CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3779|Reply: 7

Ayam Penyet, Pecal Lele Serendah RM5 Di Padang Jawa Shah Alam

[Copy link]
Post time 6-10-2016 04:04 PM | Show all posts |Read mode






Kalau nak buat senarai restoran sedap dan murah di sekitar Shah Alam memang banyak.


Tapi kali ini penulis nak kongsikan satu restoran yang sedap dan murah khas untuk penggemar ayam penyet atau pecal lele. Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak makan ayam penyet semurah RM5 boleh lah berkunjung ke sebuah restoran yang tidak jauh dari seksyen 7, Shah Alam.


Kredit foto - kyspeaks.com





Restoran Ayam Penyet Padang Jawa sememangnya tidak asing lagi dikalangan penduduk Shah Alam terutamanya buat penuntut universiti teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.


Kebiasaannya restoran ni akan penuh diwaktu kemuncak iaitu tengahari. Terdapat pelbagai jenis ayam penyet dan pecal lele disini dengan harga yang sangat murah. Antaranya set pecal ayam, pecal lele, pecal bebola, pecal daging dan macam-macam lagi.


Di restoran ini, pelanggan perlu layan diri dan mengambil sendiri nasi putih dan sup yang telah disediakan disatu tempat. Boleh tambah-tambah macam makan kat rumah kot. Manakala hanya lauk sahaja perlu dipesan.


Kalau nak minum penulis cadangkan anda cuba jus manggo atau jus jambu semurah RM1.50 segelas.


Cubalah sekali, pasti berbaloi dan puas hati dengan makanan, harga serta layanan di restoran ini. - CARI



Sumber foto - foodspotting.com





Kredit foto - kyspeaks.com





Alamat:
Pecal Lele Padang Jawa
Lot 617, Jalan Berangan
Kampung Padang Jawa, Shah Alam
Selangor
GPS: 3.050029, 101.489769
Tel: 019-206 8920
Waktu Operasi: 24 jam kecuali waktu solat Jumaat




Kredit foto - kyspeaks.com







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2016 09:14 PM | Show all posts
terlior pula tgk ayam penyet tu. mmm yummy
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:41 PM | Show all posts
siyes sedap uolllss. dah la murah. Iollss selalu gi makan sini ngan member iollsss.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap. Nasi bole tambah sesuka hati. Mi bakso sedap juga. Cuma sambal tak pedas langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 10:48 AM | Show all posts
nampak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
utk budak2 uitm ok la..biase2 aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2016 04:09 PM | Show all posts
suami akak pun kalo pi keje kat shah alam cukup suka makan kat situ. Murah katanya.  Akak pun ada pegi baru-baru ni dia bawa.  Oklah, boleh tahan. Nak cakap sedap sangat pun idok. Nasi pun ikut suka nak amik banyak mana. xde additional charge. Memang ramai budak student makan kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:51 PM | Show all posts
sambal dia tak pedas sangat. iolss suka kedai indonsebelah mydin klang. sambal dia power! takpun kat pojok. sedapnyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057029 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list