CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adn

[EDISI RUMAH TUMPANGAN]Mari bercerita bersama sama...

[Copy link]
 Author| Post time 13-9-2016 01:16 PM | Show all posts
alyx_ replied at 11-9-2016 03:27 PM
Nak share story jugaklah. Ni satu-satunya peristiwa yg pernah terjadi pada aku yg masih misteri samp ...

ada pulak tukang perati baru...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2016 01:53 PM | Show all posts
nonis replied at 12-9-2016 12:59 AM
Jadi, aku da rasa tak selesa aku pun turun katil bawah. Aku tengok mak jah ( dormmate) masih blm tid ...

lama tak dengar lagu tu...tetiba rasa nak carik pulak...ehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2016 01:59 PM | Show all posts
mummyladybird replied at 13-9-2016 07:13 AM
nak kongsi jugak stori the mori...
kisah ni jadi pd mei 2015. i baru masuk kuarters Bunga Raya.
um ...

takutnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 02:37 PM | Show all posts
Baiklah.. Kiranya thread neh jadi thread ala-ala rumah tumpangan yang mana cik TT pun redha jer ramai kengkawan len berkongsi citer... Lam erti kata lain.. kengkawan yang malas nk bukak rumah sendiri dan share citer.. Huhu.. Selamat berkongsi cerita!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2016 03:18 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 13-9-2016 02:37 PM
Baiklah.. Kiranya thread neh jadi thread ala-ala rumah tumpangan yang mana cik TT pun redha jer rama ...

Tq tq tq akak mod

yerr...marilah beramai ramai menge'share' stori mori...nak buka 1 thread 1 citer takut nanti kena marah...jadinya jom compile sama sama citer kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2016 04:45 PM | Show all posts
Apa benda tu???

baru teringat benda ni ada jadi kat ciks adn dulu...dulu dulu masa awal tahun 90an rajin gi berjogging ramai ramai ngan kawan kawan yg duk satu flat...jogging pulak pagi pagi buta...biasa kuar awal...kadang belum azan subuh dah keluar...gila tak gila...hehe

nak jadi citer...satu pagi ni turn ciks adn kena gi kejut kawan...rumah flat jadi leh bayangkan pagi pagi buta berjalan keluar umah gi jerit kat tingkap umah org panggey kejut bangun tido suh siap nak jogging...waktu tu rasanya pkl 5 lebey kot...yg pasti belum azan subuh lagi...

ciks adn duk tingkat 2...nak ke rumah kawan kat tingkat 1...umah dia pulak hujung tangga sebelah sana...jadinya nak ke rumah dia kena lalu koridor umah lain dulu laa baru leh turun tangga ke tingkat 1 tu...err...boleh ke bayangkan? kompiden je la eh...eheh...

masa lalu kat koridor tu...bleh la Nampak taman permainan masa lalu situ...ciks adn ni bleh plak terberenti memerati taman permainan tu time tu...kat situ ada mainan  bentuk keretapi buat dari kolong kolong batu...yg paling depan sekali kolong besar...yg lain lain tu kolong kecik kecik..kat atas kolong besar tu la...ciks adn Nampak cam budak kecik duk duduk berjuntai kaki...putih jer Nampak budak tu...cam bercahaya lak tuh...duk juntai kaki tu berayun ayun...elok pulak lama ciks adn memerati dia...pastu baru terpikir...apa benda tu??? elok ciks adn terpikir camtu...benda tu mcm berpaling ke arah ciks adn....apa lagi...laju la ciks adn berlari menuju umah kawan tu...panggey panggey...dia buka pintu...terus masuk tak keluar dah...makanya tak jadi la jogging pagi tu...takut punya pasal...ehehe...

sampai skang kalo teringat memang akan terpikir..apa benda tu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2016 10:05 PM | Show all posts
tucci replied at 10-9-2016 03:28 AM
humang aih...nak kongsi crite jugak la...xtau seram ke tak...

Ku Langgar kucing? Kucingkah? atau? ...

ya allah..citer awak ni nak sama dgn citer saya la
bawa motor, pastu jatuh longkang besar
kebetulan guard lalu, lambai2 kat guard mintak tolong
boleh pulak guard tu tengok dan pecut motor dia,blah macam tu jek

terhegeh2 la saya panjat longkang dengan kaki terhenjut
dalam terhegeh2 tu, lalu sorang student lelaki,
dialah tolong angkat motor yang dah tersadai dalam longkang tuh

nasiblah petang, kalau malam, sah2 jumpa cik pon sebab tempat kejadian tu dekat dgn pokok besar yang berjuntai akarnya, tempat yg saya pernah nampak cik pon bertenggek
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak izin tt nak tumpang crite gak la ye

Lambaian aidil adha

Cerita berlaku mase umur aku 10 taun kot.raya haji taun tu kitorang sekeluarga buat korban kat kampung.belakang umah arwah nenek tu memang luas.sembelih lembu bersihkan semua org kampung sama2 rewang kat blakang umah arwah nenek aku.
bila maghrib semua org balik tinggal la kitorang sekeluarga.mase tu arwah nenek gi dapur nak tutup tingkap.maghrib kann.tetiba kitorang dengar arwah nenek jerit2.meluru kitorang tengok nenek kat dapur.nenek duk meracau racau sambil tekup muka.pakcik aku ambik air sapu kat muka nenek.bila dia dah rilek sikit kitorang tanye la kenape.nenek cakap masa dia nak tutup tingkap dia nampak ade makhluk rambut panjang xde muka duk lambai2 kat dia.makhluk tu bertenggek kat pokok tempat kitorang sembelih lembu tadi.huhu.                            Sejak hari tu arwah nenek trauma nak tutup tingkap kat dapur.sekian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalam sume.. Okay ni cite iols yg misteri nusantara sgt..

Masa tu aku darjah 5 ke 6 camtu. Mak aku suruh gi beli mee lidi (org ganu tahu mee ni camne, mee ni cm spagetti) kat rumah tok sedara. Tok sedara aku ni peniaga warung mee goreng lidi basah kat pasar pagi. So, banyaklah stok mee lidi dia.

Kawasan umah aku ni kawasan kampung umah. Nak gi umah tok sedara tu kena tempuh 2 buah umah. Mase tu lepas magrib. Gelap gelita dah masa tu. Aku gi sorang2 je masa tu.

Masa on the way balik ke rumah lepas beli mee lidi tu, aku cam terasa nak pandang ke langit. Korang tahu apa aku nampak?

Aku nampak sesuatu yg berbentuk seperti ufo. 'Ufo' tu terapung kat atas atap rumah arwah moyang aku. Daripada bwh aku boleh tgk sejelasnya 'ufo' tu. 'Ufo' tu ada 6 bulatan kecil yg berapi(bercahaya jelas mcm berapi) sebagai tapak 'ufo' tu.

Aku terkesima tgk 'ufo' tu selama beberapa saat. Tetiba rasa seram, terus berlari blk rumah. Berpeluh2 cam jumpa hantu. Cite kat ayoh, nan hado ayoh nk caya aku. hahaha sedihh

Tapi 'ufo' tu masih lagi ku ingat bentuknya hingga ke hari ini. Cuma tak rasa seram sbb taktahu pebenda tu. Misteri sgt. Cam 'ufo' bebola api.

Harap korang paham cite aku.

Thanks sudi bace misteri kita yg xberapa nak misteri sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 01:47 AM | Show all posts
Edited by mummyladybird at 14-9-2016 01:49 AM

sebenarnye i ade beberapa cite yg i alami sendiri
1 di antaranya kejadian ni jadi msa tahun 2011, xingat bln bape
msa ni i kje kat ICU.
katil ade 10 berjajar stiap katil dihujungnya ade PC sebuah satu katil.
laluan untuk bergerak ke pantry ke bilik ubat atau ke kaunter adalah pd lorong yg ade pad hujung meja PC dihujung katil tu.
katil 1 dgn katil dua terpisah dgn dinding sinki.
kemudian katil 2 dan 3 dlm 1 kubikel. begitu juga 4 dan 5 dan seterusnya.
katil 14 yg terakhir seperti katil 1 terpisah dihujung skali dgn dinding sinki.
ketika itu i mejaga katil 11 berdekatan kubikel katil 12 dan 13.
bertemu dinding dah akhirnya katil 14.
adat bekerja di ICU. semua pesakit sedang koma.
makan dgn tiub melalui hidung dan alirannya dikawal dengan mesin
setiap kali bancuhan susu dialirkan selama 4jam, kemudian rehat untuk 2jam bg membolehkan kelancaran penghadaman. kemudian susu lebihan ditukarkan dgn susu yg baru selepas rehat 2jam itu. bekas bancuhan susu kami kongsi dan dibersihkan semula selepas digunakan.
waktu bancuhan susu adakalanya xsama dgn pesakit lain.
selebihnya aliran ubat2an melalui salur darah yg dialirkan melalui tiub khas yg dipasangkan pada salur darah jantung dibahagian dada.
rutin harian di ICU, rehat bergilir. xboleh rehat serentak.
ratio nurses dgn pesakit 1:1..
jadi kami bergilir2 utk makan dan minum di pantri.
jam ketika itu menunjukkan 12.30malam. ketika itu i menunggu di hadapan PC mnghadap pesakit i.
lps jam 12 biasanya lampu uatama dimatikan memandangkan pesakit berehat. lampu dinyalakan bila prosedur dilakukan. hanya lampu malap sahaja dinyalakan.
ketika itu kwn2i bergilir makan selepas selesai menjalankan tugas2dan prosedur. bekas bancuhan susu yg kami kongsi ade pada kawan i di katil 14 yg hujung skali. ketika itu kwn i masih di pantri
bancuhan susu pesakit i hampir sampai. dan i dah maklumkan pada kwn i yg i akan guna bekas tersebut selepas dia menggunakannya. semasa menunggu di meja PC, i nampak kwn i balik ke katil 14 sambil membawa bancuhan susunya. die jalan terus ke katil pesakit. tanpa menoleh pada i. i mnunggu dgn sabar dan memberi masa pd kawan i utk menuang susu dan memulakan aliran susu pd pesakitnya. jam hampir mununjukkan 1pg.  lebih kurang 15 minit kwn i blk ke katil 14. tp lampu dikatil tersebut masih tidak menyala.
dlm hati i berbisik..
lama plak budak ni tuang susu.dlm gelap plak tu.
i pun terus bangun dan menuju ke blkg kepala katil pesakit.
sambil berjalan, i berkata kepada kwn i, "hai lamanya hang tuang susu. dalam gelap buat kje mcmn?"
sesampai je di situ.. ruang hujungkepala katil tu kosong..
i pun patah balik keluar dr situ cepat2. sbb i rasa bulu tengkuk i meremang....
i terus ke pantri..
nampak kwn i dudk dimeja.
i menghampirinya...
"cepatnya hg tuang susu. mana bekas mai aku buat susu plak..."
kwn i menjawab, "bila plak aku tuang susu? aku duk dlm ni lagi. hg amek la dulu bekas tu.."
"aik...? tadi hg dah bwk bekas blk katil hang. mcmna plak hg kata xbuat lagi? tadi je aku nmpk hg bwk susu p kat katil 14 tu."
kwn i bingung.. lalu berkata, "mana ada.. aku duk kat sini dari tadi lagi. xkluar2pun lg. hg nmpk sapa?"
kwn i yg lain pun cakap nurse kat katil 14 tu xkua2dr pantri pun. jadi sapa tadi?
i terus diam...
dlm hati... sewwwrammmmmmm.......
esoknya i cerita pd kwn yg kje pg. diorg pesan.. klu katil 14 tu jgn ditutup lampunya.sbb mmg ade kelibat kdg2....
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mummyladybird replied at 14-9-2016 01:47 AM
sebenarnye i ade beberapa cite yg i alami sendiri
1 di antaranya kejadian ni jadi msa tahun 2011, x ...

Seramnya citer u ni kalau jadi kat Twirly, takut dah nak keje malam kat area2 kubikel yg dikatakan selalu berlaku penampakan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2016 09:16 AM | Show all posts
mummyladybird replied at 14-9-2016 01:47 AM
sebenarnye i ade beberapa cite yg i alami sendiri
1 di antaranya kejadian ni jadi msa tahun 2011, x ...

sib baik lepas tegur dia tak menyahut...menyahut kalu naya jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mummyladybird replied at 14-9-2016 01:47 AM
sebenarnye i ade beberapa cite yg i alami sendiri
1 di antaranya kejadian ni jadi msa tahun 2011, x ...

Sangat detail. Best baca dapat tau cara nurse bekerja dlm icu lagi.. Keep it up  
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols copy dari fb : Kondo Bilik 1107, Langkawi

Part 1
Pertama sekali aku minta maaf sebab jalan cerita agak panjang sebab malas nak buat part 1 part 2. Yang kedua maaf sebab aku tak de niat untuk nak jatuhkan perniagaan sesiapa atau menakut kan sesiapa. Biarlah jadi pengajaran pada korang sebelum pergi mana mana rempat tempat baca review dahulu.

16 Ogos 2016. Aku bersama seorang pensyarah lelaki (Dr Idham), 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan (termasuk aku) ke Langkawi untuk buat kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami adalah pelajar separuh masa geografi sebuah ipta. Aku diberi tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana. Aku telah memilih sebuah kondo yang pada hemat aku sangat berpatutan harganya dan berdekatan dengan tempat makan. Aku berurusan dengan seorang agen untuk menempah dua bilik selama 3 hari 2 malam. Agen itu jugak adalah rakan lama aku ketika di sekolah menengah.
Kami tiba di kondo tersebut jam 1:30pm, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir kereta yang di penuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah seperti tidak diselenggara. Bangunan kelihatan usang dan berlumut. Aku menghubungi agen untuk maklumkan ketibaan kami. “Okay selamat datang, kunci ada di dalam bilik masing- masing. Bilik 1107 dengan 1005”, kata agen melalui telefon.
Sebaik memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang aku dengan satu soalan. “Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?”, tanya Syauqi. Yelah sebab aku yang pilih tempat ni. Sungguh ku tak sangka rupanya indah khabar daripada rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter pendaftaran pertanyaan, tak ada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai, lantai yang berhabuk di penuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi ruang dinding lobi dan tak ada manusia lain selain daripada kami di situ. Keadaan sangat berbeza ketika aku survey di website dan agoda.
“Tak apa lah, kita naik tengok bilik dulu”, kata Dr Idham nak sedapkan hati kami. Sebelum ke pintu lif kami terpaksa melalui kolam renang di sebelah kiri. Keadaan kolam yang kotor berlumut, daun kering berselerak, lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah gym. Kelihatan sudah tutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym yang berselerak, di penuhi daun kering dan habuk yang tebal. Di sebelah lif terdapat sebuah cafe yg sudah lama di tinggalkan. Cermin cafe sangat kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai cafe. Macam mana daun kering ada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan cermin berkunci dan tertutup rapat?
Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin rosak dan tidak diselenggara. Kami ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif dan koridor akan gelap pada waktu malam kerana tidak mempunyai lampu. Aku dan rakan perempuan yang lain sepakat untuk memilih bilik 1107 tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan lif. Sebaik memasuki bilik 1107, bau bilik sangat ‘welcoming’ hingga aku tak dapat nak agak bau apakah ini. Bau bunga cempaka diselangi bau hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik yang sangat berhabuk seperti tidak ada orang yang pernah menginap sebelum kami. 1107 mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tapi ada blood stain dalam tab mandi.
Hari pertama sepatutnya kami dah mula kajian lapangan di Gunung Raya. Tapi pensyarah batalkan dan tunda pada keesokkan hari. Di kedai makan, sejujurnya kami tak sedap hati dengan kondo tu. Masing- masing sepakat untuk cari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar sudah penuh. Hotel- hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan cuti sekolah. Akhirnya terpaksa akur untuk bermalam di situ.
7:30pm kami sampai di kondo, ternampak seorang makcik sedang siram rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Aku tak dapat lihat wajah makcik tu, tapi kenapa dia siram lalang? Dr Idham pesan jangan tegur, biarkan saja. Pukul 9:00pm kami berjanji berkumpul di parkir kereta untuk makan malam.

Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berenti di setiap tingkat. Setiap kali pintu lif terbuka aku nampak koridor di setiap tingkat gelap dan tak ada orang. Yang peliknya kenapa lif berenti di setiap tingkat tapi tiada orang seolah olah ada seseorang sedang bermain dengan butang lif itu. Lif tiba di tingkat 6, nampak makcik siram lalang tu berdiri depan lif sambil pegang sabit. Aku cam makcik tu sebab baju yang dia pakai.

Aku x dapat lihat wajah dia disebabkan keadaan koridor yang sangat gelap dan hanya ada cahaya dari dalam lif, dia hanya menundukkan muka. “Going down?”, tanya Kamila kat makcik tu. Tapi makcik tu tak jawab. Dia diam ja. “Makcik nak turun bawah ke?”, aku tanya. Makcik tu diam jugak. Tiba- tiba dia angkat tangan yang bersabit tu terus meluru ke arah kami. Tapi pintu lif tiba- tiba tertutup. Ghaaammmmmmmm… satu bunyi kuat dari luar lif. Sumpah memang kecut perut sebab kiteorang rasa makcik tu tetak pintu lif. Sampai je kat lobi, kami lari keluar dari lif sambil menjerit hingga ke parkir.
Sampai je parkir dah nampak group lelaki dan pensyarah kat kereta. Dorang tanya kenapa lari sambil menjerit. Kiteorang cakap nanti nak cerita. Kiteorang makan sekitar dataran helang. Sementara tunggu makanan sampai, Dr Idham tanya kenapa lari sambil menjerit tadi. Kamila pun mula cerita apa yang jadi masa nak turun ke lobi. Aku nampak riak muka Dr Idham berubah. “Kami juga kena benda yang sama”, kata Syauqi.
Aku dah tak rasa nak makan malam tu. Tiba tiba rasa kenyang. Apa yang ada dalam fikiran kiteorang masa tu macam mana nak tidur situ, dan kenapa motel- motel lain full house di saat yang macam ni. “Tak apa kita balik kondo kita rest, esok pagi pagi kita dah nak mula kajian lapangan. Balik karang jangan lupa solat sebelum tidur”, kata Dr Idham.
Malam tu aku dengan yang lain sepakat tido depan tv kat ruang tamu ramai ramai. Dalam pukul 12:30am tu boleh dikatakan masing masing dah berdengkur kecuali aku dengan Shida hanya pejam mata tapi tak tidur. Pukul 2:00am tiba tiba aku dengar air paip singki dapur terpasang. Yang aku tahu dorang semua ni dah tidur. Shida cuit jari aku dan aku cuit jari shida. Masing masing takut nak buka mata. “Kau dengar tak bunyi air?”, bisik Shida. Aku cuma jawab aku dengar dengar nada suara berbisik. “Makcik tu la wey kat singki”, bisik Shida sambil genggam tangan kanan aku. Aku buka mata sedikit dan lihat ke arah singki melalui hujung hujung anak mata saja. Sah!!! Memang makcik bersabit tadi tengah berdiri kat singki sambil air paip singki tu terpasang. Untuk pengetahuan korang, ruang tamu dan dapur bersambung. Jadi kalau korang duduk depan tv, dapur berada di sebelah kiri korang.
Aku terus pejam mata sambil genggam tangan Shida. Ketakutan buat aku makin berpeluh malam tu. Tiba tiba air paip singki tu berhenti dan aku dengar tapak kaki berjalan dari sinki dapur menuju ke pintu utama. Selepas tu aku dengan shida dah tak dengar apa apa bunyi pelik dan kiteorang tak buka mata sampai ke pagi. Kira tidur pun tidur tidur ayam. Tidur yang tak nyenyak. Pagi selepas subuh aku dengan Shida tanya Kamila dengan yang lain lain sama ada dorang ada dengar apa apa tak malam tadi. Dorang cakap dorang dengar tapi tak berani buka mata. Kamila sorang je yang tak dengar dan tidur mati. Bersyukur sebab tak ada sebarang histeria.
Hari kedua di Langkawi, kamj fokus dengan kerja kerja lapangan. Masa terluang aku call agen iaitu kawan lama aku sendiri untuk tanya apa kena dengan kondo tu. Aku nak jumpa dia tapi dia bagi alasan dia sibuk memandangkan dia tour guide di Langkawi. Jadi kami bersembang dalam telefon saja. Dia minta maaf atas kejadian yang menimpa dan dia offer kami bilik lain di tingkat 6. Aku tak setuju memandangkan kami jumpa makcik bersabit di tingkat 6. Aku tolak tawarannya dengan baik.
Selesai kerja lapangan sekitar jam 5:00pm. Dr Idham bagi cadangan supaya kami bungkus makan malam dan makan di dalam bilik sahaja. Jadi tak perlu keluar semula untuk makan malam. Kami bersetuju memandangkan masing masing sangat letih. Kami sampai di kondo sekitar jam 6:00pm. Kebetulan depan kondo tu ada orang jual durian. “why not kita makan durian depan tu sebelum naik ke bilik, esok dah nak balik”, Azizi bagi cadangan. Cadangan tu di persetujui oleh semua orang. Selesai makan durian sekitar jam 7:15pm, kami menuju ke pintu utama lobi kondo. Tiba tiba ternampak seorang budak lelaki sekitar 5 tahun tengah menangis kt tangga lobi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Part 2

Dr Idham tegur kenapa nangis. Dia cakap mak dia tinggal dia Dan dia tak tahu nak guna lif macam mana. Kami tanya dia tinggal tingkat berapa dan kami akan hantar kan. Dia cakap dia tinggal di tingkat 6.
Tingkat 6 okay. Tingkat makcik bersabit tu. Kami 13 orang sepakat nak hantar budak tu balik ke bilik mak dia. Kami risau dia terserempak dengan makcik bersabit tu. Dalam lif ke tingkat 6 kami sembang sembang macam biasa dengan budak tu. Sampai je kat tingkat 6, Syauqi tanya budak tu bilik nombor berapa. Guess what?? Budak tu dah tak ada. Toleh kiri kanan depan belakang memang budak tu dah tak ada. Tiba tiba saja bau busuk sekitar kiteorang. Aku tak tau nak describe bau tu macam mana. Tapi sangat busuk. Dari tingkat 6 kami naik tangga ke tingkat 10 untuk ambik barang barang group lelaki sebab Dr Idham nak kongsi bilik dengan group perempuan since benda pelik makin kerap jadi. Kiteorang naik tangga sebab lift stuck kat tingkat 13.
Selesai solat isya berjemaah, group lelaki cakap dorang tido depan tv group perempuan tido kat master bedroom. Aku pun ok kan saja. Pukul 11:30pm semua orang tengah syok layan cite hindustan kat tv2 tiba tiba blackout. Gelap gelita. Ruang tamu tiba tiba saja bau wangi bunga melur. Bau tu sangat kuat tapi tak ada siapa pun bersuara. Orang tua tua cakap bau wangi wangi ni selalunya pontianak. 6 hingga 7 minit bergelap tiba tiba pintu utama di ketuk kuat. Tombol pintu digoncang. Ketukan tu sangat kuat macam nak roboh pintu.
Credit : fiksyenshasha.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami tak buka pintu sebab sepanjang kami di kondo tu, kami tak pernah jumpa sesiapa pun atau berselisih dengan sesiapa pun kecuali makcik sabit dengan budak kecik ghaib tu je. Kereta di kawasan parkir sentiasa penuh tapi kami tak pernah nampak manusia lain selain kami saja disitu.
Ketukan pintu tu berterusan selama lebih kurang 20 minit kemudian diikuti dengan bunyi sesuatu yg di seret di luar.

Bunyinya sangat membingitkan telinga. Seolah olah seperti besi yang di seret di luar bilik kami. Syauqi intai di lubang intai yang ada pada pintu untuk lihat apa yang berada di luar. Guess what?? Makcik bersabit tengah seret sabit dia depan pintu bilik kami. Makcik tu seret sabit dia dari depan pintu lif ke depan pintu bilik kami. Bunyi sangat mengilukan. Aku dan yang lain lain dah takut dah mula nangis. Dr Idham cakap jangan menjerit. Kalau takut tutup telinga pejam mata. Lepas bunyi seret seret tu hilang tiba tiba ja pintu sliding balkoni kat ruang tamu terbuka. Angin menderu masuk. Angin tu bawa bau yang sangat busuk. Bau kuat bunga melur tadi terus hilang. Azizi terus tutup pintu slide tu. Memang pintu tu tak boleh kunci sebab rosak.
Selepas itu bunyi bunyi ketuk pintu bagai tu hilang macam tu je. Malam tu memang kami tak tidur, bergelap sebab blackout. Semua berkumpul kat ruang tamu berjaga. Geng perempuan ada yang tertidur kat sofa. Aku ingat semua gangguan dah reda. Rupanya tak. Pukul 3:00am air paip singki dapur terpasang. Dalam gelap gelita bersuluh cahaya telefon bimbit, nampak kelibat manusia berdiri di singki. Aku mampu nangis dan hanya ingat nak balik rumah cepat cepat.
Credit : fiksyenshasha.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Idham pesan kalau takut jangan jerit tutup mulut, nak nangis jangan ada suara. Bau bunga melur tu datang balik. Azizi tiba tiba bangun dan azan. Kelibat tu tak berganjak tak bergerak hingga habis azan. Air paip masih terpasang. Tengah semua mata tertumpu pada kelibat di singki, tiba tiba tombol pintu utama di goncang dengan kuat di selangi dengan ketukan pintu yang sangat kuat. Saat genting macam ni memang dah tak ingat bacaan surah atau doa doa pelindung.

Aku dah macam orang pakinsen terketar bibir tangan sejuk beku sebab terlalu takut.
Syauqi buka yotube bacaan alquran 30 juzuk. Gangguan tu tetap tak hilang. End up Dr Idham cakap dia nak pergi buka pintu tu nak tengok siapa yang ketuk. Dia cakap kita berserah pada Allah dan kita tawakal. Yess dia memang pergi buka pintu yang di ketuk bagai nak roboh tu. Sebaik pintu di buka, tak ada sesiapa pun tapi angin yang menderu masuk dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Guess what?? Air paip singki tiba tiba berhenti sendiri dan dah tak ada gangguan lagi selepas tu. Kami tak tidur sampai ke subuh.

Selepas solat subuh matahari dah terpacak, kami kemas barang barang, bersihkan diri nak check out. Pukul 8:00am macam tu kiteorang buka pintu nak keluar, dengar suara riuh rendah suara kanak kanak mandi kat kolam renang. Aiikk ramai pulak orang. Sebelum ni tak de meriah macam ni pun.
Kiteorang turun ke lobi dan aku call agen untuk tanya kat mana nak drop kunci bilik sebab kiteorang nak balik dah. Agen cakap letak je kat dalam bilik. Dah sepasal pulak nak kena naik letak kat bilik puaka tu pulak. Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci tu kat bilik. Sementara tunggu dorang, kami lepak kat lobi. Memang ramai orang masa tu kat lobi. Tiba tiba ada pakcik sekitar umur pertengahan 50an tegur. “Awak semua dari mana? Baru sampai harini ke? Tak penah nampak pun”. Dr Idham jawab yang kami kat sini dah 3 hari 2 malam tinggal kat bilik 1107 dengan 1005. Pakcik tu terkejut sebab dia kata dia yang jaga tempat ni tapi dia tak nampak kami pun selama 3 hari yang kami sebut tu dan bilik 1107 tu dah lama tak ada orang sewa sejak kondo ni disita dan ditutup. Lepas tu kondo ni di buka semula tapi dah jadi hak persedirian. Memang dah tak ada siapa nak selenggara tempat ni.
Pakcik tu berkeras yang dia memang tak nampak kami sepanjang 3 hari yg kami cakap kan tu. Malah tempat parkir kereta yang kamj parking tu pun dia cakap dah seminggu orang tak parkir situ sebab ada batu bata yang tak di alihkan. Pagi ni dia cakap batu bata tu mungkin dah di alihkan dan dia baru nampak kereta kami disitu pagi ni. Sebab itu dia sangka yang kami baru sampai situ pagi ni. Dr Idham sempat tanya tentang makcik yang siram lalang tu. Pakcik tu ketawa dan dia cakap mustahil orang nak siram lalang.
Selepas azizi dengan kawan dia turun ke lobi kami cerita pada azizi. “Kalau pakcik tu tak nampak kita, pakcik jual durian tu mesti nampak kita. Jom tanya pakcik jual durian depan tu” Kata azizi. Kami lintas jalan dan tanya pakcik yang jual durian tu. Pakcik durian tu cakap dia memang nampak kami tapi masa kami datang masa maghrib kemarin, dia cakap bau kami sangat wangi dan dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai. Tapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi tu masih kekal ada di situ mengalahkan bau durian. Dan dia berhenti meniaga awal kemarin kerana tak sedap hati.
Sampai je rumah aku baca review review blogger tentang kondo yang kami sewa ni. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo tu disita. So korang nak check in mana mana make sure baca review dulu. Takut kat website nampak cantik tapi depan mata macam bangunan tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah stay condo ni. Syukur tak diganggu tapi bangunan dia mmg eerie and not welcoming....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
adn replied at 9-9-2016 12:33 PM
alu...ciks adn newbie ni baru nak belajar buka thread...ehehe...

moh ler kita share sama2 kot ada ...

Eii seram nya. Selalu gak dgr cite cmni kat hostel dulu. Tp setakat urban legend je.

KK pun selalu takleh tido malam, mata melilau je tgk sekeliling. Selalu nya pandang cermin je, taktau apasal tp dlm hati da pk bukan2. Nasib tak nmpk apa2. Minta dijauhkan la  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 12:24 PM | Show all posts
oak.balustrade replied at 14-9-2016 08:56 PM
Dr Idham pesan kalau takut jangan jerit tutup mulut, nak nangis jangan ada suara. Bau bunga melur tu ...



masih mampu bertahan lagi duk sana dengan segala makcik sabit dan yg sewaktu dengannya???

erkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075952 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list