CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ms.mango

Kisah yang berlaku di sekeliling Ms. Mango (Update #16, #39, #44)

[Copy link]
Post time 12-10-2016 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi.ms mango sambung ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi ya mango. Huhu seriau bab stapler tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 4-10-2016 03:08 PM
Assalamualaikum… Semoga semua berada dalam keadaansihat. Saya pada mulanya tidak berniat untuk memb ...

Rumah ni rumah pusaka ye..mmg ada yg nak suruh ms. mango warisi sesuatu..dlm rumah tu tersimpannya barangkali sesuatu tinggalan arwah nenek utk dipusakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 03:40 PM | Show all posts
eurasia_nur replied at 10-10-2016 05:21 PM
Hehehe da baca yang terkini.. gigih baca tgah malam nie...

tq sbb sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 03:45 PM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 13-10-2016 02:37 AM
Rumah ni rumah pusaka ye..mmg ada yg nak suruh ms. mango warisi sesuatu..dlm rumah tu tersimpannya ...

hmmm...tak taulah..sebab saya pun tak tau sgt susur galur family.. yang saya tau sampai pun start dr arwah atuk dan ke bawah.. arwah moyang pun tak berapa tau sgt sebab moyang sakit dr masa saya kecik lg..cuma yg saya tau atuk meninggal dulu.. arwah moyang meninggal beberapa tahun lepas atuk meninggal.. kami pun tak berapa kenal... yang pastinya setakat ini Alhamdulillah tak ada apa2 sgt kecuali mimpi2 tu lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 03:47 PM | Show all posts
mamapea replied at 11-10-2016 03:43 AM
best story psl kt ofis TT...benda2 mcm tu mmg normal...

kan? actually ingt dah habis seram dah opis lama tu.. tp rupanya opis baru lagi teruk..huhu... nantilah ada masa kita cerita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2016 03:49 PM | Show all posts
BONDAFAD replied at 11-10-2016 04:45 PM
Nak lagi.ms mango sambung ye

In sha Allah ada masa saya sambung... kne outstation pulak.. huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 13-10-2016 03:45 PM
hmmm...tak taulah..sebab saya pun tak tau sgt susur galur family.. yang saya tau sampai pun start  ...

Part ambik bungkusan kain kuning dan bilik yg sll nampak dlm rumah tu mcm bg hint ttg pusaka tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2016 04:01 PM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 13-10-2016 07:55 AM
Part ambik bungkusan kain kuning dan bilik yg sll nampak dlm rumah tu mcm bg hint ttg pusaka tu : ...

hmm..tu la... tp so far just mimpi..xde yg teruk2..i assume oklah.. huhu... nak jumpa perawat/ ustaz pn segan jugek sbb solat pn kadang cepat kadang lambat kan...in sha Allah..sekiranya ada apa2 mimpi atau perkara yg berlaku berkaitan rumah ni, saya akan update.. anyway, tq
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 13-10-2016 03:49 PM
In sha Allah ada masa saya sambung... kne outstation pulak.. huhu...

Outstation sampai bila tu..hehehe..tringin nak tau citer ofis baru pulak      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2016 11:33 AM | Show all posts
ninnakarinna replied at 23-10-2016 11:24 AM
Outstation sampai bila tu..hehehe..tringin nak tau citer ofis baru pulak

Balik dah.. cuma lum ada masa nak menulis..huhu.. dok jalan2 kat forum je sempat.. in sha Allah saya udate nanti saya bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jelas pn mgalami gangguan....

ia mgkin pn xnampak secqra fizikal nya.

tetapi debaran..perasaan..lintasan
memberitahu bhw benda itu suka pd pn..sila bykkan mbaca info misalnya drpd pgmal ilmu prubtan islam....mcm ust sharhan...d smping berusaha dktkn diri nfn allah...cuba cek diri ada xsblum ni.maduk toilet tnpa baca doa msk tndas....mandi tnpa bpakaian...suka nyanyi sorg sorg..xjaga solat.mls bc quran...xjaga kbersihan..xclearkan pinggan..meja sinki lepas mkn...tidur mnlentang..suka myndiri...cek balik diri...mgkin dlm byk ciri ciri ni ada yg kena pd diri awk...dkatkn diri pd allah...based on pglaman hdp sy sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jelas pn mgalami gangguan....

ia mgkin pn xnampak secqra fizikal nya.

tetapi debaran..perasaan..lintasan
memberitahu bhw benda itu suka pd pn..sila bykkan mbaca info misalnya drpd pgmal ilmu prubtan islam....mcm ust sharhan...d smping berusaha dktkn diri nfn allah...cuba cek diri ada xsblum ni.maduk toilet tnpa baca doa msk tndas....mandi tnpa bpakaian...suka nyanyi sorg sorg..xjaga solat.mls bc quran...xjaga kbersihan..xclearkan pinggan..meja sinki lepas mkn...tidur mnlentang..suka myndiri...cek balik diri...mgkin dlm byk ciri ciri ni ada yg kena pd diri awk...dkatkn diri pd allah...based on pglaman hdp sy sndiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 09:45 AM | Show all posts
senduduk replied at 25-10-2016 12:57 AM
jelas pn mgalami gangguan....

ia mgkin pn xnampak secqra fizikal nya.

klu ikut yg senduduk listkan kat cni... saya mmg suka menyendiri..sbb saya xsuka bunyi bising...music pun yg light2 je..saya mmg pentingkan kebersihan..berpeluh je saya trus mandi balik wlpn saya baru je mandi..saya xsuka rimas2.. tapi bila u kata yg benda tu suka pada saya, br saya teringat..tp ni lamaa dah sgt.. masa kecik dlu..saya tertidur di ruang tamu rumah arwah nenek..bila saya terjaga dan buka mata, ada budak lelaki baring betul2 di hadapan saya sambil merenung dan tersenyum pada saya..tapi mata saya berat sgt..mata saya tertutup dan bila saya paksa mata saya utk buka balik, saya tgk budak lelaki tu sudah tiada.. errrrr....ok...ini creepy.. mak saya pn ckp saya ada  "kawan" waktu kecik2.. selalu main sama...

errrr...saya xingt langsung benda ni smpi arini..eghh saya kene rajin2 kan diri utk solat sunat dan mengaji.. Quran pn kadang sebulan sekali br pegang   tq senduduk..danb saya juga akan ubah cara tidur dan mandi tu..huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt cite baru xde ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 02:53 PM | Show all posts
KISAH 3: PENGALAMAN DI HOTEL DAN GUESTHOUSE – Part 1

Assalamualaikum. Maaf kerana ambil masa untuk update cerita. Sebabnya saya tak punya masa yang panjang untuk menulis. Masa yang ada hanyalah di tempat kerja. Di rumah, langsung tak ada masa sebab saya ada anak kecik. Kepada yang pelik kejap aku kejap saya, saya menulis mengikut mood. Masa cerita kisah di rumah kampung tu perasaan saya lebih kepada sedih. Saya menulis seolah-olah saya bercerita tentang kesedihan saya kepada orang lain yang saya tidak kenal. Bila saya bercakap dengan orang lain, saya memang menggunakan “saya”. Berbanding dengan cerita kedua, cerita di office lama. Saya menulis sama seperti saya sedang bercerita dengan kawan yang rapat dengan saya. Oleh sebab itu, saya menggunakan “aku”. Bergantung juga dengan keadaan dan perasaan ketika itu. Jadi, jom kita berbalik kepada cerita. Walaupun saya tau thread tentang cerita seram hotel ni dah ada banyak tapi saya nak cerita jugak.
**************************************************************************************************
Aku seorang yang sukakan hotel dan resort. Suka yang macam mana? Kalau orang biasanya pergi melancong ke suatu tempat untuk sightseeing dan menikmati aktiviti yang ada kat sana, aku pula lebih suka menghabiskan masa di dalam bilik. Sebab aku suka suasana hotel yang sejuk, redup dan kemas. Depends dengan hotel lah. Bila bekerja, tuntutan kerja membuatkan aku selalu outstation. Perkara itu adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku kerana aku dapat duduk di dalam hotel lepas habis kerja. Yeay!! Tapi apa yang tak bestnya bilamana aku juga ada masanya terpaksa bermalam di guesthouse sebab tiada hotel yang berdekatan dengan tempat kerja. Kenapa aku tak suka guesthouse? Nanti aku ceritakan.

Tahun 2010, masa ni aku bujang lagi. Hotel pertama yang pernah aku bermalam semasa aku first time outstation ialah di Kluang, Johor. Hotel dipilih kerana lokasinya yang startegik dan senang untuk mencari makan di waktu malam. Masuk perkarangan hotel, hotelnya biasa-biasa je dekorasinya mungkin juga sebab hotel lama. Team aku ada 4 orang termasuk aku. Dua orang senior aku pergi ke kaunter registration untuk register dan ambil kunci bilik yang sudah di book awal seminggu sebelum datang ke sini.

“Tiada booking atas nama u.” kata Annie, front desk officer di hotel itu. Ahhh sudah…

“Ada. Kami ada book. Boleh u try cek balik tak booking no. ni?” Pinta kakak senior aku.

“Oh...ada...Tapi maaf cik… Bilik ni ada orang… I pun tak sure kenapa ada orang di biik yang cik book ni.”

Sementara si Annie pergi siasat dan buat calling ke siapa tah yang kami tak tau, hari dah semakin petang dan kami pun dah makin letih. Senior-senior aku namakan yang perempuan Ayu dan yang lelaki, Bob. Yang sorang lagi tu Sepet. Ayu dan Bob malas nak memanjangkan cerita lalu menyuruh Annie mencari bilik kosong untuk diberikan kepada kami. Setelah mencari Annie berkata bilik semua tingkat penuh untuk hari itu dan yang kosong hanyalah bilik suite di tingkat paling atas sekali. Tanpa berlengah kami pun setuju. Aku berkongsi bilik dgn si Ayu. Bob dan Sepet masing-masing satu bilik.

Ting!! Pintu lif terbuka setelah sampai di tingkat paling atas (tak ingt tingkat berapa). Aku dan Ayu dapat bilik area depan dan berdekatan dengan lif. Ayu touch kad dan pusing tombol pintu untuk membuka pintu bilik. Pintu tak dapat dibuka. Dua tiga kali Ayu try utk buka dan tolak pintu bilik tu, juga tak boleh. Aku juga mencuba. Kali kedua aku mencuba, aku tolak kuat pintu menggunakan badan aku. Akhirnya pintu boleh dibuka luas. Sebaik saja pintu terbuka aku dan Ayu terasa ada angin kuat keluar dari dalam bilik menerpa ke arah kami. Kami masing-masing terdiam tapi masuk juga ke dalam bilik. Kawan aku lelaki dua orang tu dah selamat masuk dalam bilik tanpa hirau kami ni yang susah nak masuk bilik. Hampeh tul.

Hotel ni hotel lama jadi aku pun tak menaruh harapan tinggi pun bila masuk bilik dia. Biliknya luas, buka pintu nampak meja makan, sebelah meja makan ada tv dan sofa, belakang sofa ada katil dan sebelah katil ada bilik air. Suite ni macam honeymoon suite. Kenapa aku cakap macamtu? Sebab bilik airnya seksi woo… Dari katil tu boleh nampak apa yang orang dalam bilik air buat sebab bilik airnya cuma dipasang glass door. Glass door tu siap leh bukak lagi kalau ada yang nak buat free show. Untuk orang yang nak honeymoon sesuailah. Malangnya untuk kami yang bekerja dan dua-dua perempuan. Its sooooo akward. Nak poo poo pun xbley sebab malu.

Malam pertama sebab masing-masing penat jadi kami memang tido mati. Tak sedar langsung pun if ada apa-apa yang berlaku. Sebaliknya malam kedua. Masa tu aku tengah syok bergayut tepon dengan pakwe aku (yg kini laki aku) sambil tengok tv di sofa dan Ayu pula sibuk dengan facebooknya. Tak silap aku masa tu siaran tv tengah berita jam 8. Tgh syok sembang sambil tonton berita yang dah nak habis, tiba-tiba tv tiada siaran dan tertutup dengan sendirinya. Aku yang tak berfikir apa menyangka Ayu membuat timer di remote tv. Aku on balik tv dan perkara yang sama berulang kembali. Tv tertutup lagi dengan sendirinya. Aku agak tv ni dah rosak sebab tv lama jadi aku biarkan lagipun aku tengah syok menyembang. Tiba-tiba aku terdengar bunyi “dup dup” dia atas kepala aku. Bagaikan bola yang berat melantun di tingkat atas betul-betul atas kepala aku. Aku tengok atas, bunyi tu berhenti. Bila aku alih pandangan, berbunyi balik. Betul-bertul atas kepala aku. "Apela yang orang atas ni buat", getus hati aku. Dari sofa, aku bergerak ke meja makan. Bila aku bergerak, bunyi itu juga bergerak bagaikan mengikut aku ke meja makan. Memang bunyi itu melantun atas kepala aku. Aku yang nak berbual dengan boyfriend aku rasa terganggu. Aku megalihkan pandangan ke Ayu. Aku tengok Ayu dah tidur. Entah masa bila dia tidur pun aku tak tau. Aku jadi geram apa la yang orang tingkat atas ni buat memalam bising-bising ni? Stress aku. Dan kemudian itu barulah aku teringat… Bilik aku lah yang level paling atas sekali. Serentak dari itu, bulu roma aku terus meremang dan bunyi itu pulak makin kuat. Niat hati nak lari terus peluk si Ayu tu. Tapi kalo lari nanti “dia” tau aku takut, so aku pun berjalan seperti biasa menghala ke katil. Kemana aku langkah, bunyi itu melantun mengikut aku. Bunyi tu terus ikut aku sampailah aku baring kat katil. Ayu masa tu lena sungguh. Aku pun tak nak kejut Ayu sebab takut dia pun takut lagi tambah masalah. Masa tu konpemlah tak boleh nak tidur walau macamana pun aku paksa diri untuk tidur. Jadi aku bacalah apa yang sepatutnya. Bunyi tu dah berhenti start aku naik atas katil. Yang tak bestnya, aku terasa atas kepala aku betul-betul ada “orang” yang memerhatikan aku. Perasaan aku kuat mengatakan kalau aku buka mata dan mendongak ke atas memang aku akan nampak “dia” memandang aku ke bawah. Jadi aku memang pejam mata rapat-rapat. Entah bila masa aku pun tertidur. Sedar-sedar dah pagi. Ayu yang kejut aku.

Esoknya, si sepet cerita. Bilik dia tak ada sofa dan meja makan. Cuma katil dan tv. So bayangkan betapa luas kawasan bilik dia. Memang dia cakap sepanjang malam terdengar budak-budak berlari bergelak ketawa bermain dalam bilik dia tu. Yang Bob pulak kena kacau ada orang main tekan-tekan loceng pintu bilik dia. Tapi sebab dia malas nak layan, dia buat tak tau aje. Bila balik opis, kawan-kawan aku tanya so aku pun ceritalah. Lepas tu ada sorang kawan aku bagitau, boss aku cerita dia pun dah kena. Masa tu dia duduk tingkat 10 tak silap. Tengah tengok tv, tiba-tiba “benda” tu turun dari siling ke lantai betul-betul depan dia. Dengan rasa tak bersalah dia terus call senior aku yang tidur berdua suruh tidur sebilik dengan dia. Kesian kawan yang sorang lagi. Dah boss kan... Berani nak lawan kata?

Bob jenis tak gentar. Apa yang datang mostly dia buat taktau je sampai benda tu agaknya letih nak kacau dia. Bob cakap benda-benda yang mengacau tu ada time yang datang kat dia memang yang mengganggu jiwa katenye. Tapi Bob kata yang sangat-sangat menganggu jiwa yang dia tak boleh nak tolerate langsung adalah bila dia kene kongsi honeymoon suite tu berdua dengan member lelaki lain. Dah la kene share satu katil. Dapat member yang sedar kalo mandi sah-sah nampak bentuk badan, pandai la dorang tutup lampu. Kalau jenis yang tak sedar pastu mandi b*gel camtu je memang nampaklah “hantu badak ada belalai” dalam bilik air. Itu yang paling seram katenye. Kalo tiger show nak gaklah dia tengok.

Hmm...Tiga kali aku duduk hotel ni sepanjang outstation, tiga kali aku rasa tak sedap. Cuma kali kedua dan ketiga tu aku tak terkena apa-apa. Alhamdulillah. Sambung next story.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2016 02:56 PM | Show all posts

dah ada dah.. tengah menaip yg second story.. tunggu ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 04:37 PM | Show all posts
Maaf kalau cerita aku ni tak menyeramkan. Secara jujurnya, aku tak pernah nampak betul-betul atau secara berdepan benda-benda yang menakutkan ni kecuali dalam mimpi. Dan aku harap takkan jumpalah. Biasanya aku rasa, dengar dan tiba-tiba meremang bulu roma. Ada kejadian hotel di Johor juga, tapi di JB. Hotel ni famous dengan keseramannya. Lama tak gi sini sejak tak banyak keluar area belah selatan. Hotel tu ada old wing and new wing. Bahagian old wing rasanya, ada bilik hotel yang pemandangan nya mengadap rel keretapi lama. Yang tak tau, takkan kisah reception tu bagi bilik mana pun. Tapi boss aku memang request tiga bilik new wing menghadap depan. Malangnya, new wing penuh. So, dia request tiga bilik menghadap jalan raya. Nasib baik ada. Actually otw dalam kereta, boss aku ni dari awal dah menakut-nakutkan kitorang ada macam-macam la bagai. Lagi-lagi aku sorang je perempuan. Memang aku kene tidur sorang lah kan. Lagi sakanlah dia menakutkan aku. Tapi bila masing-masing dapat old wing, dia pun terdiam. Huhuhu. Tapi sebab ni bukan first time aku outstation tidur sorang2, so aku okaykan aje.

Bilik nampak cantik dan bersih. Tak sebesar suite kat Kluang tu tapi aku lagi prefer room yang tak besar sangat so senang monitor. Aku dapat twin bed so first thing first macam biasa aku amik katil yang tak menghadap cermin meja dan aku prefer katil yang tepi dinding. So katil yang sebelah ada kerusi tu biasanya aku akan selerakkan kain baju aku atas katil dan baju yang dah gosok aku akan letak dekat kerusi. Almari pun aku guna untuk letak baju yang aku nak gantung sahaja. Kalo boleh kesemua ruang tu aku nak penuhkan dengan barang aku. Dan segala benda yang ada dalam bilik tu akan aku sentuh dan belek. Lampu bilik air aku takkan tutup sepanjang aku menginap di hotel kalau sorang-sorang. Kenapa? Sebab aku penakut dan juga aku rasa selamat macam tu. Huhuhu… cuma setakat ni takdelah keadaan yang aku perlu buka bacaan yasin dalam laptop. Tak seteruk itu.

Bila outstation, nak-nak lagi dengan lelaki, aku yang perempuan ni biasanya tak akan ada kuasa untuk tentukan segala benda. Contohnya: makan kat mana,keluar makan jam berapa, balik bila, aktiviti lepas kerja apa dan sebagainya. Even kalau lepas kerja aku malas nak keluar pun terpaksa gak keluar. So biasanya lepas kerja sampai hotel balik dalam 6.30 petang, lepas maghrib pergi makan dan balik hotel balik dalam jam 10. Bila balik tu confirm dah mengantuk tinggal nak solat dan tidur je. Kisahnye bila berboifren, tak boleh la kan tak gayut kalo lebih dari sehari. Masa tu aku memang dah rasa penat sangat tapi masalahnya mata aku pun tak nak katup. Aku rasa tak sedap hati nak tidur sebab aku teringat kejadian dekat bilik air tadi.

Bilik air hotel ni sama macam hotel lain. Ada bath tub and shower tu dalam bath tub jugak. Biasanya kalau aku mandi berbath tub ni, aku takkan tutup dengan shower curtain. Sebab rasa risau di situ. Hehehe… Bath tub tu menghadap cermin, so bila aku mandi tu memang tengok cermin sekali. Cermin nya pulak style panjang lebar. Dari nak mandi, aku asyik dok pandang je cermin tu. Pandang ke aku. Aku rasa ada yang tak kena. Rasa betul-betul tak sedap hati. Apa yang tak kena kat aku? Menggeletar seluruh tubuh aku. Tak jadi nak mandi dah bila aku perasan imej dalam cermin tu, rambut aku panjang sampai ke punggung!!!! Padahal masa tu rambut aku panjang tak cecah pinggang pun!!!!!  Aku terdiam. Aku pandang sekali lagi. Rasa macam tak percaya. Memang aku nampak rambut aku panjang sampai ke punggung. Aku pegang hujung rambut aku. U know what? Dalam cermin nampak aku cuma pegang rambut area bawah bahu je!!!!!! Apalagi...Berlari aku keluar dari bilik air terus keluar dari bilik. Nasib baik pintu bilik tak sempat tertutup sebab aku memang tak ingat yang aku berkemban. Hukkk…  terpaksa la masuk bilik balik buat-buat macam tak ada apa-apa. Tengok tv sekejap lepastu baru aku masuk balik mandi tanpa tengok cermin dan tak tutup pun pintu bilik air. Demmm…

Teringat kejadian petang tadi buat mata aku terang benderang dan payah nak tidur walaupun masa tu aku dah mengantuk sangat-sangat. Alang-alang tengah bersembang, aku suruh si F (bf aku) ni teman sampai aku tertidur. Tengah rancak bersembang, tiba-tiba si F ni tanya aku. Aku duduk dalam bilik ni dengan siapa? Ewah… Dari tadi tak nak tanya sekarang pukul 1 pagi baru kau nak tanya. Pukul kang baru tau. Dalam hati je. Aku jawab lah yang aku sorang je dari tadi sampai sekarang kat bilik ni. Mana ada orang lain. Dia cakap dengan aku dia dengar ada orang bersembang, macam betul-betul dekat sebelah aku. Aku terus “Ish!! Merepek ape ni. Mana ada orang. Ada aku je!!”.  “Oh… mungkin suara tv,” kata si F. Aku masa ni dah menggelabah dah sebab aku ingat lagi yang aku tengah tengok cerita ala dokumentari tentang helicopter. Masa si F cakap ada orang sebelah aku tu, masa tu tv tengah bising gila dengan bunyi kipas helicopter. Bila masa la ada orang bersembang. F cakap dia mengantuk. Nak tidur. Aku memang suruh dia tunggu aku tidur dulu baru dia boleh tidur. F terus putuskan telefon. Demm… masa tu berbakul gak la aku memaki dia di dalam hati. Orang tengah takut ko boleh lak tidur.

Malam tu aku rasa masa berlalu dengan sangat perlahan. Mata aku tertumpu pada tv je. Menunggu masa bila nak tidur. Doa tidur tak tau dah berapa kali baca dah. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari si F. Dia buat 3G call tanya aku dah boleh tidur ke belum. Aku cakap tak boleh tidur. F cakap dia masih dengar lagi orang bersembang sebelah aku. Ala-ala makcik dia cakap. Aku kata kalo dia call ni saja nak menyakitkan hati aku, buat aku takut lagi toksah call lah. Stress aku. Dia cakap betul dia dengar. Dari suara makcik jadi suara lelaki. Damn!! Perlu ke ko bagitau aku?   Dah la aku sorang-sorang dalam bilik ni!! F cakap dia nak tengok sekeliling bilik aku. Tengah buat 3G kan, so aku pun tunjuk la merata bilik aku kat dia. Betul-betul lepas abis tunjuk tu dia kata letaklah dulu. Dia buat phone call sebab 3G kan mahal. Bila aku letak je phone, masa tu aku sedang berbaring di atas katil, aku terdengar bagaikan bunyi hentakan kaki yang kuat dari hujung kabinet tv sedang berjalan menuju ke arah aku. Masa ni aku dah tak tahan memang aku menangis. Bunyi hentakan kaki tu betul-betul ada dekat sebelah aku. F call dan aku terus angkat. Aku menangis-nangis cakap kat F yang aku takut. Dia diam pada mulanya kemudian dia cakap ada dengar bunyi tapak kaki hentak-hentak ke? Sebab itu yang dia dengar. Aku cakap betul lah. Memang ada. Aku tak tau ini logic ke tidak sebab karpet bawah tu kan tebal macam mana leh ada bunyi. Aku memang takut. Nak baca apa pun dah tunggang langgang sebab bunyi tu betul-betul sebelah aku. Last2 si F suruh aku ikut dia baca. Berulang-ulang baca sampai aku tertidur. Esoknya aku pergi assessment dengan mata yang bengkak. Huhuhu… Tapi Alhamdulillah… Malam tu aku tidur lena taka da apa-apa pun yang jadi (kotla sebab aku bukannya sedar).

Aku jumpa F bila balik KL. F cerita kat aku yang dia berapa kali letak fon tu sebab waktu dia bercakap dengan aku, dalam masa yang sama dia dengar orang bersembang, dia dengar jugak bunyi orang berbisik yang bahasa dia langsung tak dapat difahami. F ingat call ni cross line ke ape. Tapi bila call balik masih berlaku benda yang sama perasaan dia jadi tak sedap. Bila dia buat 3G call tu dia nampak ada bayang hitam besar berdiri betul-betul sebelah aku masa aku alihkan handphone ke cermin. Kiranya dia nampak bayang tu di dalam cermin dan di sebelahnya adalah aku. Perghh...nasib baik dia tak cerita masa aku ada kat sana. F ni jenis yang tak sabar2 nak bagitau cerita kat aku kalau dia tau. Haih... nasib baik
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 1-11-2016 04:37 PM
Maaf kalau cerita aku ni tak menyeramkan. Secara jujurnya, aku tak pernah nampak betul-betul atau se ...

Tt nak crita baru lagi...

Tak suke org jenis ni. Dah tau kite takut.. Cakap la kendian.. Ni tak sabar2 nak bgtau jam tu jugak..  :  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 04:26 PM | Show all posts
Edited by ms.mango at 8-2-2017 08:30 AM

Lama x update cerita sebab tak ada masa nak mengarang. cuma nak cerita yang baru2 ni ada termimpi. Mimpi tentang rumah kampung tu lagi. Cuma kali ni agak berbeza. Dalam mimpi tu ada arwah nenek saya tapi wajahnya masih muda macam around 30-40an. Saya pun ada tapi saya yg umur sekarang ni.
Masa tu arwah nenek sedang melipat kain dan saya ada disebelahnya membantu. Arwah nenek tanya keadaan saya. Apa perkembangan terkini dan sebagainya. Dalam mimpi tu saya seperti bercerita dengan nenek saya dalam keadaan tenang dan bahagia di samping saya ada rasa happy dapat jumpa nenek saya. Dalam masa yang sama saya terdengar suara budak kecil bermain2 dan melompat dan bila saya toleh, budak itu adalah anak saya. Saya cuma melihat sahaja dia bermain sambil mendengar arwah nenek berbicara tetapi di dalam hati saya tertanya kenapa anak saya ada disini... di rumah ini... dalam saya berfikir tu saya terjaga. Saya tidak tahu kenapa tapi pabila terjaga saja, hati saya jadi pilu...sayu...dan saya menangis yg saya sendiri tak tahu kenapa. mungkinkah saya rindu arwah nenek dan kampung saya... entahlah..... anak saya pun tak sempat jumpa arwah dan tak pernah menjejakkan kaki di kawasan rumah kampung saya. Jadi bila mimpi tu saya jadi pelik... setelah sekian lama kenapa mimpi tu muncul kembali...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074144 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list