CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8399|Reply: 41

Merasa Hidup Susah Selepas Baru Bernikah Itu Perkara Biasa

[Copy link]
Post time 7-10-2016 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Perkahwinan merupakan satu ibadah dan Islam juga mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga bagi mengiktirafkan sebuah ikatan yang sah dan halal.


Bercerita mengenai perkahwinan, penulis tertarik untuk membicarakan topik menarik iaitu kehidupan di awal perkahwinan. Rata-rata yang sudah berkahwin pasti pernah melalui satu pengalaman dimana merasa hidup susah. Sudah pasti juga kehidupan lebih berbeza berbanding di zaman bujang dimana tanggungjawab akan menjadi lebih besar terutamanya buat seorang suami.


Nak bayar duit sewa rumah, barang dapur, bil, hutang kereta, duit belanja isteri dan macam-macam lagi.






Masalah kewangan yang tidak stabil jika tidak diurus dengan baik pasti akan menimbulkan pergaduhan besar dalam rumah tangga. Sebenarnya disebalik kesusahan itu adalah satu ujian untuk menguji pasangan suami isteri tentang persefahaman hidup dan juga kesetiaan. Baca perkongsian yang penuh bermakna ini.





Jadi kalau merasa serba kurang diawal perkahwinan, janganlah asyik merungut kerana tidak semua orang dilahirkan kaya raya atau bergaji besar. Usahlah pula membeza-bezakan kehidupan dengan pasangan lain kerana sebelum orang lain hidup senang, mereka juga mengharungi kesusahan yang sama.



Gambar hiasan


Harungi setiap ujian dengan tenang dan cuba perbaiki kekurangan yang ada. Andai kata sudah hidup senang, jangan pula sesekali lupa pada pasangan yang sanggup hidup susah dari dulu hingga kini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 11:55 AM | Show all posts
betul tu...mula2 kawen memang agak mencabar...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 12:31 PM | Show all posts
Anak2 melayu je ramai camni. Dah mentaliti dibesarkan begitu. Bangsa lain tak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 02:15 PM | Show all posts
mentaliti redah hujan dlu, nnt payung cari kemudian....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 02:32 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 7-10-2016 02:15 PM
mentaliti redah hujan dlu, nnt payung cari kemudian....


sebab sibuk cari payung la ramai jadi andartu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 02:42 PM | Show all posts
sepatutnya x susah lepas kahwin sbb 2 income di combine, expenses shared. i don't agree with the above opinion.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2016 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendri ug cari suami x kaya.. Nak bising2 plak... Nak hidup senang cari la yg berduit.. Xde la mkn maggi... Cicah roti... Tepuk dada tanye la diri tu... X slah kawen kerana harta...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup susah tapi suami bertanggungjwb ttg nafkah takper

Ini hidup susah sbb suami culas tanggungjwb duit gaji pi tmpt lain..sume bini tanggung sundirik jah..

Hampeh nyer jantan gitu..harghhhtuuuiigghhh mampuih ler ko jantan tak guna haprakkkkk!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 03:17 PM | Show all posts
ukur baju dibadan sendiri. baru lah duit cukup
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 03:38 PM | Show all posts
Tak ada perancangan kewangan selepas majlis perkahwinan antara sebabnya.  Kebanyakan lebih tumpukan pada majis kenduri kendara kawin sanggup berhabis-habisan hingga lupa hal2 selepas selesainya majis tu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 04:50 PM | Show all posts
biasala lepas kawen bnyk dugaan. bila dah kawen nak byr sewa rumah,  nak beli makanan, peralatan rumah. sebulan dapat la sebijik brg. bulan ni bli mesin basuh, bulan depan bli peti sejuk. tp pada aku awal2 kawen ni lebih mencabar tang nak mnyesuaikan diri ngan suami, perangai masing2, bila duk serumah baru knal perangai. bila dah ade anak,  mulalah part kewangan yg mencabar. bnyk bnd nak kene byr, pengasuh, susu, pampers, baju dll..  tp ade anak sgt2 syok..hehe .
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 05:01 PM | Show all posts
rocksteady replied at 7-10-2016 02:32 PM
sebab sibuk cari payung la ramai jadi andartu?



pandai betul eh uols berumpama..



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-10-2016 03:38 PM
Tak ada perancangan kewangan selepas majlis perkahwinan antara sebabnya.  Kebanyakan lebih tumpukan  ...

Teringat kwn aku dulu. maknya duk flat kos rendah je kat kl nu. Majlis dia kawin puluh2 ribu. Hantaran berbelas ribu. Frame gambar kawin mcm nak letak kat rumah agam punya la besar. Ni citer 2005 tau.

Skrg 10 thn kemudian anak 3. Masih duk nyewa flat kat puchong. Dulu ada waja. Skrg da jual. Pakai la keta sambung bayar.tukar2 plak tu. Last skali ritu nampak pakai kancil. Aku x rasa dia beli.

Sebab duk ngadu dgn aku utang along. Nak minjam duit aku je kejenya. Kadang aku bg.kadang x. Nsb baik byr. sbb dia tau kalau dia x byr, dia x kan dpt pinjam lg.


Kalau mulut aku ni jahat, nak je aku ckp. Drpd ko buang duit kat majlis kawin ko dulu, bleh jugak ko buat modal beli umah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 7-10-2016 10:48 AM
Teringat kwn aku dulu. maknya duk flat kos rendah je kat kl nu. Majlis dia kawin puluh2 ribu. Hant ...

ada bini sorang ada anak sorang gaji 6k kasar talak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Segalanya perlu dirancang dr sebelum kawin lg..buat ape la berabis hanya utk majlis yg sehari tu..tak payah la nk menunjuk sgt..ukur baju dibadan sendiri..kne ingat lepas kawin lagi byk pakai duit..kalau dr awal hutang da menimbun sampai ke tua la idup tak senang
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sribayu replied at 7-10-2016 02:42 PM
sepatutnya x susah lepas kahwin sbb 2 income di combine, expenses shared. i don't agree with the abo ...

Kenapa nak share.. tu kan tanggungjawab suami   tp sbgi isteri tetap la nak share sbb dah sayang. cuma duit husband yg akan habis dlu byr semua expenses. Duit iols utk shopping
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami aku selalu cakap org perempuan kalau dapat suami berharta dan seks yg sedap InsyaAllah bahagia.

Aku tak setuju. Bagi aku suami yg bertolak ansur dan sentiasa ada dengan kita itulah yg terbaik.. Tapi tu lah.. Laki zaman skg kalau jenis yg baik ni kerja pun ala kadar je.. kalau jenis yg berkerjaya perangai hangsuang plak.

Sebagai contoh suami kawan aku ni ptd. Mentang2 dia berduit dia suka2 plak kawin lagi.  Kesian kawan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya nikah je dulu.. Lps kahwin ada rezeki lebih baru bersanding... Tp sanggup ke digelar pgantin basi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt tengok drama tv. Nak kawen dengan  orang have2 je..... Paling cikai CEO

Biasalah susah baru2 kawen..... Yang penting cukup makan, pakai & penginapan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 8-10-2016 02:46 PM
Suami aku selalu cakap org perempuan kalau dapat suami berharta dan seks yg sedap InsyaAllah bahagia ...

Suami kawan uols tu PTD gred bape? Kalau setakat gred 48 ke bawah tu, bukannya lah besor sangat gaji tu. Senang Jah tapi x mampu pun nak mewah sangat.

Dasar lelaki x sedor diri je tuh....bajet kayo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.087948 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list