CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3899|Reply: 16

Awas! 7 Sikap Wanita Dibenci Lelaki

[Copy link]
Post time 10-10-2016 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Semua lelaki mahu memiliki perempuan yang sempurna di sisinya. Namun, adakah anda sedar bahawa terdapat sikap perempuan yang sering membuat lelaki merasa meluat dan menyampah terhadap mereka.


Apakah sikap itu?


1. Kuat membebel
Lelaki teramatlah tidak menggemari apabila kerap dileteri. Ada sahaja yang tidak kena padanya. Kalau lelaki jenis yang tidak penyabar, mereka memang mudah naik rimas dan cepat bosan.
Sumber foto: Bintang




2. Terhegeh-hegeh bersiap
Lelaki ni kalau dia cakap dia nak jemput kita pukul 5, pukul 5 dia sudah 'terpacak' didepan rumah kita. Malangnya, kebanyakan perempuan mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap dan ini sememangnya menguji kesabaran lelaki.
Sumber foto: Her Campus




3. Ber'diet'
Kadang-kadang bosan juga melihat perempuan yang terlalu jaga badan sampai tak makan hanya kerana mahu jaga badan. Lelaki akan mudah merasa jengkel dengan sikap ini kerana bagi mereka, perempuan yang tak makan ni tidak pandai menjaga diri mereka sendiri.
Sumber foto: birchbox




4. 'High maintenance'
Yang ini satu lagi. Lelaki tak suka dengan perempuan yang high maintenance kerana kehendak mereka sukar dipuaskan dan ingin diberi perhatian 24jam. Jika acapkali begini, bila pula lelaki nak dapat perhatian dari anda?
Sumber foto: Bintang




5. Boros
Bagi lelaki, mereka tak faham kenapa perempuan sanggup berhabis duit hanya untuk pakaian dan benda yang tak diperlukan. Sikap ini akan membuat anda kelihatan seperti tidak pandai berdikari dan menjaga diri. Yalah, kalau beli 'handbag' sampai dekat sepuluh, yang pakainya hanya dua tiga sahaja. Lelaki beli 'wallet' sekali sahaja dan dia akan tukar hanya bila ia sudah sudah lunyai. Nampak kan di situ yang lelaki ni pndai jaga barang mereka.
Sumber foto: Vemale




6. Merajuk tak tentu hala
Siapa sahaja yang suka bila orang 'sentap' dengan kita tapi kita tak tahu apa salah kita. Lelaki paling menyampah kalau nak main teka-teka ni. Tak perlu bagi kata-kata kiasan sebab mereka bukan tak faham, tapi kadang-kadang tu malas nak memahami.


Sumber foto: Thought Catalog



7. Mekap tebal
Kebanyakan perempuan suka pakai mekap tebal sehinggakan jauh berbeza dengan wajah sebenar. Kadang-kadang macam muka opera Cina pula. Lelaki lebih suka perempuan dengan kecantikan semula jadi berbanding kecantikan plastik.
Sumber foto: CRI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
1.Kuat bleter.
-harus lah, rumah sm2 laaa jga, dh mcm tonkang sampah pecah jaa. Lepas pkai bju main campak jaa ats lantai, mmg leter laa jwb nya.

2.thegeh2 bsiap
-kalo lebih dr 15mnit aku rsa mmg x ptut. Kalo aku pon hangin gak.

3.berdiet
-nie aku konpius sket. komplen kata aku bdan nmpak berisi & sruh diet. Tp bila ajak dating, paksa kita mkn plak....haishhhh...

4.high maintenance
-yg mn high2 tuuu aku beli pkai duit poket sdiri jaaa kot..

5.boros
-hehehe, yg nie betoi. Mcm aku suka shopping bju.

6.merajuk x tentu hala
-selalu mrajuk nie mesti kes laki yg start dl & x reti pujuk.

7.mekap tebal
-byk cntik muka ko bro. Bajet kau nk yg muka asli laa, x suka mekap. Bila awek cun mekap segak, bukan main lg kau dok main mata tgk. Bini kulit muka srupa kawah bulan, agak2 laaa x kasi mekap. Nk mekap segak pon utk kau gak bro.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 10:01 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboiiiiiii hamboi sedapnya mgata ya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 12:14 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 06:19 PM | Show all posts
laki pompuan semua sama je..sama2 manusia, ada betul, ada salahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2016 06:20 PM | Show all posts
ala..kalau laki kuat brleter, merajuk x tentu hala, boros..sapa tahan? sama je sudahnye
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 03:27 PM | Show all posts
mekap tebal erk..huhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2016 04:52 PM | Show all posts
lelaki pun ada yang kuat beleter..
pompuan xsuka juga..

jadi jaga mulut memasing
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 12:16 PM | Show all posts
aku paling tk suka lambat bersiap. mmg aku sound je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 03:07 PM | Show all posts
Kena + lagi 1
buang air kecil terlalu lama..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:18 PM | Show all posts
dani_5353 replied at 17-10-2016 03:07 PM
Kena + lagi 1
buang air kecil terlalu lama..

hahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 03:36 AM | Show all posts
1. Kuat membebel


Ye lah tu.. . lelaki suka kalau pompuan meleter. pasal in a way, bila pempuan meleter tu maksudnya masih ada rasa caring tu. kalau tak percaya try la diam je bila jumpa kesalahan bf/suami. Mau teresak2 dalam keter nak pegi keje. napa you ni, cakap la, apa salah i.


2. Terhegeh-hegeh bersiap

ye kut. aku pun menyampah kalau menunggu akakakakcikepamtudunglilitlilit.

3. Ber'diet'

please la. unless ko laki suka yg saiz kiutmiut memang ko prefer pompuan diet. tapi akak rasa tak perlulah nak diet time dating, cukup la nampak macam ala2 makan beradab.

4. 'High maintenance'

Kalau perempuan high maintenance,  dier sendiri tau jenis lelaki yang suka kat  die. Mmg ada kut yg tak suka pompuan high maintenance ni, ie. lelaki sengkek. pasal sapa tak suka bini cantik, kemas, tak semestinya high maintenance tu kena pakai richard mille, la mer, chanel.  nak cantik tak perlu gi dermatologists habis beribu2,  safi balqis/rania gold dah cukup  


5. Boros

Ade ke pompuan boros melainkan pompuan yg dapat duit pree? Setau akak la, semua pompuan yg akak kenal kaya raya dgn emas, handbag mmg la banyak, selain kaya hutang kredit kad.  emas handbag semua boleh jual balik. Akak beli upla yg rege 3/4 ratus pun boleh jual balik jadi rm600. sembonia pun boleh pakai 3 generasi. mula2 bg mak, mak dah tak pakai bagi adik, lepas tu bagi adik bopren..

Boros tu subjective, ada yg suka beli emas, ada yg suka shoppingonline. Tp percayalah most pompuan tak boros melainkan pompuan tu tak pernah buat duit sendiri.


6. Merajuk tak tentu hala

ye kut. no komen. tp time emosi bercelaru ni la baru tau laki tu camner. if he can handle me at my worst, boleh jadi calon sambil mencari calon lain.


7. Mekap tebal


please la. ada tu time bersanding baru tau rupa bini kalau mekap. kalau tak mengalir air mata tengok bini sendiri  punyala cun hari tu, memang boleh cakap la anti mekap tebal. tp mmg ada sebab kenapa pompuan sanggup habis beratus/beribu hire MUA pasal kalau mekap meletup, tak rugi bayar photog pas tu buat photobook mahal2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu xboleh ini xboleh jadinye xpayah lah berpasangan langsung
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah opposite attracts.. Let each partner complements the other baru lah kenal perangai masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
membebel tu tanda syg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki pun perlu tahu apa yang depa buat perempuan benci hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.731379 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list