tidak berpuas hati, mengesa pihak polis untuk melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh.







Hasilnya; polis menggambarkan kelima-lima mangsa diikat, kepala dipukul dengan objek berat dan tumpul, salah seorang pula ditembak dan seterusnya mayat mereka dikuburkan secara tergesa-gesa. Apapun orang awam tetap berasa pelik -- betapa dekatnya jarak mayat-mayat mangsa dengan rumah mereka dan kawasan itu telah didatangi dan dicari sebanyak 500 kali oleh pegawai pihak berkuasa dan pakar.


Pada mulanya, had statut kes ini telah tamat pada 2006 C Jika polis berjaya menemui pembunuh budak-budak lelaki itu sekalipun, mereka tidak akan dapat mengheretnya ke muka pengadilan dan menjatuhkan hukuman. Namun memandangkan betapa besarnya kes ini dan cara kematian mangsa yang kejam, kerajaan Korea Selatan telah meminda statut itu pada Julai 2015. Sedikit sebanyak memberikan harapan untuk keluarga mangsa mendapatkan keadilan bagi anak-anak mereka.




Majlis pengebumian diadakan pada tahun 2004 dan tengkorak lima sekawan itu diderma oleh keluarga mereka kepada Universiti Gyeongbuk bagi kajian forensik. Selepas 25 tahun, kes Frog Boys masih belum terungkai.


Fakta menarik:
  • Gunung Waryong terletak betul-betul di belakang sekolah mangsa-mangsa tersebut. Orang tempatan memanggilnya sebagai naga berbaring barangkali kerana rupa bentuknya.
  • Menurut rakan-rakan, bukan katak yang dicari tetapi telur salamander. Wartawan tidak menyukai nama 'Salamander Boys' terutamanya bila diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, lantas memilih 'Frog Boys'.
  • Spekulasi sesungguhnya bertebaran dengan hebat waktu itu - hinggakan ibu bapa mangsa turut dituduh, konon mereka yang sebenarnya membunuh dan menguburkan anak mereka di lereng gunung itu.



Sumber wiki dan website

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 08:53 AM | Show all posts

Kebetulan.. tengah baca kisah ni sambil dengar lagu Ruth B.. tragisnya





Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-9-2016 02:51 AM
Kes 'the Frog Boys'



Pernah tengok filem kisah ni..sedihhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:03 PM | Show all posts

oh misteri sungguh kematian budak2 frog ni

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 03:19 PM | Show all posts

Pernah tgk movie ni... sungguh pressure menontonnya. sbb keadaan ibu bapa, polis dan semua org yg sangat stress.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 03:36 PM | Show all posts
Sedihnya tgk gmbr2 lama ni. scary pn ade
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 03:38 PM | Show all posts
uishhh....dah ulang alik tempat yg sama tapi masih tak jumpa..
macam kes bunian kat sini pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 06:09 PM | Show all posts



sedihnya baca...
paling respek betapa ramai resources yg dikerahkan untuk mencari budak2 malang ni..
300 ribu..bagusnya..

kejam sungguh cara mereka di bunuh..
tiba2 teringat drama korea Achiara's secret..
kisah pembunuhan misteri..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:21 PM | Show all posts
awanearisu replied at 20-9-2016 08:53 AM
Kebetulan.. tengah baca kisah ni sambil dengar lagu Ruth B.. tragisnya

mygahd... sedih giler lagu nih. tambah lg dgn kisah frog boys tuh, jd meremang pulak bulu roma.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:24 PM | Show all posts
@cikalang

@paz

rasanya Astro pernah tayangkan 2-3thn yg lalu... ai tengok sikit2 jah, pastuh terlupa terus. yg ai ingat memang depressed sgt kaum keluarga dan pihak2 yg terlibat dlm pencarian bebudak tuh.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:30 PM | Show all posts
zameyla replied at 20-9-2016 03:38 PM
uishhh....dah ulang alik tempat yg sama tapi masih tak jumpa..
macam kes bunian kat sini pulak...

ai pon fikir mcm tu gak. kalo kat Msia, mesti org cakap kena sembunyik bunian la hantu la.

Mungkin mayat2 dia org disimpan di tempat lain. Kemudian dipindahkan oleh pembunuh selepas org ramai dah tak heboh lg pasal bebudak tuh... Agaknya dia nak org jumpa mayat2 tu, sbb tu la jarak dia org dijumpai tak jauh dr rumah masing2. Siapa tau kan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:40 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 20-9-2016 06:09 PM
sedihnya baca...
paling respek betapa ramai resources yg dikerahkan untuk mencari budak2 mala ...

memang operasi pencarian besar2an katanya, MissMama... 30k tenaga utk mencari bebudak tu di kawasan gunung, sungai, hutan simpan, stesen bas dan keretapi dsb. Duit ganjaran tu pulak hasil derma oleh syarikat perniagaan, persatuan2 dan individu. Pastuh seluruh kanak2 sekolah rendah terlibat dlm kempen 'Find the Frog Boys'. Gambar2 mangsa diletakkan pd kotak susu utk diedarkan kpd seluruh penduduk Korea Selatan, in case kalo ada saksi yg pernah terjumpa dgn dia org.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-9-2016 02:27 AM
Mentang2 badan sado kan, mesti zak expect hantu pun patut takut dgn dia

Kannn...brani sungguh zack tu...tp sedih nick x join skali tuk musim tbaru nie kan...suka gandingan diaorg bertiga,zack,nick&aaron...dengo yer sbb dia ada anak kecil,takut benda halus kacau kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 20-9-2016 08:53 AM
Kebetulan.. tengah baca kisah ni sambil dengar lagu Ruth B.. tragisnya

Sedih...memang penah tbaca kisah kes frog boys nie...kcian pd famili mangsa...stres mencari
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 08:34 AM | Show all posts
sedih kisah the frog boys tu..

Kisah2 yg melibatkan kanak ni sgt meruntun emosi.

TT nak lagi!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:28 AM | Show all posts
dani-rox replied at 20-9-2016 10:30 PM
ai pon fikir mcm tu gak. kalo kat Msia, mesti org cakap kena sembunyik bunian la hantu la.

Mung ...

betul jugak kan....
Pembunuh tu simpan dulu mayat budak2 tu, bila kes dah reda skit, dia keluarkan...
alahai...kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-9-2016 10:24 PM
@cikalang

@paz

Ai pon ingat2 lupa..tapi ingat cite ni berkisar pada sorang detektif yang habis habisan siasat pasal kehilangan frog boys ni..last2 kena kecam sebab suspect mak bapak tu sendiri yang bunuh budak2 tu..kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 10:34 AM | Show all posts
zameyla replied at 21-9-2016 09:28 AM
betul jugak kan....
Pembunuh tu simpan dulu mayat budak2 tu, bila kes dah reda skit, dia keluarka ...

Boleh jd jugak kan lepas reda baru tanam.. sbb kalo dh bunuh n trus tanam.. msti ade rescuer akan jumpe. at least nampak la tanah baru kne gembur bagai kan. tp apepun hal yg melibatkan kanak-kanak boleh buat kite ade ganguan emosi.. isk iskh ..

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 10:57 AM | Show all posts
peliknya kes frog boys tu, kiranya kematian tu betul pada tahun 1991 atau selepas tu? 1991 jugak la kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:19 AM | Show all posts
Edited by paz at 22-9-2016 08:41 AM

Iya betul tengok di Astro, cerita tu buat kita rasa tergantung... sbb pembunuhan tak diketahui.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.067832s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list