Aroma Ikan Bakar yang terletak di Kuala Selangor adalah satu tempat makan yang tidak asing lagi dikalangan penggemar makanan laut sekitar Selangor.
Di restoran ini siap ada gazebo/pergola bamboo yang membuatkan pengunjung merasa lebih santai tapi dikenakan bayaran. Jadi siapa nak makan bersila pun boleh, hanya dengan bayaran RM20 (untuk 10 orang ++).
Selain ikan bakar, antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Udang Galah Bercili, Ikan Kerapu masak 3 rasa,Sotong Goreng Tepung, Siakap Stim dan tidak lupa Ketam Bercili.
Kredit foto :enux.net
Bagi sesiapa yang berhajat nak bawa keluarga datang makan ramai-ramai disini, eloklah buat tempahan awal dulu. Kalau pergi tanpa tempahan mungkin agak sukar untuk dapatkan tempat duduk lebih-lebih lagi dimalam minggu, memang orang tersangat ramai.
Alamat:
Restoran Aroma Ikan Bakar
Jalan Jati, Pantai Jeram
45800 Jeram
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 019-208 4452 / 017-316 3117
Memang berbaloi makan di Aroma Ikan Bakar ini kerana banyak pilihan makanan laut yang segar, harga pun sangat berpatutan. - CARI
ada jg kadang2 gi mkn kat sini. sedap jg masakannya. tapi kalau prg weekdays je la.
malas nak gi weekends. ramai org. nak pilih lauk pun beratur panjang.
tp yg bestnya walaupun rmi org, x de la lama sngt nak tunggu order kita smpi.
harganya pun blh tahan murah jg la
Aku kalau nk makan seafood mmg pegi sini je..not bad la..seafood die fresh..dekat je dgn jeti..dulu kalau teringin seafood, gigih la pegi sampai ke port klang..da la jauh..tak bape sedap kt tekak aku ni
dulu pernah pergi aroma ni dgn restoran ikan bakar ygsebelah aroma ni.sy lebih prefer restoran ikan bakar sebelah aroma ni.pernah pergi aroma ikan bakar dia hanyir,tak cuci bersih ke apa
tu la, biasa je rasa dia. Ada lagi kedai yg lg sedap dari diaorang. Kalau area Kuala Selangor kta penah try kedai nie dgn 2 lagi kedai kawasan berlainan tapi dalam kuala selangor la. Lepas pegi Aroma nie, terus tobat xnak pegi, nk tunggu meja mmg lama, masa kta pegi tu mmg servis lambat sgt.. 1st and last..
for my liking sedap
suka duk makan yang ngadap laut tu yang macam saung tuh
tapi kadang- kadang makan gak sebelah dalam(yang bersila)
Kak Senah org Kg uols haruslah bersila
Menu pilihan iols , sotong celup tepung dia sebab best sotong dia besaq2
[img][/img]
pastu kalian ikan masin/ iols panggil cutie salad(lupa plak nama penuh)