View: 1883|Reply: 6
|
Amaran Angin Kencang Barat Daya, Ombak Besar- MetMalaysia
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.met.gov.my
Bagi golongan nelayan yang memiliki bot kecil di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu perlu ambil perhatian.
Ini kerana pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan ribut petir menyeluruh dengan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter.
Selain itu, keadaan yang sama berlaku di Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak, Labuan serta dan Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.
Mengikut laman web jabatan itu yang dikemas kini setakat jam 5.30 pagi ini, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, hingga hari ini.
"Untuk perkapalan, amaran angin kencang dan lautan bergelora kategori pertama, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut."
Jabatan itu melaporkan ribut petir di perairan Kuching, Condore, Layang-Layang, Reef North, Reef South, Labuan, Palawan dan Sulu juga dijangka berterusan hingga pagi ini.- CARI
sumber info: www.met.gov.my |
|
|
|
|
|
|
|
Omai..pagi ni hujan je.harap xde ribut teruk ler.lakiku naik moto je pi keja |
|
|
|
|
|
|
|
kat tmpt akak, hujan je lebat skejap..skrg cerah, ribut takde pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi semalam ribut..pagi ni yg cerah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la tiap ptg hujan,harini pulak redup2 mendung jah. Nak keluar jalan tgkap pokemon pon xdpt |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini panas terik beberapa hari |
|
|
|
|
|
|
|
gigih ronda2 pokemon
|
|
|
|
|
|
|
| |
|