CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 2-11-2017 05:37 AM | Show all posts
Cintakapuri replied at 31-10-2017 11:37 PM
Dhan, u tau tak cite pompuan yg lari2 hysteric macam nampak "something", lepastu dia kena cekup(?? ...

dah gugel dari tadi tp tak jumpa pun kisahnya. nanti ai cuba lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2017 05:39 AM | Show all posts
puteribaya replied at 1-11-2017 03:01 PM
bila sebut guolitin ni..ingat Marie Antoinette..permaisuri Perancis

family penciptanya, Joseph Guillotine, malu nama keluarga dia org dikaitkan dgn benda tuh. last2 dia org tukar family name kpd nama baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 05:43 AM | Show all posts
perembes replied at 1-11-2017 06:25 PM
tred ni paling best kat bod neh.. kagum juga kes2 kejam berabad pun masi bokeh di baca hingga kini.. ...

amboi... biasa2 jah sis, setakat translate pastuh tambah sikit2 info ... tp kebanyakan negara barat lebih awal kumpul dan simpan rekod/dokumen, jd kes2 yg bertahun lama pun org dpt baca dan kaji
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 08:05 AM | Show all posts
@dani-rox..ada tak kronologi kisah Talwar (Malaysian vesion) ..kat Bangsar..rasanya late 80s..maid and 2 anak Talwar dibunuh oleh guard rumah tu,,dan disumbat dlm lubang najis..khabar nyer sbb maid tu ejek dan tolak suggestion nak romen ..cari En Google mcm x de je
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:35 PM | Show all posts
perembes replied at 1-11-2017 06:25 PM
tred ni paling best kat bod neh.. kagum juga kes2 kejam berabad pun masi bokeh di baca hingga kini.. ...

kan....samala paling minat bod neh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 05:42 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 31-10-2017 11:37 PM
Dhan, u tau tak cite pompuan yg lari2 hysteric macam nampak "something", lepastu dia kena cekup(?? ...

citer apa ni you?
macam kena rasuk jah pompuan tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2017 05:46 PM | Show all posts
dani-rox replied at 26-10-2017 08:58 PM
update; buku terbaru psl suspek kes bunuh Black Dahlia - Black Dahlia, Red Rose: The Crime, Corrup ...

gila scary wajah black dahlia ni lepas dibunuh
Leslie Dillon tu dah macam Jack The Ripper
mahir dalam selok belok anatomi manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 10:32 PM | Show all posts
puteribaya replied at 2-11-2017 08:05 AM
@dani-rox..ada tak kronologi kisah Talwar (Malaysian vesion) ..kat Bangsar..rasanya late 80s..maid a ...

kes ini ke, baya?

Pembunuhan punca banglo didakwa berhantu




SEKIRANYA berkesempatan melalui Jalan Turi, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur, mungkin ada yang tidak perasan dengan kewujudan sebuah kediaman lama dan terbiar usang di tepi jalan.

Namun, apabila berpatah balik di laluan sama, segelintir akan menyedari rupa-rupanya di sebalik deretan rumah mewah, terdapat sebuah banglo kosong yang sebahagiannya sudah dirobohkan.

Jika diperhatikan dari luar, banglo yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan dan semak samun itu tidak mempunyai keunikan atau daya tarikan. Sungguhpun begitu, ia disenaraikan antara lima tempat paling berhantu di negara ini.

Menurut Kru Penyingkap Fakta (PF), Shahrul Ashraf Salehuddin, terdapat pelbagai versi bagaimana banglo tersebut dikatakan aneh dan menyeramkan.

Antaranya ada dakwaan saksi yang mengatakan pernah melihat kelibat dua kanak-kanak bermain di hadapan pintu utama banglo berkenaan.

Berikutan dakwaan itu, kru PF merasa terpanggil untuk melakukan siasatan dan kajian paranormal di rumah tersebut pada 2011 dan 2012 bagi mendapatkan fakta sebenar.

"Bagaimanapun, sepanjang dua kali melakukan siasatan di tempat itu, kami tidak pernah melihat kelibat kanak-kanak mahupun apa jua bentuk imej entiti paranormal yang menyeramkan.

"Cuma semasa siasatan kali pertama dijalankan pada Jun 2011, salah seorang kru kami, ada mendengar bunyi tapak kaki mengekorinya ketika dia hendak naik ke tangga rumah berkenaan.

"Apabila kru tersebut menoleh ke belakang, tiada sesiapapun dilihat mengekorinya memandangkan dia merupakan orang yang terakhir menaiki tangga," katanya.

Walaupun kediaman itu telah lama ditinggalkan, mereka menemui pelbagai barangan seperti botol air, surat khabar, dokumen, gambar dan buku ketika tinjauan dilakukan.

"Kami turut menemui barang-barang seperti lilin dan buah-buahan yang digunakan untuk aktiviti pemujaan bagi mendapatkan nombor ramalan," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan banglo tersebut tersenarai berikutan sebelum ini pernah berlaku kes pembunuhan seorang pembantu rumah dan dua kanak-kanak lelaki warga Amerika Syarikat di banglo itu pada 23 April 1992.

"Justeru, tidak hairanlah mengapa orang kata rumah itu berhantu atau menyeramkan kerana dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan tersebut," katanya.

Mengulas tentang kejadian pembunuhan itu beliau berkata, pembantu rumah, Natalia Fernandez, 30, dan dua kanak-kanak berkenaan, Kabir Talwar, 11, Anjur Talwar, 7, dibunuh sebelum mayat mereka dimasukkan di dalam lubang takungan najis banglo berkenaan.

"Ketiga-tiga mangsa mati dibunuh oleh seorang pemuda berasal dari Sabah, Ariffin Agas, 25 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di banglo itu," katanya.

Berikutan itu, suspek berkenaan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah dalam satu perbicaraan.

Katanya, kemungkinan dakwaan kelibat kanak-kanak itu dilihat bermain di kawasan banglo tersebut wujud rentetan daripada kes pembunuhan yang berlaku sebelum ini.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... hantu#ixzz4xHilD06r
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 10:34 PM | Show all posts
dani-rox replied at 2-11-2017 10:32 PM
kes ini ke, baya?

Pembunuhan punca banglo didakwa berhantu

yes,,ni la..pembunuh tu dah pun digantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 10:35 PM | Show all posts
puteribaya replied at 2-11-2017 08:05 AM
@dani-rox..ada tak kronologi kisah Talwar (Malaysian vesion) ..kat Bangsar..rasanya late 80s..maid a ...
SECURITY guard Ariffin Agas, then 25, was charged with the gruesome murder
of two American children and an Indian maid on April 23, 1992.

He was charged with killing Kabir Talwar, 11, his brother Arjun, seven, and
their maid Natalia Fernandes, 45, at No. 20, Jalan Turi, Taman Bukit
Bandaraya, between 10pm and 11pm.

The victims' bodies were found in a septic tank at the house Ariffin was
assigned to guard.

During the trial, he denied taking a stone and killing Natalia. He also
denied killing the two boys with a chopping board.

He was also charged with attempting to murder the children's mother, Sunita
Talwar, and for trespassing.

Sunita, in her testimony, claimed that Ariffin was putting on his uniform
when she arrived at her house that night. She claimed that Ariffin then
attacked her.

He was convicted and sentenced to death by hanging on Dec 28, 2002.



https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=262913&extra=page%3D1&ordertype=1&page=29
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 10:39 PM | Show all posts
puteribaya replied at 2-11-2017 10:34 PM
yes,,ni la..pembunuh tu dah pun digantung

ada gambar2 di dlm banglo tersebut yg diambil oleh geng paranormal investigators. sayu jah tengok buku2 latihan mendiang budak2 tuh.

http://akudanmistik.blogspot.my/2012/12/banglo-seram-di-bangsar.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 10:41 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-11-2017 05:46 PM
gila scary wajah black dahlia ni lepas dibunuh
Leslie Dillon tu dah macam Jack The Ripper
mahir  ...

ai tengok rupa leslie dillon tu bodoh2 alang sebegitu... hakikatnya jahat nak mati.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 11:01 PM | Show all posts
dani-rox replied at 2-11-2017 10:39 PM
ada gambar2 di dlm banglo tersebut yg diambil oleh geng paranormal investigators. sayu jah tengok  ...

ni i dah tenguk dlm blog Mazidul ..paranormal 666 tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-11-2017 05:42 PM
citer apa ni you?
macam kena rasuk jah pompuan tu

huhuhuuu....
I tak tau lah pompuan tu kena rasuk ke tak, yg pasti pompuan tu mati sorang2 kat jel n badan dia tu ade kesan cakar.....macamtu lah??
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 08:38 AM | Show all posts
Dani..back in 1980's ingat2 lupa sbb masih sekolah, tapi masa tu heboh gak..kat Spore, ada mamat India ni hilang..then pas tu ada org mengaku mamat ni kena buat gulai kari..bagi makan kat geng2 gereja..uisiihh buat kari lagi,,mesti empuk je..kesian anak yatim & org2 tua yg makan tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 07:30 PM | Show all posts
seperti biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2017 04:57 PM | Show all posts
puteribaya replied at 3-11-2017 08:38 AM
Dani..back in 1980's ingat2 lupa sbb masih sekolah, tapi masa tu heboh gak..kat Spore, ada mamat Ind ...

uihhh... scary nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2017 12:02 AM | Show all posts
KES PEMBUNUHAN PASANGAN KEKASIH TERLARANG HALL-MILLS






Pada satu pagi 16 September 1922, sepasang kekasih remaja sedang bersiar2 di kawasan pedalaman New Jersey dan menemui sesuatu yg bakal menjadi salah sebuah misteri paling lama di dlm sejarah Amerika Syarikat.


Ia juga bakal menampilkan beberapa individu2 aneh, didahului oleh satu watak yg dikenali sbg ‘Pig Woman’ – menghiasi akhbar2 tabloid, dan mengelirukan pakar2 jenayah utk berdekad2 lamanya.

Apa yg pasangan muda itu temui pd pagi tersebut, di bwh pokok epal ketam (crab apple) adalah seorg lelaki dan seorg wanita, terbaring sebelah menyebelah. Kedua2nya sudah meninggal dunia.






Mayat2 itu seolah2 sengaja digayakan; kaki menghadap pokok tersebut, tangan si lelaki di bawah tengkuk si wanita, manakala tangan si wanita pula di atas lutut si lelaki. Topi Panama menutupi kepala si lelaki dan sehelai skarf melilit di leher si wanita.


Apabila diamati oleh pihak polis, mereka mendapati mangsa lelaki ditembak sekali – di atas telinga kanan dan menembusi belakang lehernya. Mangsa wanita pula ditembak 3 kali di kepala – di bawah mata, di dahi dan di atas telinga kanan. Lehernya juga ditoreh dari telinga ke telinga.




Laporan autopsi kemudian mendedahkan bahawa peti suara/tekak dan lidahnya telah dipotong. Lengannya terdapat kesan lebam dan bibirnya tercedera.


Kedua2nya ditembak dgn pisol jenis .32-calibre.




Sekeping kad nama yg diletakkan pd kaki mangsa lelaki memberikan jawapan kpd identitinya – Rev. Edward Wheeler Hall, 41, seorg paderi di Gereja Episcopal St John the Evangelist di New Brunswick.


Mangsa wanita dikenali sbg Eleanor Reinhardt Mills, 34, isteri kpd penjaga dan pencuci gereja tersebut, Jimmy Mills, 45, dan wanita itu juga seorg penyanyi koir di gereja yg sama.


Satu lg, Puan Mills turut diketahui oleh kebanyakan penduduk New Brunswick sbg perempuan simpanan Reverend Hall.


Surat2 cinta yg hangat dan sensasi hasil tulisan ‘gadis koir yg glamour’, spt digambarkan oleh Daily News, kpd paderinya itu, ditemui dikoyak2 dan ditaburkan pd mayat Rev. Hall dan Puan Mills.





Cemburu adalah motif yg paling jelas, dan suspek yg disyaki adalah Puan Frances Stevens Hall, isteri si paderi. Dia dikatakan berusia 7 thn lebih tua drpd Rev. Hall, namun seandainya Puan Hall kekurangan dari segi perwarakan kewanitaan yg lemah lembut di mata suaminya, dia mempunyai kelebihan dari segi harta kekayaan keluarganya. Salah sebuah keluarga yg mempunyai pertalian dgnnya adalah pemilik empayar Johnson & Johnson. Semua org yg mengenali pasangan itu tahu bahawa paderi tersebut mengahwininya atas dasar materialistik semata2.


Puan Frances Stevens Hall


Penyanyi koir gereja, Eleanor Mills dan isteri paderi, Frances Hall


Dari mula lg, penyiasatan pihak polis dlm keadaan tunggang langgang. Pemburu cenderamata telah mencemari tempat kejadian dgn menyentuh bahan2 bukti, memijak2 belukar dan semak di sekeliling mayat dan memotong serta mengupas kulit pokok epal ketam itu, dan seterusnya dicabut hingga ke akarnya. Kad nama Reverend itu pula dipegang secara bergilir2 oleh org awam yg mula memenuhi tempat kejadian tersebut.


Org awam mula mengukir2 pd pokok crab apple di tempat kejadian


Akibatnya, pihak polis tidak mempunyai cukup petunjuk utk meneruskan siasatan, sehinggalah Jane Gibson, seorg penternak babi yg tinggal di sebuah pondok tidak jauh dari tempat kejadian, menampilkan diri.


Jane Gibson


Pihak akhbar memanggil wanita itu sbg “Pig Woman” dan dia akan menjadi saksi utama utk pendakwaraya.


Menurut Gibson, dia terdengar satu bunyi bising pd malam 14 Sept, dan ternampak seseorg berada di ladang jagungnya. Menyangkakan org itu pencuri, dia menunggang keldainya dan cuba mengejar susuk misteri itu, tetapi dia menjumpai sebuah kereta yg sedang diletakkan berdekatan dgn ladangnya. Di situ dia terdengar pertengkaran di antara dua lelaki dan dua wanita – salah seorg nya rambut penuh uban, “Seperti rambut Puan Hall.”


Suara salah seorg wanita berteriak “Jelaskan surat2 ini!” Kemudian dia dikejutkan dgn bunyi beberapa das tembakan, tempikan dan seorg wanita menjerit, “Henry!” Oleh kerana ketakutan, wanita itu pun menunggang keldainya lari dari situ.


Apapun, seluruh juri utama enggan meneruskan perbicaraan dgn keterangan yg goyah ini.

Jika bukan kerana seorg pengantin lelaki yg berang dan seorg editor akhbar yg bercita2 tinggi, kisah ini sudah pasti akan lenyap begitu saja. Namun 4 thn kemudian, Arthur Riehl memohon utk membatalkan perkahwinannya dgn Louise Geist, yg pernah bekerja sbg pembantu rumah pasangan Hall. Menurut Riehl, Geist memberitahunya hal sebenar – bahawa Rev. Hall bercadang utk kahwin lari dgn ‘buah hati’nya dan Puan Hall yg mendapat tahu rancangan itu pun mengejar suaminya, dgn bantuan adik beradik wanita itu; William dan Henry Stevens dan sepupu mereka Henry de la Bruyere Carpender.


Dan merujuk pd aduan Riehl, Geist mengaku yg dia telah menerima wang sebanyak $5,000 utk menutup mulut.


Akhirnya petisyen Riehl itu jatuh ke tangan akhbar tabloid baru, New York Daily Mirror kepunyaan jutawan William Randolph Hearst, yg mula beroperasi pd 1924 – dgn matlamat utk bersaing dgn The News, tabloid paling popular waktu itu. Editor Mirror, Philip Payne menganggap perkembangan kes tersebut adalah satu cara utk menaikkan nama akhbarnya.


Payne mula mempergunakan taktik kotor ‘yellow press’ iaitu mensensasikan dan mengada2kan berita utk membuka semula kes Hall-Mills, dgn mempamerkan tajuk utama spt “Fakta-fakta Benar Misteri Kes Yang Bakal Didedahkan Oleh ‘Mirror’.”


Kes itu pun ‘dihidupkan’ semula, dan Puan Hall serta adik beradik lelakinya dihadapkan ke mahkamah pd 3 Nov, 1926. Perbicaraan itu hanya bergantung pd kenyataan yg dibuat oleh Puan Jane Gibson.


Dari kiri ke kanan; William Stevens, Frances Stevens Hall, Henry Stevens dan Henry Carpender



Suami mangsa Eleanor Mills, James dan anak mereka



Kiri; James Mills, kanan; Jane Gibson



Charlotte Mills, anak Eleanor dan James Mills yang bertugas sbg wartawan melaporkan perbicaraan pembunuhan ibunya (1926)


Pig Woman Menguasai Pentas Perbicaraan Untuk Pembunuhan Hall-Mills” – Tajuk utama akhbar Daily News.


Walaupun Pig Woman terlantar di hospital, akibat menderita penyakit kanser, pihak pendakwa berkeras agar wanita itu hadir memberikan keterangan. Pada 18 Nov, Gibson pun diusung dgn katil bergerak, dan mula bercerita mengenai apa yg dilihatnya pd malam 14 Sept. empat thn sebelumnya. Akhbar the News melaporkan “Jane Gibson memberi keterangan dlm keadaan yg penuh kesakitan di mahkamah Somerville, di atas katil yg mungkin bakal menjadi tempatnya menghembuskan nafas terakhir.” Wanita itu mungkin berani dan tabah, tetapi dia bukanlah saksi yg berkredibiliti dan isi keterangannya saling bercanggah.


Jane Gibson di mahkamah


Apa yg menambahkan lg kelemahan Jane Gibson sbg saksi adalah ibunya sendiri, yg duduk di baris hadapan, sambil terkumat kamit, “Pembohong, pembohong,” ketika anaknya sedang bercakap.


Selepas perbincangan selama 5 jam, pihak juri membebaskan Puan Hall dan adik beradiknya. Pendakwaan ke atas sepupu mereka yg bakal berlangsung juga dibatalkan.




Perbicaraan mungkin telah lama berakhir tetapi misterinya masih berlegar2, dan menjadi topik kegemaran penyiasat amatur.


Lebih drpd 40thn selepas pembunuhan itu, aktivis dan peguam terkenal William Kunstler memberikan satu teori melalui buku tulisannya pd thn 1964 yg bertajuk “The Minister and the Choir Singer”. Kunstler berpendapat, pasangan zina itu telah melanggar kod moral Klu Klux Klan. Posisi mayat, kelaran leher, surat cinta yg bertaburan – semuanya menunjuk perbuatan pengganas2 berselubung itu.


Buku tulisan Gerald Tomlinson pd thn 1999, “Fatal Tryst: Who Killed the Minister and the Choir Singer?” pula dikatakan mendalami kes itu dgn lebih teliti, dan menyimpulkan bahawa adik beradik Stevens bertanggungjawab atas pembunuhan Rev. Hall dan Puan Mills.


Ini hanyalah dua drpd berdozen teori, termasuklah Pig Woman yg disyaki sbg pembunuh sebenar.


Selain itu, melalui buku Careless People: Murder, Mayhem and the Invention of 'The Great Gatsby' (2013), penulisnya Sarah Churchwell berspekulasi bahawa bahagian penamat kisah The Great Gatsby (1925) karya F. Scott Fitzgerald adalah berdasarkan kes Hall-Mills. Hasil kajian dan pencariannya, dia percaya dua mangsa dlm kes itu adalah inspirasi kpd pembunuhan watak2 dlm The Great Gatsby.


Buku2 berkenaan kes pasangan kekasih terlarang tersebut akan berterusan diterbitkan, tetapi harapan utk melihat kes ini berjaya diselesaikan semakin tipis.


Sumber

Wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2017 12:12 AM | Show all posts
puteribaya replied at 3-11-2017 08:38 AM
Dani..back in 1980's ingat2 lupa sbb masih sekolah, tapi masa tu heboh gak..kat Spore, ada mamat Ind ...

mak oii... horror giler...
thanks for the suggestion, nanti ai check dan gugel

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 08:42 AM | Show all posts
dani-rox replied at 6-11-2017 12:12 AM
mak oii... horror giler...
thanks for the suggestion, nanti ai check dan gugel

kalau x silap after 3 years baru tbongkar sapa bunuh,,famili wife dia sbb dgr cite dia kaki botol n suka hantam bini..mendapatlah kan..tp sbb bukti dah lupus..x de sapa kena tangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.211534 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list