CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3971|Reply: 30

Barangan Yang Mesti Ada Dalam Beg Tangan Wanita

[Copy link]
Post time 7-10-2016 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Beg tangan ibarat "stor" bergerak buat wanita dan ia sangatlah penting dalam kehidupan seharian golongan hawa.


Bukan sahaja digunakan sebagai barang untuk perhiasan hingga ada yang sanggup membelanjakan ribuan Ringgit untuk membeli beg berjenama tetapi beg tangan juga adalah tempat penyimpanan barang-barang peribadi wanita.


Berbeza dengan golongan lelaki yang hanya membawa dompet, wanita dilihat lebih memerlukan lebih banyak barang yang perlu dibawa kemana-mana ketika keluar dari rumah.


Nak tahu apakah antara barangan yang biasanya dibawa oleh wanita, jom kita periksa dibawah ini.








Pembersih Tangan
Sebagai manusia yang sangat mementingkan kebersihan, wanita selalu membawa losen dan gel pembunuh kuman bersamanya ke mana sahaja mereka pergi. Bukanlah wajib tetapi mereka mewajibkannya. Brandnya mungkin berbeza tetapi mereka selesa membawanya.




Minyak Wangi
Banyak masanya, seseorang mudah berpeluh dan berbau dan situasi ini sangat dibenci oleh kaum wanita. Oleh itu, minyak wangi adalah satu kemestian bagi wanita. Wanita suka apabila diri mereka sentiasa wangi dan mereka akan berasa lebih disenangi dengan cara itu. Kalau pun bukan botol besar, wanita akan membawa minyak wangi mini yang sesuai untuk dibawa bersamanya.



Tisu basah
Anda tidak perlu terkejar-kejar dan mencari bilik air untuk membersih tangan yang melekit, meja yang kotor, muka yang berpeluh dan membuang sisa solekan kerana tisu basah menjimatkan masa anda. Pastikan tisu basah anda mesra alam, teruji secara klinikal, selamat, sesuai pada wajah dan tidak mendatangkan masalah pada kulit.


Losen tangan
Duduk seharian di dalam pejabat yang berhawa dingin akan menyebabkan kulit anda mudah kering. Jika berada di luar pula, kulit anda akan terdedah dengan pancaran cahaya matahari. Langkah selamat adalah dengan membawa losen yang kaya vitamin E dan memadai jika anda membawa losen saiz  kecil.


Gincu
Teman baik wanita ini adalah barang yang mesti ada dalam setiap beg  tangan wanita. Biarpun anda mengenakan gincu tahan lama tetapi sekurang-kurangnya 'lip balm' atau pengilat bibir mesti dibawa untuk elak bibir kering dan memberi seri setiap kali bertemu klien.


Tuala Wanita
Walaupun anda handal dalam bab kira tarikh haid anda atau anda seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang lancar, tetapi tuala wanita tidak boleh dipinggirkan. Sebagai wanita, persediaan itu lebih baik supaya tidak mendatangkan masalah pada diri sendiri.


Maskara
Bayangkan jika anda sudah lambat ke pejabat, sekurang-kurangnya menyapu maskara pada mata membantu wajah lebih segar kerana mata adalah bahagian pertama yang menjadi tumpuan orang yang melihat. Cukuplah maskara dan gincu menjadi penyelamat daripada terus berwajah 'bogel'!


Bedak padat
Biarpun anda bukan di kalangan wanita yang bersolek, tetapi anda pasti membawa bedak padat kerana memerlukan cermin! Semuanya persediaan jika mata anda dimasuki habuk atau mahu memeriksa gigi kerana khuatir ada sisa makanan tercalit pada gigi anda.


Gula-gula
Jika anda kurang gemar berdepan dengan rakan yang mempunyai nafas yang berbau, maka elak masalah yang sama berlaku pada anda. Elak rasa malu ini dengan membawa gula-gula pudina sebagai penyelamat selepas makan tengahari atau ketika mahu bertemu dengan klien.


Ubat-ubatan
Percaya atau tidak, ubat seperti minyak angin atau pil sakit kepala mungkin jadi penyelamat hari anda kerana rasa sakit kepala boleh menyerang pada bila-bila masa. Oleh itu, bersiap sedia dengan serangan ini tanpa perlu meminjam dari rakan-rakan.


Selain barangan diatas, apakah barang lain yang wajib ada dalam beg tangan anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ni kena ada powerbank
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Panadol mesti ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 06:06 PM | Show all posts
Betul tu kesemua diatas ala2 bag doremon serba serbi ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 07:00 PM | Show all posts

dildo xkan xde? menipu ler tu  
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
meols setuju. semua stock wajib ada dlm beg tuu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Beg tgn mek macam beg doraemkn jugak..tisu, barang makeup, panadol, koyot, powerbank, makanan kucing (kadang2), pad ;)...hihiks
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 08:59 PM | Show all posts
brooch/pin extra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 10:26 PM | Show all posts
minyak cap kapak..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Buku nota kecil dan earphone.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:42 PM | Show all posts
tambahan...kunci keta, kunci rumah..oil film, tisu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajib - Lip gloss, tissue, losyen, cermin kecik. Boleh resah gelisah kalau tertinggal especially LIP GLOSS tu

Can survive without compact powder, lipstick
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg. Kondom.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 01:02 AM | Show all posts
Aku wajib Ada berus gigi pakai buang
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
masa ciksom bujang dulu, ciksom ada kawan yang dah kawin, mcm mcm baranng ada dlm hand beg dia. kalau nak pinjam apa apa mesti cari dia. mesti ada la punya apa yg diminta. contoh ciksom minta sampul duit raya nak letak duit rm10 masa pergi kenduri kawin. memang ada dlm beg dia. dia sentiasa bawa  takut takut ada kenduri emergenc6
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alat tulis pun ado dlm n beg....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2016 04:18 PM | Show all posts
pengetip kuku   
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 09:44 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 03:04 PM | Show all posts
betul la tu..tapi aku lebih selesa tisu paket tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 03:25 PM | Show all posts
aku jarang bawak beg
melainkan kalau keluar dgn anak
kalau keluar sendiri atau pergi opis
aku survive je dengan bawak purse
enset simpan dlm purse sekali
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.091733 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list