CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 5-7-2017 01:16 AM | Show all posts
miemiecha replied at 2-7-2017 05:45 PM
Blh x mimi nak share ape abam dani tulis ni??

be my guest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2017 01:18 AM | Show all posts
Cuppy replied at 3-7-2017 05:14 PM
TT, ade cerita pasal "The Papins Sisters" ade x?

adik beradik yg bunuh majikan anak beranak tu kan? tengok nanti kalau ai jumpa cerita dan info2nya yg lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 09:21 AM | Show all posts
dani-rox replied at 5-7-2017 01:18 AM
adik beradik yg bunuh majikan anak beranak tu kan? tengok nanti kalau ai jumpa cerita dan info2nya ...

Aah. Tq TT....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 09:24 AM | Show all posts

tq abam dani...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tuan tanah up cite,lame xjenguk sini
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:24 AM | Show all posts
thanks dani rox sebab memwujudkan benang nie,alhamdulilah ramai rupanya yg minat benda yg misteri nie. i ingat kan i nie tak normal coz minat cite misteri , pembunuhan , seram .. sampaikan novel pun i mesti beli genre macam tu.. . good jod dani.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2017 12:35 PM | Show all posts
TT dani nie abam ke hakak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 09:35 PM | Show all posts
Lizzie ni ada mental illness..
mungkin dia jadi pembunuh sebenar sebab burung dia dibunuh oleh bapaknya dengan kapak
so, dia balas dengan cara yang sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2017 02:47 PM | Show all posts
Menarik, lama tak jenguk sekali 3 cerita baru. Well done tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2017 01:43 AM | Show all posts
Bukan kes misteri tp ada unsur2 scary bg ai... bayangkan terkandas di sebuah pulau terpencil bersama psychopath. btw teringat dgn buku ai pernah baca dulu, the Lord of the Flies. bila sesetengah org jauh dr civilization, tiba2 hilang segala kemanusiaan yg ada.


Matinya Seorang 'Raja'











Pulau Clipperton bukanlah spt kebanyakan pulau biasa yg kita kenali. Sebuah pulau batu karang berbentuk spt cincin, terletak 1000km barat daya dari Mexico. Hampir keseluruhannya dilitupi oleh batu karang tajam dan ketam2 kecil yg ‘ganas’. Musim hujan yg sgt lebat di antara bulan Mei – Oktober, sepanjang tahun pula Clipperton akan berbau ammonia yg menyesakkan nafas. Tumbuh2an? Hanya pokok kelapa saja yg ditemui di kawasan pulau yg tandus tersebut. Satu lg, perairan sekeliling dipenuhi dgn ikan jerung. Pendek kata, pulau Clipperton tidak sesuai untuk diduduki oleh manusia.

Mengikut sejarah, empat buah negara – Perancis, US, Britain dan Mexico -- pernah berebut utk memiliki pulau itu dari thn 1858 hingga 1917. Clipperton, selain drpd kedudukannya yg strategik, turut kaya dgn hasil guano atau najis burung laut (termasuk kelawar dan anjing laut) yg sesuai dijadikan sbg baja kerana kandungannya yg tinggi  dgn nitrogen dan phosphorus.

Namanya adalah sempena seorg lanun British, tetapi pihak Perancis yg mewarwarkan diri mereka sbg org pertama yg menemui dan memiliki Clipperton pd 1858. Memandangkan sukar utk berlabuh, mereka menyatakan bahawa upacara pemilikan  dilakukan dgn membaca dgn kuat perisytiharan sambil berlayar mengelilingi pulau kecil itu. Setelah selesai, kapal mereka berlalu pergi tanpa mempedulikan hasil buminya  – pihak Perancis pd mulanya berpendapat guano Clipperton kurang berkualiti.

Pada 1892, US pula datang utk meninjau pulau tersebut. Sebaik saja mendapati guano Clipperton sgt berkualiti dan berharga, mereka bertindak dgn merampas pulau tersebut dgn berbekalkan Akta Pulau Guano Amerika Sykt. Namun mereka hanya mampu bertahan beberapa tahun di situ, kerana keadaan pasaran yg lemah dan kos pengangkutan bekalan yg semakin mahal. Walau bagaimanapun, pd 1897 Mexico mula rasa bosan melihat Amerika yg sesuka hati menjajah pulau yg pd hakikatnya paling hampir dgn Mexico – maka beberapa org rakyat negara tersebut mengumpan keluar dua drpd 3 rakyat Amerika yg berada di Clipperton, dan senyap2 menggantikan bendera US dgn bendera Mexico pd tiang setinggi 40 kaki. Pihak US pun mengalah dan menyerahkan semula hak pulau itu kpd Mexico – yg pada masa sama masih bergelut dgn isu hakmilik dgn pihak Perancis.

Apa yg memburukkan lagi keadaan, salah sebuah sykt British pula selamba mendirikan operasi melombong guano. Mereka berkeras, tak peduli siapa pun pemilik sebenar Clipperton. Mexico pula membenarkan kehadiran mereka di situ, dan presidennya Porfirio Diaz mengarahkan pembinaan rumah api dan menghantar seorg rakyatnya utk menjaga rumah api itu sepanjang masa. Pada 1906, utk menjaga kedaulatan pulaunya itu, Mexico menghantar 13 org tentera bersama keluarga mereka. Diaz turut memilih salah seorg drpd mereka iaitu Kapten Ramon Arnaud sbg Gabenor Clipperton.


Ramon Arnaud


Rumah api Pulau Clipperton


Syarikat British itu dikatakan mempunyai impian yg tinggi, mereka mula membina penempatan baru di Clipperton – rumah2, kebun khas (tanah import) yg tertutup, dan menanam lebih banyak pokok palma. Setiap 8 minggu sebuah kapal akan singgah utk menghantar bekalan kpd penduduk2  di situ. Namun, perniagaan dan perlombongan pihak British menemui kegagalan pd 1899.

Walaupun kualiti guano Clipperton sgt bagus, tetapi persaingan dlm pasaran semakin sengit. Oleh itu pd 1910, sykt tersebut memutuskan utk memindahkan kesemua pekerja2nya keluar dari pulau tersebut, kecuali si penjaga rumah api. Penduduk Clipperton adalah seramai lebih kurang 100 org – terdiri drpd pekerja2 sykt perlombongan, tentera Mexico dan keluarga mereka, seorg rakyat Jerman yg berkhidmat dgn British bernama Gustav Schultz (dikhabarkan patah jiwa ketika menetap di pulau itu) dan seorg penjaga rumah api. Sedikit demi sedikit pekerja British beransur pulang, dan pada masa yg sama Revolusi Mexico baru meletus. Oleh kerana huru hara sedang berlaku di negara asal, gabenor Arnaud dan rakan2 senegaranya telah dilupakan. Kapal yg sepatutnya membawa bekalan tidak kunjung tiba. Penanaman utk makanan menemui kegagalan, penduduk Clipperton mula resah apabila mereka makin sukar utk mengisi perut.

Namun satu hari sebuah kapal Amerika datang membawakan bekalan makanan dan brg2 keperluan. Anak2 kapal menasihatkan Arnaud dan anak2 buahnya utk meninggalkan Clipperton memandangkan kerajaan Mexico mengutamakan isu revolusi drpd memikirkan nasib beberapa buah keluarga yg menjaga pulau Clipperton. Hanya Gustav Schultz saja yg bersetuju utk menaiki kapal Amerika tersebut, dan mereka meninggalkan Arnaud, askar2 Mexico, keluarga mereka dan penjaga rumah api yg suka memencilkan diri. Walaupun pernah membincangkan utk meninggalkan saja Clipperton tetapi akhirnya mereka berpegang teguh pd sumpah janji setia mereka pd kerajaan Mexico utk menjaga kedaulatan pulau kecil itu.

Kini Clipperton telah benar2 ditinggal dan dilupakan sama sekali oleh kerajaan British dan Mexico. Waktu itu, penduduknya hanya tinggal 26 org.

Beberapa bulan kemudian, penduduk Clipperton mula merasa menderita – kekurangan makanan dan ketiadaan penjagaan kesihatan yg sempurna. Bg meneruskan hidup, mereka memakan ketam, burung, kelapa dan sekali sekala, ikan. Akhirnya ramai yg mati terutamanya penduduk lelaki, akibat penyakit scurvy. Satu hari, Arnaud memberitahu dia ternampak sebuah kapal sedang belayar berdekatan perairan Clipperton, tetapi dia terlalu lemah dan sakit utk mendayung sampan bersendirian. Lantas dia mengarahkan kesemua lelaki yg tinggal utk mengikutinya pergi ke laut, mendapatkan pertolongan drpd kapal tersebut. Tiada siapa yg tahu sama ada Arnaud benar2 melihat kapal itu atau sekadar halusinasi. Ada versi mengatakan sewaktu mereka mendayung pergi, kaum wanita yg berdiri di tepi pantai menyaksikan dari kejauhan; tiba2 Arnaud dan yg lain2 bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri – hingga mereka semua terjatuh dan akhirnya mati lemas. Satu lg versi; Arnaud dan anak2 buahnya mendayung hingga hilang dari pandangan, dan tidak kembali lg ke pamngkuan keluarga mereka.

Kaum wanita tidak mempunyai masa utk berkabung selepas itu, kerana ribut taufan semakin menghampiri pulau Clipperton. Isteri Arnaud, Alicia sedang sarat hamil, mengajak wanita2 lain dan anak2 mereka berlindung di ruang bawah tanah rumahnya. Pada malam itu, ditemani hujan lebat, deruan angin dan halilintar, Alicia Arnaud melahirkan bayi lelaki yg juga anak ke4nya.

Apabila ribut taufan reda keesokan harinya, mereka pun keluar drpd persembunyian dan melihat penempatan mereka habis roboh dan hancur. Kebingungan dan sedih, wanita2 dan anak2 mereka berpelukan ambil memikirkan nasib mereka yg seterusnya. Pada waktu itu, si penjaga rumah api memunculkan dirinya. Victoriano Alvarez adalah satu2nya lelaki yg masih hidup dan tinggal di pulau Clipperton. Wanita2 di situ hanya mampu melihat Alvarez mengumpul semua senjata yg ada dan melemparkannya ke laut. Dia cuma menyimpan selaras senapang utk kegunaan dirinya sendiri. Alvarez mengisytiharkan dirinya sbg Raja Clipperton dan mengancam utk menimbulkan ketakutan pd ‘rakyat2nya’.

Selama setahun lebih, Alvarez memerintah dgn penuh kekejaman. Dia menjadikan kaum wanita Clipperton sbg hamba dan pelayan nafsu seksnya. Dia akan merogol, mengugut dan memukul mereka sesuka hati, tiada lelaki mahupun insan yg lebih kuat di pulau itu yg dpt menghalangnya. Malang bg penduduk2 wanita dan anak2 mereka kerana selama ini tidak pernah menyedari kewujudan penjaga rumah api. Alvarez, yg sudah hilang waras sanggup membunuh seorg wanita dan anak perempuannya kerana kedua2nya enggan memuaskan nafsu serakahnya. ‘Raja’ Clipperton sentiasa memukul dan membantai ‘rakyat’ pulau Clipperton, baginya kekerasan fizikal akan menundukkan dan melemahkan semangat mereka.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Alvarez semakin bermaharajalela. Dia akan menarik mana2 wanita atau kanak2 yg dia suka, dan merogol sambil mengacukan senapang pada kepala mereka. Selepas puas dgn Altagracia Quiroz, 20thn, Alvarez beralih pula kpd si gadis sunti Rosalia Nava, 13thn. Secara bergilir2. Di antara wanita2 di situ, Tirza Randon (20thn) paling lantang dan berani. Dia menyuarakan kemarahan dan kebenciannya ke atas Victoriano Alvarez dan perbuatan2 kejinya. Malah Tirza berharap lelaki itu mati. Alvarez yg terdengar kata2 Tirza itu, membalas dgn memperkosa gadis tersebut berkali2 dan memukulnya dgn teruk. Dia pernah mengugut Tirza, di hadapan semua penduduk2 pulau itu; sekiranya ada kapal penyelamat tiba, Alvarez berjanji akan membunuh gadis itu terlebih dahulu supaya dia tidak dpt memberitahu kejahatan2 yg telah dilakukannya.


Antara wanita2 yg terselamat

Pada 1917, penat melawan penyakit, kelaparan dan pemangsa seks yg psikopat, Tirza Randon memutuskan utk mengambil langkah drastik. Sesuatu perlu dilakukan utk melenyapkan Alvarez dari muka bumi ini. Pada satu hari pd bulan Julai, Alvarez muncul di penempatan bersama Tirza yg lemah dan longlai – dia telah dikurung di rumah api sepanjang malam, dibelasah dan diserang secara seksual. Lelaki itu mengarahkan balu Arnaud, Alicia pula utk bersedia menyerahkan tubuhnya pd awal esok pagi di pondok Alvarez yg bersebelahan dgn rumah api.

Tirza merasakan ini satu peluang emas bg mereka, lantas merancang bersama Alicia Arnaud utk membunuh Alvarez. Pada 18 Julai, Alicia, anaknya yg berusia 7thn, Ramon Arnaud Jr, dan Tirza bersama2 menuju ke arah rumah api.

Mereka menemui Alvarez sedang duduk di luar pondoknya, sambil memanggang burung. Terkejut dgn kehadiran kedua2 wanita itu, Si ‘Raja’ tidak sempat berbuat apa2 apabila Alicia dan Tirza mula menyerangnya. Tirza mencapai sebatang tukul dari pondok dan terus memukul Alvarez. Alicia pula mendapatkan sebilah kapak dan menghayunkannya ke arah lelaki durjana itu. Apabila kepala Alvarez dihentam dgn tukul, dia pun rebah ke tanah. Dari saat itulah kedua2 mangsa Alvarez melampiaskan dan melepaskan segala dendam dan kemarahan yg terbuku selama ini.

Alicia Arnaud menyuruh anaknya mengambil senapang dari pondok dgn segera. Ketika budak itu berlari ke pondok dan mencari senjata api tersebut, Tirza dan Alicia menikam, menerajang dan menetak tubuh ‘Raja’ Clipperton dgn bertubi2. Wajahnya dikelar2 sehingga hancur, dan tubuh dirodok2 hingga darahnya habis kering.

Ramon Arnaud Jr. hanya berdiri di tepi sambil melihat kedua2 wanita itu mengerjakan tubuh Alvarez yg sudah tidak bernyawa. Tidak lama kemudian, dari kejauhan budak lelaki itu ternampak kelibat sebuah kapal. Sudah 2thn tiada satu pun kapal yg singgah ke pulau itu, ini mungkin bantuan dan penyelamatan yg ditunggu2 oleh mereka selama ini. Kapal itu merupakan sebuah kapal tentera US yg meronda utk mengesan kapal2 U-Boat Jerman, yg dikatakan berlabuh di sekitar kawasan Pasifik.

Percubaan pertama utk mendarat gagal – tentera Amerika menghantar sebuah bot kecil uk mencecah persisiran, namun usaha itu terbantut kerana ombak kuat dan batu2 tajam yg mengelilingi pantai Clipperton. Oleh kerana tiada pilihan, mereka berpatah balik ke kapal semula. Melihat tindakan tentera Amerika yg meninggalkan mereka begitu saja, membuatkan wanita2 di situ dan anak2 mereka sgt sedih dan kecewa. Nampaknya mereka akan dibiarkan mati kelaparan di pulau itu. Malah ada di kalangan ibu2 yg memutuskan utk membunuh diri saja memandangkan mereka berjaya mendapatkan senapang Alvarez dan beberapa butir peluru.

Walau bagaimanapun tanpa mereka sedari, sebenarnya tentera Amerika itu sedang mengusahakan percubaan kedua utk mendarat. Sebaik saja menjejakkan kaki di pulau Clipperton, kelasi2 itu melihat sendiri keadaan fizikal penduduk2 di situ – berbadan kurus kering, dan kanak2 pula lebih kecil dari usia sebenar, akibat drpd kekurangan zat. Wanita2 Clipperton dan anak2 mereka menaiki kapal tentera Amerika itu dan meninggalkan mayat si Raja Gila mereput di bawah sinaran matahari dan jd makanan ketam. Empat org wanita dan tujuh kanak2 saja yg terselamat, kesan drpd perebutan Pulau Clipperton selama bertahun2 itu.


Wanita2 Clipperton bersama anak2 mereka

Berdasarkan laporan rasmi Navigator Lieutenant Kerr, yg berkhidmat di atas kapal USS Yorktown; hanya memaparkan maklumat mengenai penyelamatan penduduk2 Clipperton. Secara keseluruhannya tiada langsung menyentuh mengenai kewujudan penjaga rumah api, pemerkosaan dan pembunuhan2 yg berlaku di pulau tersebut. Pihak tentera berpendapat, adalah lebih baik mereka melindungi wanita2 dan anak2 yg malang itu drpd tindakan undang2 atas apa yg berlaku di Clipperton. Namun ia tidak menghalang wanita2 Clipperton bercerita kpd keluarga dan jiran yg bertanya, kisah yg diperturunkan dari mulut ke mulut, drpd ibu kepada anak, drpd nenek kpd cucu dsb. Sehinggalah keseluruhan penduduk pantai barat Mexico mengetahui bagaimana Raja Clipperton berjaya ditumbangkan.

Setibanya kapal USS Yorktown berlabuh di salah sebuah pelabuhan Mexico, mereka disambut oleh pegawai2 kerajaan negara itu dan ahli2 keluarga yg masih dlm keadaan terkejut – menyangka kesemua mereka sudah mati di pulau tandus tersebut.



Ramon Arnaud Jr (kiri) melawat Clipperton semula pd lewat 1970an dlm dokumentari pakar lautan Jacques Cousteau (kanan)

Sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2017 01:49 AM | Show all posts
msamyrazi replied at 12-7-2017 11:24 AM
thanks dani rox sebab memwujudkan benang nie,alhamdulilah ramai rupanya yg minat benda yg  ...

you're welcome, msamyrazi. ai rasa normal kot... morbid fascination and curiosity. lukisan pelik2 pon ai suka tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2017 01:52 AM | Show all posts
gadis_tulip replied at 12-7-2017 12:35 PM
TT dani nie abam ke hakak ye?

hakak pompuan, dekk. tp dlm porem org selalu ingat ai jantan gagah, gituhh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 08:32 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-7-2017 01:43 AM
Bukan kes misteri tp ada unsur2 scary bg ai... bayangkan terkandas di sebuah pulau terpencil bersama ...

the Lord of the Flies novel  best yek novel nie? who is the author?  sori ot lak..huhuhu. dah gila gamaknye si penjaga rumah api tu,, sampai sanggup menghamba abian wanita.. mungkin sikap si penjaga rumah api yg suka menyendiri yg membuatkan most of perempuan yg masih tinggal kat pulau tu tak perasaan dgn `kewujudan` beliau.

thumbs up
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 10:00 AM | Show all posts
nak jugak derang setia duk kat pulau tu... ishk ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:51 PM | Show all posts
bermaharajalela la si penjaga rumah api tu
padankan muka saja kena bunuh dek pompuan2 kat pulau tu
rasain loh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2017 08:31 PM | Show all posts
msamyrazi replied at 14-7-2017 08:32 AM
the Lord of the Flies novel  best yek novel nie? who is the author?  sori ot lak..huhuhu. dah gila ...

penulisnya William Golding. memula ai tengok movie nya masa zaman budak2 dulu. pastuh bila besar sket, ai pinjam kat library. 4-5 thn lepas ai beli satu... tp cover lama mcm nih. tak tau kat mana buku ni tercampak hahaha


kisah pasal bebudak terperangkap di sebuah pulau lepas kapal terbang dia org terhempas. bila dah lama dok kat pulau tanpa pengawasan org dewasa dan peraturan, dia org jd liar dan paranoid. ujung2 saling berbunuhan sbb berebut kuasa nak jd ketua di pulau tuh... jln cerita agak gory sket. pendek kata, kawasan rimba terpencil brings out the beast in you walau mcm mana bertamadunnya manusia itu pd mulanya.

ada sesetengah artikel menyebut Victoriano Alvarez rakyat Mexico tp keturunan Afrika. zaman tu pulak org kulit hitam masih dipandang rendah, jd tak pelik la penduduk clipperton yg asal british dan mexico bangsa kulit putih buat tak tau jah kewujudannya di situ. sudahlah suka menyendiri, lama2 jd gila. bila dia tahu dah takda lelaki lg kat situ, masa tu la dia tunjuk siapa bos.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhhh terbaik thread ni...baru khatan over the weekend. Hehehe...nak lagi nak lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 18-7-2017 12:52 PM
dani-rox replied at 14-7-2017 08:31 PM
penulisnya William Golding. memula ai tengok movie nya masa zaman budak2 dulu. pastuh bila besar s ...


Hi dani...
Kita penah bca buku nie,
Diaorg dbahagikan kpd 2 kumpulan,
Jgak dlm msa yg sama diaorg semua ketakutan,mmpercayai ada monster kat pulau tu yg dpanggil the beast,kalo x silap...
Dri aman bahagia kat sna,
Jdik bercakaran antara satu sama lain,
Masing2 nak menyelamatkan diri masing2 tuk mlepaskan diri dri pulau tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:25 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-6-2017 01:03 PM
Wahhhh..ada update rupanya..pas buka pose karang la baru baca..baca smbil makan syok sikit...kalu bu ...

x tersedak ke..ngeri oooo citer2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:47 PM | Show all posts
dani-rox replied at 14-7-2017 08:31 PM
penulisnya William Golding. memula ai tengok movie nya masa zaman budak2 dulu. pastuh bila besar s ...

cakap apsal pulau..I teringat satu movie i penah tguk lama dulu..kisah satu doktor ni..gila kot..dia duduk kat Pulau penuh haiwan,dan dia campurkan air mani dia dan haiwan, so jadilah berbagai2 bentuk mahluk..ada yg Ok ada yg ngeri, hasil kacukan ini yg paling dia sayang adalah anak gadis yg fizikal manusia bertubuh cantik, tapi berperangai tangkas, mata manusia tapi berbibir dah behidung jaguar..anak kesayangan dia..air mani campur babi menjadi makanan harian dia..keisan tenguk babi berwajah manusia..disembelih utk makanan..lupa tajuk cerita tu..saap penah baca novel dia atau tguk movie..doctor apa tajuk dia..i dah hilang ingatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.129232 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list