Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
8873
View
123
Reply

Novel: Melankolia lah...

[Copy link]

Author: Ipo       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 17-10-2016 07:05 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 17-10-2016 05:47 PM
WHY??? whyyyyyyy?? kenapaaaaa???
kenapa kau pergi?? kenapa kau kecewakan???
(tiba2 ku ...

ni lagu pilihan gegar vaganza kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 09:11 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-10-2016 06:40 PM
kat pc ku...refer post #18..

alkisahnya...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2016 12:00 PM | Show all posts

jangan mengeluh zam...tak baik..
nanti kalau ada masa ...smbung balik..
nk sambung kat ms words  pun tak sempat lagi ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2016 12:03 PM | Show all posts

tq baca...minat ke citer mistik??
dah baca habis ke Cinta Dandelion?

kasi  review sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:08 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2016 12:03 PM
tq baca...minat ke citer mistik??
dah baca habis ke Cinta Dandelion?

minat jugak mistik. memang dok bertunggu tangga kat bod sinun. cuma kalu novel tak minat sgt yg mistik melampau

dah ulang baca 4 kali kot CD hihi

keseluruhan memang best. cuma takde loving doving byk. macam tak puas baca coz coz takde sgt scene romantik amar n iris hehe.

tq kasi novel tu. ada pm ipo bgtau dah dpt tapi tak masuk kot

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 03:23 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2016 12:00 PM
jangan mengeluh zam...tak baik..
nanti kalau ada masa ...smbung balik..
nk sambung kat ms word ...

ok tak mengeluh dah... kepenatan sikit...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2016 04:55 PM | Show all posts
MMISS replied at 18-10-2016 11:08 AM
minat jugak mistik. memang dok bertunggu tangga kat bod sinun. cuma kalu novel tak minat sgt yg mi ...

heheh..ya..tak banyak scene lovey dovey ni...
terima kasih ulang baca sampai 4 kali..



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2016 04:56 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 18-10-2016 02:23 PM
ok tak mengeluh dah... kepenatan sikit...

...jangan serik bertandang di benang saya ni
walaupun sendu nan syahdu..
nampaknya saya sorang je yang dok merempan kat bod ni..
penulis lain.........................MIA...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2016 04:56 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 18-10-2016 02:23 PM
ok tak mengeluh dah... kepenatan sikit...

...jangan serik bertandang di benang saya ni
walaupun sendu nan syahdu..
nampaknya saya sorang je yang dok merempan kat bod ni..
penulis lain.........................MIA...


maaf double post lagi..bukan salahku
salah cik tikus ku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 05:25 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2016 04:56 PM
...jangan serik bertandang di benang saya ni
walaupun sendu nan syahdu..
nampaknya saya  ...

tiap hari bertandang kt sini... menanti bila ada entry baru semua penulis berbakat di ruangan ini... menghibur hati yg gundah gulana...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-10-2016 11:59 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-10-2016 11:03 AM

ok, hari ni kita  sambung ya....

BAB 3


ADI berehat di sofa ruang tamu rumahnya. Rakan serumah, Lan dan Tajul belum pulang dari berjimba di Bangsar. Dia sudah masak dengan perangai mereka. Lepas maghrib saja, hilang. Hampir jam 2 pagi baru nampak batang hidung. Kadang-kadang terasa cemburu dengan kehidupan dan kerja Lan dan Tajul. Dua-duanya lulusan kejuruteraan, bidang yang memang nampak macho di mata perempuan. Itu yang dia tahu sejak di kampus lagi. Pernah dia cuba mengayat awek, tapi bila tahu dia hanya belajar di Fakulti Sains, terus minah tu angkat kaki.

"Ceh! Ingat aku ni sengkek sangat ke?" Tersengih Adi mengenang kisah lalu.

Dia pandang jarum jam bulat di atas meja di tepi sofa. Sudah melebihi 12 malam. Lan dan Tajul tentu masih seronok berjimba tak ingat dunia. Sayang, muka kacak, gaya ada, duit berkepok tapi perangai hazab!!

Remote control tv dicapai dari atas meja kopi lalu ditekan butang pada channel History dan Discovery. Itulah channel yang sentiasa menarik perhatiannya selain sukan. Namun kali ini, otak dan mindanya tidak pada cerita yang disaji di tv. Otak kecilnya asyik berputar tentang kata-kata Pua ketika di restoran tadi.

"Emm...macam ada yang tak kena.." Adi betulkan posisi badannya dari duduk sopan kepada bersila pula kali ini. Mata masih menatap skrin tv.

Fikirannya mula menerawang pada sikap dan riak wajah Ojie. Gadis itu seperti merahsiakan sesuatu. Seperti ada yang bakal terjadi di makmal itu dan semuanya berkaitan dengan cerita yang Pua lontarkan tadi.

"Dia tu siapa? Macam langsung tak ada rasa takut. Aku pulak yang cuak.." Adi membebel sendiri.

Sekali lagi benaknya cuba mecerna kata-kata Pua. Pua mengiakan pertanyaannya tetapi raut wajah Pua juga tidak menggambarkan rasa takut bila hal perempuan berbaju lusuh itu diceritakan. Lain pula halnya dengan Arthur yang sudah pucat dan kelihatan resah.

"Aku kena siasat ni. Ojie..entah-entah minah Arsenik tu ada agenda tersendiri.." Adi menutup tv dan dia menapak ke bilik air mengambil wudhuk. Isyak belum ditunaikan lagi.

Langkahnya terhenti. Telinganya menangkap satu bunyi yang agak mendayu. Perlahan Adi berpaling ke arah ruang tamu semula. Air liur ditelan berkali-kali. Sungguh mukanya sekarang ini, kalau ditoreh dengan pisau pun, hanya isi yang ada, darah sudah kering. Matanya melirik perlahan pada satu susuk tubuh berdiri di sebelah tv. Perempuan yang dia nampak di makmal senja tadi muncul di rumahnya pula!

"Allahuakhbar! Allahuakhbar!!" Entah dari mana Adi melaung dengan kuat kalimah itu.

"Woi! Adi! Apa hal kau ni? Tengah malam buta kau azan!!" Muncul Lan dan Tajul di muka pintu yang dikuak.

Adi mengurut dada. Dia meraup muka. Peluh menitik. Lantas dia menggeleng dan terus masuk ke bilik air. Dia biarkan saja Lan dan Tajul yang ketawa mengekek. Poyo!!

Usai solat, Adi berehat di  dalam bilik. Kejadian yang baru terjadi tadi sekali lagi menerjah ruang kotak fikirannya. Kali ini terasa perempuan itu sudah mengekorinya sehingga sampai ke rumah! Dia perlu lakukan sesuatu. Telefon dicapai dari atas meja belajar. Dia menghubungi seseorang. Seorang yang padanya boleh menolongnya dalam hal itu.

"Aku harap...semuanya okey. " Adi pandang skrin telefon Huawei miliknya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. Sempat dia minta nombor telefon Ojie dari Mages siang tadi. Entah angin apa Mages siang tadi, angin puting beliungnya sudah reda agaknya. Senang saja Mages memberikan nombor telefon gadis yang baru masuk kerja tadi. Gadis yang sama tinggal di pangsapuri yang sama dengannya.

"Baik aku hantar mesej..." Adi sengih.




OJIE yang baru saja menempek bedak sejuk di muka mula pandang pada skrin telefon. Berkerut dahinya melihat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Telefon dicapai lalu mesej dibaca.

'Hai Arsenik...tak tidur lagi?'

Semakin berkerut dahi Ojie. Jenuh otaknya memikirkan siapakah yang menghantar mesej malam-malam buta begini. Lebih pelik, dia digelar Arsenik!!

"Orang gila mana pulak mesej aku ni." Ojie letak semula telefon bimbitnya di atas meja solek. Bedak sejuk ditempek lagi sampai penuh satu muka.

Perlahan dia menapak ke katil dan rebahkan tubuh tinggi lampainya.

"Ah...lega.." Ojie senyum. Matanya tepat memandang siling dan kemudian beralih pada tingkap. Kedengaran deruan angin semakin kuat. Mungkin sekejap lagi akan hujan. Bunyi guruh juga sudah dua kali menerjah telinganya sejak sampai di rumah.

Sambil mengulit mata, Ojie masih memikirkan hal di restoran tadi. Pua sudah buka cerita. Bermakna apa yang didengar sebelum ini memang benar. Atau apakah korban untuk pasak itu hanyalah sekadar cerita untuk menutup sesuatu rahsia yang disembunyikan selama ini?? Dan perempuan baju biru lusuh yang Adi nampak siang tadi, adakah itu perempuan yang hilang sepuluh tahun yang lalu??

"Emm...kes ni terlalu sulit. Aku rasa susah nak selesaikan.." Ojie mengeluh.

Selimut ditarik ke paras dada. Fikirannya menerawang pula pada seluruh makmal tadi. Sepanjang siang tadi, dia mengambil peluang menggali setiap sudut ruang di makmal. Namun, tugasnya diganggu Adi. Acapkali dia bertembung dengan lelaki itu. Ojie merenung pula pada siling biliknya. Dia yang berada di tingkat dua mula memikirkan Adi yang juga penghuni pangsapuri yang sama.

"Emm...mamat tu tinggal tingkat berapa ek?" Ojie teringat pada Adi yang sering bertembung dengannya di pangsapuri itu. Tak sangka, dia akan bekerja satu bumbung dengan mamat Jawa tu.

"Em, selagi dia tak tahu aku siapa, baik aku berhati-hati. Jangan layan sangat perangai tak semenggah mamat microbe tu!" Ojie menarik selimut menutupi mukanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-10-2016 12:38 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-10-2016 05:32 PM

HAMPIR dua minggu berlalu. Selama  itu juga Ojie cuba mencari dan menggali apa yang dia perlu tahu tentang misteri kehilangan seorang gadis cina sepuluh tahun dulu. Gadis cina yang juga anak kepada kawan karib ayahnya dulu, Ah Hong. Kerana terlalu bersedih, Ah Hong bersama keluarganya membawa diri berhijrah ke Australia dan menetap di sana.
"Kesian..kalau aku pun, aku tak sanggup mengadap kisah sedih." Fikirannya melayang pula pada kes MH370 yang hilang tanpa jejak dan sampai sekarang masih menemui jalan buntu.

Beria ayah menyuruhnya bekerja di makmal itu dan beria juga ayah menyuruhnya mengambil bidang Kimia semata-mata untuk menolong Ah Hong yang terlalu bersedih. Niat ayah memang baik tetapi dia masih musykil dan tidak percaya dengan cerita dari bomoh yang Ah Hong pernah jumpa dulu untuk menilik di mana anak gadisnya berada. Ikutkan hati, malas untuknya terlibat dalam benda tahyul dan karut seperti itu, apalagi kalau melibat hal mistik. Seumur hidupnya, belum pernah dia melihat dengan mata kepala sendiri makhluk ghaib walaupun dia percaya jin dan syaitan juga wujud di muka bumi ini.

Ojie melepaskan keluhan. Hari ini, hari minggu. Dia sudah berada di rumah orang tuanya di Sg. Udang Melaka. Perjalanan yang hanya memakan masa kurang dua jam itu, memudahkannya menjenguk orang tuanya yang sudah tua. Pelik juga, ayah berkeras menyuruhnya menyiasat hal itu. Malah, setiap apa yang dia siasat, ayah minta laporannya.

"Pelik..ayah aku bukan polis, PI pun bukan. Kenapa dia beria nak aku siasat?" Ojie semakin bingung. Selama dua minggu bekerja di makmal itu, dia belum pernah sekali pun bertembung dengan jelmaan perempuan seperti yang didakwa Adi.


Namun dia perasan, sejak kejadian Adi ternampak perempuan jelmaan itu, Adi sudah mulai berubah. Tidak lagi menyakat dirinya dan bila bertembung di pangsapuri pula, Adi seperti tidak mengendahkannya walaupun ditegur.


"Jauh menung?"

Ojie cepat-cepat berpaling. Ayahnya sudah tersenyum simpul di sebelah seraya melabuhkan punggung di sofa sebelah.

"Tak adalah ayah. Ayah dari mana ni?" Baju yang dipakai ayahnya sudah dibasahi peluh. Dia pasti, tentu ayah baru sudah berkebun di belakang rumah. Bermacam jenis sayur ditanam. Pokok buah-buahan hanya tunggu masa saja untuk dituai hasilnya.

"Macam mana kerja?Okey?" Hassan mengelap peluh dengan tuala yang dilingkarkan di lehernya. Matanya masih menatap wajah anak gadisnya yang turut mengukir senyum.

"Okey..seronok juga rupanya kerja kat makmal tu. Staff kat situ, gila-gila semua. Happening la." Ojie senyum semakin lebar. Memang dia teruja dengan suasana kerja walaupun terpaksa bekerja sampai ke malam.

"Alhamdulillah...leg ayah dengar. Ni, apa yang ayah suruh tu, ada perkembangan tak?" Hassan menukar topik bicara.

Ojie tunduk seketika. Dia sudah mengagak yang soalan itu akan dilontarkan kepadanya. Muka diangkat dengan satu helaan nafas berat. Wajah tua ayahnya ditatap penuh sayang. Keringat masih menitik di dahi. Ayah, seorang pesara yang sudah lebih 5 tahun masih kuat bekerja. Tidak pernah sekalipun dia goyang kaki. Ada saja kerja yang hendak dibuatnya. Buah-buahanyang lebat di pokok, dikutip dan dijual di pekan. Belum lagi musim durian, walaupun hanya ada sebatang pokok tapi berbaloi bila ia mampu berbuah sehingga 50 biji!

"Ada...kawan satu makmal pernah nampak kelibat perempuan baju lusuh kat makmal tu.." Jawab Ojie dengan harapan ayahnya boleh memberi klu seterusnya. Selama ini, tiada satu pun klu atau apa-apa maklumat yang diberi oleh ayah selain nama dan kehilangan gadis itu.

Hassan mengelap lagi peluh yang masih membasahi dahinya. Jawapan Ojie tadi sedikit sebanyak mengiakan tilikan bomoh yang ditemui Ah Hong dulu. Malas sebenarnya dia hendak terlibat dalam perkara khurafat seperti itu, silap hari bulan boleh jadi jatuh syirik! Jalan terbaik, dia berjumpa pula dengan seorang pengamal perubatan Islam yang juga kawan lamanya dulu, Pak Ya. Seorang yang terkenal dengan alimnya kerana amal ibadah yang sentiasa istiqamah. Pak Ya melarang dari dipanggil Ustaz katanya.

Terkejut juga mendengar kata-kata Pak Ya. Apa yang diberitahu oleh Pak Ya tidak banyak berbeza dari bomoh itu.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 06:28 PM | Show all posts
ERR.. ERR...geng pinang patah ada tak dlm ini cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-10-2016 12:38 PM
HAMPIR dua minggu berlalu. Selama  itu juga Ojie cuba mencari dan menggali apa yang dia perlu tahu t ...

mistik sangat ni... apa jadi dgn perempuan tu sebenarnya... makin menariklah pulak @Ipo
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2016 10:59 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-10-2016 05:28 PM
ERR.. ERR...geng pinang patah ada tak dlm ini cerita?

hehhe..ko ni...tak jemu ke ?
kali ni geng makmal pulak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2016 10:59 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 21-10-2016 02:46 PM
mistik sangat ni... apa jadi dgn perempuan tu sebenarnya... makin menariklah pulak @Ipo

misteri dan mistik berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2016 11:40 AM | Show all posts
OJIE masih memandang ayahnya yang seperti jauh mengelamun. Dia tahu, tentu hal Ah Hong yang muncul di benak orang tua itu. Sejak Ah Hong berhijrah ke Australia, ayah seolah sedaya mungkin ingin menyelesaikan masalah Ah Hong. Pernah juga dia terserempak dengan ayah sedang bersembang serius dengan seseorang di sebuah restoran di Pengkalan Balak. Masa itu dia bersama rakan sekolah yang lain sedang bersiaar-siar di pesisir pantai di situ. Sejak itu, ada dua tiga kali juga dia bertembung dengan ayah dan lelaki itu. Lelaki itu agak sebaya dengan ayah namun sampai sekarang dia masih belum mengenalinya kerana tidak pernah melihat wajah sebenar.

"Ayah...siapa lelaki yang selalu jumpa ayah dulu?" Lantas soalan diaju. Ojie merasa seperti ditarik-tarik hatinya untuk mengetahui tentang lelaki misteri itu. Setahunya, ayah tidak pernah sembunyikan persahabatannya dengan sesiapa. Malah selalu mengajak datang ke rumah untuk menjamu selera.

"Maksud Ojie?"

Ojie diam, riak ayah seperti cuba sorokkan sesuatu. Selepas ditanya tadi, ayah seperti melarikan anak mata ke arah lain.

"Lelaki bertopi koboi, dia selalu jumpa ayah di luar. Selalunya ayah jemput datang ke rumah semua kawan ayah." Ojie jelaskan apa yang dia tahu.

Hassan diam. Patutkah dia beritahu hal sebenar kepada Ojie??

"Kalau ayah nak saya siasat hal anak Ah Hong, kenapa ayah nak rahsiakan dari saya. Saya dapat rasa yang lelaki yang selalu ayah jumpa tu, ada kaitan dengan hal ni. Sampai sekarang ayah tak beritahu saya, kenapa nak siasat sangat kat makmal tu? Ayah yakin ke budak cina tu hilang kat situ?" Kali ini Ojie perlukan kepastian.

Hassan pandang anak gadisnya yang sudah ada rasa tidak puas hati. Jelas terpamer di wajah putih kuning itu. Mungkin satu hari nanti, dia akan perkenalkan Ojie dengan kawannya itu. Namun, buat masa sekarang ini, biarlah segalanya menjadi rahsia selagi kes anak gadis Ah Hong masih belum selesai. Kes yang sudah diklasifikasikan sebagai hilang itu sudah ditutup fail oleh pihak polis. Dua tahun mencari, kes itu akhirnya ditutup dan kerana kecewa, Ah Hong sekeluarga telah meninggalkan Malaysia dan menetap di Melbourne.

"Ojie, ayah bukan nak rahsia dari Ojie tapi belum masanya lagi. Ayah hanya nak Ojie siasat dulu. Tadi, Ojie cakap, kawan satu kerja nampak perempuan berbaju lusuh tu. Ayah rasa...itu sudah cukup untuk kaitkan makmal tu dengan kes kehilangan Winnie Hong tu." Hassan melepaskan keluhan berat.

"Tapi mana ayah tahu, perempuan yang kawan saya nampak tu adalah Winnie Hong? Mungkin juga orang lain? Atau, mungkin kawan saya tu hanya berhalusinasi?" Ojie masih tidak mahu percaya.

"Cuba Ojie cerita rupa perempuan tu..maksud ayah, apa yang kawan Ojie beritahu.." Hassan pandang Ojie yang masih keliru.

"Apa yang dia nampak, perempuan tu..pakai baju biru lusuh, rambut panjang..kulit agak putih tapi dah pucat dan kebiruan, mukanya dah pecah-pecah. Ala senang cerita, rupa hantu lah!" Balas Ojie, walaupun dia sendiri tidak boleh membayangkan rupa sebenar perempuan yang Adi nampak dulu.

Jeda.

"Winnie Hong tu...pakai baju apa masa dia didapati hilang dulu?" Ojie mengasak soalan setelah agak lama ayahnya diam.

Hassan masih diam. Apa yang diterangkan kepadanya tadi berlainan dengan penampilan Winnie semasa gadis itu hilang. Winnie ketika itu memakai blaus putih dan skirt paras lutut berwarna merah. Bermakna, perempuan yang kawan Ojie lihat itu bukan Winnie.

"Emm...ayah rasa, dah salah orang. Winnie tak pakai baju biru.."

Ojie berkerut kening. "Jadi, kenapa ayah yakin sangat, makmal tu jadi tempat terakhir Winnie? Takkan kerana dia pernah bekerja di makmal itu dulu, maka mayatnya ada kat situ?" Ojie melontar hipotesisnya sendiri,lagak seorang polis sedang menyoalsiasat.

"Tapi...apa yang bomoh Ah Hong dan Pak Ya beritahu dulu, mereka berdua syak benda yang sama. Hari terakhir Winnie hilang, dia berada di makmal dan sekarang, rohnya tak tenteram. Ada Ojie dengar apa-apa tak..macam makmal tu berhantu ke.." Hassan pula merasa bingung.

Ojie diam. Otaknya cuba memutarkan semula apa yang terjadi sepanjang dua minggu dia bekerja di makmal itu dan apa yang diberitahu Adi dan Pua tentang makmal itu. Ya, sudah jelas keangkerannya walaupun dia belum pernah nampak kelibat seperti yang didakwa Adi. Mungkin benar juga anggapan bomoh dan Pak Ya. Pua juga bercerita tentang pekerja yang sering dikacau selalunya akan berakhir dengan perletakkan jawatan.

"Entahlah...nanti saya siasat. Kalau ternyata bukan Winnie, saya tak nak siasat lagi ayah. Lupakanlah. Ah Hong tu pun dah tak ada kat Malaysia ni." Ojie menyatakan pendapatnya. Sehingga ke hari ini, dia masih tidak percaya pada benda itu semua.

Deringan telefon bimbit Ojie sudah bergema. Lantas telefon itu dicapai dari atas meja. Tersenyum Ojie memandang nama yang terpapar pada skrin.

"Siapa?" Tanya Hassan.

"Shahir.."

Hassan senyum. Ojie sudah meleret senyumannya. Dia sudah tahu, sejak di kampus lagi Ojie dan Shahir berkawan rapat dan pernah Shahir menyuarakan hasrat untuk menyunting Ojie selepas setahun Ojie bekerja. Shahir yang tiga tahun lebih tua dari Ojie sudah tiga tahun juga bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur. Dia minta diri untuk ke bilik air. Sekejap lagi masuk waktu Zuhur.

"Jangan lupa masak tengahari. Ayah dah kutip pucuk ubi dan cili padi untuk buat sambal belacan."Pesan Hassan sebelum menapak masuk ke dalam bilik air yang tidak jauh dari ruang dapur.

Ojie hanya mengangguk sambil telinga menadah mendengar suara Shahir di hujung talian.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2016 07:04 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-10-2016 03:06 PM

BAB 4


DUA hari Ojie sudah kembali bertugas. Keadaan di dalam makmal seperti biasa, seperti hari-hari sebelum ini. Masing-masing sibuk dengan kerja dan tugas yang diberikan. Makmal yang memiliki tiga bahagian itu, kimia, mikrobiologi dan Pathologi diperhatikan sejenak. Tidak ramai pekerja. Di bahagian Kimia sahaja hanya ada 10 pekerja. Patutlah hubungan antara pekerja juga agak rapat dan selalu 'happening' bila ada majlis atau parti untuk meraikan harijadi atau pun makan malam syarikat.

Tidak dinafikan, sejak menjadi sebahagian warga makmal ini, dia juga sudah merasa tempias hubungan baik antara pekerja. Mesra dan mudah bekerjasama walaupun berlainan bidang. Ojie pandang pada Adi yang mula menapak masuk ke makmal kimia.  Semalam sebaik sampai di pangsapuri tempatnya tinggal, dia terserempak dengan Adi yang sedang melepak di sebuah gerai berdekatan. Niatnya untuk membeli mee bandung dibatalkan semata-mata ingin mengejar Adi yang sudah mula beredar dari gerai itu. Adi langsung tidak mengendahkannya bila dilaung namanya.

"Pelik..aku ada buat salah ke?" Ojie menoleh pada Adi yang sedang berborak dengan Megat. Mungkin berbincang hal sampel ujian.

"Ojie, aku tengok dari tadi kau duk usha Adi, ada apa-apa ke?"

Ojie yang ralit merenung Adi, tertoleh ke arah Nisha yang sudah tersengih di sebelah. Nisha yang juga 'chemist' sepertinya. Dia hanya melemparkan senyuman kelat.

"Eh, kau tak nak tackle ke Adi tu? Aku tengok dia selalu curi pandang kat kau. Macam kau buat tadi." Usik Nisha lagi.

"Sorry..aku dah berpunya." Ojie menjawab lalu menyambung tugasnya melihat graf di skrin mesin analisis. Ujian Arsenik untuk sampel kosmetik pula yang dia perlu buat. Malam nanti, dia perlu buat ujian ke atas sampel makanan pula. Projek yang masih belum selesai selama sebulan itu.

"Oh really? Siapa? Emm..melepaslah Adi nampaknya.." Nisha gelak kecil.

"Kalau dia suka aku sekalipun, aku tak akan bagi hati aku kat dia. Dahlah dia panggil aku badak sumbu. Eh, hello! Aku ada nama okey!" Cebik Ojie bernada geram.

"Ya ke dia panggil kau badak sumbu? Tadi aku dengar, masa dia sembang dengan Arthur, dia sebut si minah Arsenik. Aku rasa dia tuju kat kau.." Nisha ketawa semakin galak.

Ojie terdiam. Apa yang dikatakan oleh Nisha tadi mengingatkannya pada mesej yang diterima dulu. Kalau benar Adi memanggilnya Arsenik, bermakna mesej itu dari Adi???

"Mana dia dapat nombor telefon aku?"

"Apa?"

Ojie pandang Nisha, hai minah ni, telinga lintah betul! Dia meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan Nisha yang terkulat-kulat menunggu kata-kata darinya. Malas dia hendak melayan soalan remeh temeh macam itu. Tambah lagi hal yang boleh menimbulkan fitnah dan skandal. Kalau sampai ke telinga Shahir, mahu Shahir cemburu!

"Ojie, malam ni, kita kena OT sampai pukul 10. Bos cakap, sampel akan sampai pukul 6.30 nanti. Jadi, kena stay back lambat la."

Ojie yang leka melihat monitor skrin mesin analisis tadi mula berpaling. Megat sudah berada di sebelah. Dia panjangkan leher melihat ke arah tempat Adi dan Megat berbincang tadi. Sudah tiada kelibat Adi di situ. Matanya dialih pada Megat semula.

"Okey, budak-budak microbe stay back jugak ke?" Ojie sengaja bertanya. Sebenarnya dia ingin mengorek cerita dari Adi tentang kelibat yang pernah Adi nampak dulu.

Megat mengangguk dan berlalu pergi.

Ojie mengukir senyum. Dia perlu berbaik dengan Adi kerana hanya Adi yang boleh nampak benda-benda ghaib. Tentu Adi lebih arif tentang penampilan perempuan yang muncul itu dulu. Jika benar perempuan itu adalah roh Winnie Hong yang tidak tenteram, dia perlu berbuat baik dengan Adi dan bekerjasama dengan lelaki itu. Dia perlu mencari cara yang paling baik untuk berbaik dengan Adi agar Adi tidak mengesyakinya tentang penyiasatannya selama ini. Penyiasatan yang dia sendiri masih samar sebenarnya. Maklumat yang diberikan oleh ayah tidak lengkap. Ah, kalau sudah menemui jalan buntu, dia perlu mengalah dan tarik diri. Biarlah ayah mengupah orang lain kalau ayah nak sangat menolong Ah Hong dalam hal ini. Winnie Hong pun sudah 10 tahun hilang. Entah mati ataupun hidup. Kalau hidup, entah-entah perempuan itu pun sudah bahagia di mana-mana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah, ipo dah ada citer baru
Menarik!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2016 02:27 PM | Show all posts
JAM 9 malam, masing-masing sibuk bekerja, menyudahkan ujian sampel masing-masing. Sampel yang agak banyak diterima hari itu cukup membuatkan pekerja makmal itu bekerja keras untuk menyiapkan ujian sebelum pukul 12 malam. Adi bersama Pua dan Nik bekerjasama melakukan ujian kehadiran bakteria patogen dalam sampel makanan yang diterima. Sejak jam 6 petang tadi lagi, mereka sibuk sehinggakan tiada masa untuk bersembang seperti dulu.

Sesekali Adi melihat jarum jam. Perasaan berdebarnya semakin ketara. Sejak dia terserempak dengan perempuan berbaju biru lusuh itu dulu, dia seperti fobia untuk 'stay back' sampai lewat malam. Usai meletakkan sampel dalam 'incubator', Adi segera menapak ke bilik air. Dia perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

"Adi!!"

Adi yang tergesa-gesa menuju ke bilik air menoleh sebentar. Ojie sedang tersenyum memandang ke arahnya. Langkahnya terhenti. Otak kecil mula berfikir tentang sikap Ojie yang sejak akhir-akhir ini berlainan sungguh. Kalau dulu, mulut asyik muncung saja bila disakat tetapi sejak dua hari lepas, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mungil gadis tinggi lampai itu.

"Awak nak apa?" Adi memandang penuh tanda tanya.

"Saya ada hal sikit nak cakap. Lepas kerja nanti, boleh kita jumpa kat mana-mana?" Ojie masih memandang Adi yang seperti meragui kata-katanya. Malah riak wajah lelaki itu sudah berlainan. Ah, biarlah dia kata aku terhegeh-hegeh.

"Eh, kat lab ni kita jumpa hari-hari. Cakap jelah apa dia.."

"Kenapa dengan awak ni? Saya ada buat salah ke?" Ojie mula merasa tidak senang dengan sikap Adi.

"Tak..saya nak solat dulu.." Adi menyambung langkah ke bilik air. "Oh ya, jumpa di warung Kak Leha."

Ojie mengukir senyum. Sempat Adi menoleh padanya dan membalas juga pertanyaannya tadi. Dia tahu, warung Kak Leha tempat Adi selalu lepak di depan pangsapuri yang mereka tinggal. Lega, akhirnya Adi sudi berbaik dengannya. Dia perlu mengambil peluang ini untuk mencungkil lebih banyak maklumat tentang kelibat yang Adi nampak atau mungkin sejarah makmal itu sendiri. Ojie segera mengatur langkah ke tingkat atas menuju ke makmal kimia dengan senyuman lebar.

"Ehem..senyum-senyum ni, ada apa ke?" Arthur mengusik sebaik ternampak Ojie sudah memasuki makmal kimia.

"Takkan nak masam je. Nanti cepat tua." Ojie berseloroh.

"Ya la kan? Cepat tua.." Arthur mengangguk.

Ojie sempat menoleh pada Nisha dan Liz yang sudah melihatnya dengan ekor mata. Dari raut wajah keduanya, dia tahu, keduanya seperti suka jika dia dan Adi bersama.

"No way, aku baik dengan Adi sebab nak settle kes ni je.." Omel Ojie.



DI WARUNG KAK LEHA, Ojie dan Adi sedang menikmati juadah mee goreng basah yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk sekitar situ. Warung yang beroperasi sehingga jam 2 pagi itu masih meriah waktu ini walaupun sudah menghampir jam 12 malam. Ojie sesekali mencuri pandang pada Adi yang sudah licin pinggannya. Melantak sakan! Mentang-mentanglah dia yang belanja.

"So, apa hal  penting yang awak nak cakap tu?" Adi membuka bicara. sejak tadi dari waktu memesan makanan sampailah makanan tiba dan sekarang ini makanan sudah selamat masuk ke dalam perut, mereka berdua hanya diam membisu.

"Pasal...perempuan yang awak nampak kat lab dulu tu.." Ojie membalas.

Adi diam, matanya merenung wajah gadis putih kuning dengan mata agak sepet. Sekali lihat, mirip gadis cina. Mungkin juga keturunan cina  baba nyonya memandangkan Ojie berasal dari Melaka. Cantik...

"Hello..." Ojie memetik jari di depan muka Adi yang kelihatan jauh berkhayal.

Adi tersedar. Dia melemparkan senyuman kelat. Sempat mengelamun pula. Teh ais disedut rakus dari straw. Srukk.. srukk..

Ojie hanya senyum melihat tingkah Adi yang sudah kelam-kabut. Nampak menggelabah. Lelaki macam tulah agaknya, bila kantoi mula la buat muka tak semenggah.

"Pasal perempuan tu..baru sekali je saya nampak. Sebelum ni, hanya nampak kelibat je. Kenapa awak beria sangat nak tahu? Perempuan tu muncul depan awak ke?" Wajah Ojie ditatap agak tajam. Dari sinar mata gadis itu, sudah jelas ada sesuatu yang gadis itu inginkan darinya.

"Taklah..saya cuma curious saja. Mana tahu, saya jadi the next staff yang akan resign?" Ojie berseloroh.

Adi diam, straw dalam gelas diputar, melagakan ketul ais yang masih berbaki. Fikirannya melayang pada kejadian seorang 'chemist' dulu yang seperti dirasuk dan setelah dua bulan bekerja, dia berhenti. Sebelum chemist itu berhenti, Adi sempat bertanya, apa yang sebenarnya berlaku dan ya, apa yang dilihat oleh chemist itu sebiji dengan apa yang dia pernah lihat dulu. Chemist itu tidak beritahu kepada sesiapapun kerana dia tahu, mereka yang lain hanya akan mentertawakannya saja.

"Emm..looks like awak ni..macam dua beradik dalam cerita Supernatural..atau...awak memang pemburu hantu?" Adi gelak sinis. Mana mungkin gadis lembut seperti Ojie berani menjadi pemburu hantu.

"Whatever! All I need to know is, pasal perempuan tu. Kalau awak beri kerjasama dan boleh zip mulut, saya akan jelaskan apa tujuan saya tanya awak pasal tu. Deal??" Ojie merenung mata Adi yang sudah berkelip-kelip.

"Awak ni siapa sebenarnya? Polis? PI?" Adi masih tidak puas hati. Ojie seperti berahsia.

"Bukan..saya hanya chemist yang tak sampai sebulan bekerja di lab. So, deal?" Ulang Ojie.

"Emm...awak nak kerjasama yang macam mana?"

"Since awak boleh nampak benda ghaib, I mean...hantu jembalang ni, saya nak minta bantuan awak." Ojie meneruskan kata-katanya tentang apa yang dia sedang siasat.

"Emm..jadi saya kena balik ikut awak ke Melaka? Jumpa ayah awak?" Adi sudah tercengang.

"Yup! Saya tahu, dari muka awak tu, awak macam tak percaya cerita tu, jadi untuk pengesahan, awak tanya ayah saya sendiri." Ujar Ojie lagi.

"Emm...okey. Apa upah? Takkan buat kerja sia-sia? Jumpa hantu lagi..." Kali ini Adi mengekek ketawa.

"Ada..."Jawab Ojie pendek.

"Apa dia?"

Ojie menjeling tajam pandangan nakal lelaki itu padanya. Dia sudah masak dengan perangai lelaki yang otak kuning. "Dont you ever think that thing!"

"Hey, I'm not like that!" Adi ketawa berdekah-dekah.

Ojie mencebik lalu tersenyum. Dia tahu lelaki seperti Adi tidak akan bertindak di luar batasan. Tidak seperti Shahir yang suka mengambil kesempatan padanya. Mujurlah dia belajar silat dulu ketika di kampus. Muka Shahir sudah merasa debikan sulung darinya.

"So, jadi tak nak ikut saya balik Melaka, hujung minggu nanti?" Tanya Ojie lagi.

Adi mengangguk.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2016 03:20 PM | Show all posts
SHAHIR hanya memerhati dari jauh. Tadi, usai berjumpa kawan di Amcorp Mall, dia berniat untuk berjumpa Ojie. Sejak sibuk dengan projek barunya, dia sudah jarang meluangkan masa bersama Ojie. Hanya telefon saja yang menghubungkan mereka. Dari dalam kereta, dia dapat melihat dengan jelas Ojie bersama lelaki lain sedang bersembang mesra yang sesekali disusuli dengan gelak ketawa.

"Oh, patutlah selalu tolak ajakan aku nak keluar, rupanya dah ada balak. Muka macam jawa macam tu pun, kau berselera?" Shahir mengetap bibir. Dirinya sudah rasa tercabar dengan kehadiran lelaki yang sedang berbual mesra dengan Ojie di warung itu.

Telefon diambil dari poket seluar dan nombor Ojie dihubungi. Sepuluh minit berbual, Shahir matikan talian. Matanya menghala semula ke arah warung tadi. Orang ramai masih mengunjungi warung itu. Agaknya sedap sangat makanan yang dihidang. Lega, bila Ojie tidak menipunya. Gadis itu menjawab dengan jujur setiap soalan yang dilontarkan tadi. Cuma, Ojie tidak menyatakan siapa kawan yang bersamanya ketika ini.

"Tak apa..mungkin kawan saja.." Shahir memandu perlahan dan keluar dari kawasan itu.

Sepanjang perjalanan pulang, benaknya sarat dengan persoalan tentang apa yang dilihat tadi. Itulah pertama kali dia melihat Ojie keluar bersama lelaki lain dan lebih teruk lagi, pada waktu tengah malam! Deruman kereta semakin kuat bila kakinya menujah pedal minyak. Meluncur laju keretanya memasuki lebuhraya persekutuan menuju ke Shah Alam.


OJIE menapak malas ke rumahnya di tingkat dua. Sempat dia memberi salam pada Adi yang sudah menapak ke tingkat 4. Menghuni di pangsapuri yang sama, memudahkannya lagi untuk berhubung dengan Adi. Tambah lagi bekerja di bawah satu bumbung. Namun, debaran hatinya semakin terasa. Tiba-tiba saja Shahir menelefon. Selalunya, jarang lelaki itu menghubunginya waktu begini.

"Entah..entah..dia nampak aku dengan Adi tadi.." Keluh Ojie.

Ah,lantaklah! Dia bukan buat apa pun dengan Adi. Sekadar bersembang dan makan-makan saja. Tidak lebih dari itu. Lagipun selama ini, dia tidak pernah keluar dengan lelaki lain. Langkah Ojie semakin laju menaiki anak tangga. Tiba di muka pintu, kunci diraba dari dalam beg sandang.

Srtt....srrt....srrtttt......

Seretan tapak kaki jelas kedengaran di telinga. Ojie segera berpaling ke kiri, ke arah bunyi yang didengar tadi. Tiada sesiapa. Kunci yang baru diambil tadi, cepat-cepat dimasukkan ke dalam lubang kunci. Sebaik saja pintu dibuka, Ojie segera menapak masuk dan mengunci pintu. Pucat muka. Dia cepat-cepat melangkah ke bilik. Sempat dia melihat bilik Sarah dan Ona yang sudah gelap. Agaknya sudah bermimpi bulan bintang. Sebelum tidur, dia perlu menunaikan solat Isyak dulu. Di makmal tadi, dia terlalu sibuk menyiapkan analisa sehingga tidak sedar, semua yang kerja lebih masa sudah bersiap untuk pulang. Terpaksalah dia bersiap juga.

Minggu depan, dia akan mengajak Adi pulang ke kampung. Dalam kotak fikirannya, sudah terasa yang ayah akan memarahinya nanti kerana sudah beritahu tentang hal itu kepada Adi. Terpaksa!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2016 03:21 PM | Show all posts
Mokcun replied at 23-10-2016 09:02 AM
Wah, ipo dah ada citer baru
Menarik!

hahaha...rajinnya mokcun jenguk thread sendu saya nih
cerita suka2...nak buang masa kekdahnya..
sambil cari idea juga sebenarnya...
kalau citer ni lama tak berupdate tu..harap maaf ya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 04:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-10-2016 03:20 PM
SHAHIR hanya memerhati dari jauh. Tadi, usai berjumpa kawan di Amcorp Mall, dia berniat untuk berjum ...

makin tak keruan baca cerita ni... seram pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 24-10-2016 03:21 PM
hahaha...rajinnya mokcun jenguk thread sendu saya nih
cerita suka2...nak buang masa kekdahnya..
...

Mokcun suka je baca...
Citer ipo lain dari kisah klise ..
Lambat update tak pa..jgn langsung tak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2016 10:39 PM | Show all posts
BAB 5


HASSAN memandang Adi yang sudah terkulat-kulat duduk di depannya di ruang tamu itu. Wajah anak muda itu direnung lama. Ojie sudah maklumkan padanya tentang kedatangan Adi ke rumah itu. Suratkhabar di tangan diletakkan di atas meja kopi. Kopi pekat yang masih berasap itu disisip perlahan. Ubi keledek rebus pula diambil dan dikunyah perlahan. Mata tidak lepas memandang Adi yang masih diam tidak berkutik.

"Emm..kau Adi?" Hassan mula bersuara.

"Ya..saya Adi." Adi cuba mengukir senyum. Terasa plastik sangat senyumannya ketika ini. Tidak tahu sama ada dia senyum sebab rasa takut atau pun sekadar menghormati orang tua.

"Jadi, kamu tahu pasal makmal tu?" Soal Hassan lagi.

Ojie yang duduk di sebelah ayahnya juga turut memandang Adi yang seperti resah gelisah saja. Dia beri isyarat pada Adi supaya menceritakan apa yang berlaku di makmal dulu.

"Err...saya pun tak tahu sangat pakcik. Saya kerja pun baru setahun kat makmal tu. Tapi apa yang nampak kat makmal tu, saya tak tipu. Sungguh!" Adi menelan liur. Bulat matanya memandang ayah Ojie yang tidak mengalih mata dari memandangnya sejak tadi.

"Jadi, kamu nampak perempuan tu kan? Macam mana rupa perempuan tu?" Soal Hassan sekali lagi. Dia sudah tidak sabar hendak menyelesaikan kes itu. Biar Ah Hong tahu cerita sebenar. Bukan hanya mendengar kata bomoh saja.

"Ya betul pakcik..." Adi menceritakan penampilan perempuan yang muncul dulu. "Tapi apa kaitan perempuan tu dengan kes Winnie Hong?"

Hassan tunduk dan lagak seorang pemikir, dahi sudah berkerut-kerut. Apa yang dikatakan oleh Adi tadi memang langsung tidak ada persamaan dengan penampilan Winnie pada hari terakhir dia didapati hilang. Kalau bukan Winnie, roh siapa pula yang mengacau pekerja makmal itu?

"Pakcik..apa kaitan Winnie dalam kes perempuan tu?" Ulang Adi, dari tadi pakcik Hassan diam, seperti jauh berfikir.

"Ya ayah, kalau ayah nak Adi tolong ayah, baik ayah ceritakan semuanya pada Adi." Ojie pula mencelah. Dia pegang tangan ayahnya yang masih tunduk.

Hassan masih diam. Berselirat segala persoalan di benaknya ketika ini. Nampaknya semakin sukar untuknya menyelesaikan kes ini. Namun, dia harus teruskan juga menyiasat, mana tahu, pada hujungnya nanti akan ada jawapan yang selama ini dicari dan bila sudah pasti, kes itu akan dibuka semula.

"Sebenarnya, kawan pakcik yang suruh pakcik siasat.Anaknya hilang dan sampai sekarang tiada khabar berita. Kali terakhir orang nampak dia di makmal yang kamu dan Ojie kerja tu. Ah Hong pun dah minta khidmat bomoh menilik di mana anaknya berada. Menurut bomoh tu, anak Ah Hong sudah meninggal dan dibunuh. Mayatnya mungkin ditanam di dalam bangunan makmal tu.." Hassan terpaksa berterus terang. Dia juga serba salah sebenarnya. Semalam Ah Hong menghubunginya jauh dari Melbourne semata-mata ingin mengetahui perkembangan kes itu.

Adi terdiam. Apa yang didengarnya dari pakcik Hassan sama seperti apa yang ditekanya dulu. Kalau benar Winnie Hong dibunuh dan kali terakhir ditemui di makmal itu, bermakna ada kemungkinan  juga Winnie Hong adalah mangsa korban untuk pasak bangunan.

"Sekarang ni, kamu boleh nampak benda-benda ghaib ni dan Ojie pula tak boleh, pakcik harap kamu boleh tolong Ojie menyiasat hal ni. Tapi kena ingat, jangan sampai pihak pengurusan makmal tahu hal ini. Pakcik dah dapat plan makmal dari Ojie dan pakcik harap, kamu berdua dapat klu dari perempuan yang muncul tu. Tentu ada sesuatu yang buatkan perempuan tu tiba-tiba menjelmakan diri. Oh ya, sekejap.." Hassan bingkas bangun dan menuju ke bilik. Lima minit kemudian, dia keluar bersama sekeping foto.

"Ni, foto Winnie Hong, anak perempuan Ah Hong yang hilang tu." foto itu dihulur kepada Adi.

Foto yang sudah bertukar tangan itu diperhatikan seketika. Adi cuba mengamati wajah gadis cina di dalam foto tadi. Ada juga iras perempuan berbaju biru lusuh itu dulu.

"Saya tak ada masalah pakcik..cuma saya nak tahu, kenapa pakcik beria nak siasat kes ni? Kenapa tak polis saja yang siasat?" Adi semakin tidak faham.

"Kes ni sudah ditutup 8 tahun dulu. Dua tahun Winnie hilang, akhirnya polis menutup kes fail. Ah Hong tak puas hati. Dia rasa anaknya masih hidup dan sebab tu dia jumpa bomoh. Tapi macam pakcik cakap tadi la, bomoh cakap yang Winnie sudah meninggal dibunuh katanya." Balas Hassan.

"Habis tu, kalau pakcik siasat, macam mana pakcik nak sahkan yang mayat Winnie ditanam di makmal tu?" Adi menggaru kepala.

"Itu tugas kamu dan Ojie." Hassan senyum.

Adi dan Ojie saling berpandangan.

"Pakcik tahu, susah nak buktikan tapi tak mustahil. Kamu boleh nampak makhluk ni dan itu satu petunjuk sebenarnya. Tak kiralah kes Winnie ke siapa, yang penting ada sesuatu yang tak kena di bangunan makmal tu. Cuba korek cerita dari senior situ yang sudah lama bekerja. Kita siasat setakat yang mampu.."

"Kenapa Ah Hong tak upah PI saja? Atau...buat permohonan untuk buka semula kes ni?" Tanya Adi yang masih terkebil-kebil.

"Kita nak buka kes, kena ada bukti dan sekarang ni, kita nak cari bukti tu. Contohnya, kalau dapat rangka tulang ke atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan Winnie Hong tu. Itu sudah cukup untuk kita buka semula kes." Ujar Hassan, menjelaskan apa yang perlu dibuat.

Adi mengangguk-angguk.

"Ayah..kalau tak jumpa juga bukti tu?" Ojie mencelah lagi.

"Kita tak perlu siasat la. Bukan senang nak dapat bukti. Ayah cuma nak buktikan pada Ah Hong saja. Kalau tak ada bukti, bermakna Winnie bukan dibunuh dan mayat dia ditanam di situ. Ah Hong kena terima kenyataan yang anaknya sudah mati walau tak tahu kat mana kuburnya.." Hassan melepaskan keluhan berat.

Adi dan Ojie turut menghela nafas. Masing-masing diam.

"Emm..Ojie, Shahir tu kerja dengan syarikat pembinaan kan? Tentu dia tahu hal bangunan ni.." Mata Hassan beralih pada anak gadisnya pula.

Adi diam, dia hanya memasang telinga sahaja. Dalam mindanya cuba meneka siapa Shahir yang dikatakan oleh pakcik Hassan tadi.

"Ala..malas la ayah nak tanya dia. Dia tu kuat sentap. Kuat cemburu." Rengus Ojie.

"Kamu belum tanya lagi, dah cakap Shahir tu kuat sentap la, kuat cemburu la..habis, selama ni, kamu dan Shahir tu selalu bergaduh la?" Bidas Hassan.

"Tak lah sampai macam tu..malaslah ayah." Ojie mencebik. Malas dia hendak libatkan Shahir dalam hal ini. Selama ini pun, ayah tak pernah tahu sikap Shahir yang suka mengambil kesempatan. Kalau dia cerita pada ayah, sah-sah ayah akan cepatkan pernikahan nanti sedangkan syaratnya dia ingin merasa duit gaji sendiri selama setahun bekerja.

"Kalau susah sangat, nikah je. Dah halal, nak ke hulu ke hilir pun orang dah tak kata. Nak siasat macam kes ni pun senang." Hassan membebel.

"Ayah!" Ojie mula membantah.

Adi diam. Kini baru dia faham. Rupanya selama ini Ojie hanya menunggu masa untuk disunting oleh kekasih hati. Ah, kenapa tiba-tiba dia pula merasa cemburu, merasa gelisah?? Kau jangan Adi..kau dah kecewa banyak kali sebelum ini. Baik kau buat hal kau sendiri. Bagai dihambur kata dari hati, Adi melepaskan helaan panjang.

Ojie perasan perubahan wajah Adi. Tiba-tiba sahaja Adi berubah murung. Apakah Adi tidak berminat hendak menolongnya dalam hal ini? Jelas terpancar riak sugul di wajah Adi.

"Adi..awak okey?" Ojie beranikan diri bertanya.

"Okey..aku okey.." Adi bingkas bangun dan kemudian keluar dari ruang tamu rumah itu dan berehat di atas pangkin di bawah pokok rambutan yang sedang masak ranum buahnya.

Ojie memerhati tingkah Adi yang tiba-tiba berubah. Murung dan sugul.

"Kenapa dengan Adi tu?" Hassan panjangkan leher melihat Adi yang sudah bersendirian di atas pangkin di halaman rumah. "Pelik ayah tengok budak tu..."

"Entahlah ayah..biarlah dia. Ojie nak masak untuk makan malam nanti." Ojie turut bingkas bangun menuju ke dapur.

Hassan masih memerhati tingkah Adi yang tiba-tiba saja berubah. Perlahan dia bangun dan mengatur langkah ke belakang rumah untuk berkebun. Semalam dia sudah menabur benih sawi pada batas yang sudah digembur. Hari ini benih itu perlu disiram air.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058619s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list