Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
52951
View
433
Reply

Farisha Irwayu #391 #400

[Copy link]

Author: barfi       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-9-2016 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by barfi at 12-5-2019 12:57 PM

KUALA LUMPUR – PELAKON terkenal era 1990-an, Farisha Irwayu Ghali menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya perampas selain menghancurkan rumah tangga pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian sebelum ini, timbul kenyataan Tuan Asmawi ingin menyunting aktres itu menjadi isterinya selepas proses penceraian beliau dengan isterinya selesai.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi dalam masyarakat bahawa konon Farisha adalah punca kepada keretakan rumah tangga ustaz berkenaan.

Menjawab tuduhan perampas, Farisha menjelaskan dirinya hadir ketika saat Tuan Asmawi sudah pun mengalami masalah rumah tangga dan dia bukanlah seperti yang diperkatakan kini.


“Biasalah persepsi masyarakat kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Itu tanggapan masing-masing tapi keadaan yang sebenarnya hanya kita berdua sahaja yang tahu.

“Saya hadir dalam kehidupan ustaz pun setelah dia ada masalah dalam rumah tangga, nak kata perampas, bukan kot, tak mungkin,” katanya kepadaMynewshub di sini semalam.

Menceritakan perkenalan mereka, Farisha berkata, dia mula mengenali Tuan Asmawi sejak tujuh tahun lalu dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laman sosial Facebook.

“Saya tengah single, tiada sesiapa, jadi ustaz terus terang cakap yang dia berniat nak jadikan saya isteri.

“Lepas tu, saya cakap ustaz jangan main-main nanti ustazah (isteri Tuan Asmawi) marah sebab saya tahu dia ada isteri, dia ada anak.

“Walaupun saya kawan dengan dia di laman sosial tapi saya memang tiada hati dengan dia langsung, takde apa-apa perasaan sebab tengok kawan-kawanhappy dah.

“Di situlah dia mula bercerita apa masalah dia semua, saya cakap ok.

“Niat dia pun murni untuk memperisterikan saya, saya kata why not. Dia kata kalau dah selesai (penceraian), dia nak nikah,” jelasnya lagi


FARISHA IRWAYU DAN BAKAL SUAMI, TUAN ASMAWI TUAN UMAR.

Sementara itu, Tuan Asmawi turut mempertahankan bakal isterinya itu bukanlah perampas seperti mana yang didakwa.

Beliau juga menyatakan perkara yang sama iaitu Farisha hanya muncul dalam hidupnya selepas mula berhadapan krisis rumah tangga.

Tuan Asmawi menyifatkan perkahwinannya sebelum ini tidak lagi dapat dipertahankan memandangkan sudah tiada persefahaman di antara beliau dan isterinya.

“Ada juga yang mengatakan Farisha adalah perampas kebahagiaan keluarga saya disebabkan proses penceraian pun belum berlaku.

“Farisha bukan perampas sebenarnya, saya yang cari dia. Dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kepada saya dan keluarga sebelum ini,” kata Tuan Asmawi.


Mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan Farisha sebaik proses penceraiannya berakhir, Tuan Asmawi memohon titipan doa yang terbaik buat dirinya dan Farisha daripada anggota masyarakat.

Tuan Asmawi merupakan seorang penceramah bebas yang juga penyampai suara latar profesional, konsultan produksi televisyen dan radio, selain menubuhkan Pusat Perubatan Alternatif Baitul-wa-fi.

Farisha pula agak popular sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD, seangkatan dengan nama-nama seperti Liza Abdullah, Maria Farida dan Noniswara.


Beliau juga masih aktif berlakon, antaranya dalam drama Cucu Bentong, Cik Bunga Encik Sombong dan Nenek Ranggi.

Aktres itu memiliki dua anak masing-masing berusia 27 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 20-9-2016 10:46 AM | Show all posts
alamak. kena google lebih sapa farisya ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:48 AM | Show all posts
dah google and mcm penah nampak tapi tak rasa dia ni terkenal
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
orsay1 replied at 20-9-2016 10:46 AM
alamak. kena google lebih sapa farisya ni

Akak @sepitsiput pasti kenal pompuan ni. Mohon masuk mengadap  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:50 AM | Show all posts
orsay1 replied at 20-9-2016 10:48 AM
dah google and mcm penah nampak tapi tak rasa dia ni terkenal

Pelakon spektra thn 90an dulu.. Agak tkenal time zaman2 u. Uols ni mesti muda lg. x kenal artis spektra.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:50 AM | Show all posts
etonjelita replied at 20-9-2016 10:50 AM
Pelakon spektra thn 90an dulu.. Agak tkenal time zaman2 u. Uols ni mesti muda lg. x kenal artis sp ...

spektra rmt uols. iols kureng layan drama rtm
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
etonjelita replied at 20-9-2016 10:50 AM
Pelakon spektra thn 90an dulu.. Agak tkenal time zaman2 u. Uols ni mesti muda lg. x kenal artis sp ...

Iols pun baru 25. Tapi kenal je acik farisya ni.. selalu tengok dia drama rtm bila iols pulang dari sekolah  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:51 AM | Show all posts
barfi replied at 20-9-2016 10:48 AM
Akak @sepitsiput pasti kenal pompuan ni. Mohon masuk mengadap

ko jangannnnn nnt akak sepit leh buat review drama drama dia nanti haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:51 AM | Show all posts
barfi replied at 20-9-2016 10:48 AM
Akak @sepitsiput pasti kenal pompuan ni. Mohon masuk mengadap

ko jangannnnn nnt akak sepit leh buat review drama drama dia nanti haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahai ade yg xkenal ke farisha ni? Sedehhhhnya  

Meols yg taraf masih bbnu ni pn kenal sheols. Femes zaman spektra dulu2. Paling meols ingat sheols blakon dgn hakak ogy dlm drama spektra Ros Anita
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:53 AM | Show all posts
orsay1 replied at 20-9-2016 10:48 AM
dah google and mcm penah nampak tapi tak rasa dia ni terkenal

ini zaman-zaman spektra dulu memang popular. kalau tak kenal maksud nya tak pernah tengok ros anita...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
orsay1 replied at 20-9-2016 10:50 AM
spektra rmt uols. iols kureng layan drama rtm

Iols pun lupa spektra under rtm. Time muda2 mmg rajin melayan drama. Smp tbawak2 skrg. Slot akasia la. Cerekarama la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Yo lah acik oii. Mesti ustaz tu kutuk2 bini dia dekat acik kan..and acik pun mengangguk mengiyakan ja. As long as acik tak keluar statement 'siapa surug tak pandai jaga laki' then ikut suka hati acik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:55 AM | Show all posts
ayat coverina..... kenal lepas cerai kunun.... ceh....
semua perampas cakap camtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:55 AM | Show all posts
barfi replied at 20-9-2016 10:51 AM
Iols pun baru 25. Tapi kenal je acik farisya ni.. selalu tengok dia drama rtm bila iols pulang dar ...

Baru berlakon jd mak bella dally tu. Citer apa lupa dh. Watak dia pakai tudung bawal je. Kadang2 nmpk selekeh je tudung tu. Tp ttp maintain jelita. Body pun wow..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:57 AM | Show all posts
time spektra dulu, mmg cun farisya ni.... tapi kenapa la muka sekarang macam dah pelik sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:00 AM | Show all posts
cm penah tgk makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:01 AM | Show all posts

dia ada cucuk2 kt muka dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:02 AM | Show all posts
baru2 ni die ade berlakon balik

citer  'waris kasih' kt tv9, yg jadik kaklong tu
dgn citer 'cinta 11 syarat' kt astro prima/maya, jadi mak bella daly
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list