Bagi mereka yang tak biasa dengan makanan Korea, pasti tak menyangka masyarakat di sana memang gemarkan makanan yang pedas-pedas.
Antara resipi yang mudah untuk 'masuk' dengan citarasa rakyat Malaysia, adalah ayam goreng pedas Korea.
Juga dikenali sebagai Yangnyeom, ia merupakan ayam goreng yang menggunakan sos merah. Jika anda gemarkan ayam goreng pedas ala KFC, harus mencuba resipi ini. Pasti jatuh hati punya.
Foto: Tabooprincess.com
Bahan-bahan:
ayam 8 ketul
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
bikarbonat soda 1 camca teh
sebiji telur
1 sudu kecil black pepper
3 ulas bawang putih
sos tomato 4 sudu besar
serbuk cili/ cili kisar 2 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak
minyak untuk deep fry
cuka (jika ada)
madu/gula
garam
Cara membuat:
1. campur tepung gandum, tepung beras dan bikarbonat soda dan gaulkan.
2. Pukul telur bersama black pepper dan gaulkan ayam bersama telur. Golekkan ayam pada campuran tepung tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
3. Kemudian, buat sosnya pula, tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan pula sos tomato, cuka, madu/gula, garam dan gaul rata. Jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair.
5. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak. Gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada dan tabur bijan. - CARI
klu nk lbh authentic, tukar serbuk cili tu kpd gochugaru which is korean chili flakes/powder..adik iolss prnh buat kimchi, tp substitute gochugaru dengan serbuk cili, mmg jadila tp rase die ade lain skit dgn yg biasa makan dkt restoran tu..
kyochon ni yg dekat ou ke..aritu jln2 di ou jumpa kedai ni,rasenye namanye kyochon,ramai betul org mkn kt situ..iols ambik pamplet nmpk menu ayam goreng dgn teobbokki..tp syg hubby dan anak2 lebih prefer makanan jepun..hanya mampu telan air liur sajork