Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
8834
View
123
Reply

Novel: Melankolia lah...

[Copy link]

Author: Ipo       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 7-11-2016 05:52 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-11-2016 04:10 PM
alaaa... cameo pon jadik laaaaa

eh..nanti ada babak depa ni..
bukan cameo jek
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2016 05:53 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-11-2016 01:45 PM
Adi dh kecut perut... Chad... Chad...

nak gelak jugak...
dulu si Iskandar yang penakut..(kalau masih ingat..dalam Dan Sebenarnya..)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2016 05:53 PM | Show all posts
Mokcun replied at 5-11-2016 06:05 PM
Apa yang Adi tulis kat nota tu?

sat lagi naa mokcun...
kita sambung sat..nak lovey dovey ka?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2016 08:15 PM | Show all posts
NOTA yang sudah berkeronyok seribu itu dicapai dari dalam poket baju makmal putih lalu dibuka dan ditegangkan dengan melurut lembut. Sekali lagi ayat yang tertulis di atas kertas pelekat itu dibaca. Ayat yang hanya dua baris itu hanya sempat dibaca sekejap sahaja tadi. Cepat saja tangan kasar Adi menyambar. Berkerut kening dan dahi membaca dua baris ayat yang ditulis tangan.

"Dia tuju kat siapa?"


Nota itu dibaca sekali lagi. Kali ini Ojie cuba mencari apa maksud dari dua baris ayat tersebut.


'Tiada yang lebih pedih dari pengkhianatan
Tiada yang lebih perit dari perpisahan'


"Ojie!"


Tamparan kuat di bahu Ojie menyebabkan nota yang dipegang terlepas dan terjatuh. Pantas Ojie berpaling. Nisha tersenyum memandangnya sambil mengangkat kening.


Nisha segera mengutip kertas yang jatuh di kakinya. Belum sempat dia membaca, Ojie sudah merampas darinya.


"Tak ada apa.." Ojie masukkan semula ke dalam poket baju putih makmal. Kerja yang tertangguh tadi disambung semula. Sempat dia menjeling Arthur yang sedang berbincang dengan Puan Sabariah dalam bilik tidak jauh dari tempatnya berada.


"Ojie..kau ada dengar tak pasal hantu kat makmal ni?" Nisha mula menarik kerusi dan duduk di sebelah Ojie.


Ojie diam. Entah bila pula Nisha suka mengambil tahu hal mistik begitu. Setahunya, satu-satunya pekerja yang suka bercerita hal mistik adalah Adi. Tadi, dia sempat mendengar Arthur menyebut namanya pada Adi. Entah apa yang dua orang mamat tu mengumpat! Bengang!


"Eh, sejak bila pula kau suka hantu ni?" Ojie mengusik. Sengaja dia cuba mengalih topik bicara. Bimbang juga jika apa yang disiasat selama ini akan terbongkar dan lebih parah jika pihak pengurusan makmal mengetahui hal itu.


"Arthur bagi tahu aku. Dia cakap, Adi nampak hantu perempuan. Betul ke?" Nisha semakin rapat dengan Ojie.


Ojie menggeleng. Dia hanya melemparkan senyuman hambar. Nampaknya mulut Arthur lebih kepoh dari mulut perempuan. Patutlah tadi masa di dalam bilik Adi, Arthur dan Adi seperti terkejut saja melihatnya yang muncul di muka pintu.

"Tak syak lagi!" Terpacul kata-kata Ojie, geram dengan sikap Adi dan Arthur. Adi lebih-lebih lagi. Sejak balik dari kampungnya dulu, si microbe itu selalu mengelak dari bersembang. Ada saja alasannya.


"Jadi betullah??" Nisha menelan liur kelat. Bulat matanya memandang Ojie.


"Eh..maksud aku..bukan hal hantu. Tadi aku tersasul. Makmal ni okey je. Kau jangan risau.." Ojie terasa sudah berpeluh. Jelas ada riak cuak pada wajah Nisha. "Baik kau pergi sambung kerja kau. Kau dah test hydroquinone dalam sampel krim semalam?"


"Eh..belum.." Sengih Nisha, perlahan dia bangun dan menapak ke tempat kerjanya semula.


Ojie menggeleng. Nasib baik Megat tidak perasan Nisha melepak di tempatnya tadi. Kalau tidak, mahu sedas dua dihambur nanti. Semalam, dia mendengar Megat membebel pada Amir yang sering buat kerja lembap. Keputusan ujian yang pelanggan inginkan sering tertangguh. Getaran telefon bimbit dari dalam poket baju makmal putih menyedarkannya dari lamunan. Samsung galaxy itu dicapai.


"Dia lagi.." Ojie mencebik sebaik terpandang nama Shahir di paparan skrin.


Teragak-agak dia hendak menjawab panggilan. Lalu dimatikan saja talian.  Baru saja dia hendak menyambung kerja, sekali lagi kedengaran deringan lagu nyanyian Meghan Trainor melalak dari telefon bimbitnya. Terpaksa juga dia menjawab. Bingit telinga jika dibiarka saja berdering. Sepuluh minit berbual, talian dimatikan.


"Asyik nak jumpa saja..bosanlah!" Ojie merengus. Kasar saja dia capai pen dan menulis keputusan yang sudah didapati dari ujian tadi. Entah kenapa hatinya terasa berat hendak bertemu Shahir sedangkan sebelum ini, perkara itulah yang selalu ditunggu-tunggu. Apakah disebabkan sikap Shahir yang tidak menghormati perempuan itu yang menyebabkan dia berfikir dua kali untuk keluar bersama?


"Haih..kenapa aku sayang dia?" Ojie mengeluh.


Tidak dinafikan hatinya sudah terpaut pada Shahir dan dia bukan tidak tahu sikap Shahir yang satu itu. Hubungan itu diteruskan dengan harapan Shahir akan berubah sikap. Untuk bernikah dalam masa terdekat ini, tidak mungkin rasanya. Sekali lagi helaan nafas dilepaskan. Teringat pada nota tadi, sekali lagi Ojie ambil dari poket baju dan membaca sekali lagi.


"Adi pernah kecewa ke?" Ojie cuba menebak. Berkali-kali ayat dua baris itu dibaca dan cuba dihadam. "Ah! Gila aku ni nak tahu hal orang!"


Nota tadi dimasukkan ke dalam poket beg sandangnya. Ojie kembali menyambung kerja. Jam enam nanti, Shahir akan datang menjemputnya di makmal. Harap-harap tiada pergaduhan antara Adi dan Shahir seperti yang berlaku di pangsapuri dulu.






SHAHIR mengukir senyuman lebar. Ojie yang sedang menapak ke arahnya dari anak tangga tingkat atas itu cukup manis di matanya. Dengan seluar jeans dan blaus biru lembut dipadankan dengan tudung lilit berona perang muda itu cukup menarik. Kali ini dia berjanji tidak akan berkasar dan tidak akan mulakan sikap nakalnya seperti dulu.


"Hai sayang.." Tegur Shahir sebaik sahaja Ojie sudah menghampirinya.

"Kita nak ke mana ni?" Ojie terus pada tujuan. Senyuman yang dilemparkan pada lelaki itu terasa hambar.


"Macam biasa la. Let's have our dinner. You choose." Shahir cuba mengambil hati Ojie seboleh mungkin. Sejak pertengkaran mulut dulu, tidak mungkin dia akan biarkan Ojie terlepas ke tangan orang lain, tambah lagi mamat jawa itu!


"I ikut you.." Ojie malas hendak berbual panjang. Dia sudah tahu restoran mana yang Shahir suka pergi. Kalau dia memilih tempat lain pun, Shahir akan cadangkan tempat yang selalu dia pergi.

Mereka berdua menapak ke tempat letak kereta, menghampiri Mazda kelabu milik Shahir. Ojie hanya mengikut rentak Shahir dan dia perasan sikap Shahir sudah lembut.


ADI memerhati dari celah-celah bilah bidai di tingkap menghadap jalanraya, tempat letak kereta di depan bangunan makmal. Dari tingkat satu itu, dia hanya memandang kereta kelabu itu menderum keluar dari situ. Sedikit keluhan dilepaskan sebelum dia melangkah ke mejanya semula. Hari ini, tiada kerja lebih masa. Projek dari RNR itu baru sahaja selesai. Bermakna juga tiada duit lebih.

Jarum jam dilihat sekilas. Menghampiri 6.15 petang. Adi mula mengemas apa yang patut. Dia jengah ke bilik analisa, Pua masih melakukan ujian. Tadi sampel kosmetik sampai dan pelanggan inginkan keputusan ujian dengan kadar segera. Terpaksa Pua membuat ujian bilangan bakteria dan ujian kehadiran bakteria patogen hari ini juga. Ujian yang mengambil masa selama seminggu itu perlu dijalankan hari ini juga, jika tidak, keputusan akan tertangguh.

"Adi, kau dah nak balik ke?"

Adi yang ralit mengemas mula menoleh. Pua sudah tercegat di depan dengan tangan masih memakai sarung tangan dan mulut bertutup dengan 'mask'. Dia tahu, Pua baru sahaja selesai mengendalikan bakteria merbahaya di dalam bilik analisa tadi.

"Ya, aku nak balik. Ada kerja baru ke?" Adi capai jaket hitam dan disarung ke tubuh.

"Tak ada..semua dah siap. Aku hanya nak ingatkan kau je. Ojie tu aku rasa ada something.." Pua berkata dan terus beredar ke bilik analisa semula.

Adi masih diam berdiri di tepi meja. Kata-kata Pua tadi sedikit sebanyak membenarkan gosip Arthur tentang apa yang didengar dalam bilik bos tadi. Apa agaknya yang dibincang oleh Pua dengan bos tadi?

"Emm.." Adi pandang bakul sampah di tepi meja. Teringat nota yang dicampak tadi.

Tong sampah diselongkar semula. Nasib baik hari ini, tukang cuci tidak mengutip sampah di biliknya. Semua sampah dalam bakul itu dikuis-kuis. Tiada nota pelekat berwarna kuning yang dicampak tadi.

"Eh, aku pasti kertas tu masuk dalam bakul sampah ni.." Tergaru-garu Adi, bingung dengan kehilangan nota tadi. Habis semua sampah dalam bakul tadi diselongkar. Berselerak di atas lantai.

Adi segera mengemas semula, sampah tadi dimasukkan semula ke dalam bakul dan dia mula capai topi keledar yang diletakkan di atas rak fail di belakang meja. Selepas kad di'punch', dia segera menapak ke motorsikal. Hari ini teman serumah sudah berjanji untuk belanja makan malam. Dia perlu ke sebuah restoran yang sudah ditetapkan oleh Tajul. Lan pula hanya mengikut saja. Entah angin apa Tajul bermurah hati hendak belanja makan hari ini. Entah-entah dapat 'tackle' awek baru! Ah, biarlah alasan apa pun, asalkan tidak menang loteri sudah! Benda haram nanti masuk perut!




Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 11:47 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-11-2016 08:15 PM
NOTA yang sudah berkeronyok seribu itu dicapai dari dalam poket baju makmal putih lalu dibuka dan di ...

Wah...lovey dovey dah
Ipo kalau karang ceghita cinta, memang loving habih
Tapi mokcun rasa, hat ni lebih thriller, dak pun mistik
Mohon sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 08:35 AM | Show all posts
Ipo replied at 7-11-2016 05:53 PM
nak gelak jugak...
dulu si Iskandar yang penakut..(kalau masih ingat..dalam Dan Sebenarnya.. ...

kena ingat blk ni @Ipo ... byk sgt novel yg baca...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2016 09:14 PM | Show all posts
Mokcun replied at 7-11-2016 10:47 PM
Wah...lovey dovey dah
Ipo kalau karang ceghita cinta, memang loving habih
Tapi mokcun rasa, ha ...

loving ka mokcun?
baru sebut sayang...
nanti nak panggil honey bee..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2016 10:33 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 8-11-2016 10:01 PM

ok, sambung sikit malam ni...membebel  lagi kita ya

RESTORAN TONY ROMA'S yang agak lengang pada malam itu disajikan dengan alunan muzik instrumental lagu The Moment, Kenny G bergema lembut di segenap ruang sudut di dalam restoran yang dihiasi indah. Restoran yang terletak dalam pusat beli belah IOI City Mall itu cukup selesa. Shahir yang sudah memesan makanan hampir 10 minit tadi hanya menunggu saja makanan tiba di meja. Matanya tidak lepas dari memandang Ojie yang tunduk saja dari tadi. Jemari asyik meleret pada skrin telefon bimbit. Riak wajah gadis itu seperti tidak selesa bila bersamanya. Apakah kerana kejadian di pangsapuri dulu yang menyebabkan Ojie berubah sikap?

"Honey..what's wrong?" Bicara dimulakan lembut. Dari dalam kereta, Ojie hanya diam membisu.

"Nothing.." Ojie mengangkat muka sebentar dan kemudian menyambung melihat skrin telefon bimbit yang memaparkan laman instagram miliknya.

"You dari tadi senyap saja. Okey, I minta maaf. I tahu, I terlalu mendesak, kasar dengan you." Shahir mengalah. Dia tahu, dia harus beralah dengan Ojie. Bukan dia sengaja, dia cuma tidak sanggup kehilangan Ojie yang sudah lebih tiga tahun menjadi kekasih hati tanpa sebarang ikatan sah. Hasratnya ditolak setahun yang lalu untuk bertunang dengan alasan gadis itu ingin bekerja dahulu sekurang-kurangnya setahun.

Ojie masih diam. Matanya masih menatap skrin telefon bimbit. Pantas Ojie mendongak, terasa telefon bimbitnya dirampas Shahir.

"Apa you ni??"

"I'm talking to you!" Shahir sudah berang dengan sikap Ojie yang hanya acuh tak acuh. Telefon bimbit milik Ojie dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

"So? I bukan tak dengar okey. Give me my phone back!" Ojie merenung tajam Shahir yang sudah tersenyum-senyum. Eh, boleh pulak mamat ni sengih sumbing!

"Okey, our dinner dah sampai." Shahir memberi ruang pada pelayan restoran yang sudah sampai dengan makanan yang dipesan. "Thank you.."

Ojie muncung. Tindakan Shahir tadi mengganggu privasinya. Tidak patut Shahir mengambil tindakan seperti itu, mengambil telefon bimbit dengan kasar. Apa dia ingat ini sekolah ke? Nak rampas bagai!

"Makan.." Shahir sua pinggan berisi daging panggang kepada Ojie. Dia tahu, Beer Short Ribs adalah menu kegemaran Ojie selain dari Caesar salad.

Terpaksa Ojie menurut kehendak Shahir. Daging panggang itu dipotong berhati-hati. Satu hirisan disuap ke mulut. Malas dia hendak bertekak dengan Shahir yang ternyata begitu degil memulangkan telefon miliknya. Ah, perutnya pun dari tadi asyik berbunyi. Tidak dihiraukan Shahir yang masih memerhati padanya. Sesekali dia mendongak, ada senyuman di wajah Shahir. Ojie kembali tunduk, menghiris lagi daging panggang.

"Kan manis senyum macam tu. Ni muncung itik.." Usik Shahir sebaik melihat Ojie sudah mengukir senyum. Ah, bukan susah pun nak ambil hati gadis itu.

Mereka berdua bersama  menikmati juadah makan malam ditemani alunan muzik lembut.



ADI bersama Lan dan Tajul bersembang sakan di satu meja di sudut lain. Sementara menunggu makanan tiba, macam-macam topik menjadi bualan mereka pada malam itu.

"Taj, apa hal kau tiba-tiba nak belanja aku dan Lan ni?" Adi pandang Tajul yang sudah kemerahan  mukanya selepas berdekah-dekah ketawa tadi. Lucu agaknya mendengar cerita Lan yang dikejar anjing siang tadi.

"Guess what??" Tajul kenyit mata pada Adi dan Lan.

Adi dan Lan saling berpandangan.

"Try me!" Tukas Tajul.

"Emm...kau dapat awek baru?" Teka Adi, tersengih depan Tajul.

"Nope!"

"Emm..aku tahu, kau mesti nak bertunang kan? Dengan Nora?" Lan pula meneka.

"Woah..aku dengan Nora dah putus okey. She's not my type. Never!" Tajul ketawa kecil.

Adi dan Lan sekali lagi saling berpandangan. Menggeleng melihat sikap playboy Tajul yang selalu bertukar kekasih. Rasanya sudah boleh jadi koleksi semua teman wanita Tajul kalau dikira sejak mengenali lelaki itu. Berwajah kacak, putih dan yang penting duik berkepuk!

"Apa pun alasan kau, makanan dah sampai! Aku dah lapar!" Adi sudah terliur melihat makanan yang dipesan sudah sampai ke meja mereka. Segera dia mengambil sudu garfu, bersedia untuk 'mencekik'.

"Actually, aku dah naik pangkat! Jadi Senior manager!" Tajul berkata bangga.

"Wow! Congrats bro!!" Lan tepuk bahu Tajul yang duduk di sebelahnya.

"Thank you dude." Senyuman Tajul semakin lebar.

Adi sudah tidak peduli apa yang dikatakan oleh Tajul. Baginya, makanan lagi penting dari itu. Dari tengahari tadi, dia tidak mengisi perut. Sibuk dengan kerja sampai ke petang. Lahap dia mengunyah daging panggang. Tidak cukup dengan itu, dia turut buat pesanan menu daging panggang lain. Alang-alang orang hendak belanja, haruslah dia mengambil peluang itu untuk mengisi perut sekenyang-kenyangnya.

"Eh, aku rasa macam pernah nampak perempuan tu.." Lan melihat ke satu sudut.

Tajul yang berselera menikmati salad mula mendongak. Dipanjangkan lehernya melihat pada perempuan yang dimaksudkan oleh Lan tadi. Dia senyum lebar. "Dia kan tinggal kat apartment kita juga.."

Adi yang khusyuk meratah daging cepat-cepat mendongak. Liar matanya mencari perempuan yang dimaksudkan oleh Lan. Kali ini matanya jatuh pada Ojie yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki. Daging yang dikunyah terasa tersekat di kerongkong. Cepat-cepat dia meneguk jus mangga.

"Adi, kau kenapa ni?" Tajul pandang Adi yang sudah terbelahak.

"Tak ada apa.." Adi cepat-cepat menghabiskan sisa daging panggang.

"Eh, cantik juga perempuan tu. Aku perasan dia tinggal di tingkat 2 kan?" Tajul membuang pandang pada Ojie yang kebetulan sudah berpaling kepadanya. Pantas saja dia melemparkan senyuman manis untuk gadis itu.

"Weh, kau jangan cari pasal. Perempuan tu dah nak bertunang. Tu, mamat tu, kekasih dia." Adi tendang kaki Tajul yang sudah mula tunjuk sikap buayanya.

"Alah..baru kekasih. Sedangkan orang dah kahwin pun, boleh bercerai berai." Tajul ketawa sinis.

Adi hanya menggeleng. Dia tak akan benarkan Tajul membuat dajal pada Ojie. Biarpun dia tahu sikap Shahir yang kasar terhadap Ojie. Ojie diperhatikan seketika. Ada kemesraan keduanya. Dia mengeluh. Keliru dengan sikap pasangan kekasih itu. Sekejap bergaduh dan sekejap pula mesra. Ah, bukan halnya nak campur tangan dalam urusan orang lain. Matanya tidak lepas memandang pasangan kekasih itu yang masih berbual mesra.

"Kau ada hati ke?" Lan pula bertanya.

"Siapa? Aku?" Adi mencebik.

"Yalah! Aku tengok kau macam syok je kat minah tu. Kau boleh cuba bro. Dia belum jadi milik sesiapa." Lan pula menyucuk diselangi dengan ketawa.

"Aku tak rampas hak orang." Adi bingkas bangun. Dia menuju ke tandas. Dalam tandas, dia melihat dirinya di cermin. Ya, dia sedar, dia tidak sekacak Shahir. Keluhan dilepaskan. Wajah Anne pula terbayang di ruang mata. Gadis yang membuatkan hidupnya huru hara suatu ketika dulu. Air dari paip disimbah kasar ke muka.

Sebaik dia mendongak semula, dia terdengar perbualan telefon dari salah satu tandas. Suara yang pernah didengarnya dulu. Malas dia hendak ambil tahu, lantas dia mengatur langkah ingin keluar dari situ. Namun langkahnya terhenti. Perbualan telefon yang sempat didengar tadi itulah yang membuatnya tidak jadi melangkah keluar dari situ.

"Ya, aku akan cari. Kau ingat senang ke nak cari korban? Eh, ni melibatkan nyawa manusia tahu tak!!"

Kedengaran suara sedikit menjerit dari dalam tandas yang berkunci. Adi masih memasang telinga.

"Tell him! Don't call me! I know what to do!"

Dumm!!

Pintu tandas dihempas kuat sebaik ianya ditutup semula. Adi cepat-cepat sembunyi di sebalik pintu besar. Setelah pasti lelaki tadi sudah keluar dari situ, dia cepat-cepat keluar dan berlagak seperti biasa. Laju kakinya melangkah ke meja di mana Lan dan Tajul  masih berborak. Sempat dia jeling lelaki yang keluar dari tandas tadi. Ada sesuatu yang tidak beres pada lelaki itu. Ojie harus berhati-hati.




Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ada sambungan!!!
Shahir ni mesti jahat
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 07:13 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-11-2016 10:33 PM
ok, sambung sikit malam ni...membebel  lagi kita ya

RESTORAN TONY ROMA'S yang agak lengang pada ...

shahir nak jadikan Ojie korban ke? Ngerinya...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-11-2016 09:28 AM | Show all posts
cengkihgirl replied at 8-11-2016 10:05 PM
Wah ada sambungan!!!
Shahir ni mesti jahat

ya la kot...
tapi boleh twist citer ni
mana tahu si Adi yang sebenarnya jahat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-11-2016 09:29 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 9-11-2016 06:13 AM
shahir nak jadikan Ojie korban ke? Ngerinya...

mungkin jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 09:32 AM | Show all posts

cerita @Ipo memang menyeramkan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-11-2016 12:23 AM | Show all posts
Aku dah tak tahu nk sambung citer nih
Otak dah beku dingin dah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 01:38 PM | Show all posts
Ipo replied at 11-11-2016 12:23 AM
Aku dah tak tahu nk sambung citer nih
Otak dah beku dingin dah nih...

aku rasa kan.. tak pernah satu pon citer die neh miss ayat2 sebegini
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-11-2016 01:59 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-11-2016 12:38 PM
aku rasa kan.. tak pernah satu pon citer die neh miss ayat2 sebegini

eh ni betul2 dingin beku..
ke aku yang melankolik???
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 02:22 PM | Show all posts
Ipo replied at 11-11-2016 01:59 PM
eh ni betul2 dingin beku..
ke aku yang melankolik???

ye la tu... sekali sambung.. konar lipat baekkk punyaaaa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2016 12:12 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-11-2016 01:22 PM
ye la tu... sekali sambung.. konar lipat baekkk punyaaaa

bukan konar lipat dah ni..
dah melepek
aku baca citer penulis lain lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:40 AM | Show all posts
tak ada sambungan lagi...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-11-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cengkihgirl replied at 22-11-2016 10:40 AM
tak ada sambungan lagi...huhuhu..

Tak ada...
Esoklah sambung ya...guna hp ni tak reti nak taip panjang2
Mcm mana exam?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2016 02:22 PM
Tak ada...
Esoklah sambung ya...guna hp ni tak reti nak taip panjang2  
Mcm mana exam?

Mana sambungannya ipo???
Esok2 hang pa tu...bila?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 06:25 PM | Show all posts
Mokcun replied at 24-11-2016 01:52 PM
Mana sambungannya ipo???
Esok2 hang pa tu...bila?

ya ya mokcun...
nak sambung ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-11-2016 08:59 PM | Show all posts
BAB 7


BAKTERIA yang sudah dikultur dalam piring petri itu diperhatikan seketika. Kali ini tidak banyak koloni bakteria yang tumbuh, bermakna tidak banyak bilangan bakteria dalam sampel susu yang diterima minggu lepas. Sedikit calitan diambil dari satu koloni berwarna kuning dan disapu pada slaid gelas. Namun fikirannya tidak hanya tertumpu pada slaid tadi, berputar ligat di benaknya memikirkan kejadian di restoran Tony Roma's dua hari lepas.

"Adi, kau dah buat  bacteria identification?"

Adi sedikit terkejut dengan teguran Pua. Dia berpaling. Pua tersengih di sebelah sambil memegang sebiji botol seperti botol arak. Dahi dan kening Adi berkerut.

"Why? kau pandang aku macam tu?" Pua pula merasa tidak selesa. Pandangan Adi seperti ingin meneroka seluruh tubuh kurusnya. Dia berdehem kecil.
"Stop looking at me like that! Pervert!"

Adi tersedar. Cepat-cepat dia melakar senyum. "Hey! Aku bukan macam tulah!"

"Man..is always a man." Pua mengeluh.

"Hey, I'm not like that!" Adi mula gelak. Wajah Pua sudah muncung dan sediikit menjuih bibirnya.

"Tengok! Aku tengah buat identification ni kan? Yang kau tanya lagi kenapa? Apa kau dah mabuk ke apa?" Adi pandang botol arak di tangan Pua. Tidak pernah Pua menogok arak di tempat kerja. Apa mimpi amoi itu bawa arak pula??

"Whatever. Here, sampel baru sampai. Client nak buat test for pathogenic bacteria. Macam biasa, Salmonella, Pseodomonas, Stahpyloccocus dan E.coli. Aku letak kat sini. Dia bagi satu sampel saja. Dah habis buat ujian nanti, kau kasi balik sama aku."

Adi sengih saja mendengar kata-kata Pua. "Yang lebih tu, kau nak minum ke amoi?"

Pua hanya melakar senyum dan mula berlalu keluar dari bilik ujian. Adi kembali menyambung kerjanya yang tertangguh. Hampir setengah jam, dia sudah siap melakukan ujian semuanya termasuk sampel yang baru dihulur Pua tadi. Jarum jam di pergelangan tangan dijeling. Hampir 6 petang. Hari ini dia terpaksa membuat kerja lebih masa. Sampel semalam perlu dibuat ujian analisis yang seterusnya. Nasib baik Nik juga ada kerja yang perlu dilakukan. Tidaklah dia kesunyian di makmal mikrobiologi itu seorang diri.

"Adi, aku dengar kau nampak kelibat? Betul ke?"

Adi berpaling. Nik muncul di muka pintu bilik ujian. Tanpa jawapan, dia mengemas Laminar Flow, tempat melakukan ujian dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Nik hanya membuntuti Adi yang kelihatan seperti tidak menghiraukan pertanyaannya tadi.

"Adi, betul ke?" Tukas Nik.

"Kenapa kau nak tahu? Kau ada nampak ke?" Adi pula melontar soalan yang sama.

"Tak ada la..aku ni penakut sikit. Kalau betul,aku malas nak buat OT hari ni." Nik tersengih-sengih menjawab.

"Mana ada. Kau buat je kerja kau tu. Aku nak solat kejap." Adi bergegas ke bilik air pula.





HABIS saja kerja, Adi bersama Nik bersama menuju ke sebuah gerai yang terletak di belakang bangunan makmal. Perut perlu juga diisi. Malam itu mereka berdua berborak sambil menikmati rojak mee.

"Adi, aku tahu kau nampak kelibat tu kan?" Nik ulang lagi pertanyaan tadi. Padanya, jawapan Adi tidak memuaskan hatinya kerana sejak dia bekerja di makmal itu, sikap Adi seperti pelik baginya.

"Alah..kelibat tu entah-entah budak-budak makmal juga." Adi jawab acuh tak acuh. Sesuap lagi rojak mee dikunyah penuh selera.

"Aku tanya ni sebab aku nak bagi tahu kau satu benda." Nik pandang Adi yang sudah mula memandang ke arahnya. Kali ini dengan kening bertaut di wajah.

"Apa dia?" Adi berhenti mengunyah. Wajah Nik dipandang tepat tidak berkelip.

"Hi !"

Adi yang ternanti-nanti kata-kata Nik mula berpaling. Telinganya menangkap suara memanggil namanya. Nik turut berpaling. Terdiam keduanya melihat seorang perempuan cantik mendekati meja mereka.

"You Adi kan?"

Adi keliru. Wajah perempuan itu direnung dan ditenung. Tiada tanda-tanda dia mengenali wajah cantik milik perempuan itu. Rambut ikal berombak melepasi bahu, kulit putih, mata agak sepet sama seperti Ojie dan mengenakan blaus dan skirt pendek, rasanya masih tidak mampu otaknya mencerna siapa gerangan.

"Do I know you?"

"Come on Adi. Look at me.."

Adi kaget. Gadis tadi dengan selamba mendekatinya, menyua muka dengan jarak hanya seinci dari mukanya. "Erk...sorry.."

"Well.."

Adi sedikit mengalihkan kerusinya bila gadis itu menarik kerusi dan duduk di sebelahnya sambil menguis rambut ke belakang. Senyuman manis dilemparkan pada Adi. Nik pula terkebil-kebil melihat gelagat gadis yang tidak segan silu duduk di sebelah Adi.

"Anyway, I'm Clarisa."

Adi masih tidak berkutik. Matanya tepat memandang gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Clarisa. Ah, amoi mana pula ni?? Clarisa?? Siapa?? Matanya beralih pada Nik yang juga sudah terpinga-pinga.

"How did you.."

"Anne..."

Adi tergamam sebaik kata-katanya dipotong Clarisa. Nama Anne yang disebut gadis itu. "Sorry...who are you?"

"Anne...she's my sister."

"What?? Please...jangan nak bodohkan aku boleh tak? Setahu aku, Anne tak ada sesiapa! Dia sebatang kara." Adi tercegat bangun. Perasaannya kini mula berkecamuk.

"Up to you. Aku tahu, kau orang terakhir bersama Anne sebelum Anne hilang." Clarisa mengetap bibir.

Adi tergamam sekali lagi. Gadis itu ditenung tajam. "Hilang???"

"Huh! Pura-pura terkejut. Hey! Just watch your step!" Clarisa melempar beberapa keping gambar ke muka Adi dan terus berlalu pergi.

Adi masih tidak berganjak. Nik mula mengutip kepingan gambar yang berterabur di bawah meja. Semuanya gambar Adi bersama Anne, kelihatan mesra bersama.

"Adi..ni gambar kau.." Nik perhatikan satu persatu.

Adi tidak menghiraukan Nik yang menunjukkan gambar kepadanya. Matanya masih tepat memandang Clarisa yang sudah menapak ke arah sebuah kereta hitam tidak jauh dari gerai itu. Dalam cahaya samar lampu jalan, dia dapat melihat Clarisa bersama seorang lagi yang sedang menunggu di dalam kereta. Kereta itu dipecut laju meninggalkan kawasan gerai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 10:25 AM | Show all posts

siapa pulak Clarissa ni? pening dh teman menghadam cerita ni...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-11-2016 10:26 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 25-11-2016 09:25 AM
siapa pulak Clarissa ni? pening dh teman menghadam cerita ni...

sabar zam...
cerita ni dah huru hara..hahhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054269s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list