CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1810|Reply: 0

Ulama kahwin budak 6 tahun

[Copy link]
Post time 18-9-2016 05:21 AM | Show all posts |Read mode
Ulama Afghan kahwin budak 6 tahun ditahan


GAMBAR hiasan. - Foto ihsan Perth Now
KABUL: Seorang ulama tua Afghanistan ditangkap selepas berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun - kes terbaharu peningkatan jumlah perkahwinan kanak-kanak di negara yang bergolak itu.

Mohammad Karim yang dikatakan berusia sekitar 60 tahun, ditahan di wilayah Ghor dan mendakwa gadis itu adalah sebagai "persembahan agama" daripada ibu bapanya.

Sebaliknya, keluarga gadis itu yang dikatakan terkejut, menyatakan gadis itu diculik dari wilayah Herat barat, bersempadan dengan Iran.

"Gadis ini tidak bercakap, sebaliknya hanya berulang kali berkata satu perkara: 'Saya takut dengan lelaki ini'," kata ketua jabatan hal ehwal wanita, Masoom Anwari, di Ghor.

Gadis itu kini berada di pusat perlindungan wanita di Ghor dan ibu bapanya dalam perjalanan ke wilayah berkenaan, kata pejabat gabenor tempatan.

"Karim kini dipenjarakan dan siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap gabenor, Abdul Hai Khatibi. Dia ditahan hanya beberapa hari selepas seorang gadis berusia 14 tahun yang hamil dibakar keluarga mentuanya hingga mati di Ghor, dalam satu lagi kes mengejutkan di Afghanistan. - AFP


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178393?m=1




naseb baik nabi tak hidup zaman nie.....   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051824 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list