CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 30-1-2017 10:18 PM | Show all posts
kadang-kadang kesian bila kes yang tak dapat diselesaikan ni.
yang bersorak gembira adalah pembunuh

terima kasih TT,
sangat menarik semua case..buat kita terfikir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2017 12:20 AM | Show all posts
cengkihgirl replied at 30-1-2017 10:18 PM
kadang-kadang kesian bila kes yang tak dapat diselesaikan ni.
yang bersorak gembira adalah pembunuh ...

sama2 cengkihgirl
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2017 12:40 AM | Show all posts
KISAH HANTU GREENBRIER YANG MENYELESAIKAN KES PEMBUNUHANNYA SENDIRI



Rumah pasangan Shue

Kiri; Mary Jane Heaster, kanan; Zona Heaster Shue

Pada musim sejuk 1897 di daerah Greenbrier, West Virginia, Mary Jane Heaster memberitahu org sekelilingnya bahawa hantu anak perempuannya yg baru meninggal dunia telah menjelma di hadapannya. Elva ‘Zona’ Heaster Shue meninggal dunia secara mengejut sebulan sebelumnya; mayat wanita itu ditemui oleh seorg anak jiran pd 23hb Januari.

Andy Jones sebenarnya disuruh oleh suami Zona, Edward Shue, yg ketika itu bekerja di kedai tukang besi, utk mengambil pesanan membeli barang drpd isterinya. Setibanya di rumah Shue, Andy melihat mayat Zona terlentang di bawah tangga, sebelah tangannya diletak di atas abdomennya, kepalanya sedikit tertoleh, manakala matanya terbeliak dan seolah2 sedang merenung seseorg.

Autopsi yg dilakukan secara tergesa2 merumuskan punca kematian Zona sbg ‘pengsan berpanjangan’.

Mary Jane merasa amat sedih atas pemergian anaknya itu. Namun penampakan hantu Zona lebih menenangkan berbanding menambahkan penderitaan.

Melalui ‘lawatan’2 tengah malam tersebut, hantu Zona memberitahu Mary Jane bahawa kematiannya bukan akibat semulajadi atau kemalangan – Sebenarnya dia telah dibunuh oleh suaminya sendiri, Erasmus ‘Edward’ Stribbling Trout Shue.

Kematian Zona memang menimbulkan rasa syak wasangka dari mula, tetapi tiada bukti kukuh utk menuduh Edward. Dalam pd masa yg sama si anak jiran Andy, pergi memberitahu polis dan juga menunggu kedatangan doktor, Edward lantas memandikan dan memakaikan mayat isterinya pakaian baru. Walau bagaimanapun, perlakuan lelaki tersebut dianggap aneh kerana mengikut adat tradisi, membersihkan mayat wanita adalah tugas ibunya dan wanita2 lain.

Perkara yg menambahkan lg keanehan? Edward Shue menghalang doktor drpd meneruskan autopsi ke atas Zona. Semasa majlis pengebumian, Shue kelihatan sgt menjaga mayat isterinya, membetulkan kedudukan bantal dan kain cadar di sekeliling kepala Zona, dia juga menutupi leher mayat dgn kain skarf. Ini adalah supaya mayat berada dlm keadaan ‘selesa’ katanya.



Zona disemadikan pd 24 Januari, 1897. Selepas majlis pengebumian, Mary Jane mengeluarkan kain cadar drpd keranda. Oleh kerana Edward enggan menerima dan menyimpan kain tersebut, wanita itu pun membawanya pulang utk dibasuh.

Namun apabila kain cadar tersebut diletakkan di dlm besen, air rendaman tiba2 bertukar menjadi merah gelap.

Kejadian itu telah membuktikan kematian Zona bukanlah satu kemalangan. Namun, Mary Jane masih  cuba bersangka baik terhadap menantunya, sehinggalah pd malam hantu Zona muncul di dlm bilik tidurnya.


Gambar Mary Jane, dan gambar perkahwinan Zona dan Edward Trout Shue



Dalam tempoh 4 malam, Zona akan menjelma di dlm bilik ibunya – menceritakan cara kematiannya yg ngeri di tangan suaminya yg suka mendera itu. Hantu wanita itu menyatakan kpd Mary Jane bahawa Shue telah mematahkan lehernya, dia terus buktikan dgn memutarkan kepalanya dari depan ke belakang.

Berbekalkan maklumat itu, Mary Jane membuat laporan polis. Testimoninya itu saja cukup bg pihak polis menggali semula mayat Zona dan menjalankan autopsi kali ke-2. Pada 22 Februari 1897, pakar perubatan memeriksa mayat wanita malang itu sekali lg, kali ini tanpa campur tangan drpd si suami. Mereka mendapati saluran pernafasan remuk dan ligamen terkoyak, di samping itu terdapat kesan lebam pd kulit leher mayat.

Jelas sekali Zona telah dikasari secara fizikal sebelum mati. Tidak lama kemudian, Edward ditangkap dan didakwa atas pembunuhan isterinya. Dengan itu juga, latar belakang dan kisah silam lelaki itu turut disiasat – Rupa2nya Zona adalah isteri ketiganya. Perkahwinan pertama dgn Allie Estelline Cutlip, melahirkan seorg anak tetapi berakhir dgn perceraian pd thn 1889 ketika Shue dipenjarakan atas jenayah mencuri kuda. Menurut Allie, dia tidak tahan dipukul oleh suaminya. Pada 1894, Shue berkahwin lg, kali ini dgn Lucy Ann Tritt. Namun, Lucy meninggal dunia lapan bulan kemudian dlm  keadaan ‘misteri’. Shue menyatakan Lucy telah terjatuh dan kepalanya terhentak di atas batu besar, tetapi tidak ramai yg mempercayai ceritanya itu. Menyedari org kpg mula mengesyakinya dia pun berpindah ke Greenbrier pd musim bunga 1896.

Walaupun berada dlm penjara, Edward Shue tetap bersikap positif dan ceria, dia juga dikatakan sudah tidak meratapi kematian Zona. Malah lelaki itu turut mengumumkan cita2nya utk mengahwini tujuh org isteri. Memandangkan Zona baru saja isteri nombor 3, dan dia sendiri masih muda, Shue merasakan dia berpeluang utk memenuhi impiannya itu. Dengan penuh yakin, dia berkali2 memberitahu pihak wartawan dia bakal dibebaskan kerana pertuduhan ibu mertuanya tidak akan dpt dibuktikan.

Semasa perbicaraan, peguam bela Edward telah tersalah anggap yg testimoni Mary Jane yg penuh unsur paranormal itu akan melemahkan kes tersebut. Namun keseluruhan perbicaraan adalah berkisar cerita Mary Jane saja, dan hakim gagal meyakinkan pihak juri utk mengabaikan bahagian menyentuh perasaan di mana si anak bangkit dari kubur utk menemui ibunya.

Pada 11 Julai tahun yg sama, Edward didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Walau bagaimanapun, tiga tahun kemudian dia meninggal dunia akibat penyakit berjangkit yg melanda penjara waktu itu, dan disemadikan di dlm kubur yg tak bertanda.

Mary Jane Heaster meneruskan hidupnya 19thn lagi, tidak pernah goyah dan berganjak drpd cerita hantunya. Dan roh anaknya, Zona si Hantu Greenbrier? Dia tidak menjelma lg di dlm bilik ibunya.

Barangkali dia telah menemui ketenangan.




Wikipedia

Source 1/2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cehh....... ade ati nk kawen sampai 7.......

Tapi...dlm perkahwinan.....tragedi ngeri bila org yg sepatutnya melindungi itu yg mnjadi pembunuh

Kalau aku yg jd andy tu.......mau sampai akhir hayat tk bole lupa kalau jumpa mayat camtu......terbeliak umpama sedang melihat kita......
Dan ........seram sungguh bila hantu jelma dpn kita dn cerita bagaimn kematiannye sambil pusing kepala dr belakang ke dpn    tp...mungkin kasih syg seorg ibu lebih hebat....maka ketakutan itu hilang
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:25 AM | Show all posts
Agak2 kt Malaysia, polis akan buka balik x kes kalo org report mcm ni?
Kudos kt TT. cita menarik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:26 PM | Show all posts
best story ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2017 04:35 PM | Show all posts
kisah jon benet i siap rakam kat chanel 732 tu.  i suspect org dalam umah tu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nak agi nak agi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt, enjoy reading story yg berlaku ratusan tahun. Dengan gambar lagi, klasik rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 01:06 AM | Show all posts
seeri_7843 replied at 31-1-2017 09:42 AM
Cehh....... ade ati nk kawen sampai 7.......

Tapi...dlm perkahwinan.....tragedi ngeri bila org yg ...

mata terbeliak sbb marah sgt kot, tak sangka suami sanggup buat dia mcm tu sekali... saat2 akhir dah nak mati, barangkali zona bertekad nak balas dendam biarlah jd hantu sekalipun. siapa tahu kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 01:14 AM | Show all posts
SelakLangsir replied at 31-1-2017 10:25 AM
Agak2 kt Malaysia, polis akan buka balik x kes kalo org report mcm ni?
Kudos kt TT. cita menarik la ...

zaman moden ni tak kira negara mana... rasanya polis bantai gelak je la kalo tetiba kita buat report, hantu si polan ni cakap dia sebenarnya dibunuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 01:18 AM | Show all posts
doubleA replied at 1-2-2017 12:43 AM
Thanks tt, enjoy reading story yg berlaku ratusan tahun. Dengan gambar lagi, klasik rasa

you're welcome doubleA. ai sendiri pon suka kalo baca kisah2 benar yg ada gambar, bole bayangkan sikit2 suasana nya mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-2-2017 01:14 AM
zaman moden ni tak kira negara mana... rasanya polis bantai gelak je la kalo tetiba kita buat repo ...

Betul jgk. Lupa moden nya kita ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:32 AM | Show all posts
dani-rox replied at 1-2-2017 01:18 AM
you're welcome doubleA. ai sendiri pon suka kalo baca kisah2 benar yg ada gambar, bole bayangkan s ...

exactly dani. memang I akan telek dulu gambar2 tu sebelum baca, sebab nak bayangkan

ada story lagi share ok, I followers you
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 03:37 PM | Show all posts
gadis_tulip replied at 26-1-2017 12:14 PM
Disebabkan thread ini la ai subscribe channel 732 semalam. Dan2 jugak dok tgk chanel tue sampai tido ...

tgk lah sekali ch 733, mlm2 ada cerita real crimes.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice job TT! Suka baca rangkuman kisah seram serata dunia. Best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 06:11 PM | Show all posts
rasanya kalau kes Zona ni pada zaman sekarang ni, dah tak reliable
tak adanya polis atau hakim nak percaya bukti dari hantu
tq TT.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:05 PM | Show all posts
chauky314 replied at 31-1-2017 04:35 PM
kisah jon benet i siap rakam kat chanel 732 tu.  i suspect org dalam umah tu juga..

tapi konpius jugak orang dalam rumah yang mana bunuh jonbennet.. sampai skang la i duk tertanya2..mak bapak dia bukan orang susah sampai kena bunuh orang, nampak diorang sangat syang jonbenet.. then, takkan abg dia pulak kan.. ada daya ke seorang budak nak bunuh orang..

i so konpius....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 03:54 PM | Show all posts
zizadin replied at 2-2-2017 12:05 PM
tapi konpius jugak orang dalam rumah yang mana bunuh jonbennet.. sampai skang la i duk tertanya2.. ...

pendapat i je.. mungkin mak or ayah dia terbunuh... bukan sengaja.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 11:19 AM | Show all posts
tt... update la citer baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.116322 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list