Kredit Foto: FB Ebit Lew
Ramai di luar sana yang tersentuh hati bila membaca tentang status dari seorang penceramah yang sangat disegani di negara kita, Ebit Lew mengenai layanan sesetengah menantu terhadap mertuanya. Sedih bila ada antara menantu yang langsung tidak menghiraukan mertua malah ada yang bertahun mengelak dari berjumpa.
Perkara ini sepatutnya tidak harus berlaku kerana ia boleh menjadi sebab runtuhnya sesebuah rumah tangga. Ada suami atau isteri yang tidak mahu berjumpa dengan mertua dan bertambah teruk bila dia halang pasangannya juga dari berjumpa dengan keluarganya sendiri. Pelik? Tapi ini memang terjadi dalam dunia realiti.
Status Ustaz Ebit Lew ini mendapat banyak perhatian dari pengguna laman sosial di Facebook dengan beribu 'share' dan 'likes' dengan kebanyakan dari mereka menyokong bahawa ibu
bapa mertua haruslah dilayan dan disayang seperti ibu bapa sendiri.
Memetik kata-katanya, "Bila kita cinta dan sayang seseorang. Kita tak pernah berhenti sayang mak ayah bidadari kita. Mencintai apa yang dia cintai. Sayang dan mendoakan setiap ahli keluarga. Sedih bila lihat, anak muda yang berkahwin tak hormat mak ayah mertua."
Sumber: FB Ebit Lew
Perlu diingat restu ibu bapalah yang paling penting untuk mendap[at keberkatan dalam hidup kerana merekalah orang yang sanggup bergadai nyawa dan harta benda dalam membesarkan kita. Begitu juga sebaliknya dengan ibu bapa mertua yang berkorban usaha dan tenaga untuk menjaga pasagan hidup kita dari kecil.
Bagi mereka yang sudah berkahwin, pastikan pasangan anda menjaga dan mengasihi ibu bapa mertua masing-masing. Bayangkan jika perkara buruk yang kita lakukan pada ibu bapa sekarang, anak-anak pula akan melakukan perkara yang sama pada kita kelak. -CARI |