CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Dr Harun Din meninggal dunia

[Copy link]
Post time 17-9-2016 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2016 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah..kembali dhari baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-9-2016 07:28 PM
ALLAAHUMMAGHFIRLAHU WARHAMHU WA'AAFIHII WA'FU ANHU WA AKRIM NUZU LAHU WA WASSI' MADKHOLAHU WAGHSIL ...

Aamiin Ya Rabb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 07:52 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-9-2016 10:28 PM

Dr. Haron Din seorang guru yang teliti - KP Jakim17 September 2016 3:48 PM
Jenazah Haron Din selamat dikebumikan
17 September 2016 9:42 AM






FB Tuan Guru Haron Din (Official)



























































PUTRAJAYA 17 Sept.- DOA...Umat Islam beramai-ramai menunaikan solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang diimamkan Timbalan Imam Besar Ustaz Ehsan Mohd Hosni di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.-BERNAMA
PUTRAJAYA 17 Sept. - Allahyarham Datuk Dr. Haron Din adalah seorang guru yang teliti dalam mendidik anak-anak muridnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Katanya, beliau masih ingat kata-kata Dr Haron, dekan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ketika beliau (Othman) mengikuti pengajian dalam bidang syariah di universiti itu.

"Katanya jika kita membicarakan soal aqidah, tidak boleh dalam nada tinggi atau gelak ketawa. Nada perlu serius, rendah serta tidak boleh gopoh dan sentiasa tenang," katanya kepada pemberita selepas menyertai solat jenazah ghaib Dr Haron di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.

Kira-kira 500 jemaah menunaikan solat itu yang diimamkan oleh Timbalan Imam Besar MTMZA Ustaz Ehsan Mohd Hosni, selepas Solat Zohor.
Othman berkata, negara kehilangan seorang tokoh agama yang banyak berjasa terutamanya dalam membantu Bank Negara Malaysia membangunkan bidang perbankan Islam.

"Allahyarham juga mengetuai kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang menentukan hala tuju program untuk memastikan gerakan dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menyatu-padukan umat Islam," katanya.
Beliau berkata, Mursyidul Am PAS itu juga mempunyai ilmu yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti feqah, tauhid dan kemasyarakatan.
Allahyarham Dr Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat pada 8.57 pagi tadi (waktu Malaysia).
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.-BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/dr-haron-din-seorang-guru-yang-teliti-kp-jakim-1.384111#sthash.6WaWkDDA.dpuf





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 07:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 07:55 PM | Show all posts
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
17 September 2016 6:00 PM

AWANG turut bersedih atas kembalinya Datuk Dr. Haron Din ke rahmatullah semalam ketika menjalani rawatan jantung di Amerika Syarikat. Walaupun memegang jawatan Mursyidul Am Pas yang sudah pastinya wujud perbezaan pandangan dan pendapat dengan parti kerajaan, namun Awang melihat Allahyarham sebagai seorang ulama sejati.
Ini memandangkan sementara perjuangan Islam Pas menjadi agenda Allahyarham, dalam masa sama beliau juga seorang tok guru dan tokoh perubatan Islam. Allahyarham meninggalkan jasa yang besar kepada umat Islam melalui penubuhan pusat perubatan Islam Darussyifa’.
Meneliti perjalanan politik Allahyarham, tidak pernah sekali pun kita mendengar Allahyarham mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan sesama Islam. Malah Allahyarham sering mengingatkan tentang -ba-hayanya perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Allahyarham ialah seorang pemimpin yang amat berse-derhana, begitu menjaga adab dan tertib dalam apa jua tindakannya. Oleh itu, Awang amat berharap agar ketokohan, kewibawaan dan semangat Allahyarham yang mahu melihat umat Islam di negara ini tidak berbalah akan dicontohi oleh semua pe-mimpin parti politik di negara ini khususnya pemimpin dan ahli-ahli Pas.
AWANG – Al-Fatihah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.PNCBgor9.dpuf


Disegani dan dihormati  lawan serta kawan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2016 08:02 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-9-2016 08:05 PM

TEPAT pukul 10.10 pagi semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, kembali ke rahmatullah ketika menjalani rawatan jantung di Hospital Standford University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja satu kehilangan besar kepada parti tersebut tetapi umat Islam Malaysia secara keseluruhannya. Walaupun berjuang bersama Pas namun Allahyarham yang dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor, Mali Kangar, Perlis adalah ulama sejati.

Perbezaan politik sama sekali tidak pernah menjadi halangan untuk Allahyarham sentiasa berusaha bagi menyatukan umat Islam dalam menegakkan perjuangan Islam. Allahyarham bukan sahaja aktif dalam politik tetapi juga adalah tokoh perubatan Islam dan ulama yang cukup disegani. Atas sebab itulah, pemergian Allahyarham bukan sahaja amat dirasai oleh pemimpin, ahli dan penyokong Pas tetapi seluruh umat Islam di negara ini.

Sepanjang membuat liputan perjuangan politik Pas sejak awal 1990-an, tidak pernah penulis melihat Allahyarham membuat kenyataan atau me-lakukan tindakan politik yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Bagi penulis, Allahyarham adalah ulama yang benar-benar mahu menjadikan politik sebagai platform bagi menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia. Justeru, Allahyarham sentiasa berhati-hati dalam sebarang kenyataan atau ucapannya ke-rana tidak mahu umat Islam terus berpecah-belah.

“Saya menyeru ahli Pas jangan menyerang sesiapa, sama juga saya menyeru kepada bukan Pas supaya tidak menyerang Pas. Kenalilah siapa musuh kita yang sebenar dan kenalilah kawan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Berpada-padalah menya-yangi kawan kamu, mungkin satu hari dia akan menjadi musuh kamu dan berpada-padalah membenci musuh kamu kerana mungkin satu hari dia berubah menjadi kekasih kamu.”

Beberapa rakan dalam Pas pernah memberitahu, Allahyarham amat tidak menyenangi perbuatan mana-mana pe-mimpin parti tersebut yang tidak menjaga adab Islam ketika berpolitik termasuk memaki hamun lawan politik mereka.

Allahyarham berkata: “Dalam bermusuhan, me-nyerang dengan kata-kata yang tidak sepatutnya bukan daripada akhlak Islam tetapi menasihati apa sahaja yang boleh membawa kebaikan adalah ajaran Islam. Jauhilah fitnah kerana akibatnya kamu tidak dapat menanggung balasannya.”
Allahyarham yang berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Ain Shams, Kaherah dan pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1977 hingga 1985 dilihat sentiasa bercakap dan menyatakan pendirian berdasarkan prinsip mencari keredaan Allah.


Walaupun ada ketikanya pendirian Allahyarham dalam soal politik khusus-nya berkaitan kerjasama dalam pakatan pembangkang tidak disenangi namun Allahyarham tidak pernah berundur walaupun setapak daripada pendirian tegasnya terutama bagi mempertahankan prinsip perjuangan Pas. Allahyarham menegaskan: “Kita berpolitik kerana mencari keredaan Allah, jawatan bukan matlamat, yang memegang jawatan adalah yang memegang amanah.”
Disebabkan pendirian itulah, Allahyarham pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008 di Perlis.

Allahyarham menyifatkan tindakan beberapa pemimpin Pas keluar daripada parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai meninggalkan perjuangan Islam. Atas prinsip ini jugalah Allahyarham sentiasa tegas dan berani mempertahankan pendirian Pas bagi melaksanakan hukum hudud khususnya dalam berhadapan dengan DAP.

“Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang,” tegas Allahyarham ketika Pas diasak oleh DAP supaya tidak berjuang untuk melaksanakan hukum hudud.

Satu lagi fakta menarik mengenai Allahyarham yang me-nyertai Pas sejak 1974 ialah sentiasa menyatakan yang benar walaupun pahit biarpun ada sesetengah pihak menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menguntungkan politik Pas.

Di bawah kepemimpinan beliaulah, Dewan Ulama Pas membuat keputusan meminta parti itu mengkaji semula tahaluf siyasi dengan DAP yang dilihat sejak dulu menentang -perjuangan Islam Pas.

Bagi umat Islam, pemergian Allahyarham bermakna mereka bukan sahaja kehilangan seorang tokoh yang disegani dan dihormati, malah seorang tok guru yang sepanjang hayat mengabdikan diri untuk me-nyampaikan ilmu-ilmu Allah melalui ceramah dan kuliah agama. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Allahyarham menubuhkan pusat perubatan Islam yang memberi manfaat kepada jutaan umat Islam Malaysia. Allahyarham ialah -pengasas Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).

Pada Mac tahun lalu, Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am Pas bagi menggantikan Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari akibat kanser prostat.

Kini Pas sekali lagi kehilangan Mursyidul Amnya manakala umat Islam kehilangan seorang ulama berwibawa, namun semangat perjuangan, titisan pengorbanan dan ilmu yang disampaikan oleh Allahyarham pasti akan kekal sehingga akhir hayat.

Semoga Allah mengurniakan keampunan, kerahmatan dan nikmat syurga yang kekal abadi kepada Allahyarham. - AL FATIHAH.

rujukan :
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.wOfzRwGS.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 08:12 PM | Show all posts
semoga  beliau mendapat ganjaran yang berterusan melalui amal jariahnya , jihadnya dalam dakwah , menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak anak yang soleh...


moga manfaat dan sumbangannya diberkati ...


bless  him.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2016 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-9-2016 08:12 PM
semoga  beliau mendapat ganjaran yang berterusan melalui amal jariahnya , jihadnya dalam dakwah , me ...

Insya'allah. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-9-2016 08:12 PM
semoga  beliau mendapat ganjaran yang berterusan melalui amal jariahnya , jihadnya dalam dakwah , me ...

Insya Allah . Amin~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 09:38 PM | Show all posts

i must say - he is the one i memang  respect dalam siasah  yg beradab , berprinsip dan position yg beliau ambil dalam kes  Dr nasha dan konflik dalaman PAS.

i memang respect this gentleman for his principle, SALUTE!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 09:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 10:05 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-9-2016 10:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 10:14 PM | Show all posts
Cucunda Dr  Harun Din mengimamkan solat jenazah ghaib

https://youtu.be/9RkoPNJ5dSc?t=247


okay - bolehlah buat revision pada siapa yg  nak improve pengetahuan tentang solat jenazah dan apa beza dengan solat yang lain.

ada kan dalam silibus pendidikan Islam?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 10:17 PM | Show all posts
ibrahnya pada saya ialah

pentingnya ilmu yg bermanfaat...memanfaatkan semua umat manusia / Muhammad SAW

kita lihat sendiri yg manusia yg selfless...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 10:40 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR 17 Sept.- Jenazah tokoh ulama, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS).


Menerusi catatan di akaun Facebook Tuan Guru Haron Din (Offical) anak Allahyarham, Dr. Huda Haron memaklumkan jenazah Allahyarham dikebumikan pada pukul 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia).


“Alhamdulillah. Tanpa rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan-insan yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima kasih dari kami sekeluarga,” catat Dr. Huda dalam Facebook tersebut.

Menerusi catatan tersebut, Dr Huda memaklumkan jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Masjid An Noor, Santa Clara dan solat jenazah dilaksanakan di i Masjid Muslim Community Association selepas solat Jumaat. Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore pada pukul 4.20 petang (7.20 pagi waktu Malaysia).


“Ramai jemaah masha-Allah...jemaah solat Jumaat  3 lapis (kami sesi kedua. Alhamdulillah,” katanya

Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi semalam waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, AS akibat komplikasi jantung. Allahyarham dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan berkaitan masalah jantung yang dihidapinya.-UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.XNGeMVpY.dpuf


http://www.utusan.com.my/berita/ ... ikebumikan-1.383790

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2016 10:49 PM | Show all posts
5,000 hadir solat jenazah ghaib untuk Haron Din


FAZRINA AYU RADUIAN  |  17 September 2016 10:34 AM


SHAH ALAM 17 Sept. - Suasana sedih menyelubungi dewan solat utama apabila Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya membacakan doa sehingga sebak di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.
Solat jenazah ghaib yang bermula pada 9.25 pagi itu kemudiannya disertai semua hadirin dan diimamkan oleh cucu Haron, Hakeem Hamdi,17.
Yang turut hadir solat jenazah ghaib itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung di Hos-pi-tal Universiti Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.
Allahyarham yang ditemani beberapa ahli keluarganya bertolak ke San Francisco pada 10 September lalu sebelum dima-sukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Khadijah Salleh, 70, serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.-UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.o4156X0M.dpuf








Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pulang ke pangkuan Penciptamu
Selamat berehat di negeri abadi..
Moga segala ilmu/perkongsian yg ditinggalkn menjadi asbab yg memudahkn segala urusan TGDDHD di alam barzakh..
Al Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-9-2016 09:38 PM
i must say - he is the one i memang  respect dalam siasah  yg beradab , berprinsip dan position yg ...

May Allahyarham’s soul be blessed abundantly by Allah .

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 11:28 PM | Show all posts
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 sehingga 1976, menjadi timbalan dekan pada tahun 1977 hinga 1985 dan menggalas tugas sebagai Profesor pada tahun 1986 sehinggalah bersara.

Beliau juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah untuk CIMB, Bank Negara dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa untuk Negeri perlis dan Selangor.

Ketinggian ilmu beliau dalam bidang agama membantu menyelesaikan banyak masalah ummah sehingga diiktiraf dan dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1977.

Selain dari itu beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia dan banyak lagi. Terlalu banyak untuk kami senaraikan.

Beliau juga banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dengan menghasilkan buku-buku berkaitan pengajian islam, perubatan islam dan permasalahan fiqah semasa termasuk buku teks untuk Sekolah Menengah berjudul Obor Islam bermula dari siri 1 sehingga siri 5.

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga sangat aktif dalam aktiviti pengajian agama. Contohnya seperti memberi bimbingan kursus haji, memberi ceramah di kediaman YB Menteri Besar Selangor untuk kaki tangan kerajaan, mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam di Radion Televisyen Malaysia dan banyak lagi.

Terlalu banyak sumbangan beliau dan jasa pada negara khasnya buat umat islam di seluruh Malaysia. Panjang jika ingin kami huraikan satu persatu, tidak terhitung jumlah kebajikan yang telah beliau lakukan terutama dalam menyelesaikan masalah ummah.

Source : BiografiHaronDin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062758 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list