Penyanyi Sound Track drama panjang melalut 100 episod Lara Aisyah.
Cemana la dia juggle hidup dia antara jadi Doktor by profession dengan jadi penyanyi, model, siap berlakon 70 episod bagai. Ingatkan dia doktor kosmetik, tapi bila selidik - Doktor peribadi kpd Sultan Pahang rupanya. Baik hati boss dia, bagi doktor banyak kelonggaran buat kerja-kerja by passion dia.
Suara menyanyi biasa - OK2 sahaja. Boleh di dengar tapi tak la outstanding sampai boleh di bagi standing ovation . Mungkin sebab dia doktor yang boleh menyanyi dan comel sikit - tu yang Warner Music tandatangan dengan dia. Kira rare la, gamaknya.
Penafian:
Bukan sedara mara Dr Katalina. Tiada kaitan langsung
Dia buat kursus perubatan kat Kursk Uni, Rusia. Patut pun nick name dia Katalina. Mesti kat sana org panggil dia Katya kot (edit:silap, maybe Yekaterina)? Sekarang tengah sambung buat aesthetic. Sesuai la, muka dan susuk badan pun cantik. Kalau muka bergerutu dan gemuk pastu jadi pakar estetik, mau kena hencap berkoyan2.