|
oleh Adib Za
Selepas dikecam secara bertubi-tubi dari kalangan netizen akibat keputusannya membuka hijab, kini pelakon Uqasha Senrose mengambil keputusan untuk berehat dalam jangka masa tertentu dari dunia lakonan.
Baru sahaja menyertai keluarga produksi MIG, Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo memaklumkan menerusi Mstar Online yang pelakon tersebut meminta untuk berehat seketika.
“Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat dan menenangkan fikiran.
“Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia kembali semula berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu dia bersedia dahulu,” katanya.
“Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri,” ujar David yang mempunyai beberapa perancangan filem untuk Uqasha. Wah, bertuah badan kan! - CARI
Foto: IG Uqasha
|
|