CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 26-9-2016 11:41 AM | Show all posts
TT. love the stories.
Kalo cri kat blog byk kes2 yg famous je.
keep them coming!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 03:33 PM | Show all posts
best la tt.. update lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 26-9-2016 09:36 PM
WeAiNe replied at 26-9-2016 10:09 AM
tapi suka dgn nick lagi
dia rileks, cool dan santai ja
tak macam zack kdg2 tu over sgt


Nick jugak laa yg kerap dkacau kan oleh hantu...c Aaron tu dsukai oleh benda halus lak,c Zack tu lak cam brani sangat...suka gabungan diaorg bertiga,sayang Nick xde dlm musim terbaru nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 10:27 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 26-9-2016 09:40 AM
daeebakk TT
i like rumah ni
pelik menarik menyayat hati tapi

Betul tu... sebagai peringatan kan, jenayah ni boleh berlaku pada siapa2 saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 10:34 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 26-9-2016 10:03 AM
tak paham mcm mana kondom boleh tertinggal dlm dubur?
bukan kondom tu melekat dgn toot ke?
tapi  ...

pandangan ai, penis pembunuh tu tetiba mengendur kot masa masih dalam dubur. mungkin mangsa cakap atau buat sesuatu yg membuatkan dia hilang mood... terus naik hantu. Atau kualiti kondom era 30-an yg tahap cap ayam.

btw thanks for sharing the theories, WeAiNe... possible gak idea2 you tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 10:37 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 26-9-2016 10:09 AM
tapi suka dgn nick lagi
dia rileks, cool dan santai ja
tak macam zack kdg2 tu over sgt

kan... selain dirasuk, siap pernah kena lempang dan dicakar hantu lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2016 10:39 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 26-9-2016 10:14 AM
teruskan usaha anda tt
minta tolong edittajuk  letak tarikh ye jika ada cite baru
ngeh n ...

Ok thanks for the suggestion
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke citer crime nie x kisah kat mane pun..umah zaman dulu besar2 belaka ngan tanah@ladang berekar2 ngan pokok n lorong bwah tanah yg besar n gelap sunyi je...gud for u TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
best thread ni, xsabar tgu update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2016 02:38 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 29-9-2016 02:39 AM

Kes Anak-anak Sodder (Sodder Children Disappearance)


Jennie, Martha, Maurice, Betty & Louis Sodder


Pasangan George dan Jennie Sodder merupakan imigran Itali, kedua2nya contoh terbaik bg slogan ‘Impian Amerika’ – George bermula sbg pekerja laluan keretapi di Pennsylvania hingga berjaya memiliki syarikat trak di West Virginia. Berkahwin pd awal 1920-an, keluarga mereka pun berkembang dgn 10 org anak dan tinggal di sebuah rumah dua tingkat di utara Fayetteville, bandar di mana penduduk majoritinya pendatang dan keturunan mereka yg berasal dari Itali.


Jennie bersama salah seorg anaknya

Selain dikenali  sbg seorg yg kuat dan rajin bekerja serta ketua keluarga yg berdedikasi, George juga terkenal di bandar itu sbg seorg yg suka berterus terang dan menyampaikan pendapat sendiri walau pahit sekalipun. Beliau dikatakan gemar mengutarakan kpd khalayak ramai mengenai kebenciannya terhadap diktator fasis Benito Mussolini - yg dilihat oleh kebanyakan rakyat Amerika berketurunan Itali sebelum Perang Dunia Kedua; sbg lambang kegagahan yg telah mengembalikan kehebatan negara Itali. Menjadi satu kebiasaan bg George utk berselisih faham dgn penduduk berdarah Itali-Amerika yg lain – Malah menurut keluarga Sodder, ketika musim perang ayah mereka itu pernah menerima banyak ugutan bunuh.

Pada malam sebelum Krismas 1945, pasangan Sodder meraikannya dgn meriah bersama sembilan drpd 10 anak mereka. Perang telah berakhir, dan anak sulung - Joe akan kembali ke kpg halaman dari tugas tenteranya. Anak perempuan George dan Jennie paling tua, Marion pula telah membeli hadiah utk adik2nya yg kecil dgn wang gaji drpd kerja barunya. Lewat malam setelah puas bermain, barulah kelima-lima anak Sodder – Maurice,14, Martha,12, Louis,10, Jennie (nama sama dgn ibu),8, dan Betty,6, masuk tidur di loteng tingkat atas.

Pada pukul 1 pagi, ibu mereka Jennie terbangun dr tidur nyenyaknya apabila terdengar bunyi hentaman pd bumbung rumah yg diikuti dgn bunyi benda bergolek. Beliau menyambung semula tidur, namun tersedar semula 30 minit kemudian apabila terhidu bau asap. Jennie menyedari api sedang marak membakar kotak fius di bilik kerja George. Lampu Krismas kelihatan berkelip2 di ruang tamu tingkat bwh, dan anak-anak masih tidur di loteng.

George, Jennie, Marion, Sylvia yg berumur 2thn dan dua lg anak lelaki Sodder yg lebih tua berjaya keluar dr rumah itu; salah seorg drpd anak2 lelaki itu, John, mengatakan dia telah naik ke loteng utk mengejutkan adik beradiknya. Walau bagaimanapun, pernyataan ini berubah sekali lg apabila John mengaku yg dia sebenarnya hanya menjerit memanggil2 kelima-lima mereka dari bawah.

Memburukkan lg keadaan, kejadian kebakaran ini juga berlaku pd Krismas dan di tengah2 malam; oleh itu bandar Fayetteville sememangnya sunyi sepi. Kebanyakan lelaki tempatan masih berkhidmat dlm ketenteraan, dan jabatan bomba kekurangan pekerja.

Tambahan pula beberapa insiden misteri dan malang turut berlaku, yg turut mengagalkan usaha menyelamatkan anak2 Sodder. Tangga tinggi yg selalunya disandarkan pd dinding luar rumah tidak dpt ditemui. Air di dlm tong simpanan didapati membeku dan talian telefon rumah mereka putus. George Sodder cuba menghidupkan enjin traknya, agar dpt meletakkannya di bwh tingkap loteng dan seterusnya beliau dpt memanjat ke rumahnya dan mengeluarkan anak2nya dr situ. Namun enjin trak tersebut tetap tidak dpt berfungsi, padahal beliau baru saja menggunakannya awal minggu itu. Lantas George cuba memanjat juga dinding dan memecah tingkap loteng. Malangnya beliau tidak dpt masuk ke bilik tidur mereka. Akhirnya dgn hati yg berat dan penuh kesedihan, keluarga Sodder hanya mampu melihat rumah dan juga anak2 mereka terbakar sepanjang mlm itu.


Pihak bomba tiba pd pukul 8 keesokan paginya. Dikatakan kelambatan mereka itu adalah kerana Ketua Bomba Fayetteville F.J. Morris tidak tahu memandu lori bombanya sendiri. Penyiasatan acuh tak acuh selama 2 jam dilakukan, walaupun kalau diikutkan penyiasatan bomba selalunya mengambil masa berhari-hari hingga berminggu lamanya. Tiada tulang ditemui, dan keluarga Sodder diberitahu bahawa anak2 mereka telah terbakar hingga tiada sisa yg tinggal. Tidak lama kemudian, George Sodder yg tidak dpt menanggung perasaan sedih setiap kali melihat tinggalan rumahnya yg terbakar itu, mengambil keputusan meruntuh dan mengambus kesemuanya sedalam lima kaki dgn menggunakan bulldozer.

Pada minggu2 berikutnya, keluarga Sodder berpendapat anak2 mereka telah diculik oleh ahli geng Mafia, yg marah dan berdendam ke atas sentimen anti-Mussolini George itu. Tangga yg hilang akhirnya ditemui dihumban ke dlm sungai berdekatan. Para penyiasat berpendapat kebakaran itu berpunca drpd kerosakan wayar, walaupun beberapa hari sebelum itu George baru saja mengupah tukang elektrik membaiki dan menukar kesemua sistem wayar di rumah itu. Juga masa kebakaran, lampu Krismas masih berkelip2. Selain itu, mereka dikhabarkan mengenai seorg pemilik hotel menerima tetamu yg berperangai pelik bersama beberapa org kanak-kanak yg kelihatan spt anak2 Sodder. Jennie turut melakukan siasatan sendiri – setelah berbual2 dgn pekerja krematorium tempatan, beliau yakin tulang temulang anak2nya tidak akan lenyap terbakar begitu saja.

Keluarga Sodder mendapatkan khidmat seorg penyiasat persendirian, yg akhirnya mendedahkan maklumat yg amat mengejutkan. Menurutnya, Ketua Bomba F.J. Morris menemui secebis jantung di dlm kemusnahan akibat kebakaran itu. Dalam senyap2 Morris meletakkannya di dlm sebuah kotak dan terus menanamnya.

Apabila berhadapan dgn keluarga Sodder, Morris mengakui cerita itu, beliau membawa George ke tempat di mana jantung itu ditanam. Seperti yg disangka, terdapat sedikit cebisan daging di dalam kotak tersebut, tetapi apabila dihantar ke rumah pengebumian mayat, pemiliknya mengatakan cebisan itu hanyalah hati lembu biasa yg langsung tiada kesan kebakaran ke atasnya.

Morris turut mengakui ketidakcekapannya - dia tidak tahu memandu trak bomba, dan juga siasatan selama dua jam pd pagi Krismas itu memang tidak mencukupi. Tambahan pula sisa kebakaran yg kemungkinan mengandungi mayat anak2nya telah ditimbus begitu dalam oleh George Sodder – ini sedikit sebanyak melemahkan siasatan polis dan bomba.

George dan keluarganya tetap berkeras dgn teori yg anak2nya telah diculik. Di mana2 saja di bandar Fayetteville papan billboard dan risalah terpampang pertanyaan mengenai nasib dan keadaan mereka. Ganjaran dari $5 ribu telah dinaikkan hingga $10ribu dgn harapan untuk bertemu semula dgn kelima2 adik beradik itu. Salah satu billboard masih kekal sehingga kini, dan dijadikan sbg mercu tanda lebuh raya di bandar itu.



Pada tahun 1967, sekeping gambar telah dikirim kpd keluarga malang tersebut – menyatakan bahawa lelaki dlm gambar itu adalah Louis. Di belakang gambar tertulis:

Louis Sodder
I love brother Frankie
Ilil boys
A90132 or 35


Setelah beberapa lama, org ramai berpendapat mungkin si pengirim sekadar mempermainkan perasaan dan harapan keluarga Sodder yg waktu itu kisah tragis mereka telah diketahui seluruh negara.


'Louis Sodder'?


Walaupun terdapat beberapa tips dan maklumat diterima, tiada satu pun yg menjanjikan perkembangan positif – Apa yg sebenarnya terjadi ke atas lima org anak George dan Jennie Sodder pd malam Krismas 1945? Adakah mereka benar2 diculik oleh musuh ayah mereka iaitu geng mafia? Atau kesemuanya menemui ajal dlm kebakaran spt yg difikirkan dr mula lg?




Fakta menarik:
  • Bekas tapak rumah keluarga Sodder itu dijadikan sbg taman memorial. Ibu mereka, Jennie menganggap kawasan itu seolah2 kawasan perkuburan anak2nya. Anak bongsunya, Sylvia memberitahu bahawa ibunya setiap hari menghabiskan masa berjam2 menanam dan menyiram bunga di tempat itu hinggalah kematiannya pd tahun 1989. George pula meninggal dunia lebih awal iaitu pd 1969.



  • Menurut George, seorg penjual insurans yg pernah berselisih faham dgn nya pernah menyatakan bahawa ‘rumahnya akan terbakar dan kesemua anaknya akan mati’ akibat sikapnya yg gemar memburuk2kan Mussolini. Seorg tetamu rumahnya pula, yg katanya ingin mencari kerja, memerhati rumah Sodder lantas memberitahu kotak fiusnya akan menyebabkan kebakaran satu hari nanti.
  • George Sodder bukan saja sekadar menunggu hasil siasatan polis, beliau juga turut melakukan pencarian dan siasatannya sendiri. Pernah sekali, George bergegas ke New York kerana menyangka gadis penari ballet dlm sebuah majalah menyerupai anak perempuannya. Beliau juga menulis surat terus kpd Pengarah FBI waktu itu, J. Edgar Hoover utk memohon bantuan mereka. George turut pergi ke semua tempat yg dikatakan saksi ada ternampak kelibat anak2nya termasuk St. Louis, Houston dan Florida – di mana beliau bertelingkah dgn saudara Jennie, mengatakan mereka menculik salah seorg anaknya. Padahal anak Sodder dan anak kpd saudara Jennie itu secara kebetulan seiras.
  • Keluarga Sodder mengupah penyiasat persendirian utk mengesan pengirim gambar ‘Louis’ iaitu di Central City, Kentucky. Namun, yg peliknya dia terus menghilang - tidak pernah menghubungi keluarga itu utk memberikan sebarang maklumat dan George tidak dpt mengesan penyiasat itu lg. Ada yg mengatakan nombor '90132' di belakang gambar tersebut adalah nombor poskod bg Palermo, Sicily di Itali.
  • Sylvia Sodder Paxton, ahli keluarga paling muda adalah satu2nya anak Sodder yg masih hidup. Beliau meneruskan pencarian dan usaha mengetahui nasib abang2 dan kakak2nya spt yg dijanjikan dgn ibu bapanya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir.






Source
Source
WIKIPEDIA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2016 02:46 AM | Show all posts
Thanks @acikhan  & @hasniey
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantung lembu 2 pelik sbb xde kesan kebakaran, sape plak yg letak benda tu...
pelik sggh pelik
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 29-9-2016 07:02 AM

Penah terbaca d Majalah Infiniti...mengenai kehilangan adikbrdk  Sodder nie,kata dculik,&ada anak2 Sodder yg lain dbunuh...org berdendam gan ayah bbdk nie sbb anti diktator Mussolini...ksian ibubapa anak2 nie, George&Jennie mati kerinduan yg teramat sangat pd anak2...tinggal anak bongsu Sylvia yg masih idup tuk mneruskan pencarian abg2&kakak2 yer...sedih
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:03 AM | Show all posts
dani-rox replied at 29-9-2016 02:38 AM
Kes Anak-anak Sodder (Sodder Children Disappearance)

thanks tt

my speku: anak2 tu kena culik


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:50 PM | Show all posts
So sad. Sampai hati sbb idealogi berbeza sanggup buat kat keluarga Sodder macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:22 PM | Show all posts
wow.. very interested stories...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... gara-gara mulut bapa, anak-anak jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 10:38 AM | Show all posts
frog boys tu rasenye mmg dia dah ditanam kat sana lama kot..takkan forensik xdpt cek brapa lama dah reput mayat tu..atau masa tu blom advance lg??

kipidap TT..best bace..klu ada yg paranormal case pon best jgk mcm pontianak dgn pelacur tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 12:55 PM | Show all posts
habis ku baca... sedihnya kalau kanak2 yg jadi mangsa
big thanks TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2016 01:04 AM | Show all posts
Kes ini berjaya diselesaikan cuma caranya saja yg menimbulkan rasa misteri

Kes Pembunuhan Teresita Basa



Teresita Basa, 47thn, adalah seorg ahli terapi pernafasan berasal dr Filipina yg bekerja di sebuah hospital di Chicago, Illinois. Beliau dikatakan seorg yg baik dan tidak mempunyai musuh, serta menjalani kehidupan biasanya di sebuah apartment berseorangan. Dan di apartment inilah, mayatnya di temui pd 21hb Februari 1977. Salah seorg jirannya membuat panggilan kecemasan setelah melihat kebakaran di unit kediaman Teresita.

Wanita malang itu ditemui mati ditikam, dgn pisau yg masih terpacak di dadanya. Beliau juga dlm keadaan bogel dan ditutupi dgn tilam – kemungkinan besar utk memudahkan proses pembakaran, sebelum si pembunuh melarikan diri. Selain itu, polis mengesyaki mangsa turut diserang secara seksual. Pada waktu itu pihak polis belum sedar lg akan kehilangan brg2 berharga milik Teresita.

Kes itu sgt mencabar bg polis kerana tiada suspek dan mereka juga tidak tahu sama ada berlakunya kecurian di apartmen itu. Langsung tiada petunjuk di tempat kejadian. Namun semuanya berubah apabila rakan sekerja wanita Teresita, Remebios, juga dikenali sbg Remy, Chua menawarkan diri utk membantu dgn membenarkan tubuhnya ‘dirasuk’ roh Teresita dan seterusnya ‘memberitahu’ polis apa yg sebenarnya yg berlaku pd hari kejadian.

Remy menceritakan pengalamannya dgn roh wanita itu bermula di bilik loker hospital. Beliau turut bermimpi melihat wajah seorg lelaki di belakang Teresita. Akhirnya Remy yg dirasuk oleh roh mangsa bunuh itu, bercerita kpd suaminya Dr. Chua mengenai perkara yg berlaku kpd dirinya sehingga ke saat kematian.

Kisahnya, seorg atendan yg bekerja di hospital sama bernama Alan Showery, 32thn, telah pergi ke apartment Teresita kononnya utk membantu membaiki tv wanita itu. Pada masa itulah, Alan menyerang, membunuh dan mencuri brg kemas Teresita dan membakar mayatnya bersama tilam. Remy juga ‘memberitahu’ suaminya bahawa brg kemas yg dicuri itu telah diberikan kpd teman wanita Alan sbg hadiah. Berbekalkan maklumat ini, Dr Chua lantas membuat laporan dan membantu siasatan polis.

Alan Showery

Pihak polis yg skeptikal pada mulanya buat acuh tidak acuh saja dgn cerita pelik Dr. Chua dan isterinya itu. Apabila roh Teresita melalui tubuh Remy mula memberikan nama2 dan no telefon org yg boleh mengesahkan kewujudan dan rupa brg kemas tersebut, barulah polis mengambil serius terhadap bantuan dr dimensi berlainan itu.

Sejurus mendpt info yg tidak disangka2, para penyiasat menemui Alan di rumahnya dan utk tidak menimbulkan syak wasangka, mereka menjemputnya ke balai polis bg membantu siasatan memandangkan dia adalah rakan sekerja mangsa. Teman wanita Alan, Yanka Kamluk pula berada di apartmen mereka - disoal siasat oleh pegawai2 polis yg lain. Di balai polis, Alan menyatakan dia memang pernah datang ke rumah Teresita utk membaiki TV nya tetapi tidak jadi. Menurutnya, dia kembali ke rumah sendiri dan membaiki kerosakan wayar elektrik rumahnya pula. Bila Yanka ditanya mengenai hal itu, dia memberitahu polis – Alan sebenarnya tidak tahu langsung mengenai hal2 berkaitan elektrikal apatah lg membaikinya.

Kemudian polis menanyakan perihal brg kemas pemberian Alan kpd Yanka. Wanita itu mengakui teman lelakinya secara tiba2 menghadiahkan rantai dan cincin emas. Barang2 kemas tersebut dibawa ke balai polis dan mereka menghubungi no. telefon saudara yg diberikan oleh roh Teresita bg mengesahkannya -- Cincin dan rantai itu sememangnya adalah milik beliau.

Harus diingat, maklumat yg didapati secara supernatural tidak cukup utk menangkap dan mendakwa si pembunuh. Namun tertekan dgn hasil siasatan polis, Alan Showery pun mengambil keputusan utk mengaku salah. Dengan pengakuan yg digandingkan bersama bahan2 bukti, dia dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun. Walau bagaimanapun, Alan dibebaskan pd thn 1983 setelah dipenjara selama 4 tahun.

Mayat Teresita pula dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke kpg halamannya di Negros Oriental, Filipina.

Sukar utk menentukan apa sebenarnya yg berlaku dlm penyelesaian kes Teresita Basa ini, dan juga peranan Remy Chua. Sbg rakan sekerja dlm terapi pernafasan, Remy mungkin sudah maklum mengenai Alan yg datang ke rumah Teresita utk membaiki tv. Tidak mustahil dia mengetahuinya melalui cerita dr mulut ke mulut sesama pekerja hospital. Mungkin juga dia sendiri terdengar Alan bercerita, bercakap besar bagaimana dia berjaya melepaskan diri setelah membunuh seseorg. Dan teori satu lagi; dunia roh dan supernatural. Adakah roh Teresita benar2 bangkit dan membantu siasatan polis hingga tertangkapnya org yg bertanggungjawab atas kematiannya?

Source

Source

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.191945 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list