Pemain nombor satu dunia, Serena Williams tersingkir daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas dikejutkan oleh pemain Republik Czech, Karolina Pliskova 6-2, 7-6 (7/5) dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Serena gagal dalam misi untuk merangkul gelaran ke-23 Grand Slam sekali gus memecahkan rekod profesional dalam era terbuka yang dikongsinya bersama Steffi Graf dengan 22 kejuaraan ketika ini.
Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Serena di separuh akhir Terbuka AS selepas turut tewas pada edisi tahun lalu di Flushing Meadows.
Pliskova yang tampil sebagai pilihan ke-10 kejohanan dan bermain kali pertama di separuh akhir Grand Slam akan bertemu pemenang perlawanan antara Caroline Wozniacki dengan Angelique Kerber bagi perebutan gelaran juara. - CARI