View: 1975|Reply: 9
|
CEO Air Asia Ajar Cara Skim Cepat Kaya? Tony: Semua Itu Adalah Palsu!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: www.tv14.my
Ketua pegawai eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan status skim cepat kaya yang tersebar secara meluas di semua media sosial adalah daripada dirinya.
Menurut laporan akhbar The Star, baru-baru ini banyak status yang tersebar meluas di media sosial yang menyamar gambar Tony Fernandes untuk berkongsi skim cepat kaya, yakni setiap hari hanya duduk di rumah sahaja sudah boleh memperolehi keuntungan berjumlah AS$300 atau kira-kira RM1240.
Tan Sri Tony Fernandes beritahu akhbar The Star, semua itu adalah palsu.
" Sama sekali adalah palsu, saya langsung tidak menjalankan perkara berkenaan."
Air Asia mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin lalu, menyeru kepada masyarakat sekiranya ingin mengetahui kisah berhubung Air Asia atau Tony, seharusnya merujuk kepada sumber berita yang boleh dipercayai atau laporan media rasmi dari kerajaan, jangan mudah percaya status yang disebarkan di laman media sosial.
" Status tajaan iklan yang tersebar meluas di facebook itu, mereka sesuka hati quote Tony, contoh ' Mereka keluarkan kepala saya, setiap orang Malaysia kena tengok', ' Mereka ambil otak saya untuk dedahkan rahsia' dan lain-lain. "- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
selalu bahalol2 yg join scam mlm nie adalah penganut delusional yg gullible
contohnya si @tagas
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg tak nak kaya wooooo |
|
|
|
|
|
|
|
tp heran... mangsa2 mlm still survive dan masuk mlm baru.
positivnya kerugian dan desakan kewangan mendorong mangsa mnjadi lbh rajin dan kreatif mncari wang |
|
|
|
|
|
|
|
Mmng cepat kaya..aku nak cancel je ticket tp lantakla burn setelah chek cancel cas dia lgi mahai dri rege tiket..(promo)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmng cepat kaya..aku nak cancel je ticket tp lantakla burn setelah chek cancel cas dia lgi mahai dri rege tiket..(promo)
|
|
|
|
|
|
|
|
"Mereka keluarkan kepala saya, setiap orang Malaysia kena tengok', ' Mereka ambil otak saya untuk dedahkan rahsia"
TS LOO usaha lagi, banyakkan membaca tulisan bahasa Melayu supaya dapat biasakan diri dengan binaan ayat yang betul.
Mmg menyampah baca "this housewife in PJ makes Rmxxxx a year!" Scam ads berlambak kt sidebar. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah pencapaian terbaik wartawan Cari setakat ini sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Lihatlah dunia! *sambil memegang otak Tony*
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha yg ni kelakar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|