Cronin seorang lelaki berasal dari Oldbury di timur Midlands, terpaksa potong kakinya berikutan mengalami komplikasi diabetes atau penyakit kencing manis pada Jun lalu.
Dalam tempoh penantian pemasangan Prosthetics atau kaki palsu, sebagai usaha menghiburkan diri, Cronin menggunakan bata Lego untuk menyusun bentuk kaki palsu yang berwarna-warni dan diletak dibahagian kakinya, sekaligus memuat naik kaki palsu Lego itu di media sosial untuk perkongsian hasil kreatifnya.
Cronin yang berusia 32 tahun mengakui kaki palsu Lego itu kegunaannya terhad sahaja, dimana ia hanya boleh digunakan untuk berdiri, tidak boleh bergerak. Tetapi disebabkan kehidupan manusia dipenuhi dengan dugaan dan cabaran, jadi dirinya perlu kekal bersemangat positif untuk teruskan perjalanan hidup. Dalam pada itu, dia turut berharap orang ramai lebih mengambil berat tentang penyakit dibetes atau kencing manis.
Cronin gemar menjalani aktiviti sukan, dan bukan sahaja ingin terus menjalani sukan yang sesuai untuk orang kurang upaya, OKU, malah berkeinginan untuk menyertai sukan paralimpik yang berlangsung pada tahun 2020.- CARI
positifnya dia.. xmo down main lego buat kaki palsu. aku pun bila2 down, pgi bli lego kumpul tgk susun2 collection pastu meroyan blk mana nak letak lego2 byk2 tu. hehe.