CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33196|Reply: 142

Misteri katil Anuar Zain roboh di malam pernikahan Ziana Zain

  [Copy link]
Post time 24-9-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“PEMINAT AWAK NI 'GILA' EK?” — 10,000 Lautan Manusia Berkumpul di Hadapan Rumahnya!

Anda juga pasti terperanjat jika 10,000 MANUSIA setia menunggu dan tidak berganjak dari depan rumah anda... SEPERTI LAUTAN!


Oleh: Huda Hussain
huda_hussain@astro.com.my


Sumber foto: Ziana Zain


PERKAHWINAN sensasi paling ramai menerima undangan hingga 10,000 hadirin membanjiri majlisnya! Penyatuan hidup penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain dan pasangannya, Armin Zaharin telah memahat sejarah besar.

Dua buah lori tambahan yang membawa nasi minyak dan lauk-pauk ditambah untuk menjamu tetamu yang hadir. Memilih rumah sendiri sebagai lokasi mengadakan majlis perkahwinan kerana ia disifatkan sebagai mahu merasai kemeriahan suasana. Terbukti kemeriahan lautan manusia yang membanjiri majlis perkahwinan ini turut sama mendoakan kesejahteraan perkahwinan Ziana dan Armin yang kini masuk 17 tahun. Utuhnya jodoh mereka!


Majlis Perkahwinan
Busana Pernikahan & Perkahwinan Rekaan: Rizalman Ibrahim
Solekan & Dandanan: Zulfazli Suhadi
Wang Hantaran: RM10,000
Mas Kahwin: RM80


Kongsikan bersama kami, apakah konsep majlis perkahwinan Ziana?
Jujurnya, daripada segi konsep, tiada yang benar- benar khusus, malah ketika itu trend konsep atau tema perkahwinan belum popular. Cuma tema warna yang saya tekankan. Pilihan rona hijau zamrud adalah warna kegemaran saya. Boleh dikatakan semuanya serba hijau, baik daripada baju, bunga telur, hiasan di dalam kamar pengantin semuanya bertemakan dua hingga tiga ton hijau warna senada.





Kenangan yang Ziana tidak dapat lupakan sepanjang majlis berlangsung? Masih ingat?
Selepas selesai majlis persandingan, selama tiga hari tiga malam saya dan suami tidak keluar rumah. Makan di tingkat atas dan kalau mahu keluar sekalipun, saya dan suami hanya mengambil angin di balkoni dan perlu menutup lampu. Jika tidak, peminat akan datang dan meminta saya turun hanya semata-mata mahu mengambil gambar.

Selain itu, kenangan yang saya tidak boleh lupakan adalah tidak berpeluang makan beradab pada hari persandingan kerana terlalu ramai yang bersesak-sesak mahu mengambil gambar, hahaha.




Baik yang berdiri di hadapan, mahupun di belakang meja makan beradab, semuanya berpusu-pusu dan berasak-asak. Kerlipan cahaya kamera melatari pemandangan saya dengan lautan manusia. Peminat yang datang di luar jangkaan, sehinggakan spiral curl dandanan Zulfazli kembali jadi lurus dek kerana ramai yang bertolak-tolak mahu mengambil gambar, haha.

Suami berkata kepada saya, “Peminat awak ni gila ek?” Hahaha... Malah secara peribadi saya tidak menjangkakan akan menerima kunjungan peminat yang terlalu ramai sehingga trafik sesak dan orang tidak berhenti datang. Umpama mahu menonton konsertlah! Pihak MBSA bermurah hati menaja air minuman untuk tetamu. Pihak polis juga menjaga laluan trafik yang saya anggarkan kesesakannya cukup luar biasa.


Sumber foto: Ziana Zain — 10,000 peminat Ziana Zain membajiri perkarangan rumah keluarganya di Seksyen 19, Shah Alam.

Bukan setakat itu sahaja, katil di bilik adik saya, Anuar Zain pun roboh! Hahaha... Entah siapalah agaknya yang punya angkara, hihi. Cawan-cawan dari caterer juga banyak yang hilang sehingga pening Abah mahu menjawab dengan caterer. Selain itu, gelas-gelas kristal yang saya beli sewaktu bekerja dengan MAS di London juga hilang. Ada yang mengambilnya sebagai tanda kenang-kenangan menghadiri majlis perkahwinan saya agaknya... hahaha.

Dek kerana terlalu ramai peminat yang datang, ada juga rakan-rakan saya tidak dapat makan kerana nasi dan lauk-pauk sudah habis. Mereka datang dan melihat saya dari jauh lantas pulang dan makan KFC sahaja. Geli hati juga apabila dikenang-kenang kembali kisah itu.

Sejak upacara akad nikah lagi, memandangkan ramai yang datang sehingga suasana jadi terlalu bising dan saya tidak dengar apa kata tuk kadi, rupa-rupanya saya sudah sah menjadi isteri orang! Tahu-tahu sahaja mahu sarung cincin dan menjalankan adat membatalkan air sembahyang juga bersalaman dengan suami. Lucu dik!




Berapa lama Ziana melakukan persiapan?
Kami bertunang tanggal 14.12.1997. Pihak lelaki memberi masa kepada keluarga saya selama empat bulan untuk melakukan persiapan. Sepanjang tempoh itulah saya bersama adik-beradik dan yang lain-lain, membeli itu dan ini. Ketika itu tiada perancang perkahwinan yang khusus, sekadar saya bersama ibu bapa yang melakukan persiapan.

Lucunya, sehari sebelum majlis akad nikah, pada sebelah petangnya saya ditemani adik ke Jalan TAR membeli karpet dek kerana tidak berkenan dengan warna dan corak karpet yang dibeli Abah. Berkongsi cerita mengenai soal beli bunga pula, mahu dijadikan cerita, selepas saya membeli bunga telur rona hijau lembut, ia tiba-tiba menjadi satu trend. Khabarnya bunga telur warna hijau lembut habis licin di semua kedai-kedai bunga, haha.



Sumber foto: Ziana Zain — Disebabkan baju perkahwinan Zaina Zain rona hijau zamrud ia menjadi akar tradisi pada ketika dahulu.

Pernah berselisih faham dengan Armin menjelang majlis? Ada berlaku dramakah?
Kami cuma berjumpa sekali sebulan. Itu pun Armin yang datang ke rumah dan Abah tidak mengizinkan kami keluar berdua kerana walaupun sudah bertunang, ia bukan dianggap ‘lesen’ untuk membawa anak dara orang ke sana sini. Malah suami juga sentiasa mendengar pesanan neneknya. Tidak manis membawa anak dara orang tanpa ikatan yang sah di sisi agama. Maka, tidak timbul isu bergaduh atau salah faham sepanjang tempoh itu.




Sumber foto: Ziana Zain  


Jika Ziana diberi pilihan untuk mengubah satu perkara dalam majlis perkahwinan, apakah agaknya perkara tersebut?
Pada pandangan saya, jika boleh ditukar sekalipun pasti suasana dan lautan manusia itu akan sama keadaannya... hahaha. Dan jika boleh sekalipun, saya ingin merasa kemanisan makan beradab kerana tidak berpeluang menikmatinya. Makan pun sedikit sahaja, kemudian ibu saudara dan ahli keluarga yang lain meminta saya masuk ke rumah dan naik ke tingkat atas.

Waktu itu feeling seperti Princess Diana pula, melambai peminat sambil memberi ucapan dari jauh... keh keh. Lucu apabila dikenang semula momen itu.





Sumber foto: Ziana Zain — Tampil anggun dengan menggayakan busana moden di acara memotong kek.  

Sejauh mana Ziana mengikut atau mengamalkan petua dan pantang-larang orang tua-tua sebelum berkahwin?
Segala ritual dan petua orang tua-tua saya ikut, baik daripada segi penjagaan kecantikan diri dan pantang-larang. Sebulan sebelum majlis, saya amalkan mandi lulur untuk naikkan seri selain bercukur dan sebagainya. Daripada segi pantang- larang pula, saya dan suami berjumpa sebulan sekali sahaja. Itu pun Abah tetapkan syarat jika mahu berjumpa, harus datang ke rumah.

Begitu juga dengan nenek suami yang selalu berpesan jangan sesuka hati bawa anak dara orang ke hulu ke hilir, selalu beringat menjaga maruah. Malah saya melihat daripada satu sudut lain, hmm, ada kemanisannya. Ia membangkitkan keterujaan kepada pasangan pengantin. Rasa berdebar-debar menanti detik bakal disatukan. Itulah relevannya pantang-larang orang tua-tua. Ternyata di sebalik ketegasan, terserlah kemanisannya.




Tips Ziana kekalkan keharmonian rumahtangga hingga kini?
Hidup dalam alam rumahtangga banyak cabarannya. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bertolak-ansur. Malah kita juga perlu faham, antara suami dan isteri kita dibesarkan dalam keadaan serta budaya yang berbeza. Banyakkan bersabar dan harus sering berkomunikasi dengan pasangan. Insya-Allah, jodoh kita pasti diberkati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan sebab ini la jugak, abang azwana menjadi bengkang bengkok -maap triple post terenter banyak kali plak-
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cover majalah urtv ke apetah, gambar kak jena lambai2 peminat dr balcony rumah.

Dan iols percaya persiapan kawen kak jena byk abah dia yg buat. Sbb  byk kali terserempak abah sheols beli bunga utk gubah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang legend wedding ZZ masa tu..walau takde tajaan juta2 macam sekarang
Masa majlis kawin ni jugakla mama juwie sentap dengan armin kan? Sebab dilayan acuh tak acuh kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:43 PM | Show all posts
Kelakar baca tulisan wartawan ni

Ada perkataan hihi, hahaha, keh keh bagai...

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 24-9-2016 04:33 PM
Dan sebab ini la jugak, abang azwana menjadi bengkang bengkok  -maap triple post terenter banyak k ...

Ko pny bengkang bengkok smpi 3x post...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols je ke tak nampak gambar?

Tapi gigih juga la baca setiap perkataan report neh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:49 PM | Show all posts
aku & famili dapat jemputan kahwin zz ni..masa tu aku sek men lg..sedara jauh..aku tak kenal tp makpak sedara aku kenal la.. kami antara yg awal sampai..sempatla masuk rumah dia sebelum kena halau dengan salah sorang makcik zz kekonon nak bg laluan program melodi..bengang je ngan makcik tu..sekali dengan dia2 pun kena halau..hehe!

mmg meriah kenduri kahwin zz..tp pengantin mmg muka cam taik la sebab ramai giler kot org yg datang..monyok je muka zz ..dah ko pi jemput peminat sekali datang kenduri kat rumah..makan free lg tu..artis hot lg..mmg mengundang la kan?

tp yg bestnya aku & kakak aku antara yg first nampak bam nuar jeng & cecepat tarik dia utk bergambar..masa tu dia tak berapa glamer sgt & masih nampak suci.. pas kitrg bergambar je terus berduyun2 peminat lain dok amik gambar dgn bang nuar..yela nak amik gambar dgn zz..dia dok terperuk je dalam bilik tak kuar2...sombong kot dia masa tu...ntahla..stress kot ramai sgt org..

pas majlis tu kitrg dgr2 juga yg kak zz ni tension tak kuar bilik..siap pecah2 kan pinggan lagi...huhu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2016 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 24-9-2016 04:39 PM
Teringat cover majalah urtv ke apetah, gambar kak jena lambai2 peminat dr balcony rumah.  

Dan  ...

Dengan baju pengantin kaler hijau kan. Melekat sungguh view tu dalam kepala.

Respect Pak Zain gigih buat kenduri kat rumah walaupun anak superstar waktu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Meriah khennnn  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
apapun selamanya takde siapa boleh lawan diva ziana zain. prempuan tulen ke, lelaki sejati ke.. nyah ke .. rata2 suka diva sorang ni. drag pun ramai org plih jd sheols.. di mana2 pusat koroke ke lagu2 sheols wajib jadi pilihan org untuk nyanyi. baju mini skirt biru, bob hair tetap dlm ingatan.. poster sheols wajib iols simpan dulu.dan kaset ziana zain pun tetap ada sampai skrang . love Diva ZZ

From peminat tegar ZZ
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:05 PM | Show all posts
Meriah kau..biarpon dengan sponser air jah. Ke ade lagi yg sponser tapi tak ditulis dalam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:10 PM | Show all posts
Meriahnya kahwin ZZ
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:17 PM | Show all posts
korang nak bash i silakan tapi wedding ziana zain ni paling meletop persis wedding princess diana. minta maaf wedding siti paling i rasa kelakar sebab masa tu i rasa pelik dia amik laki org tapi kita nak celebrate .... opss
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejujur ramai dtg nk tgk siapa yg jd pak sanggup lps kes bang jib kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksyen 19 eh.. Wonder mana rumah ZZ ni dulu.. Sekarang family Pak Zain dok mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2016 05:33 PM | Show all posts
tak silap aku masa tu pak zain yang mulut ringan sangat sampai jemput semua peminat kat paper , siap bagi address lagi .. hah mendapat la ko peminat zz datang berduyun..

btw zz tak sombong penah jumpa dia lepas rakaman muzik2 masa zaman bbnu dulu.. dia sudi je ajak bergambar.. tapi PA dia yg berlagak cakap cepat la ziana ada show ngan muka kekwat .. .. tapi ziana nak bergambar ngan kitorang so dia tak berganjak.. padan muka ko PA
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 06:10 PM | Show all posts
tapi dengar citer ZZ ni jenis dia ni macam depan TV/majalah je peminat adalah segalanya tapi bila belaka...kekwat gila dengan peminat...betoi ka?..tapi ZZ ni memang antara artis memang meletup bom bam bang...sana sini nyanyi lagu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara perkahwinan retis yg paling kak teh ingat...selain ning baizura.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 24-9-2016 04:52 PM
Meriah khennnn

Ms nie aku ade kt bwh khemah nie..hehe tk dpt mkn sbb smua dh habes..pak zain siap mntk maaf..tp its ok yg pntg dpt tgk ziana zain..haha..mmg klakar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.229541 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list