CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 7-4-2017 03:46 PM | Show all posts
perisik kot wanita ini

apa ye pakej jadi perisik ni? banyak ke gaji? elaun? benefit?

berbaloi ke kalau mati?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2017 07:42 PM | Show all posts
Lepas 32 taun baru saksi tampil..lama tu tunggu..sadis pulak bace semua kisah2 ni..yang kena bunuh tapi sampai sudah tak tau sape pembunuh..tak terbela kes dorang..huhu..thanks TT..1 of my fav thread!kipidappp..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 02:38 AM | Show all posts
Aii ingatkn ai tk normal sbb suka tgk chanel CI tu ghupenya ramai kwn2 CI ai dlm ni.
Paling tk bole lupa satu citer ni mak dia sanggup bunuh slh sorang ank pompuan dia sbb jeles anknye (umur 9 thn tk silap)yg tu lgk cantik dr dia. Tk silap ank dia 5-6 org cmtu yg plg cantik yg tgh. Dia pukul bdk tu then kurung dlm almari baju dibiarkn kelaparan sambil disaksikn abg dn adik2 yg lain. Lps tu dia minta slh sorang abgnye bakar almari. So bdk2 tdk dgr la kakak/adik diaorg ketuk2 almari tu minta tolong. Lps dah3-4  hari dibiarkn dlm almari br dia suruh abg si mati yg baru berumur 12 tahun buang mayat adik. Si abg ni takut bdk2 kot buang tepi jln. Polis jumpa tk dpt identified mangsa sapa. 20 tahun kemudian polis terima call , si caller tu tahu sapa pembunuh budak pompuan yg terbakar 20tahun lps yg ditemui di jln sekian sekelian. Dipendekkan crita rupanya adik perempuan bongsu si mangsa yg kol sbb terlalu depressed tgk kakak dia kena mati dlm almari dpn mata dia!!! Bygkn masa kakak dia dibunuh umur dia mungkin 6 tahun cmtu. Betapa dia menderita dan ada beberapa kali percubaan sblm tu dia cuba nk kol polis tp dia lbh takutkn mak dia. Dipendekkan crita incident almari tu mg memberi kesan yg dasat pd adik bradik tu. Hari perbicaraan semua adik bradik ada nk tgk mak dia kena dakwa. Setiba mak dia kt dlm court semua ank2 dia kelihatan takut sgt especially yg sulung waktu tu berumur 30an.  

P/s: lupa nk mention mak dia garang gile so bdk2 tu mg tk brani nk melawan. Try la melawan mg mak dia akn menggila & mak dia mg ada sakit mental sbb bapa diaorg tingglkn dia.

Sorry tt ai crita story ni simple sgt.

Comments

Citerla lagi weyyy!  Post time 12-4-2017 04:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Queenmastani replied at 9-4-2017 02:38 AM
Aii ingatkn ai tk normal sbb suka tgk chanel CI tu ghupenya ramai kwn2 CI ai dlm ni.
Paling tk bole ...

Omg sangat. Mesti adik beradik tu dipukul teruk kalau mak dia tengah menggila. Kesian dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 04:23 PM | Show all posts
Iye sampaikn bdk2 tu dah besar panjang dah beruban still takut nmpk mak dia. Bygkn cmne teruk dikerjakn bdk2 tu gn mak yg saiko. Trauma sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 02:17 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 10-4-2017 02:19 AM
Queenmastani replied at 9-4-2017 02:38 AM
Aii ingatkn ai tk normal sbb suka tgk chanel CI tu ghupenya ramai kwn2 CI ai dlm ni.
Paling tk bole ...

thanks for sharing the story, Queen... ai pon ingat2 lupa kes nih. pernah ditayangkan kat CI dan siri crime discovery channel. lepas bertungkus lumus memerah otak, kisah ni pasal kejahatan Theresa Knorr yg mendera dan membunuh dua org anak pompuannya sendiri. sebelum itu, dia dah pernah didakwa membunuh suaminya tp dia dibebaskan sbb alasan mempertahankan diri. yg sedihnya, si adik yg mendedahkan perbuatan maknya itu meninggal dunia akibat heart attack... ai rasa kes ni banyak mempengaruhi kesihatan beliau.

https://en.wikipedia.org/wiki/Theresa_Knorr

satu lg kes lama psl evil b*tch yg ai terkesan sampai sekarang, Gertrude Baniszewski. pompuan ni diupah oleh ibu bapa Sylvia Likens utk jaga remaja tu dan adik yg sakit polio, Jenny. parents dia org bekerja dan traveling dgn kompeni sarkas, memandangkan Sylvia dan Jenny rapat dgn anak2 Gertrude jd mereka minta la si Gertrude tolong jagakan anak2 mereka. apabila bayaran upah makin lama makin lambat, makcik gila tu pon start mendera Sylvia -- fizikal dan mental. Gertrude jugak suruh anak2nya mendera sekali, malah pernah ajak anak2 jiran join sama. di penghujung nyawa Sylvia, dia disuruh tidur kat basement, makan najis dan minum kencing sendiri, violated dgn botol cola, dimandikan dgn air panas menggelegak, luka digosok2 dgn garam, kulit ditoreh2 etc. Beberapa hari didera tanpa henti, Sylvia meninggal dunia. kalo tengok gambar mayat mendiang, sedih sgt keadaannya. btw muka gertrude dah mcm rupa witch.





Sylvia Likens

kes ni diangkat jd filem 'An American Crime' lakonan Ellen Page.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2017 12:52 PM | Show all posts
dani-rox replied at 10-4-2017 02:17 AM
thanks for sharing the story, Queen... ai pon ingat2 lupa kes nih. pernah ditayangkan kat CI dan s ...

Thanks tt 'mengcompletekan' cite. Saya cite mcm tk brape nk complete  sgt. Neway best sgt benang ni. Sesuwaii gn jiwa kekdahnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2017 12:50 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 12-4-2017 12:57 AM

Kes kehilangan Joan Risch buat ai terfikir, memandangkan kita ni peminat2 true crime dan misteri... KALAU la satu hari nanti, tiba2 berlaku sesuatu buruk pd kita, mungkin polis anggap kita sendiri yg saja2 mereka cerita. ya lah bila check buku dipinjam, dibeli dan website yg kita selalu masuk... alih2 polis tutup kes "Ohh... mangsa ni dah kaji mcm mana nak hilangkan diri". Padahal kita mungkin berharap polis dan pihak berkuasa akan bertungkus lumus selamatkan kita.


APA SEBENARNYA YANG TERJADI PADA JOAN RISCH?









Pada 24 Oktober 1961, seorg suri rumah berusia 31 thn, berambut hitam dan menarik telah hilang dari rumahnya di Lincoln, Massachusetts – dan beliau tidak kelihatan lagi selepas hari itu. Kehilangannya saja sudah cukup membingungkan, namun apa yg menjadikan kes ini lebih pelik adalah sama ada Joan Risch hilang disebabkan perbuatan seseorg atau, atas kehendak dirinya sendiri. Lima puluh enam tahun kemudian persoalan ini masih belum terjawab.

Joan Carolyn Bard dilahirkan di Brooklyn, New York pd 1931. Pada usia 9thn, Joan bersama keluarganya berpindah ke New Jersey. Malangnya tidak lama kemudian, kedua ibu bapanya meninggal dunia dlm satu kebakaran yg ‘aneh’. Dengan itu, dia dihantar utk tinggal bersama ibu saudara dan bapa saudaranya, iaitu pasangan Nattrass. Joan juga menukar nama kpd Joan Nattrass sbg nama rasminya. Terdapat khabar angin mengatakan wanita itu pernah didera secara seksual ketika kecil. Kononnya Joan memberitahu suaminya, tidak lama selepas perkahwinan mereka pd 1955, bahawa dia pernah dicabul oleh bapa angkatnya. Walau bagaimanapun ini telah dinafikan oleh si suami sehari selepas kehilangan Joan.

Pada thn 1952, Joan berjaya memperolehi ijazah dlm Kesusasteraan Bahasa Inggeris dari Kolej Wilson, Pennsylvania, dan dia bekerja dgn syarikat penerbitan buku. Menurut org2 yg mengenalinya, Joan adalah seorg wanita yg bercita2 tinggi, tetapi melupakan impian kariernya sebaik saja berkahwin dgn Martin Risch – dia terus mengabadikan tenaga dan masanya sbg seorg suri rumah. Ini bukanlah perkara yg luar biasa pd waktu itu.

Joan dan Martin mempunyai dua anak; seorg perempuan bernama Lillian dan seorg lelaki, David. Wanita tersebut pernah menyuarakan keinginannya utk menjadi seorg guru apabila anak2 mereka besar sedikit. Martin Risch merupakan seorg eksekutif di sebuah sykt pengeluaran kertas di Fitchburg, dan pada hari kejadian, dia berada di New York atas urusan kerja. Bagi Joan hari Selasa itu biasa saja, penuh dgn rutin yg dia selalu lakukan, spt hari2 yg lain. Setelah meninggalkan David, 2 thn di dlm jagaan jirannya Barbara Barker buat sementara waktu, Joan membawa Lillian yg berusia 4 thn ke klinik doktor gigi dgn menaiki Chevrolet birunya, dan kemudian ke pasaraya WT Grant utk membeli beberapa brg dapur dan pakaian bg anak dan dirinya sendiri. Lebih kurang pkl 11 pagi, kedua2 anak beranak pulang ke rumah. Dua org jurujual dan juga penghantar pakaian dobi yg berjumpa dgn Joan mendapati wanita itu dlm keadaan normal dan ceria.


Gambar akhbar, Puan Barbara Barker yg membantu siasatan polis.

Pada tengah hari, sejurus selepas Joan menidurkan David di tingkat atas, dia menghantar Lillian ke rumah keluarga Barker bermain buaian dgn anak mereka, Douglas. Apa yg berlaku sepanjang tengah hari itu seterusnya penuh dgn misteri. Sekitar pkl 2.25 petang, Puan Barker menjengah keluar dr tingkapnya dan melihat Joan, memakai kot panjang di laluan kereta keluarga Risch, sedang berjalan pantas atau berlari2 anak sambil membawa sesuatu berwarna merah. Menurut jiran tersebut, wajah Joan seolah2 dlm keadaan ‘keliru’. Dgn kedua2 tangannya dihulurkan ke depan, Puan Barker menyangkakan wanita itu sedang main kejar2 dgn David. Salah seorg anak jiran pula, Virginia Keenes ketika baru turun dr bas sekolah, perasan akan sebuah kereta misteri yg diletakkan di dlm laluan Risch.

Pada pkl 4 petang Lillian pulang ke rumahnya, tetapi tiba2 berlari keluar dan kembali ke rumah Barker – menangis dan menjerit mengatakan ibunya sudah pergi, adiknya sedang menangis dan terdapat cat merah di seluruh dapur. Namun, itu bukan cat merah tetapi darah, yg kemudiannya dikesan sbg Type O, sama spt darah Joan – Tapi tidak pernah disahkan secara rasmi seandainya ia benar2 darah kepunyaan wanita itu. Telefon telah direntap drpd dinding. Buku direktori terletak tidak jauh drpd telefon itu, dibuka pd muka surat nombor kecemasan (setelah disiasat, tiada satu pun nombor itu telah didail dari kediaman Risch) Kerusi dlm keadaan tunggang terbalik. Tiada tanda2 senjata, dan tiada sesiapa yg menimbulkan syak wasangka ditemui.











Beberapa titisan darah kelihatan spt menuju ke katil David, kemudian ke dapur, seterusnya ke laluan kereta, di mana ia berhenti di sebelah kereta Joan. Pihak polis menemui satu penyangkut baju (hanger) terletak di atas bumbung kereta tersebut. Walau bagaimanapun, apa yg pelik tiada kesan tapak kaki pd darah itu. Terdapat kesan cap jari dan telapak tangan pd dinding, tp sesuatu yg mustahil utk menentukan sama ada kesemuanya datang drpd Joan, memandangkan kerajaan tidak menyimpan sebarang rekod ke atas cap jari wanita itu. Seseorg spt cuba membersihkan kesan2 darah dgn menggunakan tuala kertas dan pakaian David. Martin mengenali semua brg2 di tempat kejadian kecuali beberapa botol bir di dlm bakul sampah.



Laluan kereta dan kediaman keluarga Risch

Kot nipis Joan Risch didapati hilang, tetapi kot panjang yg dipakainya awal hari itu dan dompetnya tidak terusik. Tidak lama kemudian, seorg saksi memberitahu pihak polis yg dia terlihat seorg wanita yg menyerupai Joan, dlm keadaan kusut masai berjalan kaki di sepanjang lebuh raya Route 128, yg waktu itu masih di dlm pembinaan. Dia menyatakan bahawa kedua2 kaki wanita itu berlumuran dgn darah. Apa yg menyedihkan, tiada siapa pun yg sudi berhenti seketika dan bertanyakan keadaannya. Pencarian udara dan darat dilakukan pd kawasan semak, hutan dan bangunan berhampiran, masih tiada juga kelibat Joan.



Lebuh raya Route 128, Boston pd 1955



Route 128 sekarang

Salah sebuah surat khabar tempatan berspekulasi bahawa Joan melawan seorg penceroboh dan melindungi anaknya drpd diapa2kan, dan suaminya Martin menyokong teori ini – “Joan akan bertindak spt harimau demi melindungi anak2 kami” katanya. Martin kembali dr New York secepat mungkin setelah dimaklumkan akan kehilangan isterinya. Dia juga melalui soal siasat, tapi akhirnya dilepaskan.

Kisah ini semakin berserabut apabila pihak penyiasat mengetahui bahawa sepanjang beberapa bulan sebelum itu, Joan telah meminjam 25 buah buku drpd sebuah perpustakaan berdekatan, kesemuanya mengenai pembunuhan dan kehilangan yg aneh. Menurut suaminya, Joan memang gemar membaca novel2 misteri, tetapi salah sebuah buku yg dipinjamnya adalah berkenaan seorg wanita yg sengaja menghilangkan diri, tanpa meninggalkan sebarang kesan kecuali titisan darah yg dilap dgn tuala.

Adakah Joan Risch seorg suri rumah yg bosan dgn kehidupannya tapi mempunyai imaginasi yg kuat? Tidak mustahil dia kecewa dgn keputusan meninggalkan karier yg diminatinya, langsung memutuskan utk mengada2kan kes kehilangannya sendiri. Itu cuma salah satu teori dlm kes yg membingungkan ini.


  • Mungkin Joan mangsa serangan dan diculik oleh seseorg yg bersembunyi di dlm rumahnya ketika dia dan anaknya ke klinik pergigian dan pasaraya. Dikatakan wanita itu mempunyai tabiat biasa meninggalkan rumahnya tidak berkunci. Tetapi, ini tidak dpt menjelaskan bagaimana dia sempat membelek2 dan mencari no. telefon kecemasan.
  • Pengguguran bayi yg dilakukan secara senyap2, mungkin benda berwarna merah yg dilihat oleh jiran adalah janin. Hanger yg dijumpai di atas bumbung kereta Joan menunjukkan dia melakukannya secara bersendirian. Tidak mustahil juga dia mengupah seorg pakar utk melakukan prosedur itu di dapur rumahnya. Telefon itu dicabut mungkin utk mengelakkan Joan mendapatkan bantuan kecemasan, pakar itu barangkali bimbang akan meringkuk dlm penjara.  Pd awal 1960an, menggugurkan kandungan adalah satu kesalahan besar dan dipandang keji oleh masyarakat. Apa pun, Martin menafikan Joan mempunyai hubungan sulit, dan selaku suami dia akan tahu mengenai kehamilan isterinya.
  • Kesan ubat2an dari klinik pergigian yg menyebabkannya hilang pertimbangan, mengalami kecederaan di dapur dan akhirnya berjalan tanpa arah tujuan di Route 128.
  • Sedikit kemalangan di dapur, digabungkan dgn masalah mental dan kisah2 trauma ketika kecil yg dipendam – menyebabkan Joan hilang ingatan. Dia terus lari meninggalkan rumah begitu saja.



Satu lagi, kehilangan Joan dikhuatiri berakhir di celah2 lubang yg dikorek di Route 128. Siapa tahu, mungkin dia terjatuh dan dikambus oleh pekerja binaan tanpa disedari – maka dia ‘dikuburkan’ di lebuh raya itu di saat seluruh bandar Lincoln sedang tertanya2 akan nasib yg sebenar menimpa dirinya.

Satu hari, pd awal November 1961, seorg wanita yg tidak dikenali menelefon kediaman Risch sekurang2nya 12 kali. Setiap kali bapa mertua Joan yg menjawab panggilan itu, namun si pemanggil enggan bercakap dgn nya. Pada hari yg sama, salah seorg jiran mengatakan dia juga menerima panggilan telefon drpd seorg wanita yg kedengaran ‘sangat teruja’ – wanita misteri itu juga mengeluh yang dia cuba menghubungi rumahnya tapi tidak dpt berbual dgn sesiapa yg dia kenali.

Pihak polis dr mula lg beranggapan Joan memalsukan kehilangan dan penculikannya, tetapi wartawan yg mula2 menemui rekod perpustakaan wanita tersebut, tidak bersetuju. Dia pernah menemubual rakan kolej lama Joan; dia memberitahu sepanjang persahabatan mereka dia tidak pernah melihat Joan begitu gembira dgn kehidupannya pd waktu itu.

Martin Risch sentiasa yakin yg Joan masih hidup, dan isterinya mengalami hilang ingatan. Dia tidak pernah berkahwin lagi, berpindah ke rumah yg tidak jauh dari kediaman lama mereka setelah kawasan itu dibeli oleh syarikat pemaju. Sehingga kematiannya pd 2009, dia masih mengekalkan nombor telefon lama, baginya Joan mungkin akan ingat semula dan mencari keluarganya. Anak mereka David, ditemuramah oleh Boston Herald pd 1993 – Kini seorg penulis dan penyajak, dia memberitahu tidak mempunyai memori langsung pd hari malang itu kerana dia tidur dgn nyenyak di biliknya, tapi katanya, “Saya ingin percaya yg ibu saya kini berada di syurga.”

Kes ini sesungguhnya pelik dan tragis sekali.



Wikipedia

Sumber 1 & 2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 10:24 AM | Show all posts
misteri sungguh  

kalo betul hilangkan diri mmg well planned kekdahnya...

kesian anak2  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 11:14 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 9-4-2017 02:38 AM
Aii ingatkn ai tk normal sbb suka tgk chanel CI tu ghupenya ramai kwn2 CI ai dlm ni.
Paling tk bole ...

wahhh.. best kan CI? dah lama nak masukkan channel nie kat rumah. finally br call astro masukkan channel METRO nie. kalo astro ade kasi free channel, mmg CI nie la yg kite nak tgk sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 11:31 AM | Show all posts
thanks TT... tapi kan kesian anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:04 PM | Show all posts
Thanks TT. Teringat pulak dengan satu cerita nie, haritu main kat channel Diva. Jalan cerita seakan2 sama, pompuan tu kumpulkan darah dye mcm time kite derma darah tuu, pastu splash kan kat lantai, cuma yang beza dalam cerita tu dorang tak de anak. Kalau tak silap tajuk dye She's Gone kot. Kalau salah maaf  yee.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:47 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-4-2017 12:50 AM
Kes kehilangan Joan Risch buat ai terfikir, memandangkan kita ni peminat2 true crime dan misteri...  ...

dh mcm cite Gone Girl. huhu. skerriiii

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 06:01 PM | Show all posts
WawaRaRa replied at 25-11-2016 11:09 AM
lagu ni aku x tau asalnya lg org puteh... yg aku igt lagu ni klu versi melayu geng2 aku nyanyi dul ...

eh macam lagu pengakap dulu
lagu ni slalu kitorg guna nk pekena org..haha
sia ade lirik - betis bagai bunting padi, hidung mancung seludang
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 06:18 PM | Show all posts
kancilku_biru replied at 2-12-2016 12:02 AM
Ni pulak version yg i tau...

Air terjun tepi kolam

ha..ni version yg aku tau
sbb pengakap dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Misteri betul kehilangan joan. Mungkin la disebabkan penyakit mental. Laki dia martin tu setia betul.

Wonder apa la yg sebenarnya jadi kat rumah tu waktu tu.

I rasa masalah dalaman bukan jenayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin Joan tu ada masalah emosi tak stabil or mungkin ada bipolar jika benar dia merancang semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian husband dia.. lama tunggu wife dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tred ni lah aku sokmo tgk ci channel hahaha thanks dani sbb share cite, sgup translte utk kitorang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 10:42 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 9-4-2017 02:38 AM
Aii ingatkn ai tk normal sbb suka tgk chanel CI tu ghupenya ramai kwn2 CI ai dlm ni.
Paling tk bole ...

Thanks mod bg tacang kt aii.

TT nnt tlg cari pembunuhan isteri pengarah/penerbit cite SURVIVOR yg dikatakn bunuh isteri dia masa pg bercuti. Mula2 dia kena dakwa sbb bunuh isteri dia kena penjara last2 pekerja hotel plak yg didakwa. Kakak mangsa percaya adik dia dibunuh oleh suami dia.

Thanks in advance TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.916840 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list