CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 20-11-2017 11:04 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 21-11-2017 03:42 AM

Pontianak Perkuburan Highgate







Dibuka pd thn 1839, kawasan perkuburan Highgate, London pernah menjadi destinasi popular. Kaya dgn keindahan yg penuh kehijauan dan lorong pejalan kaki yg menenangkan fikiran, perkuburan stail Gothic itu telah menarik ramai pelawat ketika zaman Victorian, manakala golongan elit dan selebriti spt penulis novel George Eliot, penyajak Christina Rossetti, dan ahli ekonomi Karl Marx memilih Highgate sbg tempat persemadian terakhir mereka.




‘Penghuni’2 terbaru pula adalah Douglas Adams (penulis buku antaranya The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy) pelukis Lucian Freud dan penyanyi George Michael.


Pada permulaan abad ke-20, perkuburan Highgate mula sesak dgn mayat. Apabila Jerman mengebom London sewaktu Perang Dunia ke2, beberapa makam telah musnah dan ada yg merekah hingga menampakkan keranda2 di dlmnya. Pada era 60an, perkuburan itu telah terbiar begitu saja tanpa usaha utk memperbaikinya, dan org ramai mula menganggap kewujudan perkuburan Highgate hanya mencemarkan pemandangan.





Kawasan kejiranan di sekitarnya juga mula merundum, menambahkan lg kesuraman perkuburan tersebut. Jika dahulu dikenali sbg tempat indah yg luas, saujana mata memandang kini menjadi ‘syurga’ penagih dadah, remaja2 yg melarikan diri, pelaku musnah (vandal) dan gelandangan.
Pada awal 1970an, satu gelombang panik mula menyelubungi pinggir bandar Highgate di utara London. Dikatakan pontianak sedang bergentayangan di kawasan tersebut.


Namun ini bukanlah berita baru bg penduduk Highgate – Kisah pontianak mula bertebaran sejak awal 60an lagi.

Pada satu malam thn 1963, dua org gadis sekolah biara berusia 16thn berjalan kaki pulang ke rumah selepas melawat rakan2 mereka di Kampung Highgate. Mereka melalui lorong Swains yg bertentangan dgn pagar perkuburan itu. Gadis2 tersebut amat terkejut apabila melihat beberapa mayat bangkit drpd kubur mereka.


Lorong Swains


Beberapa minggu kemudian, satu pasangan tunang sedang berjalan kaki di lorong yg sama. Apa yg mereka temui sgt menakutkan hingga kedua2nya kaku seketika.


Mereka berdepan dgn lembaga hitam dan tinggi, terapung2 di sebalik jeriji pagar besi. Menurut kedua2nya, wajah makhluk itu paling dahsyat pernah mereka lihat – sangat hodoh dan menggerunkan.


Seorg penduduk lelaki yg membawa anjingnya bersiar2 turut memberitahu pernah melihat lembaga menggelongsor di tembok sepanjang lauan Swain – seperti ‘sirap yg hitam dan likat’.


Dalam tempoh masa yg sama, ramai penceroboh memasuki perkuburan Highgate terutamanya waktu malam. Dan tidak lama kemudian penduduk sekitarnya mengesyaki aktiviti2 pemujaan syaitan dan kuasa mistik sedang dijalankan di perkuburan itu. Ketika melawat kubur saudaranya, seorg wanita yg sudah berumur memberitahu bahawa dirinya pernah diekori sebanyak 5 kali oleh sekumpulan org aneh – mereka tidak pernah berkata walau sepatah pun terhadapnya. Wanita itu percaya mereka sedang melakukan ‘upacara pelik’. Maka dgn itu, penduduk2 Highgate turut mengaitkan kewujudan pontianak adalah berpunca drpd aktiviti2 berunsurkan supernatural tersebut.


David Farrant



Sean Manchester


Di antara individu2 yg kerap keluar masuk perkuburan Highgate, dua org pemuda yg berminat dgn kuasa mistik menampilkan diri mereka. David Farrant dan Sean Manchester – kedua2nya menjadi peneraju utama dlm misteri Highgate ini. Manchester, yg mengakui dirinya sbg pemburu pontianak, mempengerusikan Persatuan British Occult dan merintis Persatuan Penyelidikan Pontianak; Farrant pula, pengamal sihir pagan dan ahli mistik, bertanggungjawab memulakan Persatuan Fizik dan Occult Britain. Mereka berdua sama2 mencatatkan kerosakan di perkuburan tersebut, terutamanya Farrant:
Makam2 dipecah masuk dan keranda2 dimusnahkan. Salah satu makam berdekatan dgn pagar, terbuka luas dan anda dpt melihat tulang rangka seolah2 ditarik keluar dari kerandanya. Di makam yg lain pula, salah satu kerandanya telah dibakar dgn sengaja.



Pihak berkuasa berusaha utk membendung vandalisme dan penceroboh. Mereka menjelaskan bahawa penampakan misteri yg ditakuti selama ini adalah org2 yg keluar masuk kawasan perkuburan. Namun penduduk di situ yakin lembaga tersebut bukan manusia.


Pada 21 Disember 1969, Farrant memutuskan utk bermalam di Highgate. Dia ingin mengesahkan atau membongkar kebenaran mengenai makhluk yg menakutkan itu. Walau bagaimanapun, sebaik saja dia melepasi pagar perkuburan pd tengah malam, dia terlihat susuk tubuh seseorg yg tinggi sedang berlegar2 di dlm kawasan itu. Apabila dia semakin mendekatinya, Farrant menganggarkan ketinggian lembaga itu lebih drpd 7 kaki. Selain itu, dia juga sempat melihat dua biji mata pd makhluk tersebut.


Dengan penuh rasa ketakutan, Farrant beredar dari situ. Apabila dia menoleh semula, lembaga tinggi itu sudah menghilangkan dirinya.


Farrant pun menulis surat kpd Hampstead & Highgate Express utk menyiasat jika ada sesiapa pernah melalui pengalaman ganjil di Highgate. Ramai pembaca yg membalas suratnya itu – kebanyakannya merujuk kpd hantu tinggi lampai yg muncul sejak bbrp thn dulu. Ada yg menceritakan bagaimana seorg lelaki yg bertopi berjalan di Lorong Swains dan tiba2 lesap ke dlm tembok perkuburan. Ada juga pembaca yg berkongsi kisah loceng gereja kecil di dlm perkuburan Highgate akan berbunyi setiap kali lelaki itu muncul. Sebahagian pula menemui bangkai2 haiwan yg kekeringan darah tanpa tanda2 kecederaan fizikal.


Laporan2 ini akhirnya menimbulkan spekulasi bahawa pontianak memang wujud di Highgate – menurut Sean Manchester, pontianak itu kemungkinan besar keturunan kerabat diraja. Dia memberitahu Hampstead & Highgate Express lembaga yg menyeramkan tersebut adalah Raja Pontianak dari Wallachia. Manchester percaya pontianak itu ketika hidupnya adalah kelahiran bangsawan Zaman Pertengahan yg mengamalkan ilmu hitam. Setelah meninggal dunia, para pengikut menyeludup mayatnya di dlm keranda ke England pd abad ke-18. Akhirnya dia disemadikan di Highgate – sehinggalah seseorg membangkitkannya dari kubur.


Dengan itu, lahirlah Pontianak Highgate.


Kisah itu menarik minat org awam. Farrant dan Manchester menambahkan lg kemeriahan dgn saling berbalas kenyataan akhbar di antara satu sama lain. Sewaktu temuramah bersama dgn ITV News, kedua2nya mengisytiharkan siri cabaran memburu pontianak di Perkuburan Highgate pd Jumaat 13 Mac 1970.


Para wartawan dan kru TV memenuhi bahagian pagar perkuburan – disertai sekumpulan org awam dan bakal pemburu2 pontianak yg penuh rasa teruja. Pihak polis cuba mengawal keadaan, tetapi org ramai semakin sesak; sesetengah drpd mereka berjaya memanjat pagar dan menyusup masuk ke perkuburan itu utk sama2 mencari pontianak yg digembar gemburkan selama ini.






Akhirnya perburuan itu gagal. Namun ada peserta mendakwa ternampak satu lembaga sedang menghendap di sebalik kubur.

Pada 1971, pontianak itu mula mengganas – seorg gadis mendakwa dirinya telah diserang oleh pontianak tersebut di lorong luar perkuburan Highgate. Gadis itu dlm perjalanan pulang ke rumah pd subuh itu apabila dia ditolak dgn kuat ke tanah oleh ‘lembaga hitam yg tinggi dgn wajah yg putih pucat’. Pada waktu yg sama, pemandu sebuah kereta berhenti utk menolongnya dan pontianak itu pun terus lenyap apabila dipancar oleh lampu kereta itu.


Gadis tersebut yg masih dlm keadaan trauma, dibawa ke balai polis. Dia bernasib baik kerana hanya mendapat calar pd lengan dan kakinya. Pihak polis dgn segera melakukan pemeriksaan di kawasan luar perkuburan itu, namun gagal memberikan penjelasan ke atas insiden pelik tersebut. Menambahkan kebingungan adalah tempat di mana pontianak itu menghilangkan diri – di sepanjang jalan terdapat tembok setinggi 12 kaki.


Satu lg kes menarik, seorg lelaki menyatakan bahawa dia telah dipukau oleh sesuatu yg ada perkuburan Highgate. Dia berada di situ pd satu petang utk melihat2 alam sekeliling, dan memandangkan hari semakin gelap dia pun bercadang utk pulang. Apapun tiba2 dia sesat. Oleh kerana dia tidak percaya akan tahyul, lelaki itu dgn tenang mencari2 pagar keluar, sehinggalah dia sedar akan sesuatu yg berada di belakangnya. Apabila menoleh ke belakang, dia spt dipukau dgn perasaan yg sgt takut – lembaga gelap dan tinggi sedang berdiri di hadapannya. Menurut lelaki itu, dia hanya mampu berdiri dgn kaku utk bbrp minit hingga pontianak itu lenyap. Katanya lg, dia seolah2 lumpuh dgn perasaan gerun yg teramat sgt.


Farrant dan Manchester meneruskan penyiasatan paranormal mereka di perkuburan Highgate sepanjang era 70an. Malah, Farrant pernah ditahan oleh polis pd satu mlm kerana berada di perkuburan itu bersama salib dan pancang kayu. Hubungan di antara kedua2 lelaki itu bertambah buruk; mereka saling menuduh satu sama lain sbg penipu dan saling mencabar utk berlawan hingga mati. Apabila Sean Manchester menulis buku yg bertajuk The Highgate Vampire, David Farrant pula membalas dgn bukunya Beyond the Highgate Vampire.


Sementara itu Perkuburan Highgate menerima publisiti meluas drpd media. Pada 1975, the Friends of Highgate Cemetery Trust telah ditubuhkan. Mereka berjaya memperolehi hak ke atas perkuburan itu, dan mengambil alih keseluruhan pembaikpulihan dan penjagaannya.


Kini, para pelawat dibenarkan memasuki bahagian barat perkuburan melalui pakej lawatan berbayar. Dikatakan keindahan kawasan perkuburan sgt berbaloi utk dikunjungi. Walaupun histeria berkenaan pontianak sudah lama berlalu, ramai penduduk tempatan akan bergurau dgn menggalakkan para pelawat membawa sedikit bawang putih sbg langkah berjaga2.




Gambar hiasan


Wikipedia



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2017 11:08 PM | Show all posts
chikumanis replied at 16-11-2017 10:14 AM
benang ni dekat Hot Topic berhari2, berminggu2 n berbulan2 n maybe bertahun2...tu sebab aku tergerak ...

Terima kasih, chikumanis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 11:10 PM | Show all posts
mrizumi replied at 18-11-2017 08:11 PM
Mnggu dpn 26/11..ada psl kes talwar behind closed door.. kat hbo channel..

alamak... ai balik kpg sekejap harap ada keluar youtube.
thanks mrizumi

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:53 AM | Show all posts
dani-rox replied at 20-11-2017 11:10 PM
alamak... ai balik kpg sekejap  harap ada keluar youtube.
thanks mrizumi

kes talvat tu derang ada buat filem gak .. masa tu i tgk kat 251 channel rasanya

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-11-2017 11:10 PM
alamak... ai balik kpg sekejap  harap ada keluar youtube.
thanks mrizumi

No prob..tp astro mmg ada ulangan..tu pun part one baru..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-11-2017 11:04 PM
Pontianak Perkuburan Highgate



Kawasan kubur nk kena bayar nk masuk hahaha org putih ni pelik2..

Pontianak xde, hantu galah je ada heheee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2017 07:53 PM | Show all posts
chauky314 replied at 21-11-2017 11:53 AM
kes talvat tu derang ada buat filem gak .. masa tu i tgk kat 251 channel rasanya

kalau filem 'Talvar' yg ini, ai dah tengok dah kat channel Tara


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 07:55 PM | Show all posts
sheqim replied at 21-11-2017 06:36 PM
Kawasan kubur nk kena bayar nk masuk hahaha org putih ni pelik2..

Pontianak xde, hantu galah je ...

entah lerr... mungkin nak tengok seni bina makam dan batu nisan, dan taman sesambil tenung kubur2 org terkenal. payah gak jadi selebriti nih, dah mati pun tak senang nak berprivasi hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 09:03 PM | Show all posts
dani-rox replied at 20-11-2017 11:04 PM
Pontianak Perkuburan Highgate

kawasan perkuburan pun boleh jadi tempat pelancongan anyway, masa untuk masuk melawat hanya sampai 4.30 pm dan 3.30 pm jek
bermakna, lepas time tu, mungkin ada something scary la tu
lembaga tinggi dan hitam muncul>>ni dah macam rupa hantu raya dah ni
vampire mat saleh ni kan cantik dan handsome
tak dak pulak yg terserempak dengan 'kelibat' Goerge Micheal

pasal Highgate ni, tak ada filem ke?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 09:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-11-2017 09:03 PM
kawasan perkuburan pun boleh jadi tempat pelancongan anyway, masa untuk masuk melawat hanya samp ...

hantu hollywood jah yg gojes2... hakikatnya huduh yahamat, tiba2 ai rasa statement saksi mcm benar2 berlaku dan berpijak di bumi yg nyata. kalau rekaan mestilah terpengaruh dgn gambaran dlm movie kan

takda pulak movie psl cemetery, jd lokasi perfileman ada la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tq tt Dani utk citer baru..tp esokla br bleh baca..sbb bila scroll down nmpak kelibat gambor2 orang ke hantu tu..ishhh, tk leh tidor kang..nayaa

nah munge in advance sbb citer2 sebelum ni pn semua thumbs up
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kawasan perkuburan tu...sesuai buat filem...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:21 AM | Show all posts
dani-rox replied at 21-11-2017 07:53 PM
kalau filem 'Talvar' yg ini, ai dah tengok dah kat channel Tara

ai pun tengok kat tara aritu
syok juga kalo ada yg closed door punye tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:46 PM | Show all posts
mrizumi replied at 18-11-2017 08:11 PM
Mnggu dpn 26/11..ada psl kes talwar behind closed door.. kat hbo channel..

jam berapa tayang ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2017 06:57 PM | Show all posts
Omeyya replied at 21-11-2017 10:02 PM
tq tt Dani utk citer baru..tp esokla br bleh baca..sbb bila scroll down nmpak kelibat gambor2 orang  ...

thanks omeyya takda benda lah gambar2 tu... cuma perkuburan tu sendiri nampak scary hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2017 07:00 PM | Show all posts
ni gambar thn 2012, salah seorg pengunjung ter-snap gambar vampire tu kat belakang pokok katanya. korang rasa?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 22-11-2017 03:46 PM
jam berapa tayang ye?

Kalau xsalah 9.30 mlm..part one pnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 08:17 AM | Show all posts
dani-rox replied at 21-11-2017 07:53 PM
kalau filem 'Talvar' yg ini, ai dah tengok dah kat channel Tara

yup betul sorry salah spell TALVAR
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 08:34 AM | Show all posts
mrizumi replied at 23-11-2017 06:37 AM
Kalau xsalah 9.30 mlm..part one pnya..

thanks for the info
nnt rakam siap2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 08:37 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-11-2017 07:00 PM
ni gambar thn 2012, salah seorg pengunjung ter-snap gambar vampire tu kat belakang pokok katanya. ko ...

wow..siang2 pun da nampk vampire
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.735870 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list